PEMBANGKANG mengajar rakyat supaya tidak lagi pandai berterima kasih. Atas sebab itu mereka berpakat memberitahu rakyat, AMBIL SAHAJA APA BANTUAN KERAJAAN tapi jangan berterima kasih, malah digalakan agar mereka MENGUBAH KERAJAAN.
Ajaran Pembangkang itu sama dengan mengajar anak menampar muka ibu bapa sendiri, apabila anak-anak diberikan penghidupan yang lebih baik dan kemudian telah mampu berdikari, dan seterusnya mengalakkan anak itu membuang ibu bapanya.
Selain itu, pembangkang berbohong, kononnya tidak berguna menyokong kerajaan, kerana kerajaan tidak membangun negeri dan rakyat.
Kenyataan pembangkang yang bercanggah satu sama lain. Pertama AMBIL SAHAJA SEBARANG BANTUAN KERAJAAN, kedua pula, KERAJAAN TIDAK MEMBANGUN NEGERI DAN MEMBELA RAKYAT.
Kerajaan Bn, membantu rakyat menanggung bebanan dengan pemberian BR1M, membantu rakyat dengan subsidi barangan pokok seperti minyak, tepung, minyak masak, gas masak dan sebagainya yang mencecah RM22 bilion setahun. Malah melalui subsidi minyak, menjadikan negara mempunyai harga minyak ke-5 terrendah di dunia.
Kerajaan meringankan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah dengan bantuan pra persekolahan RM100 setiap murid daripada tahun 1 hingga tingkatan 5.
Kerajaan memberi sara hidup kepada nelayan, kepada warga mas, oku dan miskin tegar. Apa kah semua ini bukan pembelaan kepada rakyat?
Bagi golongan berpendapatan di atas Rm3,000 sebulan DAN SEMUA RAKYAT YANG TERGOLONG BERSAMA-SAMA DENGANYA pula diberi pengurangan cukai pendapatan, selain menikmati semua bentuk subsidi yang diberikan kerajaan.
Rakyat menikmati proses pembelajaran yang percuma daripada Tadika ke Tingkatan 5, malah di peringkat kolej atau universiti, kerajaan menyediakan biasiswa pada pelajar yang layak, dan menyediakan PTPTN kepada segenap pelajar yang layak diterima belajar.
Di Sabah misalnya, Kerajaan Pusat telah menyalurkan RM23.2 bilion dalam RMK-10, termasuk RM7 bilion pada tahun lepas. Di samping itu, kerajaan negeri menyediakan bajet RM4.088 bilion pada tahun 2012 demi pembangunan rakyat dan negeri.
Pembangkang menyorok semua data itu, dan berbohong kepada rakyat kononnya negeri Sabah tidak membangun di bawah kerajaan Bn, sebab itu, kerajaan perlu diubah, agar Sabah boleh membangun.
Sebenarnya, pembangunan semua tertakluk kepada sumber kewangan. Sumber kewangan negara bersumber kepada keadaan perekonomian yang kondusif, kestabilan politik dan keamanan.
Sumber kewangan tidak akan turun daripada langit, tanpa melalui usaha yang terus menerus dari semua pihak.
Kerajaan hanya sebagai fasilitator kepada persekitan ekonomi yang sihat, sebab itu kerajaan Bn melakukan berbagai transformisi, baik dalam kerajaan, sosial, politik dan ekonomi.
Kerajaan Bn mempunyai visi yang jelas, mempunyai landasan yang telah dirangka dan kerangga perancangan itu membolehkan negara maju pada tahun 2018, awal dua tahun daripada target tahun 2020.
Kenapa rakyat perlu MNEGUBAH sesuatu kerangka atau landasan yang betul untuk negara menjadi negara maju?
Janganlah termakan dan menjadi sebahagian daripada penyokong Anwar Ibrahim yang hanya mahu menjadi Perdana Menteri. Janganlah sejarah diri sendiri ternoda kerana menjadi sebahagian daripada mereka yang menyokong mencapai cita-cita seseorang yang bertujuan peribadi.
Anwar sebenarnya tidak mempunyai isu terhadap kerajaan. Isu yang ada, semuanya berbentuk penafian kepada usaha kerajaan. Isu yang pada Anwar, hanya menghasut rakyat, mengajar rakyat kurang ajar, menghasut rakyat supaya jangan berfikir rasional.
Bagi rakyat Sabah, cuba tanya diri sendiri, apa sumbangan ANWAR pada rakyat negeri ini? sumbangan terbesar Anwar adalah mengwujudkan PERJUDIAN DI NEGERI INI PADA TAHAP GABAN. Melalui perjudian itu, maka wang rakyat Sabah masuk semula kepada tauke judi, mudahlah Anwar mendapat sponsor.
Cuba tanya diri sendiri, sejak tahun 1998, Anwar tiada jawatan, namun mampu mempertahankan GAYA HIDUP SEERTI JUTAWAN, MALAH SANGGUP TERBANG DENGAN JET MEWAH, DENGAN HELI..PENERBANGAN KELAS PERTAMA.. DARI MANA SUMBER KEWANGAN ITU?
Seperti kata Ketua Menteri Sabah, Anwar datang ke Sabah seolah-olah mengajar itik berenang, mengajar pemimpin Sabah untuk membangun negeri, sedangkan pengurusan kewangan Sabah mendapat pujian daripada Ketua Audit negara lebih 5 tahun berturut-turut.
Bajet Sabah saban tahun terus meningkat, malah mengemukakan bajet negeri yang senantiasa membuat rekod setiap tahun. Di sebabkan tiada isu, maka Anwar menafikan semua data itu, dengan mengangkat isu-isu pengelipur lara, yang punya jangka hayat yang singkat.
Atas sebab semua isu pembangkang bercorak penglipurlara, maka Perdana Menteri memperlambat PRU-13, agar rakyat benar-benar mengetahui semua tipu muslihat pembangkang.
Kata orang.. Hilang kabut jelas lah gunung. Akhirnya Anwar dan konco-konco akan terduduk semula pada PRU-13 akan datang. Sememangnya SABAH TATAP BN.
77 comments:
Pembangkang Kini Jadi Penipu Bersiri, Pakar Putar Belit Fakta
Pakatan pembangkang terbukti kaki putar belit dan sanggup menipu dengan menafikan pelbagai fakta sebenar sebagaimana ketua pembangkangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan popular dan menafikan kepimpinan tertinggi dari Barisan Nasional (BN).
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengganggap golongan pembangkang sebagai memutarbelitkan fakta berdasarkan pemberitaan yang ditulis dalam media siber mereka.
Pembangkang Kini Jadi Penipu Bersiri, Pakar Putar Belit Fakta
“Ini bukanlah perkara yang baru berlaku kerana sebelum ini Anwar Ibrahim telah beberapa kali mengaibkan dirinya apabila mengutuk negaranya sendiri, budaya dan masyarakatnya,” katanya kepada UMNO-Online.
Dilaporkan, hari ini laman siber pembangkang, Malaysian Insider menyebut bahawa Anwar masih lagi popular di Jakarta selain menafikan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang berkunjung ke Indonesia awal bulan ini dan mendakwa gagal bertemu dengan pemimpin Partai Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDI-P), Megawati Sukarnoputri.
“Nampaknya siri penipuan Anwar dan sekutu pakatan pembangkang masih berterusan dan mereka memburuk-burukkan kepimpinan kerajaan BN sedangkan realitinya apa yang berlaku tidak sama dengan apa yang dinyatakan.
Pembangkang Kini Jadi Penipu Bersiri, Pakar Putar Belit Fakta
“Saya turut bersama dalam delegasi berkunjung ke Indonesia mengiringi Timbalan Perdana Menteri, dan beliau bukan saja mengadakan pertemuan secara rasmi dengan Megawati tetapi juga mendapat layanan yang amat baik dalam kunjungan ke rumah pemimpin tersebut,” katanya.
Tegasnya, dalam kunjungan di rumah Megawati, anggota delegasi termasuk Muhyiddin telah berkesempatan menziarahi Bapak Taufik Kiemas, Ketua Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) Indonesia yang juga suami Megawati yang sedang sakit.
“Semua pemimpin tertinggi partai di Indonesia termasuk Ibu Megawati sendiri mengharapkan kepimpinan UMNO dan BN terus memerintah dan jalinkan hubungan akrab antara dua negara khususnya dalam masyarakat serumpun Malaysia-Indonesia.
Pembangkang Kini Jadi Penipu Bersiri, Pakar Putar Belit Fakta
“Kedatangan Tan Sri Muhyiddin sangat dialu-alukan sehinggakan Timbalan Presiden Indonesia, Boedino sanggup melewatkan acaranya untuk ke luar daerah demi mengadakan pertemuan dengan TPM.”
Dalam hal ini beliau menempelak mana-mana pihak dan meminta jika tidak tahu perkara sebenar maka sewajarnya tanya terlebih dahulu kerana jika menulis fakta yang salah adalah sama seperti melemparkan fitnah.
“Jangan hanya menulis secara semberono tanpa melihat realiti sebenar apatah lagi membabitkan pemimpin negara yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan.
“Janganlah hanya kerana taksub pada individu yang telah banyak terpalit dengan kesalahan moral dan pelbagai dakwaan maka sanggup pula bergelumang dengan fitnah. Inikah kononnya orang yang mahu ditabalkan sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berkuasa?”
Pembangkang Kini Jadi Penipu Bersiri, Pakar Putar Belit Fakta
Katanya, sewajarnya pakatan pembangkang mempunyai pemikiran yang matang dan bijak menggunakan media tanpa perlu menunjukkan kebodohan mereka atas alasan semata-mata menarik perhatian rakyat untuk populariti Anwar.
“Sebelum ini pun Anwar pernah mempropagandakan Malaysia sebagai sebuah negara yang negatif dan tidak selamat dan kemudian mengeji pakaian batik Malaysia sedangkan ia adalah produk tempatan yang tidak sewajarnya dipolitikkan,” tegasnya.
Sebelum itu, anak sulung Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izza juga pernah memberikan kenyataan palsu ketika temubual dengan akhbar Kompas di Indonesia, 4 Ogos lalu kononnya kapal selam negara, KD Tunku Abdul Rahman, masih tidak boleh menyelam selain mendakwa ia sebagai aset usang dan terpakai.
Pembangkang Kini Jadi Penipu Bersiri, Pakar Putar Belit Fakta
“Saya amat kecewa sebenarnya apabila mendapat tahu bahawa pembangkang sanggup memburukkan negara sendiri dan melemparkan fitnah semata-mata untuk kepentingan politik dan mereka gagal menanamkan sikap patriotik dan nasionalisme dalam diri masing-masing.
“Namun saya tidak terperanjat dengan penipuan-penipuan yang dibuat oleh para pemimpin dalam pakatan pembangkang kerana mereka akan terus melakukan apa saja demi untuk menjatuhkan kerajaan,” ujarnya.
Pembangkang Kini Jadi Penipu Bersiri, Pakar Putar Belit Fakta
Dalam kunjungan balas delegasi UMNO ke Indonesia pada 3 Julai lalu, acara rasmi telah diadakan dengan pemimpin Golkar, Aburizal Bakrie dan pemimpin Partai Demokratik Annas Urbaningrum selain pertemuan melibatkan golongan wanita, pemuda dan puteri.
Untuk perkembangan selanjutnya, UMNO dan partai-partai politik di Indonesia akan mengadakan hubungan secara langsung bukan saja untuk merapatkan jalinan antara politik tetapi juga dalam membincangkan isu-isu berbangkit.
Well they can't help the people so they are making noises.
Biasalah pembangkang, buat salah tak buat lagi la salah.
Kaum pembangkang memang anti kerajaan.
They are insane pieces.
Itu sudah jadi tabiat pembangkang, so tidak ada apa yang mahu dihairankan. hihi
Apa yang penting ialah rakyat harus fokus dan tidak mudah goyah pada taktik pembangkang. Berterima kasihlah pada kerajaan kerana telah banyak membantu rakyat.
