2 September 2012

Rakyat Sabah sudah matang: Najib

Sandakan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin rakyat Sabah cukup matang untuk menolak dan tidak termakan hasutan yang dibawa oleh parti pembangkang.

Menurut beliau, rakyat Sabah tahu bahawa hanya melalui Umno dan Barisan Nasional (BN) sahaja dapat membangunkan negeri ini dan membela nasib rakyat.

Katanya, rakyat Sabah dan Malaysia keseluruhannya sudah memahami bahawa agenda terpenting bagi kerajaan adalah Progam Transformasi Nasional.

"Sehingga kini, sudah banyak kejayaan dan bagi kami (kerajaan) lima tahun untuk melipatgandakan kejayaan itu," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Zon 5 (Libaran, Sandakan, Batu Sapi, Kinabatangan dan Beluran) di sini hari ini.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor kemudiannya menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Umno Zon 5 sebelum beliau berlepas ke Kota Kinabalu.

Najib berkata, Kerajaan Persekutuan menyedari Sabah masih memerlukan kemudahan jalan raya, elektrik, rumah dan pelbagai kemudahan lain.

Katanya, semua itu mampu dilaksanakan oleh BN yang selari dengan komitmen Janji Ditepati dalam menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh rakyat di mana sahaja mereka berada.

Beliau berkata, hubungan baik dan kerjasama rapat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah memperkukuhkan usaha membangunkan negeri ini.

"Saya senang hati dengan kerjasama diberikan oleh kerajaan negeri Sabah diketuai (Ketua Menteri) Musa Aman dalam membangunkan Sabah.

"Jika terdapat pandangan berbeza, ia dibawa berbincang dan diselesaikan untuk kepentingan rakyat Sabah. Ini menjadi asas penting kepada kerjasama antara Kerajaan Pusat dan negeri Sabah," katanya.

Perdana Menteri berkata, beliau akan memastikan pembangunan di Sabah seimbang dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Katanya, antara usaha itu adalah memberikan peruntukan besar di bawah program transformasi nasional kepada Sabah dan Sarawak.

11 comments:

mantera said...

rakyat pasti matang dan tau menilai mana yang terbaik.

Mumbai said...

saya yakin jaminan DS Najib dalam memastikan pembangunan di Sabah seimbang dengan negeri2 di Semenanjung Malaysia akan dilaksanakan..

Mumbai said...

kekerapan DS Najib melawat negeri ini juga menunjukkan beliau amat mengambil berat dengan rakyat di negeri ini.. saya harap rakyat Sabah akan terus memberikan mandat kepada kerajaan pimpinan Najib untuk menerajui negara ini..

drako drakonius said...

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said public confidence in the Barisan Nasional (BN) leadership at the federal and state levels is growing because the coalition fulfills its pledges according to its capability.


drako drakonius said...


BN are capable of doing what has been promised, thus will implement them as the government.


drako drakonius said...

He said the people realised that the BN was not a government that liked to play politics that was populist in nature nor made promises that were unrealistic.

drako drakonius said...

He said the promises were proven through the various aid given to the people such as the 1Malaysia People’s Aid (BR1M), the existence of the 1Malaysia People’s Shop (KR1M) and the 1Malaysia People’s Menu, the granting of subsidies in the various sectors such as petrol subsidy.

drako drakonius said...

In addition, Najib also hinted that he would announce a ‘windfall’ for the settler community soon as well as several other incentives for the people.

drako drakonius said...


“The quantum I will not disclose yet, when the time comes I will make the announcement. Let there be a little suspense,” he said.

drako drakonius said...



However, he said there were quarters that tried to deny the efforts of the government in helping the people.

drako drakonius said...


He said the BN government constantly strived for the prosperity of the people and ‘did not know how to spin’.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels