Sebaik penulis duduk di ruang tamu ADUN Temapsuk-Datuk Musbah Haji Jamli terus mengeluarkan hujahnya... sebenarnya Rakyat hanya perlu 4P+1P.
Belum lagi penulis sempat bertanya, Pembantu Menteri Pertanian Negeri Sabah itu terus menguraikan apa yang beliau maksudkan dengan 4P+1P.
P yang pertama katanya adalah PENDIDIKAN. Melalui pendidikanlah katanya, minda dan bakat akan terlahir, sebab itu kerajaan menyediakan sekolah percuma dari Tadika hinggalah ke sekolah Menengah. Di Tempasuk katanya, boleh dikatakan semua kampung ada sekolah rendah atau setidak-tidak Taska atau Tadika. Melalui pendidikan, maka akan melahirkan sumber insan yang gemilang dan terbilang.
Selepas P yang pertama diikuti pula oleh P yang kedua, yaitu PEKERJAAN. Perkerjaan dapat berbentuk makan gaji atau usaha sendiri.
P yang ketiga adalah PENDAPATAN. Sudah tentu kalau ada Pendidikan ada Pekerajaan, maka pada gilirannya adalah PENDAPATAN. Bagi mereka yang berani mencuba, maka sumber pendapatan yang paling lumayan adalah melalui perniagaan atau usaha sendiri.
Sebab itu katanya, semasa muda, disebabkan masa sangat terhad untuk pendidikan, beliau mencebur diri dalam dunia perniagaan walaupun hanya dilengkapi kelulusan peringkat SPM. Bermula pada tahun 1980, beliau terus mencuba melalui disiplin yang tinggi dalam dunia perniagaan. Syukur katanya, lima tahun kemudian, beliau bergelar jutawan.
Dunia perniagaan terus diceburinya kerana menurutnya itulah bidang yang beliau ada bakat. Selepas perniagaannya mantap, baru beliau merasa menyambung pelajaran, walaupun bukan sepenuh masa. Melalui pendidikan yang beliau perolehi memantapkan lagi pengetahuannya dalam dunia perniagaan.
Selagi beliau diberi amanah sebagai wakil rakyat, inilah perjuangannya, kerana beliau tahu, bahawa kadar kemiskinan bagi daerah Kota Belud amnya masih tinggi walaupun kawasan Tempasuk agar bernasib baik berbanding Usukan dan Kedamaian.
Selepas 3P yang pertama, sudah tentunya rakyat perlu tempat berteduh, yakni Perumahan. Atas sebab itu, semasa beliau menjadi Pengerusi Supernisa Sdn Bhd anak syarikat LPPB, beliau mengusahakan berbagai projek perumahan untuk rakyat. Bagi penduduk Kampung pula, beliau berusaha membina perumahan rakyat melalui PPRT bagi mereka yang tergolong miskin tegar.
Namun masalah ini akan terselesaikan menjelang 2020, apabila semua isi rumah mempuyai sekurang-kurangnya satu anak yang mempunyai PENDIDIKAN DAN PEKERJAAN.
Pada situasi ini, maka P yang kelima diperlukan, malah menjadi keharusan, yaitu PENGAKUTAN AWAM.
Pengakutan awam akan berkembang apabila telah ramai rakyat berkerja dan berpendapatan. Atas sebab itu, infra seperti jalan-jalan perlu di bina. Di kawasan Tempasuk, katanya tiada lagi kampung yang tidak boleh dihubungi menggunakan kenderaan. Malah sebahagian besar jalan telahpun bertar.
Beliau maklum, bahawa kawasan Tempasuk tidak mempunyai sumber asli, selain tanah dan laut. Sebab itulah katanya, beliau berusaha agar projek Jelapang Padi Kota Belud menjadi kenyataan. Melalui projek itu, akan lahir berbagai bentuk perniagaan daripada kilang padi, kilang baja, kilang membaiki jentera dan sebagainya. Sudah tentu katanya, kejayaan projek tersebut akan menguntungkan rakyat Tempasuk khususnya dan Kota Belud amnya.
Mungkin, ADUN Tempasuk itu telah menyediakan curahan hatinya begitu lama dalam benaknya, sehingga penulis, tidak sempat bertanya atau menyampuk, atas sebab uraian dan penjelasan cukup terang dan jelas. Yang paling mustahak, visinya itu masuk akal dan nyata.
Semasa ADUN Tempasuk itu menguraikan apa yang difikirannya, penulis tidak terasa bahawa sudah dua cawan black coffee habis dihirup, sekotak rokok Dunhill methol selesai.
Sekian.. Blog Suara Rakyat.