Jika kerajaan menang lagi, pasti makin banyak kelebihan yang akan kita nikmati nanti. Justeru, berikanlah sokongan kita sepenuhnya pada kerajaan umnobn yang selama ini sentiasa menjaga kebajikan rakyat.
Musa cakap pembangkang jelous sebab kerajaan ada kewangan yang kukuh utk bantu rakyat:P
Opposition Jealous Of Sabah BN Government Having Strong Financial Position - Musa
Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said he expected the opposition to be envious of the Barisan Nasional state government's ability to strengthen its financial position.
He said the opposition parties were raring to rule Sabah and the state's strong financial position would give the opposition coalition an advantage if it wins the upcoming 13th general election.
"Our (Sabah's) reserves are more than RM3 billion, the result of the BN government's hard work. Its ability to strengthen the state's financial position has been commended by the Auditor-General.
"They (opposition leaders) are crazy about becoming Sabah chief minister if the opposition win the upcoming general election although they fail to administer well the states under their rule," he said at a Kuala Penyu BN Chinese New Year open house, here, Monday.
Musa, who is also state Finance Minister, said the people would stand to lose if they tempt fate by voting in a government other than BN.
He hoped the people would not fall for the empty promises made by the opposition and should always remind among friends and kin not to make the wrong choice in the upcoming elections.-- BERNAMA
"This is not something new as previously Anwar Ibrahim has several times condemned embarrass himself when his own country, culture and society," he told UMNO-Online. Reportedly, this day of cyber sites opposition, Malaysian Insider said that Anwar is still popular in Jakarta as well as denying the statement by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin who came to Indonesia earlier this month and claimed that fail to meet with the leaders of the Indonesian Democratic Party of Struggle (PDI -P), Megawati Sukarnoputri. It looks like a series of fraud and its opposition Anwar is still ongoing and they discredit the BN leadership while in reality what is happening is not the same as what is specified.
I suppose the people are not surprised by the lies made by the leader of the opposition because they will continue to do everything in order to bring down the government. They can't help the people so they are trying to lure people into disapproving the government. What is important is that the people should be the focus and not easy shaky on opposition tactics. Thank the government for assisting the people.
For further developments, UMNO and political parties in Indonesia will hold a direct relationship not only to bridge the links between politics but also in discussing the issues at hand.
If the government wins again, the more sure we will enjoy the benefits later. Thus, give your full support to the government which has always been concerned about welfare of the people.
All the top leaders of the party in Indonesia, including Mrs. Megawati personally expect Umno and BN leadership continues to rule and weaved close relationship between the two countries particularly in Malaysia and Indonesia homogeneous society.
pembangkang menyalahkan kerajaan kerana membantu rakyat kerana pembangkang itu sendiri tidak berfungsi dalam membantu kehidupan rakyat..maka sebab itulah pembangkang menghasut rakyat agar membenci kerajaan, supaya kerjanya senang...tidak perlu bantu rakyat tapi dapat undi...inilah mainan politik pembangkang yang tidak sihat..rakyat seharusnya menolak pembangkang yang hanya mementingkan cita2 politik peribadi seperti anwar yang ingin menjadi PM..
pembangkang menjadi kerajaan negeri di 4 buah negeri di semenanjung namun dalam tempoh pemerintahan pembangkang di negeri2 tersebut, manifesto pru 2008 tidak ditunaikan...malah pembangkang menunding jari dan menyalahkan kerajaan atas kegagalan dan kelemahan pembangkang itu sendiri..
adalah amat wajar rakyat malaysia menolak kepimpinan pembangkang pada pru13 nanti...kerajaan BN sekarang berjiwa rakyat dan membantu rakyat segenap lapisan tanpa meminggirkan mana2 individu, kaum atau kepercayaan..
kerajaan BN membelanjakan berbilion ringgit bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat selain mengurus dan mentadbir negeri ini dengan baik.
pembangkang mahu mentadbir Sabah kerana kedudukan kewangan yang baik akan memudahkan mereka mentadbir negeri jika menang pada pilihan raya umum akan datang.
Kemampuan BN mengukuhkan kewangan negeri ini turut dipuji Ketua Audit Negara.
rakyat tidak harus mudah percaya dengan janji pembangkang kerana mereka tidak menunaikan janji yang mereka buat di negeri seperti Selangor.
pembangkang banyak cakap saja, tapi tiada apa sumbangan pun.
Negeri-negeri yang ditabir oleh pembangkang seperti Selangor gagal menunaikan janji 32-perkara pada pilihan raya lepas termasuk pengurangan cukai tanah dan elaun bulanan kepada golongan ibu tunggal.
Najib berkata kerajaan Kedah dan Kelantan tidak banyak membawa perubahan manakala pelaburan di Pulau Pinang ketika ini merupakan syarikat yang pernah melabur ketika pemerintahan kerajaan BN di negeri itu.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan BN mempunyai agenda jelas dalam hala tuju negara dan rekod pencapaian kepimpinan BN sudah teruji semasa krisis ekonomi pada tahun 2009.
Katanya ada pemimpin negara yang keluar daripada kerajaan BN kini menjanjikan pelbagai perubahan untuk rakyat namum tidak melakukan sebarang perubahan ketika masih berkuasa sebelum ini.
Menurut Najib pemimpin berkenaan ketika berada dalam BN menyokong segala langkah kerajaan pada ketika itu namun selepas berada di luar kerajaan, suara pemimpin berkenaan sudah berubah dengan menentang keputusan mereka sendiri dahulu.
Majoriti rakyat nampaknya telah menyatakan bahawa mereka menolak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Cukup jelas, mesej yang disampaikan bahawa rakyat menolak Anwar Ibrahim sebagai pemimpin mereka.
Dakwaan Anwar Ibrahim bahawa dia ditakuti kerana kewibawaannya sehinggakan Tun Dr Mahathir Mohammad terpaksa memecat beliau disamping beberapa tuduhan liarnya terhadap BN ternyata memberikan gambaran wajah Anwar yang gemar untuk berdusta.
Anwar Ibrahim ini membuktikan bahawa dia semakin kempunan ingin menjadi Perdana Menteri dan terpaksa menggunakan apa-apa juga cara untuk memujuk hati rakyat.
Ketika ini, rakyat sudah sedar bahawa hanya Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak mampu membawakan perubahan kepada rakyat dan kerajaan.
Selepas keputusan PRU 12 yang mengejutkan Pakatan Rakyat (PR)-menang 5 negeri, terlalu sibuk berpolitik mahu menawan Putrajaya.
PR berhempas pulas cuba merosakkan imej BN sehabis teruk. Banyak janji-janji manis ditabur. Tidak cukup dengan ceramah diadakan pula demontrasi bersiri.4
Selama penggal 2008-2012, kerja-kerja PR dapat dilihat melalui berbagai demonstrasi oleh NGO-NGO yang matlamatnya mahu menumbangkan BN antaranya termasuk:
Bersih 2.0 Julai 2011
Bersih 3.0 April 2012
Himpunan Janji Demokrasi menjelang 31 Ogos 2012
Himpunan Hijau bersiri Anti Lynas
Himpunan Royalti Minyak Kelantan
Himpunan 901
Himpunan bersiri Kebangkitan Rakyat
Himpunan bersiri Oren Anti FGVH listing
Strategi PR mudah mahu meningkatkan momentum politik dekat PRU 13. Tapi bila kerap berpolitik demo akhirnya PR letih kerana 'overdone' sebab PRU lambat lagi!
Demontrasi demi demontrasi PR semakin lama tidak mendapat perhatian. Himpunan Oren 28 Disember hanya hadir kurang 1000 sedangkan sasaran 30,000.
Begitu juga Himpunan Hijau ( Mogok Lapar ) Disember 27-30 menjanjikan konvoi 10,000 kenderaan bermotor yang menyertai cuma 50! Yang mogok lapar pun mencuri makan sungguh memalukan!
Demontrasi demi demontrasi PR semakin lama tidak mendapat perhatian. Himpunan Oren 28 Disember hanya hadir kurang 1000 sedangkan sasaran 30,000.
Begitu juga Himpunan Hijau ( Mogok Lapar ) Disember 27-30 menjanjikan konvoi 10,000 kenderaan bermotor yang menyertai cuma 50! Yang mogok lapar pun mencuri makan sungguh memalukan!
Kehadiran rakyat yang kecil menyokong himpunan demonstrasi ini membuktikan PR semakin merosot pengaruh dan jatuh perlahan-lahan.
PR tumbang kerana berbeza prinsip, matlamat, kacukan rasis dan extremis, liberalis, dan kepimpinan kuku besi itu memberi masalah kepada pakatan dari mula.
Masa kian suntuk untuk PR membaiki kerosakan. Di mata rakyat kredibiliti pemimpin PR semakin nipis.
Akhirnya strategi kuno iaitu fitnah digunakan oleh PR dituju kepada pemimpin BN bagi mengalih isu-isu kerosakan dan meraih sokongan rakyat.
Kerosakan yang dilakukan oleh PR di negeri-negeri yang diperintah:
Hutan ditebang sewenang-wenangnya tanpa menghirau nasihat Jabatan.
Pasir dikorek sehabis korek mengakibatkan pencemaran dan malapetaka alam.
Bumiputera diasingkan.
Pusat hiburan berleluasa tumbuh bagai cendawan tanpa kawalan.
Tanah dijual kepada orang asing dan funder politik
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas pakatan pembangkang yang tidak bertanggungjawab dan terus melontar fitnah kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) terutamanya dalam berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU).
“Kita tahu bahawa mereka ini tidak ada kerja lain selain tipu, tipu dan tipu. Mereka akan buat fitnah dan macam-macam tohmahan telah ditabur kepada kita untuk merosakkan kepercayaan rakyat tapi itu semua kerja tipu,” katanya.
Jelasnya, kepimpinan pembangkang seringkali melemparkan fitnah dan pelbagai manipulasi untuk memburukkan BN sebagaimana yang telah dilakukan oleh Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
“Mereka membuat macam-macam tuduhan dan mengemukakan surat sebagai bukti sedangkan itu semua adalah palsu. Mereka lakukan semua ini sebagai taktik politik menjelang pilihan raya tetapi kita ada strategi tertentu untuk menangkis kerja-kerja kotor yang mereka akan terus laksanakan,” katanya.
Ujar beliau lagi, pakatan pembangkang mewujudkan persepsi kononnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak adil sedangkan kenyataan tersebut tidak benar dan tidak berasas berdasarkan kepada siri pilihan raya kecil dan keputusan PRU 2008 iaitu pembangkang menang lima negeri.
“BN telah bersedia untuk PRU ke-13, hanya menunggu gendang dipalu dan nafiri dibunyikan,” tegasnya lagi yang menekankan bahawa soal pemilihan calon terletak pada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Tambahnya, BN mengutamakan calon yang dipilih oleh rakyat dan bukannya yang dikehendaki oleh mana-mana pihak pun dan tentulah calon-calon terbabit terdiri daripada pelbagai latar belakang sebagaimana yang dikehendaki oleh rakyat.
“PRU ini dijangka sengit kerana yang ada kuasa nak mengekalkan kuasa sementara yang tidak ada kuasa mahu merampas kuasa biarpun mereka tidak berkebolehan.”
Tindakan kepimpinan kerajaan pakatan pembangkang mendirikan papan tanda hanyalah sekadar untuk mengaburi rakyat bagi menutup kegagalan mereka dalam melaksanakan serta menunaikan tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan seperti yang dijanjikan mereka sebelum ini.
Naib Ketua Wanita UMNO Selangor, Senator Datin Paduka Norhayati Tan Sri Onn menyifatkan apa yang dilakukan adalah untuk menutup kelemahan mereka berikutan kegagalan dalam melaksanakan tugas sebagai pentadbir negeri kerana tidak banyak perubahan yang dilakukan oleh mereka sejak berkuasa di Selangor.
“Kalau sekadar meletakkan papan tanda tidak membawa sebarang makna, banyak lagi perkara yang tidak ditunaikan oleh mereka sejak perintah Selangor, itu semua pembaziran untuk kaburi mata rakyat.
“Rakyat Selangor bijak dan tidak akan terpedaya dengan apa yang dilakukan oleh mereka, setakat papan tanda tidak memberi sebarang perubahan. lebih baik digunakan kos papan tanda itu untuk kebaikan rakyat,” katanya.
Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Klang berkata, apa yang berlaku itu menunjukkan kerajaan negeri cuba mempromosikan diri mereka apabila menyedari sokongan rakyat kini telah berubah berikutan kegagalan sebagai kerajaan negeri.
Menurutnya, tidak guna memasang papan tanda di seluruh Selangor jika mesej yang cuba disampaikan itu seperti apa yang digambarkan kerana apa yang dipaparkan itu adalah hasil usaha yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini contonhnya seperti mempromosikan sesuatu tempat yang menjadi kunjungan ramai.
“Contohnya seperti di Kuala Selangor, mereka cuba mempromosikan kawasan berkenanan sebagai kawasan nelayan untuk orang ramai menikmati ikan segar, sedangkan perkara itu sudah lama diketahui bukan setakat rakyat Selangor malah pelancong dari luar.
“Begitu juga dengan papan tanda air percuma, sedangkan banyak janji yang masih tidak tertunai dalam tempoh berkerajaan selama lebih empat tahun berbanding dengan Barisan Nasional yang banyak membela nasib rakyat melalui pelbagai insentif serta bantuan yang disediakan untuk rakyat,” katanya.
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa cuba mengaburi mata rakyat berhubung isu kutipan semula hutang Talam Corporation Bhd. (Talam).
Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, walaupun kerajaan PKR Selangor mendakwa mereka berjaya menyelesaikan isu tuntutan hutang Talam seperti yang dilaporkan dalam kertas putih baru-baru ini, namun pengumuman Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) pada 28 November lalu memberi tamparan hebat kepada kerajaan PKR Selangor.
"Berdasarkan pengumuman KHSB, hutang Talam kepada KHSB kini berbaki RM115 juta, pengurangan sebanyak RM121 juta daripada jumlah hutang asal iaitu RM236 juta.
"Kami hairan kerana kertas putih kerajaan negeri atau laporan KPMG Transaction & Restructuring Sdn. Bhd. (KPMG) gagal memberi perhatian atau penjelasan tentang perkara ini," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Tee Yong, firma juruaudit Tetuan AKN Arif yang dilantik untuk menyemak perjanjian penyelesaian hutang dengan Talam menemui sebanyak RM15 juta telah dihapus kira, penalti sebanyak RM58 juta kerana kelewatan membayar hutang tidak diambil kira dan sebanyak RM48 juta tidak dimasukkan dalam jumlah tuntutan hutang.
Jelas beliau, Tetuan AKN Arif juga menyebut kesemua penemuan itu memerlukan siasatan lanjut bagi menentukan sama ada pengesahan hutang yang perlu dibayar oleh Talam telah mematuhi prosedur yang ditetapkan.
"Sebaliknya, kertas putih tersebut menyatakan segala-galanya mengikut prosedur dan laporan KPMG telah digunakan untuk memuji kerajaan PKR Selangor," ujarnya.
Kata Tee Yong, perbezaan baki hutang yang sangat besar dan penemuan dalam laporan Tetuan AKN Arif menunjukkan terdapat perancangan untuk menyelamatkan Talam.
"Kertas putih atau laporan yang dikeluarkan oleh KPMG hanyalah satu dokumen yang dihasilkan oleh kerajaan PKR Selangor untuk menyembunyikan kebenaran," jelasnya.
Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan negeri itu menulis semula kertas putih itu dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan mereka dianggap mahu menyembunyikan kebenaran daripada rakyat.
apa yang kerajaan lakukan semua salah di mata pembangkang.
pembangkang buta akan sumbangan kerajaan.
Post a Comment