27 August 2012

Politik Sabah semakin kukuh

APABILA keadaan politik semakin kukuh dan stabil, bukan sahaja dapat menarik pelabur akan tetapi juga kunjungan daripada pelawat-apa kah pelawat asing mahupun rakyat sendiri.

Keadaan ini berlaku di Sabah. Disebabkan keadaan politik dan keamanan di Sabah sungguh baik, maka berjaya mendapat pelaburan asing lebih RM10 bilion pada penggal pertama tahun ini.

Selain itu, kekerapan lawatan pemimpin tertinggi negara samada Perdana Menteri atau Timbalannya, juga mencerminkan betapa kondusifnya keadaan serba serbi di Sabah.

Perdana Menteri dan Timbalannya sungguh bebas bergerak di mana-mana di negeri ini, dan terlihat bagaimana hangatnya sambutan rakyat terhadap mereka, terutama pada masa-masa "walkabout" atau menghadiri majlis-majlis rakyat termasuk majlis berbuka puasa dan Hari Raya.

Pada 2 September atau pada Ahad minggu ini, Perdana Menteri sekali lagi membuat lawatan ke Sabah. Pada siri lawatan itu, PM akan berkunjung ke Sandakan untuk merasmikan Persidangan Umno Zon 5 yang bertempat di Dewan Sri Libaran, Sandakan. Salah satu Bahagian Umno pada Zon itu adalah Bahagian Libaran, di mana Ketua Bahagiannya adalah Pengerusi Perhubungan Umno negeri-Datuk Seri Musa Aman.

Pada siri lawatan PM ke Sabah pada hari itu, beliau juga dijangka hadir pada Majlis Hari Raya Speaker Dewan Rakyat-Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia di Kampung Rampayan Laut, Kota Belud.

Dengan seringnya lawatan pemimpin nombor satu negara itu ke Sabah, menggambarkan betapa eratnya hubungan antara pemimpin negeri ini dengan kerajaan pusat.

25 August 2012

Wajar Royalti Minyak bagi Sabah dan Sarawak dikaji

SELEPAS 36 tahun kewujudan Petronas, dan selama itu juga minyak dan gas disedut di bumi Sabah dan Sarawak, royalti hanya 5 peratus, sepertimana perjanjian awal.

Kini, para pemimpin  Kerajaan daripada Sabah dan Sarawak sudah berani menyatakan kajian semula mengenai royalti secara terbuka, sedangkan sebelum ini kenyataan mengenainya merupakan taboo.

Tahniah kepada Pehin Seri Taib Mahmud yang mencadangkan kajian semula, kemudian disusuli oleh Datuk Seri Musa Aman.

Selepas kenyataan dua pemimpin tertinggi Sarawak dan Sabah itu, kini berbagai lapisan menyuarakan sokongan mereka; walaupun rata-rata tidak menyatakan kadar peratusan yang diminta.

Pihak Pembangkang sejak awal-awal lagi menyatakan, jika mereka dapat merampas Putrajaya, maka kadar royalti minyak bagi Sabah dan Sarawak akan dinaikan ke kadar 20 peratus.

Walaupun telah sekian lama, pihak pembangkang menjadikan royalti minyak sebagai salah satu kempen mereka, hanya selepas bulan ramadhan, pemimpin BN menyuarakan bahawa sudah tiba masanya kajian semula mengenai royalti itu dijalankan.

Sebenarnya, perbincangan berhubung royalti minyak boleh ditafsirkan sebagai "ugutan" kepada kerajaan pusat, akan tetapi berbagai pihak mendakwa bahawa permintaan kajian semula royalti itu, adalah sebagai tanda sokongan terhadap kerajaan pusat selama ini.

Kenaikan royalti minyak merupakan tanda terima kasih kepada penduduk Sabah dan Sarawak yang senantiasa menjadi penyelamat kepada kerajaan Pusat sejak meredeka lagi, termasuk pada PRU-12 lalu.

Pada PRU-12 lalu, rakyat Sabah dan Sarawak menyumbang hampir 40 peratus kerusi Parlimen kepada kerajaan Pusat untuk mempertahankan kerajaan Persekutuan.

Untuk itu, kajian royalti minyak mempunyai kewajaran dan tepat masanya, agar kadar royalti yang lebih tinggi boleh mempercepat kadar pembangunan dua negeri di timur ini yang sememangnya jauh ketinggalan.

24 August 2012

Lompat parti selepas PRU-13 membimbangkan

DAP mahu menghalang lompat parti, namun Anwar menggalaknya. Bagi BN pula, ikut apa yang ada dalam artikel 10 (1) Perlembagaan Persekutuan; ertinya lompat parti itu bukan satu kesalahan.

Ada dua Kerajaan negeri sebelum ini mengubal undang-undang anti lompat, yang pertama Negeri Sabah semasa kerajaan Parti Bersatu Sabah, kemudian diiukti Kelantan. Bagi Sabah, undang-undang itu telahpun dimansuhkan selepas BN memerintah; dan di Kelantan-undang-undang itu masih berkuatkuasa.

Isu lompat ini mula menghangat pada Februari,2009 apabila Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak jatuh, akibat tiga orang ADUN mereka keluar dan mengistiharkan kedudukan mereka sebagai anggota bebas akan tetapi mesra BN. Berikutan itu, BN membentuk kerajaan baru di Perak.

Sebelum 16 September, 2008; hangat diperkatakan oleh Anwar bahawa 31 wakil rakyat daripada BN akan menyeretai Pakatan Rakyat yang Anwar sebut sebagai Gerakan 16 September. Namun kenyataan Anwar itu tidak menjadi, malah tiada wakil rakyat BN yang menyertai Pakatan Rakyat, sebaliknya 8 wakil rakyat mereka keluar daripada parti masing-masing dan mengistiharkan kedudukan mereka anggota bebas.

Namun menjelang PRFU-13, isu lompat parti menghangat semula, apabila dua MP Sabah keluar dan menyokong Pakatan Rakyat. Akan tetapi, sokongan mereka itu, tidak mengubah kedudukan BN.

Pada PRU-13 akan datang, tindakan lompat parti akan berlaku, jika kedua belah pihak mendapat jumlah kerusi yang berimbang, baik parlimen mahupun di negeri-negeri. Inilah yang menjadi masalah utama parti-parti yang bertanding, apakah calon-calon yang mereka pilih itu ada kesetiaan atau kah tiada.

Namun, jika kedaan demikian berlaku, adalah lebih baik mengadakan semula pilihanraya, seperti mana berlaku di Sabah pada tahun 1986, untuk memastikan parti mana yang benar-benar mendapat sokongan rakyat.

Air bersih Kota Belud

MASALAH air bersih Kota Belud, bukanlah masalah baru. Masalah ini bermula sejak dari awal kemerdekaan lagi. Malah BLOG SUARA RAKYAT menjadikannya isu sejak tahun 2009 lagi.

Pada pertengahan pemerintahan Parti Berjaya, masalah air cuba dibereskan oleh kerajaan itu, namun, sumber air untuk memenuhi keperluan penduduk Kota Belud menjadi pengekang/kendala.

Sejak akhir-akhir ini, timbul lagi isu air bersih di Kota Belud, terutama pada sambutan Hari Raya yang hanya beberapa hari berlalu. Mereka yang lama tidak kembali ke kampung dan sudah terbiasa dengan bekalan air yang ada secara terus menerus di bandar, terasa sangat kritis, apabila pulang kampung, sukar bagi mereka mengamalkan kebiasaan itu.

Sebenarnya bekalan air yang mampu dibekalkan oleh Jabatan air kota Belud, hanya meliputi 30 peratus penduduk Kota Belud, yakni bekalan itu hanya dinikmati oleh mereka yang berada dalam radius 10 kilometer daripada sumber; manakala penduduk yang tersebar di perkampungan, sejak kuda makan besi, masih menggunakan sungai dan kini airtube sebagai sumber air seharian.

Penduduk yang sangat terjejas adalah mereka yang mendiami tanah landai, kerana sumber air bawah tanah mereka tercemar oleh bahan-bahan kimia pertanian yang meresap dalam tanah. Bagi penduduk yang mendiami perbukitan, agak bernasib baik, kerana air graviti menolong mereka mendapatkan air yang tidak tercemar.

Pada hakekatnya, kerajaan kini memahami kesukaran penduduk yang dikaitkan dengan air bersih; atas sebab itu pada kempen pilihanraya tahun 2008, masalah air Kota Belud, merupakan salah satu bahan kempen calon-calon Bn, terutama calon MP pada masa itu.

Disebabkan masalah sumber air adalah masalah utama membekalkan air, maka timbulah cadangan membina empangan Tambatoun, yang terletak di Kedamaian. Empangan yang bernilai RM446 juta adalah satu penyelesaian sumber bekalan air bagi 100 ribu penduduk kota Belud. Namun, pembinaan empangan itu, dipolitikkan oleh pihak pembangkang, sehingga pembinaannya terbantut. Akibatnya bekalan sumber air, masih buntu bagi Jabatan Air.

Pihak pemimpin, telahpun membuat kerja mereka berhubung bekalan air, atas sebab itu, peruntukan RM98 juta bagi memasang paip yang meliputi 99 peratus penduduk Kota Belud sedang rancak dijalankan sejak awal tahun 2011. Suatu masa di awal tahun ini, MP Kota Belud-Datuk Rahman Dahalan pernah berkata, kalau tiada aral melintang, penyiapan pemasangan paip-paip itu akan siap penghujung tahun 2012.

MUNGKIN Jabatan Air mempunyai sumber air, kedengarannya bekalan air daripada Kota Marudu akan disalurkan ke Kota Belud, bagi mengatasi sumber air, akibat terbantutnya pembinaan Empangan Tambatoun.

Sebenarnya, para pemimpin BN telah berusaha mengatasi bekalan air Kota Belud dan penyelesaiannya menjadi serius selepas PRU-2008.

Malangnya, hampir 50 tahun, berkalan air bersih tidaklah begitu banyak dibincangkan, namun akhir-akhir ini, ianya pula menjadi isu utama, kononnya menjadi penanda aras kegagalan para wakil rakyat. 

Bagi rakyat Kota Belud, kita perlu jujur pada diri kita sendiri, masalah air Kota Belud, adalah masalah yang timbul warisan daripada awal kemerdekaan lagi.

Mudah-mudahan selepas semua pemasangan paip semuanya siap, jabatan air dapat menyelesaikan bekalan air bersih, kerana para pemimpin sudahpun melaksanakan tanggungjawabnya dengan mendapatkan peruntukan yang banyak untuk mengatasi permasalahan berdekad ini.

23 August 2012

Kajian Royalti Minyak untuk Sabah

NEGARA atau NEGERI mendapat pendapatan samada daripada berbagai cukai atau pungutan seumpamanya atau dalam bentuk royalti.

Bagi negeri yang mempunyai sumber alam, maka pendapatan daripada royalti merupakan pendapatan segera, manakala negeri yang tidak mempunayi sumber alam, maka pendapatan berpunca daripada berbagai bentuk cukai.

Secara umumnya, negara mendapat pendapatan daripada cukai yang menyumbangkan sebahagian besar pendapatan negara; manakala royalti berkisar sekitar 30 bilion setahun, berbanding pendapatan negara yang menghampiri setengah trilion ringgit setahun.

Kini, rakyat negara ini hanya nampak sumbangan royalti terutama daripada minyak dan gas. Di Sabah, perbincangan mengenai royalti bermula sejak tahun 70-an sebelumpun Petronas berkembang maju.

Masalah royalti berlarutan dan hanya pada tahun 1976 persetujuan mengenainya tercapai. Dalam perjanjian itu, negeri-negeri yang mengeluarkan minyak dan gas akan dibayar 5 peratus dalam bentuk royalti. Peratusan itu kekal hingga kini.

Pembangkang mengambil peluang mengenai peratusan royalti minyak, walaupun peratusannya hanya lebih sedikit 10 peratus daripada jumlah pendapatan tahunan negara, berbanding sumber daripada cukai-cukai lain, namun royalti minyak dan gas menjadi "penting" kerana cara pembangkang mempersembahkannya kepada rakyat.

Pembangkang dalam usahanya menarik sokongan rakyat Sabah berjanji akan menaikan royalti daripada minyak dan gas daripada 5% kepada 20% jika mereka berjaya menduduki Putrajaya. 

Setelah sekian lama, cadangan pembangkang itu diremehkan oleh para pemimpin BN, sehinggalah Ketua Menteri Sarawak Pehin Seri Taib Mahmod menyuarakan akan meminta kerajaan pusat mengkaji isu royalti minyak bagi negeri-negeri yang mengeluarkan emas hitam itu.

Berikutan suara Ketua Menteri Sabah itu, kini para pemimpin Sabah turut bersetuju dengan cadangan Ketua Menteri negeri jiran itu.

Adalah satu kelajiman dalam ekonomi, jika satu bahagian ditambah, maka akan mengurangkan bahagian lain. Konsep keseimbangan, senantiasa demikian. 

Dalam kaedah sekarang, walaupun negeri-negeri pengeluar minyak dan gas mendapat bayaran 5%, namun peruntukan daripada kerajaan pusat terus mengalir.

Kenaikan royalti minyak nampak sedap dipandang dalam jangka pendek, namun secara jangka panjang tidak menguntung negara secara keseluruhan.

Wang yang digunakan untuk menjana pulangan yang besar lebih bermanaafat kepada negara, berbanding jika wang itu digunakan dengan tidak mendapat pulangan.

Hanya secara akademik, perkara ini boleh difahami, bagaimana sumbangan daripada hasil bumi bermanafaat kepada negara; kepada rakyat biasa, mereka hanya melihat  angka peratusan sebab 20 itu lebih besar berbanding 5. Apa ada pada angka? umpama wang RM 100,000 dilabur pada sebuah restoran di kampung yang tidak mempunyai pelanggan yang ramai berbanding melabur restoran di KLCC. Fikir-fikirkan lah.

22 August 2012

Tiada kewajaran lagi PBS tuntut Parlimen Tenom

MEMANG diakui sehingga tahun 1995, kawasan Parlimen Tenom adalah kubu Parti Bersatu Sabah (PBS), namun selepas parti itu tewas pada PRU-1999, maka kawasan tersebut bukan lagi kubu kuat PBS.

PBS "meminta" semula kawasan tersebut melalui Ketua Bahagian PBS Melalap Datuk Radin Malleh semasa persidangan tahunan parti itu pada Sabtu.

Isu Parlimen Tenom dikembalikan kepada PBS sepatutnya tidak timbul, atas sebab kawasan tersebut, bukan diambil oleh Umno secara bermaufakat, sebaliknya kawasan tersebut diperolehi BN melalui pilihanraya umum.

Sewajarnya kawasan-kawasan yang dimenangi parti-parti tertentu pada PRU-1999, perlu dikekalkan status quonya, kerana itu basis awal pembahagian kerusi.

PBS sehingga tahun 2001 adalah parti pembangkang kepada BN, dan hanya pada tahun 2002 menyertai semua Barisan Nasional.

Pada PRU-2004, kerusi-kerusi PBS yang dimenangi pada tahun 1999, terus dikekalkan oleh parti itu, dan demikian juga pada tahun 2008.

Kerusi Tenom berjaya dirampas oleh BN melalui calon Umno pada PRU-1999, apabila calonnya Datuk Rizalman@Sumin bin Abdullah@ Sumbing mendapat undi 11,179 melawan calon PBS Datuk Radin Malleh yang mendapat 7,537.

Pada PRU-2004 dan 2008, kerusi Tenom terus dipertahankan oleh BN melalui calon Umno-Raine Unggi.

Limpahan peruntukan terus menerjah Kota Belud: Rahman Dahlan

Datuk Rahman dan Datuk Musbah
Sepanjang tahun 2011, daerah Kota Belud telah menerima jumlah peruntukan hampir RM700 juta daripada kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

Ahli Parlimen Kota Belud, Dato’ Abdul Rahman Dahlan berkata, pembangunan di daerah Kota Belud berterusan, dan sampai akhir ini menurut perkiraan, pada penghujung tahun 2011, jumlah peruntukan yang telah disalurkan sudah menjangkau hampir RM700 juta.

“Jumlah RM700 juta ini kemungkinan akan naik sehingga ke jumlah RM1 Bilion kerana perancangan dan perbelanjaan yang seterusnya daripada projek-projek seperti Jelapang Padi dan Agropolitan juga berterusan, dan kita juga membincangkan tentang pembangunan minyak dan gas yang kita cadangkan kepada kerajaan negeri dan Ketua Menteri sendiri juga telah menunjukkan minat dan secara prinsipnya bersetuju untuk mewujudkan satu pusat kejuruteraan minyak dan gas di Kuala Abai di Kota Belud dan dalam jangkaan kita program ini akan menyediakan peluang pekerjaan hampir 1500, setelah semua fasa-fasa itu diselesaikan.

Beliau berkata demikian kepada media semasa Majlis Hari Terbuka Hari Raya beliau yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj Aman di Bukit Nabila, Tuaran, dekat sini kelmarin.

Katanya, perkara tersebut merupakan suatu perkembangan yang baru kerana selain daripada kekuatannya dalam bidang pertanian dan pelancongan, daerah Kota Belud juga dekat dengan telaga-telaga minyak baru Petronas yang telah ditemui baru-baru ini, pihaknya mahu meletakkan Kota Belud sebagai sebuah daerah yang dapat mengeksploitasikan industri minyak dan gas di daerah terbabit

Ditanya mengenai perancangan seterusnya, Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah, memberitahu bahawa pihaknya telah memberi penerangan kepada Ketua Menteri dan pada dasarnya cadangan itu diterima dan hanya memikirkan apa tindakan seterusnya nanti.

“Agensi yang mungkin kita akan minta supaya dapat menerajui projek kejuruteraan minyak dan gas di Kota Belud nanti, kalau boleh adalah antara agensi yang paling berjaya dalam minyak dan gas iaitu Asian Supply Base Sdn Bhd.

“Kita minta supaya syarikat ini yang mempunyai pengalaman di Labuan supaya dapat mengembangkan sayap dan aktiviti perniagaannya ke Kota Belud, serta Kuala Abai sebagai pelabuhan laut dalam yang mempunyai kedalaman yang cukup baik dan terlindung daripada udara angin kuat dan ombak besar menjadi lokasi yang terbaik kepada Asean Supply Base untuk mengembangkan perniagaannya di tanah besar Sabah.

20 August 2012

Posting Pertama selepas kemenangan

KIRA-KIRA jam lapan malam 18 Ogos, diketahui bahawa HARI kemenangan melawan Hawa Nafsu diistiharkan pada esoknya.

Bagi mereka yang berkampung, malam itu juga mudik, namun ada juga memutuskan selepas solat ED Fitri. Bagi penghuni bandar pula, kasak kusuk menyediakan juadah untuk santapan keluarga dan mungkin sahabat handai yang bakal berkunjung.

Di FB, Handphone, twitter, bertubi-tubi pesanan" SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATHIN" malah ada rakan FB enggan menggunakan perkataan "Bathin" takut dituduh ada hubungan bathin.

Hariraya adalah salah satu media mengeratkan persaudaran dan persahabatan, kerana pada masa itu juga berpeluang berjumpa berjabat tangan, selepas beberapa ketika tidak bertemu.

Namun Hariraya juga boleh melahirkan kesedihan, apabila kebiasaan yang dilakukan tidak dapat dituruti kerana berbagai masalah yang tidak terduga. Ya kata orang malang tidak berbau.

Bagi mereka yang sempat bergembira ucapan syukur, bagi mereka yang tidak sempat perlu tabah dan sabar.
Untuk Tahun ini, penulis Suara Rakyat tidak sempat BERHARI RAYA DENGAN TIGA ANAK, KERANA MEREKA BERADA DIPERANTUAN.. NAMUN KERANA KECAHANGIAN TEKNOLOGI, NAMPAK DEKAT WALAUPUN JAUH.

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATHIN DARI BLOG SUARA RAKYAT.

16 August 2012

Arena Politik bukan pentas cipta nama: Salleh

SEHARUSNYA pemimpin politik sedar bahawa arena politik bukanlah pentas untuk cipta nama, sebaliknya pentas politik adalah medan untuk membangun rakyat dan negara.

Berasaskan itu, maka arena politik memerlukan kerja berpasukan, untuk mencapai matalamat politik itu sendiri.

Salleh menyindir ada kalangan pemimpin politik yang bergerak bersendirian dan menganggap dirinya popular, kononnya mampu berjuang untuk membangun rakyat dan negara.

Walaupun Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, tidak menyebut siapa kah pemimpin itu, namun umum boleh mentafsirkannya bahawa pemimpin yang dimaksudkan adalah Datuk Lajim Haji Ukin.

Datuk Lajim adalah Wakil Rakyat Beaufort yang dimenanginya pada tahun 2008 melalui tikit BN, namun berpaling tadah pada 29 Julai lalu dan menubuhkan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) mesra Pakatan Pembangkang.

Sehingga ke hari ini, barisan kepimpinan PPS belum diketahui, walaupun Lajim mengakui ada lagi tiga MP BN Sabah akan turut berpaling tadah, namun tidak diketahui arah perjuangannya.

Yang peliknya, selepas sahaja Lajim keluar daripada BN, nama mantan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan itu, bukan lagi bahan berita.

Nampaknya, Lajim terperangkap dengan tindakannya sendiri yang menganggap bahawa arena politik adalah pentas mencipta nama, namun pada hakekatnya nama seseorang pemimpin politik itu senantiasa menjadi bahan berita, kerana tindakan berpasukan.

Jalinan antara pemimpin politik, merupakan faktor, mengapa nama seseorang pemimpin politik itu menjadi bahan berita. Tanpa jalinan dan semangat berpasukan, siapalah seorang pemimpin itu.

BN kehilangan seorang MP lagi

BARISAN NASIONAL bakal kehilangan seorang wakil parlimen lagi, namun kali ini bukan kerana berpaling tadah, akan tetapi disebabkan muflis.

MP Labuan Datuk Yusoff Mahal diistiharkan bankraf oleh Mahkamah Tinggi Labuan pada 7 Ogos lalu.

Jika sekiranya isu bankraf ini gagal diselesaikan oleh beliau, kedudukannya untuk memperatahankan kerusi parlimen Labuan serta kedudukannya sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan serta Barisan Nasional Labuan akan terjejas.

Jika isu bankraf ini kekal, secara automatik MP Labuan itu akan terlucut sebagai wakil rakyat. Dengan mengambilkira kedudukan Yusoff ini, maka BN kehilangan tiga MP dalam tempoh sebulan ini.

Pada 29 Julai lalu, Datuk Lajim Haji Okin MP Beaufort dan Datuk Welfred Mojilip Bumburing MP Tuaran, kedua-duanya daripada BN telah menyertai Pakatan Pembangkang.

15 August 2012

Post PRU-13: Anwar terpaksa jadi pensyarah

Sepatutnya Anwar telah menjadi Perdana Menteri selepas Sukan Komonwel tahun 1998, namun belumpun Pesta negara-negara Komonwel itu bermula, Anwar kena pecat daripada Jawatan TPM, kerana masalah moral.

Ekoran daripada itu, Anwar terus merengkok dalam penjara Sungai Buloh, kerana dijatuhi hukuman penjara kerana salah guna kuasa, semasa berjawatan TPM.

Tahun 1999, Parti keadilan (adil) berlambang mata ditubuhkan oleh para penyokong Anwar dan Presiden parti itu adalah isterinya Wan Azizah Wan Ismail. Namun, kelibat parti itu tidak mendapat tempat dihati rakyat, walaupun Pematang Pauh dimenangi oleh Wan Azizah dan Terengganu berjaya dirampas PAS.

Tahun 2004, parti pembangkang yang diterajui DAP dan Pas dan disokong oleh Keadilan, mengalami kekalahan teruk, malah Terengganu berjaya kembali ke pangkuan BN.

Pada PRU-12/tahun 2008, Anwar tidak bertanding walaupun telah dibebaskan daripada penjara. Pada PRU-12 inilah terulang prestasi hebat pembangkang tahun 1969, apabila untuk kedua kalinya berjaya menafikan kuasa 2/3 barisan nasional di dewan rakyat.

Untuk mengekalkan memontum Pakatan, maka mereka berlumba-lumba mengosongkan kerusi yang dimenangi pada PRU-12, dan PRK terpaksa diadakan. Melalui 8 PRK pasca PRU-12, semua kerusi dimenangi Pakatan Rakyat termasuk berjaya merampas kerusi BN di Terengganu dan Sibu.

Namun selepas itu, sebanyak 8 PRK diadakan disebabkan kekosongan, bukan disengajakan, dimenangi BN termasuk PRK di Kelantan sehinggalah PRN Sarawak Mac 2010.

Pada PRN Sarawak, walaupun kerusi Pakatan bertambah, namun hanya kerusi DAP sahaja yang bertambah kerusinya, itupun semua di kawasan majoriti kaum cina. Sebaliknya, PKR dan PAS masih tidak diterima.

Berasaskan kepada keadaan itu, memontum Pakatan sebenarnya sudah merundum, atas sebab itu, mereka mempergunakan berbagai kaedah termasuk Himpunan Bersih, Bebas Anwar 901, rusuhan mahasiswa dropout di UPSI dan himpunan-himpunan haram seperti yang diadakan oleh kumpulan pembangkang yang berselindung pada organisasi NGO- ABU (asal bukan Umno).

Namun, semua usaha Pakatan itu, hanya berjaya menarik penyokong mereka yang itu-itu juga. Selain itu, strategi meminta simpati jika Anwar dipenjarakan kerana sodomi tidak menjadi.

Kini Pakatan terpaksa kembali ke "drawing board" untuk melakar strategi baru. Antara strategi baru itu adalah menyerang isteri Perdana menteri.. kononnya Datin Rosmah adalah wanita yang suka berpoya-poya ala Emelda Marcos.

"Kesengajaan" laporan Ketua Audit negara mengenai NFC terus diapi-apikan dan dijajah secara terus menerus oleh Pakatan, seolah-olah isu NFC adalah masalah utama dalam negara, sedangkan projek tersebut hanya bernilai RM250 juta, itupun berbentuk pinjaman, yang perlu dibayar semula dengan kadar 4% setahun selama 20 tahun.

Pakatan tidak mempunyai isu yang diketengahkan kepada rakyat, yang ada hanya bersifat tomahan, dakwaan, fitnah yang sebenarnya tidak menguntung sesiapapun.

Pada PRU-13 apakah Anwar berjaya dengan cara pembohongan mengelabui rakyat? atau kah PRU-13 adalah penghujung jalan politik Anwar? dan seterusnya terpaksa menjadi pensyarah di universiti di Amerika pilihannya.

Politik Tanah air : berlakunya Give and Take

PERKEMBANGAN terbaru, mantan Timbalan Presiden PAS-Ustaz Nasharudin Mat Isa yang juga wakil rakyat Bachok Kelantan terlihat berjinak-jinak dengan Umno. Berdasarkan perkembangan semasa, besar kemungkinan pemimpin PAS itu akan menyeberang.

Ustaz Nasha suatu masa dulu, selepas sahaja PRU-12, bersama-sama dengan Presiden Pas-Datuk Haji Hadi Awang pernah mencetuskan Kerajaan Perpaduan dengan Umno (UG), namun tindakan itu tidak menjadi, kerana tentangan daripada Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Atas sebab idea UG itu, Ustaz Nasha dipulaukan dalam Pas sendiri, malah semsa PRK Manek Urai, Kelantan, Pas Kelantan mengeluarkan arahan, Nasha dan Hadi tidak dikehendaki dan gambar poster mereka tidak dibenarkan dinaikan semasa PRK itu.

Akibat idea UG itu, Ustaz Nasha terus tidak mendapat sokongan akar umbi Pas, sehinggakan beliau kehilangan jawatan Timbalan Presiden Pas apabila kalah kepada Mat Sabu.

Hampir empat tahun, akar umbi dan penyokong serta sebahagian Pemimpin PAS menganggap Nasha sebagai gunting dalam lipatan.

Berdasarkan perkembangan terkini, ramai penyokong Pas mahu Nasha meletakan jawatan sebagai MP Bachok dan meminta mantan Presiden itu menyatakan pendiriannya.

Jika berlaku bahawa Nasha akan meninggalkan Pas, maka beliau akan diperkiarakan akan berganding bahu dengan Datuk Dr Hassan Ali Presiden JATI yang mesra BN berdepan dengan Pakatan Pembangkang pada PRU-13 akan datang.

Politik tanah air kini, ibarat GIVE AND TAKE antara BN dan PR, hanya tergantung kepada para pemimpin yang menyeberang, apa kah impak mereka terhadap parti yang mereka sertai.

Di Sabah misalnya, dua MP BN menyeberang kepada pembangkang dan sertai oleh seorang senator. Di kaca mata rakyat majoriti Sabah, tindakan mereka itu, tidak akan mengubah status quo yang ada. Ini kerana mereka bukanlah prime mover politik Sabah.

Perkara yang sama berlaku di Semenanjung, para pemimpin pembangkang yang menyertai BN atau mesra BN, juga tidak mengubah status quo kerana para pemimpin pembangkang yang menyeberang itu juga bukan daripada kalangan yang prime mover.

Bagi Suara Rakyat, apapun yang berlaku sebelum PRU-13, tidak mengubah keadaan, tindakan-tindakan yang berlaku hanya merupakan sebahagian daripada permainan politik-GIVE AND TAKE.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels