7 March 2013

Sejarah Silam Sabah: Kaitan Dengan Tuntutan Kesultanan Sulu

Hanya bahagian berwarna hijau dalam peta ini yang pernah berada di bawah kekuasaan Kesultanan Sulu dan Malaysia patut menghentikan bayaran RM5000.00 setahun kepada waris-waris Sultan Sulu kerana kesultanan ini sudah pupus.

Bahagian Sabah yang pernah berada dalam Kesultanan Sulu ialah bahagian timur sahaja, khususnya bahagian dari Sungai Pandasan di barat laut hingga Sungai Sibuku di selatan.

Hanya bahagian timur Sabah saja dalam peta ini yang terlibat dalam tuntutan Filipina atau tuntutan waris-waris Sultan Sulu ke atas Sabah. Apabila Sultan Sulu pajak wilayahnya di Sabah pada Baron Von Overbeck pada 1878, hanya bahagian timur saja yang terlibat kerana bahagian itu saja milik Kesultanan Sulu.

Sehingga 1658, seluruh Sabah adalah milik Kesultanan Brunei. Sultan Brunei menyerahkan bahagian timur Sabah pada Kesultanan Sulu pada 1658 sebagai ganjaran untuk Sulu kerana membantu Brunei mematahkan satu pemberontakan di Brunei.

Pada 1878 pula, Kesultanan Sulu pajak bahagian timur Sabah kepada Gustavus Von Overbeck, seorang rakyat Austria. Pajakan ini dibuat melalui sebuah syarikat milik Alfred Dent, rakan kongsi niaga Von Overbeck, dan kemudian melalui Syarikat Borneo Utara British. 

Untuk pajakan ini, Syarikat Borneo Utara British bayar RM5000.00 setahun pada Sultan Sulu. Pada 1885, Britain, Jerman dan Sepanyol menandatangani Protokol Madrid yang mengikitiraf kedaulatan Sepanyol di seluruh Kepulauan Sulu dengan syarat Sepanyol menarik semua tuntutan ke atas Borneo Utara. 

Pada tahun 1888, Sabah sepenuhnya menjadi tanah lindungan Britain. Kesultanan Sulu pula pupus pada 1917, di era penjajahan Amerika di Filipina yang turut meliputi Kepulauan Sulu. Dengan kepupusan ini, Kesultanan Sulu sudah tidak wujud. 

Yang wujud hanya bekas Sultan, yakni orang yang menjadi Sultan Sulu terakhir sebelum kesultanan ini pupus. Sultan terakhir Sulu mati pada 1930-an dan British menghentikan bayaran pajak. Sabah diserap dalam Malaysia pada 1963 melalui pembentukkan Malaysia. 

Filipina dan Indonesia menentang pembentukkan Malaysia. Indonesia melancarkan konfrontasi. Filipina pula secara rasmi memulakan tuntutan ke atas Sabah pada 1962, setahun sebelum Malaysia. Beberapa calon sultan dicari untuk diistiharkan sebagai Sultan Sulu bagi membolehkan Filipina tuntut Sabah bagi pihak Kesultanan Sulu yang pupus. 

Namun, Filipina sendiri tidak pernah berhasrat untuk mewujudkan semula Kesultanan Sulu. Jika Filipina mendapat Sabah sekalipun, ia sekadar akan menjadi wilayah baru Filipina tetapi Kesultanan Sulu tetap tidak akan diwujudkan. Sultan Sulu hanya relevan pada Filipina sebagai alat menuntut Sabah tanpa sebarang niat pada Filipina untuk mewujudkan semula kesultanan ini.

Malaysia sepatutnya berhenti membayar RM5000.00 setahun pada waris Sultan Sulu kerana kesultanan ini sudah pupus dan Sultan terkahir sudah mati. Sekarang ini ada 60 orang yang mengaku mereka Sultan Sulu, semata-mata hanya untuk tuntut Sabah demi kekayaannya.

28 comments:

Kris Jr said...

Secara teorinya Kesultanan Sulu tidak mempunyai hak untuk menuntut Sabah kerana pada 1962 Sultan Sulu ketika itu, Sultan Ismail Kiram telah menyerahkan kuasa tuntutan kepada kerajaan Filipina.

Kris Jr said...

Pensyarah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah, Zaini Othman berkata pencerobohan itu juga adalah untuk menarik perhatian masyarakat antarabangsa dengan menganggap mereka terpinggir daripada perjanjian damai itu.

Kris Jr said...

Mereka dilihat kecewa tidak termasuk dalam perjanjian berkenaan dengan menganggap Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di bawah pimpinan Nur Misuari berhak turut serta.

Kris Jr said...

Mereka yang terkorban dinaikkan pangkat berkuatkuasa serta-merta. Ia diumumkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar selepas dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi mengiktirafkan pengorbanan mereka.

Kris Jr said...

Kenaikan pangkat itu diharapkan membantu meringankan beban kewangan isteri dan anak wira negara yang sanggup mengetepikan kepentingan peribadi untuk melindungi keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Kris Jr said...

Kenaikan pangkat disegerakan setimpal dengan komitmen tinggi dan keberanian semua wira memburu kumpulan tersebut sehingga mengorbankan nyawa mereka.

Kris Jr said...

Beberapa pakar sejarah menegaskan Sabah ialah hak Malaysia dan tidak boleh dituntut oleh mana-mana pihak kerana rakyat negeri itu telahpun bersetuju dengan pembentukan Malaysia dalam tinjauan kajian Suruhanjaya Cobbold pada tahun 1962. Ketua Program Sejarah Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Mosli Tarsat berkata berdasarkan bukti sejarah, ia jelas menunjukkan status negeri Sabah memang sah sebagai sebahagian daripada Malaysia dan diiktiraf Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Kris Jr said...

Walaupun Sabah yang sebelum ini dikenali sebagai Borneo Utara sebelum pembentukan Malaysia, pernah dikuasai dan dipengaruhi oleh Kesultanan Brunei dan Sulu, Syarikat Berpiagam Borneo Utara British, Jepun dan penjajah British, tetapi selepas 1963, keadaannya berubah setelah Sabah bersama dalam pembentukan Malaysia. semasa Suruhanjaya Cobbold membuat tinjauan menyeluruh di Sabah dan Sarawak selama empat bulan mengenai penubuhan Malaysia, suruhanjaya itu menerima 2,200 memorandum, dengan lebih kurang 80 peratus rakyat kedua-dua negeri itu menyokong penubuhan Malaysia.

Kris Jr said...

Laporan suruhanjaya itu telah dikemukakan kepada kerajaan British, dan Malaysia kemudian ditubuhkan dengan menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah (Borneo Utara) dan Sarawak.Oleh itu, Sabah secara rasmi menyertai pembentukan Malaysia pada 16 Sept 1963 setelah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963. Sabah ialah hak Malaysia mengikut undang-undang antarabangsa dan tidak boleh dituntut oleh mana-mana pihak.

Kris Jr said...

Malaysia ialah sebuah negara berdaulat yang diiktiraf dunia.

Kris Jr said...

Oleh itu, tidak timbul soal tuntutan sebahagian daripadanya oleh mana-mana pihak sekalipun.

Kris Jr said...

Tidak timbul soal tuntutan, perkara itu sudah selesai lama dahulu

Blackforest said...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Sabah akan terus dipertahankan sebagai sebuah negeri di dalam Malaysia dan tiada pihak yang patut mempertikai kedudukan mutlak itu.

Blackforest said...

Kedudukan Sabah dalam Malaysia tidak perlu dipertikaikan.Sabah adalah wilayah dalam Malaysia selama-lamanya. Tiada siapa yang boleh pertikaikan (sama ada) dari dalam dan luar negara.

Blackforest said...

“Kita akan pertahankan prinsip (Sabah di bawah Malaysia) dan hakikat ini secara mutlak,” katanya.

Blackforest said...

Najib berkata soal hak milik Sabah dalam Malaysia tidak sepatutnya berbangkit kerana perkara itu telah termaktub dalam perundangan negara.

“Saya ingin tegaskan soal polemik sama ada Sabah sebahagian Malaysia.. bahawa isu itu telah dimuktamadkan sejak 1878 dan Sabah merupakan wilayah yang sah di Malaysia,” katanya.

Blackforest said...

Malah beliau berkata Suruhanjaya Cobbold telah mendapatkan pungutan suara rakyat Sabah dan dua pertiga daripada rakyat negeri ini bersetuju menjadikan wilayah berkenaan sebahagian dari Malaysia.

Blackforest said...

Keputusan Suruhajaya Cobbold itu juga mendapat pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Blackforest said...

Beliau berkata pungutan suara itu dibuat dengan cara demokratik dan atas faktor itu tiada sesiapapun yang boleh mempertikaikan perkara itu.

Justeru Sabah akan terus kekal menjadi sebahagian daripada Malaysia selama-lamanya, katanya.

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR said...

"Sultan sulu dan Kesultanannya tetap wujud selagi ada MATAHARI, BULAN dan BINTANG!"--- ini anda mesti ingat sampai mati...

Unknown said...

Sulu negera yg berdaulat....

Unknown said...

Sulu negera yg berdaulat....

Unknown said...

KeSultanan Sulu di asaskan oleh peranakan Arab Johor yang bernama Syed Abu Bakar Abirin. Beliau berkahwin denan puteri ataupun dayang di Sulu.

Walaupun Sulu mengklaim Sabah kerana di katakan di beri oleh Brunei tetapi ia tidak pernah berlaku.
Kesultanan Suluk tidak berhak keatas Sabah kerana Kesultanan Brunei tidak pernah menyerahkan wilayah tersebut kepada Suluk dalam sejarah
Kesultanan Brunei telah memajakkan wilayah Sabah pada abad ke-19 kepada Baron Von Overbeck. Kuasa mentadbir Timur Sabah berada ditangan Baron von Overbeck pada 1877. Menyedari pihak Suluk juga menuntut wilayah timur Sabah, Baron telah membuat perjanjian dengan Raja Suluk bagi mengelak masalah-masalah di kemudian hari. Duit pajakan wilayah Sabah yg dibayar oleh Baron von Overbeck kepada Sultan Brunei $12,000 setahun dan $3,000 kepada Temenggong pada 1877, manakala duit yg dibayar kepada Sultan Suluk hanya $5,000 setahun mengikut perjanjian Baron von Overbeck dengan Sultan Suluk pada 1878. Daripada jumlah duit pajakan yang dibayar sudah JELAS menunjukkan siapa yang sebenarnya berkuasa/ berhak di Sabah pada masa itu.

khasturia00@gmail.com said...

KESULTANAN SULU SEBENARNYA TUDAK WUJUD,KESULTANAN SULU HANYA DIREKA2 OLEH LANUN2 SULU SEBAB ADA ISTANA TINGGALAN DI BAHAGIAN SELATAN FILIPINA YANG SEBIJIK MACAM INTANA BRUNEI. YANG MENGAKU SULTAN SULU SEKARANG NI SEBENARNYA LANUN YANG MEROMPAK SANA SINI $ MENJADIKAN ISTANA TINGGALAN BEKAS KESULTANAN YANG SEBENAR SEBAGAI ISTANA MEREKA DAN MENGKLAIMKAN DIRI MEREKA SULTAN SULU. SULTAN BRUNEIPUN TIDAK MENGIKTIRAF KESULTANAN SULU SEBAB DIA TAHU KESULTANAN SULU TU KETURUNAN PENYAMAR@PALSU. MEMANG XDA PUN DARAH RAJA.

mieya putra said...

Kepala otak ko bodoh, anak sultan muhammad hassan sultan bongsu ke2 di hntr ke sulu untuk memerintah,sulu dan berunie berkait rapat susur galur adik beradik.. saya org brunai saya selalu baca di akrib

Wogok_Barakan said...

Betul tu bosku..

Wogok_Barakan said...

hahaha..jadi boneka sajalah sultan2 sulu tu yg tak berdaulat,kalau ada pun xda sudah kena mengena dengan Sabah,bagus kasi maju tu soloo,jangan seperti tikus claim kandang gajah..

Wogok_Barakan said...

Jangan mimpi lah,Soloo guna pasport apa? Apa matawang dorg guna?

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels