15 August 2009

Kes-kes kenakalan pelajar

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, nakal bermaksud melakukan sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang yang telah ditetapkan.
.
Sejak kebelakangan ini kes-kes kenakalan pelajar semakin meningkat. Hal ini adalah ekoran daripada perubahan masa.Terdapat banyak cara untuk mengatasi kes kenakalan ini .Setiap pihak mempunyai cara yang tersendiri untuk menghalang atau mengurangkan kes kenakalan ini.
.
Misalnya, masyarakat perlu juga mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini. Mereka boleh mengadakan kursus kesedaran di peringkat kawasan masing-masing. Mereka mesti berani menegur pelajar-pelajar yang nakal ini. Mungkin ,cara ini dapat mengurangkan masalah ini.
.
Ibu bapa adalah orang yang berperanan besar menangani masalah kes kenakalan .Mereka adalah orang yang bertanggungjawab mendidik anak-anak sejak kecil. Didikan agama yang secukupnya amat penting . Mereka hendaklah dihantar ke kelas agama fardu ain dan sebagainya untuk mendalami asas agama. Ibu bapa perlu menyemai kasih sayang dan bukannya perasaan benci. Anak-anak diajar supaya melakukan kebaikan dan kegiatan yang berfaedah. Ibu bapa juga perlu mengawal anak mereka daripada kebebasan yang keterlaluan.
.
Pihak sekolah juga berperanan menangani masalah di peringkat sekolah. Pihak sekolah boleh mengetatkan lagi undang-undang di sekolah supaya pelajar-pelajar tidak berani melakukan kesalahan disiplin. Tindakan yang tegas perlu diambil seperti menggantung persekolahan dan membuang pelajar yang melakukan kesalahan disiplin yang berat. Pihak sekolah dapat memupuk perasaan bertanggungjawab dengan cara mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh merapatkan silaturrahim antara pelajar-pelajar. Guru kaunseling juga dapat membantu mengurangkan kes-kes kenakalan dengan memberikan nasihat dan sebagainya. .Pihak sekolah dengan kerjasama pusat kaunseling perlu mengadakan ceramah, motivasi dan lain-lain yang berkaitan untuk membentuk pelajar menjadi insan yang baik.
.
Rakan sebaya juga memainkan peranan untuk membantu rakan-rakan mereka yang bermasalah. Merek juga boleh membantu dengan cara memberikan nasihat atau teguran dan mengajak rakan mereka melakukan perkara-perkara yang berfaedah.
.
Selain itu, pihak media juga mestilah bekerjasama dalam menangani masalah ini. Mereka mestilah menapis segala unsur negatif yang terdapat dalam filem-filem dan majalah-majalah. Penulis drama perlu membanyakkan cerita yang bernilai moral. Media massa juga boleh menyiarkan banyak iklan dan kempen tentang masyarakat penyayang, keluarga penyayang dan sekolah penyayang. Justeru itu,penglibatan semua pihak dalam menangani masalah kes kenakalan pelajar amat diperlukan. Tanpa kerjasama semua pihak masalah ini tidak akan dapat diselesaikan dengan mudah.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels