15 August 2012

Post PRU-13: Anwar terpaksa jadi pensyarah

Sepatutnya Anwar telah menjadi Perdana Menteri selepas Sukan Komonwel tahun 1998, namun belumpun Pesta negara-negara Komonwel itu bermula, Anwar kena pecat daripada Jawatan TPM, kerana masalah moral.

Ekoran daripada itu, Anwar terus merengkok dalam penjara Sungai Buloh, kerana dijatuhi hukuman penjara kerana salah guna kuasa, semasa berjawatan TPM.

Tahun 1999, Parti keadilan (adil) berlambang mata ditubuhkan oleh para penyokong Anwar dan Presiden parti itu adalah isterinya Wan Azizah Wan Ismail. Namun, kelibat parti itu tidak mendapat tempat dihati rakyat, walaupun Pematang Pauh dimenangi oleh Wan Azizah dan Terengganu berjaya dirampas PAS.

Tahun 2004, parti pembangkang yang diterajui DAP dan Pas dan disokong oleh Keadilan, mengalami kekalahan teruk, malah Terengganu berjaya kembali ke pangkuan BN.

Pada PRU-12/tahun 2008, Anwar tidak bertanding walaupun telah dibebaskan daripada penjara. Pada PRU-12 inilah terulang prestasi hebat pembangkang tahun 1969, apabila untuk kedua kalinya berjaya menafikan kuasa 2/3 barisan nasional di dewan rakyat.

Untuk mengekalkan memontum Pakatan, maka mereka berlumba-lumba mengosongkan kerusi yang dimenangi pada PRU-12, dan PRK terpaksa diadakan. Melalui 8 PRK pasca PRU-12, semua kerusi dimenangi Pakatan Rakyat termasuk berjaya merampas kerusi BN di Terengganu dan Sibu.

Namun selepas itu, sebanyak 8 PRK diadakan disebabkan kekosongan, bukan disengajakan, dimenangi BN termasuk PRK di Kelantan sehinggalah PRN Sarawak Mac 2010.

Pada PRN Sarawak, walaupun kerusi Pakatan bertambah, namun hanya kerusi DAP sahaja yang bertambah kerusinya, itupun semua di kawasan majoriti kaum cina. Sebaliknya, PKR dan PAS masih tidak diterima.

Berasaskan kepada keadaan itu, memontum Pakatan sebenarnya sudah merundum, atas sebab itu, mereka mempergunakan berbagai kaedah termasuk Himpunan Bersih, Bebas Anwar 901, rusuhan mahasiswa dropout di UPSI dan himpunan-himpunan haram seperti yang diadakan oleh kumpulan pembangkang yang berselindung pada organisasi NGO- ABU (asal bukan Umno).

Namun, semua usaha Pakatan itu, hanya berjaya menarik penyokong mereka yang itu-itu juga. Selain itu, strategi meminta simpati jika Anwar dipenjarakan kerana sodomi tidak menjadi.

Kini Pakatan terpaksa kembali ke "drawing board" untuk melakar strategi baru. Antara strategi baru itu adalah menyerang isteri Perdana menteri.. kononnya Datin Rosmah adalah wanita yang suka berpoya-poya ala Emelda Marcos.

"Kesengajaan" laporan Ketua Audit negara mengenai NFC terus diapi-apikan dan dijajah secara terus menerus oleh Pakatan, seolah-olah isu NFC adalah masalah utama dalam negara, sedangkan projek tersebut hanya bernilai RM250 juta, itupun berbentuk pinjaman, yang perlu dibayar semula dengan kadar 4% setahun selama 20 tahun.

Pakatan tidak mempunyai isu yang diketengahkan kepada rakyat, yang ada hanya bersifat tomahan, dakwaan, fitnah yang sebenarnya tidak menguntung sesiapapun.

Pada PRU-13 apakah Anwar berjaya dengan cara pembohongan mengelabui rakyat? atau kah PRU-13 adalah penghujung jalan politik Anwar? dan seterusnya terpaksa menjadi pensyarah di universiti di Amerika pilihannya.

7 comments:

Mumbai said...

disebabkan Anwar dan partinya tidak diterima rakyat, Anwar terpaksa menghasut beberapa MP BN untuk melompat masuk ke parti beliau.. strategi yang sama digunakan ketika PRU12 yang lalu..

Mumbai said...

nampak sangat Pakatan sangat terdesak mahu mendapatkan sokongan sehingga terpaksa menerima katak2 dari BN dengan harap sokongan sedia ada pada katak2 itu akan beralih kepada Pakatan..

Anonymous said...

Bukan Anwar kata nak bersara jika kalah dalam PRU13 ni?

Anonymous said...

Pakatan sendiri tiada calon yang sesuai untuk diketengahkan. Terpaksa la recycle ahli katak.

mantera said...

politik Anwar penuh putar belit dan gimik, byk kekecohan brlaku kerana politiknya. jgnlah mudah terpengaruh dgn Anwar dan propagandanya.

Sanih Alias said...

Kebimbangan mula terasa oleh Anwar jika RCI ditubuhkan. Nampaknya Anwar dalam masalah sekarang ini.

Unknown said...

Kalau benar Anwar berharap pada Sabah sepatutnya ada pemimpin mereka yang dilantik dari kalangan orang Sabah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels