7 September 2012

Calon BN: Antara pilihan Rakyat dan Pilihan Pemimpin

DILEMA Pucuk Pimpinan BN menentukan calon yang diketengahkan pada setiap PRU adalah memilih antara Pilihan Rakyat dan Pilihan Pemimpin.

Kalau calon Pilihan Rakyat yang terpilih, maka tiada masalah merai kemenangan, namun calon pilihan pemimpin, belum tentu merai kemenangan.

Pengalaman BN di Semenanjung pada PRU-13, di mana terdapat ramai calon-calon BN yang kecundang adalah terdiri daripada calon-calon pilihan pemimpin atau calon payung terjun. Akibatnya, kawasan tradisi BNpun, BN kalah.

Jika pada PRU-13, pucuk pimpinan mengambil jalan sepertimana tahun 2008, besar kemungkinan Tsunami politik ke-2 akan melanda BN. Jika tsunami politik ke-2 melanda, ertinya BN akan bungkus terus.

Sejak Najib mengambil pucuk pimpinan BN, beliau mengistiharkan, bahawa calon-calon yang diketengahkan oleh BN adalah terdiri dari calon-calon yang "winnable candidate" di mana salah satu faktornya adalah calon tersebut rajin turun padang, berjaya menyelesaikan masalah rakyat dan dekat dengan rakyat.
 
Pengertian "winnable candidate" meliputi faktor bahawa seseorang calon itu adalah pilihan rakyat; bukannya pilihan pemimpin. Antara sebabnya faktor "winnable candidate" dipilih adalah, rakyatlah yang menentukan kemenangan seseorang calon.
 
Seseorang calon pilihan rakyat antaranya mempunyai kretiria bahawa seseorang itu senantiasa dekat dengan rakyat; jika seseorang itu pernah dipilih sebagai wakil rakyat-maka individu itu mempunyai trek rekod semasa menjawat Title Yang Berhormat.
 
Trek rekod seseorang wakil rakyat atau wakil rakyat yang pernah menjawat jawatan pada kerajaan adalah bentuk pembangunan yang dia sumbangkan kepada kawasan yang diwakilinya. Bentuk pembangunan itu boleh berbentuk fizikal mahupun spritual.
 
Pembangunan yang berbentuk fizikal terdiri daripada pembangunan infrastruktur seperti jalanraya, kemudahan asas seperti bekalan air, kemudahan pendidikan seperti sekolah-sekolah, kemudahan ekonomi seperti pusat kegiatan ekonomi dan sebagainya.
 
Pembangunan spritual pula, bagaimana wakil rakyat itu mengadakan suasana kondusif yang memungkinkan proses pembelajaran rakyat yang diwakilinya. Bilangan pelajar yang berjaya ke perguruan tinggi, bilangan pelajar yang cemerlang di berbagai peringkat peperikasaan juga merupakan kejayaan spritual seseorang wakil rakyat.
 
Kalaulah faktor-faktor di atas merupakan kritria pemilihan para calon BN pada PRU-13, nampaknya para wakil rakyat yang ada telah lulus dengan cemerlang. Namun, jika ada pertimbangan lain selain kritria di atas, maka ada kemungkinan syarat-syarat yang terkandung dalam "winnable candidate" yang telahpun berjaya ditempoh oleh wakil-wakil rakyat yang sedia ada, akan diubah, dimana kuasa "veto" pemimpin akan digunakan untuk memilih calon.
 
Kuasa "veto" pemimpin boleh meraikan kemenangan juga, asalkan kata Tun Dr Mahathir, semua lapisan pimpinan BN "waras" ertinya, utamakan kemenangan calon yang dipilih dan mengenepikan sentimen peribadi.
 
Kekalahan calon-calon BN pada PRU-PRU lalu, bukan kerana calon lawan kuat,  akan tetapi kekalahan banyak disebabkan kerana tindakan protes. Tindakan protes biasanya dilakukan oleh para penyokong pemimpin tertentu yang telah berkerja keras sepanjang sepenggal, namun apabila masanya tiba, digugurkan sebagai calon pilihanraya.

Mungkin pemimpin yang digugurkan itu boleh menerima hakekat, bahawa penggugurannya kerana ada calon yang lebih baik daripadanya, namun dalam keadaan masa yang singkat, biasanya ada penyokong yang tidak dapat menerima hakekat itu. Jika ini berlaku, maka protes di kertas undi berlaku. Jika protes di kertas undi berlaku, maka semuanya ulung... kalah.. yang rugi adalah parti.

Untuk mengelak protes besar-besaran, sebaiknya faktor yang disepakati yakni apa yang terkandung dalam calon "winnable candidate" itu dipertahankan tanpa diganggu gugat. Fikir-fikirkan lah

5 September 2012

Faktor Kota Belud pada Politik Sabah

TELAH dua orang Perdana Menteri pernah berkunjung ke Kota Belud, selepas Sabah menyertai Malaya, Sarawak dan Singapura membentuk Negara Malayssia pada 16 September 1963.

Perdana Menteri yang pertama melawat Kota Belud adalah Datuk Abdullah Badawai (kini Tun) dan kedua adalah Datuk Seri Najib Razak. Secara kebetulan, kedua-dua lawatan itu bertempat, di Kampung Rampayan Laut.

Kota Belud yang dikenali sebagai COWBOY TOWN OF THE EAST kerana suatu ketika kenderaan utama penduduk adalah menunggang kuda.

Sebelum tahun 1991, Kota Belud tidaklah begitu terkenal, hanya penduduk Pantai Barat Sabah sahaja yang mengetahui daerah ini, ekoran “Tamu” mingguan setiap hari ahad.

Walaupun Kota Belud pernah diwakili oleh pimpinan utama Sabah, antaranya bekas Ketua Menteri dan Tuan Yang Terutama Sabah, namun status daerah Kota Belud hampir sama dengan status daerah-daerah lain di Negara ini.

Pada tahun 1991, Kota Belud menjadi terkenal, ekoran lahirnya anak sulung Umno di Sabah bertempat di Kota Belud.

Pada tahun 1991- Kota Belud menjadi anak sulung Umno, ekoran kemenangan calonnya dalam pilihanraya kecil (PRK) Usukan. Kerusi DUN Usukan kosong berikutan kawasan tersebut diistiharkan kosong berikutan ADUNnya Tun Datu Mustapha Datu Harun menyertai Umno. (Tun Mustapha menang pada PRU1990 atas tikit USNO).

Undang-undang anti-lompat sebelum tahun 1994, masih berkuatkuasa di Dewan Undangan Negeri Sabah.

Ekoran bertapaknya Umno di Sabah sejak 21 tahun lalu dan menjadi tulang belakang kerajaan negeri sejak tahun 1994, Umno telah mematangkan dan menstabilkan keadaan politik di Sabah.

Ekoran kestabilan politik itu, maka pembangunan semakin rancak, sehingga menghapuskan kedudukan Sabah sebagai negeri termiskin di Malaysia.

Pendapatan negeri bukan sahaja saban tahun meningkat, malah kadar pelaburan asingpun meningkat. Berikutan pendapatan negeri yang meningkat, maka bajet kerajaan negeripun meningkat, sehingga bajet tahun 2012 merupakan rekod dengan jumlah bajet melebihi RM4 bilion ringgit.

Dikeranakan Kota Belud sebagai anak sulung Umno, maka perhatian pembangunannya oleh kerajaan negeri mahupun pusat dipertingkatkan. Atas sebab itu berbagai projek mega dijalankan di Kota Belud.

Projek Jelapang Padi yang bernilai RM2bilion dengan spin masa sehingga tahun 2015, projek Agropolitian dan Projek Minyak dan Gas (MIGAS) serta projek pelancongan merupakan hadiah kerajaan kepada penduduk Kota Belud.

Usaha para pemimpin Kota Belud terutama yang berjawatan Kerajaan seperti Datuk Musbah Jamli, Datuk Rahman Dahalan, Datuk Timbon Lagadan Dan Datuk Japlin Akim menyusun pembangunan Kota Belud, sedikit demi sedikit membawa hasil.

Kestabilan politik yang diterajui Datuk Salleh Tun Said sebagai Ketua Umno Bahagian, mengurangkan politiking, sehingga semua tenaga diberbagai peringkat digembeling untuk membangun Kota Belud.

Lawatan Perdana Menteri di Kota Belud pada Ahad dengan sambutan luarbiasa rakyat, menggambarkan politik Kota Belud sangat relevan terhadap persada politik negeri sebagai anak sulung Umno.

Tanpa Kota Belud, yang menjadi testing ground bagi Umno pada tahun 1991, tiadalah para pemimpin dari Sabah yang telah mencapai pemimpin bertaraf nasional seperti Datuk Seri Safie Apdal, Datuk Musa Aman, Tan Sri Pandikar Amin dan lain-lain.

Akibat kehadiran Umno, maka ramai pemimpin muda menjadi pemimpin peringkat nasional, antaranya Ketua Putri umno, mantan-matan Ketua Pemuda umno negeri antaranya Haji Nizam Abu Bakar Titingan.

Kerana jasa Umno dalam pembangunan negeri dan kestabilan politik, maka sejak tiga pilihanraya umum (1999, 2004 dan 2008), rakyat Sabah terus memberi sokongan padu kepada barisan nasional yang ditunjangi Umno.

Berasaskan kepada keadaan terkini, nampaknya sokongan rakyat terhadap BN di Sabah masih tidak berbelah bahagi. Keadaan ini terlihat semasa bulan puasa dan rumah terbuka para pemimpin BN, yang mendapat sambutan luarbiasa segenap lapisan masyarakat.

Usaha pembangkang untuk mematahkan sokongan rakyat terhadap BN dengan membangkitkan isu-isu sejarah dan berbagai janji retorik, tidak menggamit sokongan rakyat jelata.

Nampaknya Sabah tetap sebagai “Fixed deposit” BN, hanya BN Semenanjung perlu bertepuk dada Tanya selera, apakah masih boleh mempertahankan Putrajaya.

Masih kah Sabah "Fixed Deposit BN"?

Musa dan Najib
PEMBANGKANG berusaha agar Sabah tidak lagi menjadi "Fixed Deposit" BN. Atas sebab itu berbagai isu sejarah dibangkitkan.

Parti STAR misalnya mengutarakan "Hak Sabah" dengan membangkitkan "Perkara 20", manakala SAPP membangkitkan antara "Kemerdekaan" dan "Pembentukan" negara.

PKR pula bertindak bagaimana mempengaruhi pemimpin BN untuk melompat dan seterusnya menyokong mereka.

Selain itu secara kolektif Pembangkang "membuat" serangan peribadi terhadap Ketua Menteri Sabah- Musa Aman, kononnya terlibat dengan pengubahan "Wang Haram" dan mendapat komiseyen hasil pembalakan negeri.

Namun semua usaha Pembangkang itu tidak berimpak. Kita menyaksikan sendiri selama bulan puasa lepas dan sambutan rumah terbuka hari raya.

Rakyat dari berbagai lapisan berdoyon-doyon datang ke setiap majlis berbuka puasa ataupun rumah terbuka para pemimpin BN.

Najib melihat sendiri bagaimana sambutan rakyat Sabah. Di dua lokasi berbeza pada hari yang sama, ribuan rakyat datang ke majlis yang dihadiri Najib.

Dalam politik; sokongan diperlihatkan oleh sambutan rakyat. Jika sambutan sungguh hebat, ertinya semua isu yang ditabur pembangkang tidak mempengaruhi mereka.

Berasaskan maklumat di lapangan, sambutan rakyat terhadap semua majlis anjuran pemimpin BN pada tahun ini sungguh luarbiasa berbanding tahun-tahun sudah.

Kehadiran rakyat yang luarbiasa terhadap majlis-majlis pemimpin BN seolah-olah "roadshow" rakyat terhadap kerajaan BN Sabah.

Berasaskan kepada sambutan rakyat itu, maka tidak syak lagi pemimpin nombor satu negara Datuk Seri Najib Razak mengakui bahawa sokongan rakyat Sabah terhadap BN disebabkan kepimpinan negeri yang diterajui oleh Musa.

Di bawah kepimpinan Musa, hubungan erat dan persefahaman antara Sabah dan Putrajaya terus kukuh dan mantap.

Melihat keadaan akhir-akhir ini, tidak syak lagi Sabah tetap "Fixed Depsoit" BN.  Sepertimana kata-kata Speaker Dewan Undangan Negeri-Datuk Salleh Said, lawatan Najib menjadi pendorong kepada sokongan rakyat Sabah terhadap BN.

4 September 2012

KOTA BELUD kubu kuat BN Sabah

Musa, Najib, Salleh, Rosmah
UMNO lahir di Kota Belud pada tahun 1991 melalui pilihanraya kecil (PRK) Usukan. Calon Umno pada PRK itu adalah Tun Datu Mustapha mantan Presiden USNO yang membubarkan parti tertua Sabah itu bagi memberi peluang kepada Umno mengembangkan sayapnya di Sabah.

PRK tahun 1991 terpaksa diadakan berikutan undang-undang anti-lompat Sabah yang masih berkuatkuasa pada masa itu. Tun Mustapha terpaksa meletakan jawatan sebagai ADUN Usukan yang dimenanginya pada PRU Sabah tahun 1990 kerana menyertai UMNO.

UMNO terpaksa masuk ke Sabah pada tahun 1991 berikutan tikam belakang Parti Bersatu Sabah pimpinan Pairin Kitingan (kini Tan Sri) komponen BN diambang pembuangan undi pada tahun 1990.

Kota Belud dicanang sebagai anak sulung Umno di Sabah berikutan kemenangan Tun Mustapha pada PRK Usukan melawan calon PBS Jap Omar.

Selepas kemasukan Umno di Sabah pada tahun 1991, kerajaan PBS masa itu tergugat, walaupun berlaku penggabungan keraajaan negeri yang disebut PBS plus-yakni antara PBS dan ADUN USNO (ADUN USNO adalah mereka yang menang pada PRU 1990 atas tikit Usno).

Pada PRU-1994, BN yang ditunjangi Umno belum mampu menumbangkan PBS, namun berikutan keluarnya dua ADUN PBS yaitu Datuk Lajim Haji Ukin-Klias dan Datuk Rubin Balang-Kemabong, maka memboleh UBN menubuhkan kerajaan pada tahun 1994, kerana PBS kehilangan majoriti di DUN Sabah.

PBS menyertai semula UBN pada tahun 2002, setahun sebelum Datuk Musa Aman dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

Pada PRU-2004, UBN Sabah hampir menyapu bersih semua kerusi DUN dan Parlimen, kecuali Parlimen Sandakan dan DUN Kuala Penyu.

Pencapaian UBN Sabah terus menyerlah pada PRU-2008, walaupun Parlimen Kota Kinabalu dan DUN Sri Tanjong jatuh ditangan DAP.

Kekuatan UBN di Kawasan Kota Belud semakin kukuh dengan penyertaaan PBS, atas sebab itu semua DUN dan satu Parlimen terus dimenangi dengan mudah pada dua PRU-tahun 2004 dan 2008.

Diatas kertas pada PRU-13 akan datang, Kota Belud akan terus dikuasai UBN, memandangkan tiada isu yang boleh menggugat keupayaan UBN.

Kemampuan UBN Kota Belud sebenarnya hanya tergugat kalau ada pertelingahan dalaman antara kepimpinan UBN, namun kali ini, semua kepimpinan UBN Kota Belud telah bersatu padu di bawah kepimpinan Ketua Bahagian Umno Kota Belud, merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah.

Iktibar daripada hubungan antara kepimpinan Musa Aman sebagai Pengerusi Perhubungan Umno dan Pengerusi BN Sabah dengan kepimpinan Pusat, maka penyatuan semua kepimpinan negeri dan seterusnya di peringkat bahagian terus menyerlah.

Kekuatan yang ada melalui kesepakatan dan kerjasama berpasukan semua peringkat kepimpinan di Sabah mengakibatkan Pembangkang semakin gerun, dan sukar menembus sokongan rakyat kepada UBN.

Bukti cukup kukuh pada siri-siri lawatan PM ke Sabah, termasuk pada Ahad di Sandakan dan Kota Beluid. Sambutan luarbiasa kepada Najib menunjukkan bahawa rakyat Sabah tetap yakin dengan kerajaan UBN.

Siri tindakan Pembangkang termasuk menggait kepimpinan BN untuk melompat, nampaknya tidak mempunyai impak keada sokongan rakyat kepada UBN.

3 September 2012

Kerjasama erat antara Sabah dan Putrajaya disebabkan Musa: Najib

Najib dan Musa
HUBUNGAN antara kerajaan Pusat dan Sabah yang semakin erat disebabkan kerana usaha Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, demikian kata Perdana Menteri- Datuk Seri Najib Tun Razak di Sandakan pada Ahad.

Hubungan yang sungguh erat antara Putrajaya dan Sabah membuatkan pembangkang mati langkah dan mereka (pembangkang) sukar mengabui mata rakyat Sabah.

Menurut Perdana Menteri, setiap kali beliau melawat Sabah, beliau merasakan kehangatan sambutan rakyat di negeri di bawah bayu ini.

Pada kesempatan lain, semasa melawat Kota Belud untuk menghadiri Rumah Terbuka Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, Najib membayangkan bahawa sambutan rakyat yang luarbiasa terhadapnya adalah sebagai petanda, bahawa Sabah senantiasa sebagai Simpanan tetap BN.

Di Sandakan, Perdana Menteri dan istri disambut kira-kira 35 ribu rakyat daripada berbagai lapisan, demikian juga di Kota belud (tepatnya di Kampung Rampayan Laut) dianggarkan jumlah rakyat yang menyambut PM dan isteri melebihi 30 ribu orang.

Dalam politik, yang berbicara adalah sokongan rakyat akar umbi, bukannya tindakan ganas yang diamalkan oleh pembangkang seperti memijak gambar Perdana Menteri, menukar bendera negara, memesongkan pegertian antara Hari Kemerdekaan dan Hari Pembentukan Malaysia.

Pembangkang mengambil pendekatan "kebencian" kepada pemimpin negara, sama dengan Pendekatan Pembangkang di Indonesia semasa mahu menjatuhkan Presiden Soeharto pada tahun 1998.

Pendekatan membangkitkan kebecian kepada Perdana Menteri, tidak akan kemana-mana, kerana hanya puak pembangkang sahaja yang terlibat, bukannya rakyat jelata yang masih majoriti.

2 September 2012

Rakyat perlu kekalkan BN: Musa Aman

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman memberi empat sebab mengapa rakyat Sabah perlu terus menyokong BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk kekal sebagai perdana menteri.

Beliau berkata empat sebab berkenaan amat diperlukan demi kemajuan berterusan negeri dan kemakmuran rakyat Sabah meskipun negeri itu sudah mengecapi banyak kemajuan dan pencapaian di bawah kepimpinan Najib sekarang.

"Mengapa kita perlu mengekalkan BN? Mengapa Datuk Seri Mohd Najib Razak perlu terus menjadi perdana menteri? Jawapannya mudah sahaja, kerana kita inginkan pembangunan, kita ingin kesejahteraan, kita inginkan keamanan dan kita inginkan kemakmuran serta keharmonian," katanya.

Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Libaran, Kinabatangan, Sandakan, Batu Sapi dan Beluran secara serentak yang dirasmikan oleh Najib di Dewan Serbaguna Sri Libaran, dekat Sandakan hari ini.

Beliau berkata sebaliknya jika rakyat Sabah silap memilih parti dan pemimpin untuk membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang, Sabah dan rakyat negeri itu dikhuatir kembali kepada suasana kemunduran dan ketidakstabilan politik akibat perpecahan.

Bagaimanapun, Musa berkata rakyat Sabah sejak dahulu lagi sudah bijak dan matang berpolitik serta tidak mudah dipengaruhi parti pembangkang yang disifatkannya sebagai "pura-pura cacat penglihatan" kerana enggan mengakui pembangunan pesat yang dialami negeri Sabah di bawah BN.

Katanya rakyat tidak kira latar belakang kaum dan kepercayaan, sama ada di bandar atau di luar bandar sudah dapat menikmati dan mendapat banyak manfaat daripada pelbagai program dan inisiatif yang dilaksanakan di bawah pentadbiran Najib seperti Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi.

"Ada orang mengatakan macam mana perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) ini. (Rakyat) Di laut tolong. di darat pun di tolong. Nelayan ditolong, petani, pesawah pun ditolong, (rakyat) di desa pun dapat di kota pun dapat, kanak-kanak pun dapat orang tua pun dapat, pesara pun dapat malah pemandu teksi pun dapat," katanya.

Menurut Musa selain pembangunan dan kemajuan yang dibawa oleh kerajaan persekutuan, kerajaan negeri juga melalui inisiatifnya sendiri berusaha membawa kemajuan kepada rakyat dengan memperkenalkan pelbagai program untuk meningkatkan taraf ekonomi dan hidup mereka.

Katanya projek mini estet sejahtera (MESEJ), penubuhan Pusat Kraftangan, program galakan perniagaan dan keusahawanan dan pembinaan pelbagai infrastruktur asas merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri membangunkan rakyat Sabah.

Ketua Menteri berkata kerajaan negeri juga telah mengambil langkah berani dengan memberhentikan kegiatan pembalakan secara berleluasa di kawasan seluas beratus-ratus ribu hektar dan menggantikannya dengan projek penanaman semula hutan demi kelangsungan sumber asli itu kepada generasi akan datang.

Menurut Musa melalui projek perladangan hutan itu, Sabah boleh menghasilkan kira-kira 400 pokok balak berkualiti bagi setiap satu hektar berbanding pembalakan biasa yang jumlah hasilnya jauh lebih rendah.

Rakyat Sabah sudah matang: Najib

Sandakan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin rakyat Sabah cukup matang untuk menolak dan tidak termakan hasutan yang dibawa oleh parti pembangkang.

Menurut beliau, rakyat Sabah tahu bahawa hanya melalui Umno dan Barisan Nasional (BN) sahaja dapat membangunkan negeri ini dan membela nasib rakyat.

Katanya, rakyat Sabah dan Malaysia keseluruhannya sudah memahami bahawa agenda terpenting bagi kerajaan adalah Progam Transformasi Nasional.

"Sehingga kini, sudah banyak kejayaan dan bagi kami (kerajaan) lima tahun untuk melipatgandakan kejayaan itu," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Zon 5 (Libaran, Sandakan, Batu Sapi, Kinabatangan dan Beluran) di sini hari ini.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor kemudiannya menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Umno Zon 5 sebelum beliau berlepas ke Kota Kinabalu.

Najib berkata, Kerajaan Persekutuan menyedari Sabah masih memerlukan kemudahan jalan raya, elektrik, rumah dan pelbagai kemudahan lain.

Katanya, semua itu mampu dilaksanakan oleh BN yang selari dengan komitmen Janji Ditepati dalam menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh rakyat di mana sahaja mereka berada.

Beliau berkata, hubungan baik dan kerjasama rapat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah memperkukuhkan usaha membangunkan negeri ini.

"Saya senang hati dengan kerjasama diberikan oleh kerajaan negeri Sabah diketuai (Ketua Menteri) Musa Aman dalam membangunkan Sabah.

"Jika terdapat pandangan berbeza, ia dibawa berbincang dan diselesaikan untuk kepentingan rakyat Sabah. Ini menjadi asas penting kepada kerjasama antara Kerajaan Pusat dan negeri Sabah," katanya.

Perdana Menteri berkata, beliau akan memastikan pembangunan di Sabah seimbang dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Katanya, antara usaha itu adalah memberikan peruntukan besar di bawah program transformasi nasional kepada Sabah dan Sarawak.

Sambutan luarbiasa Rakyat terhadap PM di Sandakan

PERDANA Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak disambut orang ramai pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Libaran, Batu Sapi, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran di Dewan Serbaguna Sri Libaran, Sandakan, sebentar tadi.   

1 September 2012

MP Kota Belud lawat tapak Majlis Rumah Terbuka Speaker Dewan Rakyat

Datuk Rahman
DATUK Rahman Dahalan Wakil Rakyat P169 Kota Belud membuat lawatan ke Tapak Majlis Terbuka Speaker Dewan Rakyat semalam.

Selepas meninjau, Rahman berkata "You don't aspect better than this" kepada pihak penganjur yang diwakili oleh Puan Bahiwata Sayangan Haji Mulia.

Wakil Rakyat itu sungguh berpuashati dengan persiapan Majlis itu yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri dan Isteri.
 
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia akan berlangsung esok 2 September, 2012 bertempat di Kampung Rampayan Laut Kota Belud.
 
Menurut Pengajur, berbagai juadah dan jenis makanan termasuk masakan tradisi kaum iranun dan RUMPUN akan disediakan untuk tetamu yang hadir.

30 August 2012

PM Lawat Sandakan dan Rasmi Serentak Zon 5 Umno

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan lawatan dua hari ke Sandakan bermula Sabtu , 1 September, 2012 dan pada keeseokan harinya akan merasmikan persidangan Bahagian Umno Zon 5. Antara Bahagian dalam Zon 5 adalah Bahagian Libaran yang mana Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri adalah Ketua Bahagiannya.

Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijangka tiba di Sandakan pada sebelah petang Sabtu dan bermalam di Sandakan.

Najib dijadual menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar pada sebelah petang Ahad, di Kampung Rampayan Laut Kota Belud.

Wakil Rakyat Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahalan melalui FBnya mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri ke kawasan Kota belud. Wakil rakyat itu juga menjemput warga Kota Belud agar beramai-ramai turut sama memeriahkan majlis itu.

Rahaman juga berterima kasih kepada Tan Sri Pandikar kerana sudi menjemput Perdana Menteri ke Kota Belud.

Dalam kesempatan yang sama- ADUN Tempasuk Datuk Musbah Haji Jamli sangat teruja dengan lawatan Najib di kawasan yang diwakilinya. Perdana Menteri akan berkesempatan melihat dan menyaksikan sendiri keadaan Tempasuk khasnya dan Kota Belud amnya.

29 August 2012

Lajim baru tahu siapa Anwar

AKIBAT gagal membawa masuk YB-YB UMNO dan BN ke dalam Pakatan Perubahan Sabah (PPS) dan seterusnya menyokong Anwar telah membuatkan Anwari melenting dan kini  membuli Lajim

Lajim gagal menarik YB Datuk Ghapur dan 4 ADUN UMNO, Lajim juga gagal menarik YB Bung, malah kegagalan Lajim menarik Datuk Osu Sukam, Datuk Datu Amir Kahar serta Tan Sri Kasitah Gadam menyertai Anwar pada 12 Ogos yang lalu menunjukkan kelemahan Lajim yang membuatkan Anwar melenting.

"Janji" Anwar memberi "dana" untuk mendapatkan para wakil rakyat BN serta para pemimpin BN ternyata hanya tipu muslihat.
 
Kini Lajim sudah terpernagkap, no way back lagi. Sepatutnya sebelum Lajim menyertai Anwar, kena Tanya Pengalaman Dr Jeffery, semasa dalam Pakatan Rakyat.

Bahaya kalau orang ini jadi PM

LIHAT saja wajahnya menggambarkan segala-galanya

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels