15 August 2012

Politik Tanah air : berlakunya Give and Take

PERKEMBANGAN terbaru, mantan Timbalan Presiden PAS-Ustaz Nasharudin Mat Isa yang juga wakil rakyat Bachok Kelantan terlihat berjinak-jinak dengan Umno. Berdasarkan perkembangan semasa, besar kemungkinan pemimpin PAS itu akan menyeberang.

Ustaz Nasha suatu masa dulu, selepas sahaja PRU-12, bersama-sama dengan Presiden Pas-Datuk Haji Hadi Awang pernah mencetuskan Kerajaan Perpaduan dengan Umno (UG), namun tindakan itu tidak menjadi, kerana tentangan daripada Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Atas sebab idea UG itu, Ustaz Nasha dipulaukan dalam Pas sendiri, malah semsa PRK Manek Urai, Kelantan, Pas Kelantan mengeluarkan arahan, Nasha dan Hadi tidak dikehendaki dan gambar poster mereka tidak dibenarkan dinaikan semasa PRK itu.

Akibat idea UG itu, Ustaz Nasha terus tidak mendapat sokongan akar umbi Pas, sehinggakan beliau kehilangan jawatan Timbalan Presiden Pas apabila kalah kepada Mat Sabu.

Hampir empat tahun, akar umbi dan penyokong serta sebahagian Pemimpin PAS menganggap Nasha sebagai gunting dalam lipatan.

Berdasarkan perkembangan terkini, ramai penyokong Pas mahu Nasha meletakan jawatan sebagai MP Bachok dan meminta mantan Presiden itu menyatakan pendiriannya.

Jika berlaku bahawa Nasha akan meninggalkan Pas, maka beliau akan diperkiarakan akan berganding bahu dengan Datuk Dr Hassan Ali Presiden JATI yang mesra BN berdepan dengan Pakatan Pembangkang pada PRU-13 akan datang.

Politik tanah air kini, ibarat GIVE AND TAKE antara BN dan PR, hanya tergantung kepada para pemimpin yang menyeberang, apa kah impak mereka terhadap parti yang mereka sertai.

Di Sabah misalnya, dua MP BN menyeberang kepada pembangkang dan sertai oleh seorang senator. Di kaca mata rakyat majoriti Sabah, tindakan mereka itu, tidak akan mengubah status quo yang ada. Ini kerana mereka bukanlah prime mover politik Sabah.

Perkara yang sama berlaku di Semenanjung, para pemimpin pembangkang yang menyertai BN atau mesra BN, juga tidak mengubah status quo kerana para pemimpin pembangkang yang menyeberang itu juga bukan daripada kalangan yang prime mover.

Bagi Suara Rakyat, apapun yang berlaku sebelum PRU-13, tidak mengubah keadaan, tindakan-tindakan yang berlaku hanya merupakan sebahagian daripada permainan politik-GIVE AND TAKE.

7 comments:

Mumbai said...

bukan BN saja yang berhadapan dengan masalah katak.. Pakatan juga bakal2 berhadapan dengan masalah yang sama sedikit masa lagi..

Mumbai said...

PAS antara komponen Pakatan yang paling sukar mendapatkan sokongan rakyat Malaysia pasti akan kecundang selepas PRU13 nanti.. mereka bukan sahaja berhadapan dengan serangan daripada BN, malah terpaksa berhadapan dengan serangan bekas2 pemimpin mereka..

Anonymous said...

Makanya Pakatan jangan sibuk sangat cari kelemahan lawan, parti sendiri pun rapuh.

Anonymous said...

Kewujudan PAS untuk cukupkan forum saja.

mantera said...

dalam pakatan sendiri byk masalah, tapi mereka sibuk pula perbesarkan masalah parti lain. baik tumpukan pada hal2 kmu dulu.

Sanih Alias said...

Saya dengar lagi akan ramai pemimpin Pakatan akan meninggalkan parti itu. Disebabkan tidak senang dengan cara Anwar yang berlaku sekarang ini.

Unknown said...

Tidak hairanlah, dari pembangkang sendiri ada juga pemimpin yang akan keluar parti dan menyokong kerajaan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels