RCI Pati Sabah yang sedang berjalan banyak membicarakan "mempertahankan" kuasa BN pada tahun 1994? Keterangan itu sungguh bercanggah dengan fakta.
Bn Sabah tidak berkuasa di Sabah sejak tahun 1990, kerana PBS yang merupakan komponen Bn sejak tahun 1985 keluar daripada komponen itu pada tahun 1990.
Dakwaan dan pendedahan kononnya berlaku pertambahan pengundi islam antara 1990-1994 untuk mempertahankan kerajaan Bn adalah silap, kerana Bn Sabah tidak pernah menang pilihanraya baik pada PRU-1990 mahupun 1994.
Jika juga benar bahawa kerajaan Bn semasa Berjaya 1976-1985 berlaku pertambahan undi untuk menyokong Berjaya, ternyata silap juga, kerana pada PRN Sabah 1985, Parti Berjaya hanya mendapat 6 Kerusi, berbanding PBS 25.
Bn Sabah hanya menang pilihanraya tahun 1999 apabila berlaku pertambahan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri, daripada 48 kepada 60.
Ingat operasi menahan mereka yang terlibat dengan SKIM CEPAT KAYA mengeluarkan IC Biru Sabah berlaku pada tahun 1995. Pada masa itu ramai individu ditahan melalui ISA termasuk para pegawai JPN dan individu tertentu.
Kini, apabila mengikuti pendengaran RCI Pati Sabah di Mahkamah Kota Kinabalu, kebanyakan saksi hanya bercakap menggunakan kata-kata, tanpa disertai fakta. Mereka dengan bebas mengaitkan sesiapa termasuk yang telah mati, kerana mereka tahu individu itu tidak mampu mempertahankan diri.
Sebagai orang biasa, pendengaran RCI yang sedang berlangsung hanya sebagai medan balas dendam bagi individu yang terlibat, kerana kebanyakan mereka yang memberi keterangan adalah mereka yang pernah ditahan melalui ISA.
Pihak Pembangkang terutama Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dengan cepat menuding jari kepada Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sebagai pengkhianat, sedangkan RCI itu belumpun memutuskan apa-apa, apakah mengguna pakai kesaksian yang diberikan kerana saksi-saksi tidak mengunakan hujah yang disokong oleh fakta. Kebanyakan keterangan para saksi adalah "hearsay" dan mereka tidak menunjukkan "bukti" yang menyokong keterangan mereka.
RCI Pati Sabah masih berlangsung.






