16 February 2012

Jalan Pulang

KOTA BELUD dikenal dengan sebutan cowboy town of the east dikenali dipelosok tanah air pada tahun 1991, apabila untuk pertama kalinya umno bertapak, melalui PRK Usukan.

Pada PRK itu, calon sulung umno Tun Mustapha Datu Harun melawan calon kerajaan PBS Jap omar. Jap meletakkan jawatan sebagai pegawai daerah kota belud semata-mata untuk bertanding pada PRK itu. Kini Jap adalah ahli umno dan bertugas di salah sebuah syarikat milik kerajaan negeri.

Walaupun umno parti pembangkang ketika itu, namun sokongan rakyat terhadap calon umno cukup menyakinkan, Tun Mustapha menang besar,walaupun, calon PBS tidak hilang wang pertaruhan.

Kemenangan Tun Mustapaha, tidaklah memeranjatkan,kerana beliau bertanding di kubu kuatnya, kubu kuat parti usno yang dibubarkan untuk memberi peluang kepada umno mengembangkan sayapnya ke Sabah.

Umno terpaksa mengembangkan sayap ke negeri di bawah bayu atas sebab kehendak bumiputera islam yang tertindas semasa kerajaan Parti Bersatu Sabah.

Kemasukan umno disambut baik di semua kawasan yang mempunyai pengundi majoriti bumiputera islam. Perkara ini terbukti apabila pada PRU-1994, semua kawasan bumiputera islam dimenangi oleh calon2 umno/BN termasuk kawasan campuran. Namun, Bn/umno belum menang dalam pilihanraya, atas sebab gabungan antara KDM dan kaum cina masih dibelakang PBS.

Pada PRU-1994, umno/bn hanya mendapat 23 kerusi DUN, sementara PBS 25, daripada 48 kerusi yang dipertandingkan.

Selepas sebulan, PBS membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah, berlakulah tsunami politik kepada PBS; dua orang wakil rakyatnya berpaling tadah, seorang daripada kemabong dan seorang daripada klias. Kedudukan komposisi ADUN telah bertukar, BN 25 dan PBS 23. Akibat daripada kemelut itu, Ketua menteri pada masa itu, Datuk Pairin Kitingan (kini Tan Sri) mencoba membubarkan dewan, sepertimana pernah beliau lakukan pada tahun 1985,namun kali ini, beliau gagal,kerana TYT Sabah ketika itu, enggan menandatangani surat pembubaran DUN Sabah.

Sebagai akibatnya, BN membentuk kerajaan, dengan majoriti mudah, dan melantik Datuk Sakaran Dandai (kini Tun) sebagai Ketua Menteri.

Pada tahun 1994, bermulalah episod pengiliran ketua menteri-bumiputera islam-kaum cina dan bumiputera bukan islam. Dalam spin waktu sehingga tahun 2003, telah 6 orang dilantik sebagai ketua menteri sabah secara bergilir-gilir.

Pengiliran ketua menteri terhenti apabila berlaku pergantian perdana menteri, daripada Tun dr mahathir kepada Tun Abdullah badawi. Ketua menteri sabah kini adalah datuk musa aman yang dilantik pada tahun 2003 mengambilalih daripada tan sri chong kah kiat.

Mengimbas kembali percaturan politik daripada tahun 1985-1994, politik sabah ketika itu dikuasai oleh kaum kdm dan kaum cina. Tidak ada yang boleh dilakukan oleh bumiputra islam, apapun percaturannnya, bumiputera islam tidak boleh memerintah kerana kekurangan kerusi di DUN.

Namun, percaturan politik mengubah segala-galanya. PBS yang kuat berpecah-pecah, menjadi beberapa parti kecil-seperti PDS (kini upko), pbrs, SAPP dan pbs, sebelumnya pbs cuba diruntuhkan melalui penubuhan AKAR, tajaan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah- Datuk Mark Koding. Sementara umno dimana bumiputera islam bernaung, terus menjadi single entiti.

Kini umno telah bertapak, menguasai 32 kerusi dun daripada 60 jumlah kerusi dun sabah.

Berasaskan kepada keadaan ini, kaum kdm dan kaum cina mencoba JALAN PULANG, mengulangi sentimen tahun 1985, atas sebab itu kaum kdm mencoba memunculkan api sentimen seperti isu tanah dan pati, kerana isu2 ini cukup mendapat sambutan daripada suku kaum itu.

Menghadapi pru-13, isu2 inilah yang terus dimarakkan. Sempena lawatan najib ke sabah bermula hari ini, semoga isu2 ini dimuktamadkan demi mengekang gerak parti2 pembangkang.

15 February 2012

PRU-13: Umno dan ahlinya

Pembentukan ahli jawatan kuasa disiplin untuk memantau tindak tanduk ahli umno, terutama menjelang PRU-13 dan semasa PRU-13 telah ditubuhkan. Apa kah tujuan AJK ini? apa kah umno tidak yakin lagi kepada ahlinya sendiri?

Memang sukar mengurus sebuah parti yang mempunyai keahlian yang cukup besar. Kini umno mempunyai ahli di atas 3 juta,yang tersebar di seluruh negara, termasuk Sarawak,walaupun parti itu belum bertapak di negeri white rajah itu.

Mengurus keahlian yang besar bukan mudah,kerana masalahnya juga besar.

Perkara yang membimbangkan parti adalah tindakan ahlinya sendiri. Sejak PRU-1999, kecuali tahun 2004 dan berulang pada tahun 2008, hampir separuh daripada ahli umno berpaling tadah semasa membuang undi. Jika tidak, adalah mustahil, hampir 40 kawasan parlimen yang ditandangi umno, calon2nya kecundang, termasuk kawasan2 tradisi.

Apa sebenarnya yang mengakibatkan ada ahli-ahli umno berpaling tadah? penyebabnya adalah tindak tanduk pemimpin parti itu sendiri. Pada tahun 2008, berlakunya perbalahan antara para pemimpin, terutama antara mantan presiden parti Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah, ekoran pembatalan beberapa projek termasuk jambatan bengkok.

Selain itu penguasaaan budak2 tingkat 4 putrajaya terhadap kepimpinan Tun Abdullah, merancakkan lagi penyebab ahli2 umno berpaling tadah.

Kini, skandal NFC, menghantui ahli2 umno akibat kengganan Ketua Wanita umno berundur,walaupun terdapatnya desakan para pemimpin umno sendiri.

Sebenarnya sebelum skandal NFC, semangat ahli2 umno yang berpaling tadah telah kembali semula ke pangkuan parti itu. Perkara ini terbukti pada beberapa PRK, termasuk berjayanya Umno/Bn merampas kerusi Dun Galas, gua musang dan sebelum itu hanya kalah 65 undi di PRK Manek Urai. kedua2 kerusi tersebut adalah kerusi PAS.

Namun kerana skandal NFC, maka ahli2 yang telah terguris hati mereka itu,kini terguris lagi.

Benarlah saranan tun mahathir kepada shahrizat,janganlah terlalu sayang pada jawatan, sayangilah parti.

14 February 2012

Jika benarlah semangat 1985 bangkit semula

Jika benarlah semangat 1985 di mana kerajaan Berjaya tumbang oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) bangkit pada PRU-13, maksima jumlah kerusi yang akan diperolehi oleh kaum KDM dan kaum cina adaah 17.

Persempadan kawasan2 pilihanraya Negeri Sabah yang telah digunapakai pada tahun 2004 dan 2008, tidak memungkinkan lagi semangat 1985 berulang semula.

Pemimpin veteran, Tan Sri Pairin melihat ini semua, atas sebab itu, PBS bergabung semula bersama BN.

Penganalisis politik yang bukan berasal daripada negeri Sabah, terlepas pandang, bahawa taburan pengundi yang ada, tidak memungkinkan lagi semangat tahun 1985 itu berulang.

Jikapun, parti2 pembangkang, baik Pakatan Rakyat, SAPP dan STAR bergabung dan melawan satu lawan satu dengan calon2 BN, maksima jumlah kerusi yang boleh mereka menang adalah 17, tidak akan lebih daripada itu.

Jika demikian keputusan pada PRU-13, maka bn Sabah tetap mempunyai kuasa 2/3 di dewan undangan negeri. Ramalan para penganalisis, bahawa akan berlaku "human Frog" tidak akan terjadi, kerana BN negeri masih kuat.

Kawasan2 yang diperkirakan akan terlepas ke tangan pembangkang pada PRU-13, dengan syarat pertandingan satu lawan satu adalah:- N2-Tanjong Kapor, N4-Matunggong, N5-Tandek, N9-Tamparuli, N11-kiulu, N13-Inamam, N14-Likas, N15-Api-Api, N17-Tanjung Aru, N19-Kapayan, N20-Moyog, N26-Kuala Penyu, N29-Kundasang, N33-Bingkor, N37-Sook,N44-Karamunting, N57-Sri Tanjung (DAP) dan N58-Merotai.

Jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah adalah 60. Kedudukan selepas PRU-12, BN 59 DAP 1.

12 February 2012

Sokongan rakyat di kawasan di mana wakil rakyat itu bertanding adalah petunjuk seseorang pemimpin itu disukai rakyat

Handal berbahas di parlimen. Handal berbahas dengan sesiapa sahaja, bukan faktor yang menunjukkan seseorang itu handal.

Sokongan rakyat di mana seseorang wakil rakyat itu bertanding adalah faktor utama yang boleh menunjukkan seseorang pemimpin itu handal.

Perlu diingat, bahawa seseorang wakil rakyat itu boleh duduk dalam parlimen atau dewan undang negeri, kerana sokongan rakyat di mana beliau bertanding.

Faktor sokongan rakyatlah yang menjadikan seseorang itu menjadi Yang Berhormat.

Kerana sokongan rakyat jualah, seseorang wakil rakyat itu boleh menganggotai kabinet pusat atau negeri. Atas faktor sokongan rakyat jualah, seseorang wakil rakyat itu mempunyai peluang, di mana sebelum itu belum pernah dinikmatinya.

Oleh sebab pangkat Yang Berhormat itu berpunca daripada rakyat, maka sayogianyalah wakil rakyat itu jangan sombong kepada rakyat.

Harapan besar rakyat daripada wakil rakyatnya cukup besar. Harapan dari segi pembangunan secara menyeluruh, harapan sokongan insitu, merupakan harapan yang diperlukan rakyat.

Bagi kawasan yang mempunyai sumber untuk mendapatkan pendapatan, seperti peluang2 perniagaan, maka beban wakil rakyat tidak seberat mana berbanding dengan kawasan2 yang yang mundur dan terbelakang.

Bagi kawasan2 mundur, wakil rakyat adalah sandaran utama rakyat. Wakil rakyat tidak boleh mengeluh, kerana demikianlah harapan rakyat yang memilihnya.

Peranan utama wakil rakyat adalah membuat perancangan agar supaya rakyat yang diwakilinya terkeluar daripada himpitan kehidupan.

Tiada seorangpun rakyat mahu dilahirkan miskin, cacat dan serba kekurangan. Atas sebab itu, wakil rakyat adalah manusia terdepan berhadapan dengan pemerintahan, mempunyai tugas membawa semua keperluan rakyat yang diwakilnya.

Jangan sesekali menggunakan peluang itu, hanya untuk diri sendiri, kerana sumpah rakyat akan memakan diri sendiri kelak, tatkala tidak lagi menjadi wakil rakyat dan tidak berjawatan. Terlalu ramai contoh...mantan wakil rakyat terdahulu... kini menderita...

6 February 2012

Isu Tanah Pintasan: onak dan duri bagi kaum iranun dan samah

Disebabkan pertukaran status pada tahun 1982, daripada padang ragut kepada rezab kampung, maka kawasan itu sekarang ini menjadi faktor perbalahan antara iranun dan samah.

Satu ketika telah berlaku pertumpahan darah dan terkini, keadaan di kawasan itu, bagaikan api dalam sekam, menunggu meletus.

Pertukaran status pada tahun 1982, oleh kerajaan negeri atas cadangan pejabat pegawai daerah, telah menyenaraikan beberapa kampung, yang sebelumnya tiada kaitan dengan kawasan itu. Kawasan Pintasan dihuni 100 peratus oleh suku iranun, namun atas pertukaran status pada tahun 1982, maka kampung2 samah seperti Taungusi, Labuan dan Wakaf diberikan kawasan, sementara dua perkampungan iranun Tamau dan Merabau diketepikan. Kampung Tamau berbatasan dengan kampung pintasan.

Pertukaran status tanah pintasan pada tahun 1982, bukan bertujuan untuk membangun kawasan itu, namun niat yang tersembunyi adalah perampasan secara halus dengan menggunakan undang-undang.Tujuan daripada perampasan secara halus tersebut, agar suku iranun akan kekurangan tanah untuk menampung penduduk yang bertambah, dan pada gilirannya terpaksa berhijrah.

Akibat daripada kekurangan tanah untuk perkampungan, maka ramai suku iranun terpaksa berhijrah. Ramai yang berpindah di rancangan Felda, di suangparai, kota kinabalu, dan penempatan2 lainnya. Akibatnya, walaupun jumlah suku kaum ini bertambah saban tahun, namun jumlah pengundi yang tersenarai dalam DUN Tempasuk, hanya 3,700 pengundi, seperti mana data SPR tahun 2011.

Suatu yang ajaib, jika dahulu- kampung kayu putih, merupakan penempatan suku iranun, namun disebabkan kawasan itu digezatekan sebagai kawasan samah, maka berlaku perobohan rumah-rumah di kawasan tersebut. Kini kawasan tersebut menjadi tempat berpuaka bagi suku iranun dan samah, di mana sebelumnya, perkara seumpama itu tidak berlaku.

3 February 2012

Sepetang bersama ADUN Temapsuk

Sebaik penulis duduk di ruang tamu ADUN Temapsuk-Datuk Musbah Haji Jamli terus mengeluarkan hujahnya... sebenarnya Rakyat hanya perlu 4P+1P.

Belum lagi penulis sempat bertanya, Pembantu Menteri Pertanian Negeri Sabah itu terus menguraikan apa yang beliau maksudkan dengan 4P+1P.

P yang pertama katanya adalah PENDIDIKAN. Melalui pendidikanlah katanya, minda dan bakat akan terlahir, sebab itu kerajaan menyediakan sekolah percuma dari Tadika hinggalah ke sekolah Menengah. Di Tempasuk katanya, boleh dikatakan semua kampung ada sekolah rendah atau setidak-tidak Taska atau Tadika. Melalui pendidikan, maka akan melahirkan sumber insan yang gemilang dan terbilang.

Selepas P yang pertama diikuti pula oleh P yang kedua, yaitu PEKERJAAN. Perkerjaan dapat berbentuk makan gaji atau usaha sendiri.

P yang ketiga adalah PENDAPATAN. Sudah tentu kalau ada Pendidikan ada Pekerajaan, maka pada gilirannya adalah PENDAPATAN. Bagi mereka yang berani mencuba, maka sumber pendapatan yang paling lumayan adalah melalui perniagaan atau usaha sendiri.

Sebab itu katanya, semasa muda, disebabkan masa sangat terhad untuk pendidikan, beliau mencebur diri dalam dunia perniagaan walaupun hanya dilengkapi kelulusan peringkat SPM. Bermula pada tahun 1980, beliau terus mencuba melalui disiplin yang tinggi dalam dunia perniagaan. Syukur katanya, lima tahun kemudian, beliau bergelar jutawan.

Dunia perniagaan terus diceburinya kerana menurutnya itulah bidang yang beliau ada bakat. Selepas perniagaannya mantap, baru beliau merasa menyambung pelajaran, walaupun bukan sepenuh masa. Melalui pendidikan yang beliau perolehi memantapkan lagi pengetahuannya dalam dunia perniagaan.

Selagi beliau diberi amanah sebagai wakil rakyat, inilah perjuangannya, kerana beliau tahu, bahawa kadar kemiskinan bagi daerah Kota Belud amnya masih tinggi walaupun kawasan Tempasuk agar bernasib baik berbanding Usukan dan Kedamaian.

Selepas 3P yang pertama, sudah tentunya rakyat perlu tempat berteduh, yakni Perumahan. Atas sebab itu, semasa beliau menjadi Pengerusi Supernisa Sdn Bhd anak syarikat LPPB, beliau mengusahakan berbagai projek perumahan untuk rakyat. Bagi penduduk Kampung pula, beliau berusaha membina perumahan rakyat melalui PPRT bagi mereka yang tergolong miskin tegar.

Namun masalah ini akan terselesaikan menjelang 2020, apabila semua isi rumah mempuyai sekurang-kurangnya satu anak yang mempunyai PENDIDIKAN DAN PEKERJAAN.

Pada situasi ini, maka P yang kelima diperlukan, malah menjadi keharusan, yaitu PENGAKUTAN AWAM.

Pengakutan awam akan berkembang apabila telah ramai rakyat berkerja dan berpendapatan. Atas sebab itu, infra seperti jalan-jalan perlu di bina. Di kawasan Tempasuk, katanya tiada lagi kampung yang tidak boleh dihubungi menggunakan kenderaan. Malah sebahagian besar jalan telahpun bertar.

Beliau maklum, bahawa kawasan Tempasuk tidak mempunyai sumber asli, selain tanah dan laut. Sebab itulah katanya, beliau berusaha agar projek Jelapang Padi Kota Belud menjadi kenyataan. Melalui projek itu, akan lahir berbagai bentuk perniagaan daripada kilang padi, kilang baja, kilang membaiki jentera dan sebagainya. Sudah tentu katanya, kejayaan projek tersebut akan menguntungkan rakyat Tempasuk khususnya dan Kota Belud amnya.

Mungkin, ADUN Tempasuk itu telah menyediakan curahan hatinya begitu lama dalam benaknya, sehingga penulis, tidak sempat bertanya atau menyampuk, atas sebab uraian dan penjelasan cukup terang dan jelas. Yang paling mustahak, visinya itu masuk akal dan nyata.

Semasa ADUN Tempasuk itu menguraikan apa yang difikirannya, penulis tidak terasa bahawa sudah dua cawan black coffee habis dihirup, sekotak rokok Dunhill methol selesai.

Sekian.. Blog Suara Rakyat.

PRU-13: Calon mana pilihan kita?

Calon mana pilihan kita? apa kah calon di mana dalam profilenya hanya menjadi YB untuk menumpuk harta dan kuasa tanpa peduli dengan rakyat atau calon yang di dalam profilenya memang pejuang rakyat, namun tidak kaya, tiada harta, tetapi hanya nawaitunya membawa pembangunan untuk rakyat.

Atau calon parti yang hanya tahu menabur janji tetapi tiada kesimpulan terhadap janjinya.

2 February 2012

Rakyat jangan jadi timun selama-lamanya

Kalau tiada rakyat, maka tiada pemimpin, bukan sebaliknya. Sebab itu, dalam sistem demokrasi, mesti ada pemimpin yang diangkat oleh rakyat. Tujuannya jelas; membela suara ramai.

Namun, amanah itu disalah guna, amanah yang diberikan digunakan untuk memperkaya diri sendiri.

Rakyat yang sebelumnya punca daripada segalanya digunakan sebagai faktor menumpuk kekayaan dan kuasa. Kekayaan yang diperolehi pada giliriannya pula digunakan untuk membeli kuasa.

Sebab itu, pada sebarang pemilihan baik dalam pilihanraya mahupun parti, kekayaan yang ada diguna mendapatkan kuasa.

Dalam situasi demikian, rakyat kerdil yang memilih tidak berdaya lagi, timun tetap timun, disebabkan dikalangan rakyat itu, ramai yang menjadi petualang demi perut, sehinggakan mereka yang mempunyai jati diri tertinggal kerana jumlahnya telah menjadi minoriti.

Adalah diharapkan, dengan keadaan semasa, di mana majoriti rakyat telah celik, maka keadaan ini jangan berulang lagi.

Ramai-ramai kita menenggalamkan pemimpin yang telah lupa kepada amanah ini. Demikianlah seterusnya, jika ada pemimpin yang kita beri peluang bertingkah laku sama, maka kita terus campak, sehinggakan kita mampu mengwujudkan pemimpin yang benar-benar membela rakyat.

Percayalah pemimpin yang mempunyai perjuangan.. tidak menggunakan wang ringgitpun akan tetap disokong.

Pada PRU-13, kita pilihlah pemimpin yang berjiwa rakyat, sekurang-kurangnya kita bermula.

Sudah tiba masanya masjid ada pengawal

Majid adalah tempat beribadah penganut islam dan tempat suci dari semua jenis najis. Kini masjid, dicemari dengan kepala babi. Minggu lalu di Rawang, semalam di sentul.

Babi adalah haram dari segi agama islam, atas sebab itu, babi digunakan untuk mencemar tempat beribadat umat islam.

Babi hanya boleh dipegang oleh bukan penganut islam.

Memandangkan ada fenomena mencemarkan tempat beribadat umat islam, sudah tiba masanya diadakan pengawal di masjid seluruh negara, bagi mengelak, perkara seumpama ini berulang.

Untuk sementara, kita tidak boleh menuding jari, perbuatan siapa kah itu, malahan Kerajaan selangor menawarkan RM10,000 untuk maklmuat, siapa pelaku meletakkan kepala babi di sebuah masjid di Rawang.

Demi memelihara keharmonian kaum, maka perlu dipertimbangkan cadangan ini.

1 February 2012

PRU-13: Pakatan sukar melepasi jumlah kerusi 82 yang ditawan pada tahun 2008

Pakatan Rakyat ghairah apabila mampu menawan 82 kerusi dewan rakyat daripada jumlah 222 pada tahun 2008 termasuk menguasai 5 negeri daripada 13 negeri di persekutuan Malaysia.

82 kerusi dewan rakyat yang PR menang, rata-rata di kawasan bandar dan spra bandar. Pada PRU-12 juga, hanya dua ibu kota yang dimenangi BN-Johor Baru dan Alor Setar, yang lainnya dimenangi PR.

Sementara itu BN masih menguasai kawasan luar bandar yang meliputi 140 kawasan.

Pada PRU-13, jangkaan perolehan jumlah kursi BN tidak akan berubah, walaupun mungkin mengalami kemerosotan daripada jumlah majoriti. Namun, dalam demokrasi, kelebihan satu undipun dikira menang juga.

Akar umbi di luar bandar yang terdiri daripada kaum melayu/bumiputera belum bersedia mengubah pendirian, kerana mereka tidak boleh ikut penduduk di bandar atau spra bandar yang jauh lebih maju, tidak perlu bantuan kerajaan dalam mengharungi hidup.

Sebaliknya, penduduk luar bandar yang serba serbi kekurangan masih sangat tergantung kepada ikhsan kerajaan. Mereka tidak akan mampu bersaing jika memberi peluang kepada PR yang memperjuangkan merit kepada setiap warga, jika mereka merampas Putrajaya.

Apapun propaganda atau janji-janji PR, setakat ini, belum mampu mengubah persepsi penduduk luar bandar, bahawa gabungan tiga parti itu, sebenarnya mahu merampas Putrajaya kerana perasaan dendam oleh seorang pemimpin mereka- Anwar ibrahim yang gagal menjadi Perdana Menteri.

31 January 2012

Bantun BR1M bagi DUN N.6 Tempasuk

Daripada 13,000 pengundi DUN N.6 Tempasuk, kira-kira 8,000 orang layak menerima BR1M. Program BR1M adalah bantuan kerajaan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada Rm3,000 sebulan.

Pada Sabtu lalu, bertempat di dewan Datuk Musbah Kg Taun Gusi, seramai 2,430 ketua isi rumah menerima baucer BR1M bernilai RM500.00

Pemberian baucer BR1M di dewan Datuk Musbah bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang.

Bagi penyokong BN, sangat seronok melihat gelagat para penerima, apabila setiap kali keluar daripada bilik "Tunai; tempat di mana baucer ditukar kepada tunai) melaungkan HIDUP BN!!!!

Penyampaian baucer RM500.00 BR1M bagi DUN Tempasuk disempurnakan sendiri oleh ADUN Tempasuk Datuk Haji Musbah Hj Jamli.

29 January 2012

PRU 13: Faktor calon sangat penting: Muhyiddin

Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) di setiap peringkat perlu menganalisis secara mendalam calon yang dicadangkan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) bagi memenuhi kehendak rakyat di kawasan masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, faktor calon amat penting kerana ia merupakan antara fokus utama pemilih dalam pilihan raya umum.

"Saya lihat kali ini walaupun parti yang bertanding itu diberikan nilai oleh pengundi macam BN apa perjuangan, falsafahnya, apa ideologi dan visinya...parti pembangkang pun dinilai juga, tetapi antara faktor yang lebih berat ialah calon.

"Sebab itu kita nak pemimpin BN menganalisis secara mendalam mana calon yang terbaik yang kita nak letakkan di kawasan itu...apa tokoh dia, latar belakang dia, dan penerimaan secara umum, ini penting," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia zon Sungai Terap/Sungai Raya di Pagoh, Ahad.

Muhyiddin berkata parti komponen BN ketika ini masih dalam peringkat mengenal pasti calon-calon yang berpotensi.

"Sekarang ini belum selesai lagi untuk mengenal pasti calon-calon berpotensi, masih dalam proses penilaian yang dibuat setiap parti komponen dalam BN...Umno dengan penilaian sendiri, MCA, MIC pun ada senarai-senarainya," katanya.

Beliau berkata pngerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak juga belum mengeluarkan arahan untuk setiap parti mengemukakan senarai calon masing-masing.

Mengenai sama ada terdapat perubahan atau pertukaran kerusi antara parti komponen BN pada PRU-13 nanti, Muhyiddin berkata perkara itu akan dibincangkan apabila ada pemintaan daripada parti komponen.

"Kita akan buat penilaian pro dan kontra sama ada sesuai nak buat pertukaran kerana kita kena mengambil kira dua kawasan yang terlibat."

Mengenai laporan akhbar berhubung hasrat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bersedia tidak bertanding pada PRU-13, Muhyiddin berkata itu soal dalaman parti itu.

"Ini soal mereka, sama ada bertanding atau tidak, bagi kita (BN) siapa saja di pihak parti pembangkang yang bertanding, kita hadapi macam biasa sama ada Presiden PAS bertanding atau tidak bertanding, itu tidak penting.

"Saya lebih mementingkan soal BN, apa fokus BN, apa strategi yang kita susun untuk hadapi pilihan raya umum, kita buat secara terperinci setiap kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri," katanya.Bernama

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels