KAPIT: Tuai rumah (penghulu) Rumah Panjang di kawasan pedalaman di sini, Edison Bugap, yang mengaku bertanya soalan mengenai isu liwat dan video seks kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika datang ke situ, kecewa apabila ketua pembangkang itu gagal memberi jawapan.
Edison yang ditemui Berita Harian di rumah panjang itu berkata beliau mengajukan soalan terbabit kerana merasakan penduduk di situ berhak untuk mendapat penjelasan daripada mulut Anwar sendiri bagi memastikan kebenaran mengenai segala dakwaan berkenaan.
"Tapi saya kecewa, Anwar hanya jawab dia tidak perlu jawab kepada tuai rumah (saya) dan penduduk. Anwar kata dia hanya akan jawab kepada kerajaan," kata bekas pesara tentera itu yang mengesahkan mengajukan soalan yang membuat ketua pembangkang itu beredar lebih awal dari rumah panjang itu.
"Selepas Anwar tak jawab, saya beredar dari situ sebelum nampak beberapa penduduk turut beredar dari mendengar ceramahnya," katanya kecewa dengan sikap pemimpin pembangkang yang kononnya mahu membela rakyat Sarawak. Insiden itu berlaku ketika Anwar berkempen di rumah panjang Edison Bugap Rasin, Melekun, kira-kira 30 minit perjalanan dari pekan Kapit malam Rabu lalu. Soalan itu dikemukakan Edison selepas Anwar berucap kira-kira 20 minit kepada lebih 100 penduduk rumah panjang itu. Menurut laman blog pisau.net, Anwar dikatakan marah dengan soalan itu sebelum beredar dari rumah panjang berkenaan tanpa bersalam dengan penduduk di situ.
Edison berkata itu adalah kali kedua pembangkang datang berceramah di rumah panjang itu dengan menekankan kepada isu tanah hak adat Bumiputera (NCR), pembalakan dan pelbagai dakwaan lain terhadap kerajaan negeri.
"Saya tidak mahu orang ingat semua penduduk rumah panjang sokong pembangkang kerana sudah dua kali mereka ke sini," katanya mengakui adalah penyokong Barisan Nasional (BN).
Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata rata-rata penduduk suka mendengar Anwar berucap kerana beliau penceramah yang pandai bercakap dan kelihatan seperti ikhlas mahu membela nasih penduduk di rumah panjang itu, khususnya berkaitan isu tanah.
"Anwar memang pandai bercakap, kalau dia cakap semua orang tertarik dengan apa saja yang dia katakan," kata seorang pemuda Iban, lingkungan 30-an di rumah panjang itu.
Tinjauan mendapati kawasan rumah panjang moden dua tingkat itu masih tiada bekalan air sempurna dengan majoriti penduduknya bergantung kepada kolam air dan saliran anak sungai yang dibina sendiri oleh penduduk bagi keperluan harian seperti mandi dan membasuh.

No comments:
Post a Comment