PADA Jumaat Datuk Lajim Ukin mengadakan sidang medianya di Pejabat PPS Putatan kononya untuk menangkis kenyataan MP Kota Belud yang mempersoalkan pencapaian beliau selama 26 tahun sebagai wakil rakyat dan anggota kabinet baik negeri mahupun persekutuan.
Dalam sidang media itu, Lajim menguraikan pencapaiannya sepanjang menjadi menteri di Peringkat negeri termasuk Timbalan Ketua Menteri Sabah dan pencapaiannya sebagai Timbalan Menteri di Peringkat Persekutuan.
Melalui uraian itu, Lajim tidak sedar bahawa semua kenyataannya terkini sejak keluar daripada Bn pada 29 Julai 2012 menunjukkan bahawa kerajaan Bn benar-benar peka terhadap keperluan rakyat.
Lajim dengan bangga menyatakan bahawa pembangunan infrastrutur di kawasan yang diwakilinya Beaufort dan Klias lebih 80 peratus telah diupgrade, ertinya jalan-jalan di kawasan itu telah diaspal.
Lajim juga dengan bangganya memberi tahu, bahawa Yayasan Usaha Maju adalah ideanya, dan melalui agensi itu, ramailah penduduk luar bandar menikmati perkidmatan agensi itu.
MP Beaufort itu juga bangga memberitahu bahawa pembinaan Wisma Pertanian di mana semua agensi kementerian Pertanian dan Kementerian itu beribu pejabat dapat dibangun semasa beliau menjadi Menteri Pertanian negeri.
Selain itu, Lajim juga mengakui bahawa beliau pernah membantu MP Kota Belud untuk mendapatkan dana projek pembinaan sebatang jalan di kampung Bobot Kota Belud dengan nilai RM300,000.00.
Juga, Lajim dengan bangganya mengakui bahawa Program Jelapang Padi di Kota Belud adalah ideanya, sedangkan program itu telah lama dicadangkan sebelumpun Lajim menjadi wakil rakyat.
Melalui kenyataan Lajim pada sidang akhbar itu, telah menemplak dirinya yang menghambur berbagai dakwaan kononnya kerajaan Bn tidak membawa pembangunan kepada rakyat Sabah.
Lajim kini dalam keadaan bercelaru, sehingga tidak tahu apa yang diperjuangkannya. Namun, yang jelas, beliau mabuk pangkat dan jawatan. Kerana beliau mengimpikan jawatan Ketua Menteri sama dengan Anwar ibrahim mengimpikan jawatan Perdana Menteri. Malangnya, impian mereka berdua ini tinggal impian.
55 comments:
Memang Lajim ini tidak sedar juga akan apa yang dikatakannya itu kerana kuasa. Tapi dia perlu ingat dipihak mana dia sebelum itu.
Ini membuktikan yang mana kerajaan benar-benar telah pun membawa banyak perubahan di Beaufort.
Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman yang juga Menteri Kewangan Sabah pada hari ini, mengumumkan bajet terbesar dalam sejarah negeri, berjumlah RM4.088 bilion.
Bajet ini memberi fokus pada program-program yang menurutnya, akan memastikan kemakmuran dan kesejahteraan yang berterusan untuk rakyat.
perlunya untuk memperhebatkan momentum pembangunan. Maka itu, bajet termasuk untuk perbelanjaan pembangunan adalah sebanyak RM2.42 bilion pada tahun 2013.
Daripada jumlah ini, RM2.07 bilion diperuntukkan untuk membiayai pelbagai program dalam sektor ekonomi. Pembangunan kemudahan awam mengambil sebahagian besar daripada peruntukan berjumlah RM988.23 juta, RM763.7 juta untuk infrastruktur serta komunikasi dan RM234.9 juta lagi untuk pembangunan pertanian dan tanah.
Daripada RM988.23 juta diperuntukkan untuk kemudahan awam, sebanyak RM480.67 juta adalah untuk bekalan air, RM400 juta untuk bekalan elektrik di luar bandar dan RM95.56 juta bagi projek-projek pembetungan. Baki RM12 juta adalah untuk sumbangan modal yang berkaitan dengan projek air dan elektrik.
Kebanyakan pembangunan dijalankan di bawah Koridor Pembangunan Sabah yang mahu merapatkan jurang di antara kawasan bandar dan luar bandar dari segi kemudahan moden.
Kerajaan negeri mengambil berat terhadap alam sekitar dan tidak akan membenarkan pembangunan rakus berkompromi dengan perlindungan alam sekitar. Perancangan pembangunan dan eksploitasi sumber alam semujadi mestilah selaras dengan prinsip-prinsip pembangunan mampan.
Ini membuktikan kerajaan benar-benar mampu memberikan pembangunan kepada Negeri Sabah ini. Semua itu telah pun diakui sendiri oleh pengkhianat parti BN ini. Jadi tidak perlu menanyakan lagi adakah BN mampu memberikan perubahan semua sudah terjawap oleh Lajim.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan tohmahan pembangkang bahawa kerajaaan Barisan Nasional (BN) gagal membela nasib rakyat.
Katanya kemakmuran dan keamanan negara membuktikan kerajaan BN berada di landasan yang betul untuk terus menerajui negara.
“Semua telah elok, tersusun dan terancang, mempunyai ekonomi yang baik, tiada pergaduhan, kenapa nak sokong pembangkang?,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di padang Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini,
Beliau berkata banyak yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi membantu menangani masalah kos hidup rakyat.
Katanya antara yang telah dilakukan ialah pemberian subsidi yang besar untuk barang-barang keperluan, kawalan harga barang, bantuan sara hidup dan bantuan persekolahan.
Muhyiddin berkata bagi menentukan pendapatan rakyat tidak terjejas dengan kenaikan harga barang, kerajaan turut memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
"Bila saya turun ke Perak tahun lalu, ramai yang di belakang saya kata BR1M satu ni bagus, kalau begitu teruskan untuk BR1M-BR1M seterusnya. Perdana Menteri buat keputusan bagi BR1M satu dan seterusnya BR1M dua.
“Kalau kita doa BN menang (pilihan raya) lagi, BR1M tiga, empat, lima dan enam selama-lamanya mungkin kalau kerajaan BN berkuasa lagi semula dengan pendapatan yang baik, hasil pungutan cukai kita sampai RM125 bilion melimpah ruah dalam tabung Perdana Menteri, kalau minta naik pun saya fikir boleh dipertimbangkan,” katanya.
Beliau berkata lebih 55 tahun sejak merdeka, BN telah meletakkan asas penubuhan negara bangsa yang kukuh dan kuat dan yang paling penting ketika ini adalah untuk mengekalkannya.
Yang paling penting adalah untuk menentukan hala tuju negara dalam tempoh tujuh tahun akan datang.
“Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menetapkan pada tahun 2020 Malaysia akan menjadi negara maju mengikut acuan sendiri,” katanya.
Akhirnya mengaku juga Lajim dengan kemajuan yang dibawa oleh BN ni.
Bajet Negeri Sabah 2013 disifatkan realistik , seimbang dan memampu mengubah landskap pembangunan khususnya di luar bandar selaras dengan usaha kerajaan untuk menuju ke arah sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Tenom, Jamawi Jaafar menyifatkan kerajaan negeri dibawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Musa Haji Aman menitik berat setiap aspek untuk meningkatkan hidup rakyat di negeri ini.
Setiap kumpulan yang memerlukan mendapat perhatian sewajarnya untuk sama-sama membangun. Belanjawan negeri 2013 menarik dan melambangkan kerajaan menitik berat terutamanya dalam usaha melengkapkan program pembangunan demi kepentingan rakyat.
Bajet negeri kali ini jelas memberikan fokus kepada sasaran yang memerlukan di mana ianya mendapat perhatian sewajarnya daripada kerajaan dengan tujuh teras utama iaitu mengukuhkan kedudukan kewangan negeri, menambahbaik infrastruktur asas dan prasarana awam, mempercepatkan hala tuju membangun belia dan modal insan yang bernilai dan berkualiti tiggi, membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf kualti hidup rakyat dan mencampai pembangunan wilayah yang seimbang .
Golongan muda yang menjadi harapan bangsa turut mendapat faedah melalui bajet kali dalam usaha melahirkan modal insan yang bermutu demi menuju ke arah sebuah negara maju.
entah apa pembangunan lajim lakukan? tak nampak pn.
Lajim ni masuk bakul angkt sendiri.
Lajim patut sedar dia tak relevan lagi.
sudah jelas dan nyata bahawa lajim hanya pentingkan diri sendiri..
kerajaan BN sebenarnya peka kepada keperluan rakyat...
namun kini rakyat sedar dan tahu bahawa lajim sudah tidak relevan lagi...
orang kenal Lajim kerana dia terkenal dengan lompat parti dan bukan kerana kewibawaannya.
kini Lajim lebih suka memuji diri sndiri untuk dapatkan sokongan daripada rakyat.
kemenangan Lajim pada pilihanraya yang lepas tu adalah atas tiket BN. tunggu dan lihat nasib Lajim pada PRU akan datang.
yang penting sekarang ini kerajaan harus terus fokus untuk melaksanakan pembangunan dan menjaga kepentingan rakyat.
Semasa memegang jawatan dalam kerajaan, mereka sentiasa mendukung agenda pembangunan serta memuji keprihatinan kerajaan namun nada mereka kini berubah apabila berada dalam kem pembangkang.
Sekarang pula mereka menyerang agenda pembangunan yang pernah mereka dukung dan menabur pelbagai janji manis atau luar biasa semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.
Rakyat Sabah tidak mudah termakan janji manis pakatan.
Rakyat bijak menilai kemajuan yang dibawa oleh kerajaan BN. Mereka pasti akan membuat pilihan yang betul.
Tolak pemimpin yang suka bertukar wajah demi kepentingan diri.
Berkhidmat sebagai pemimpin dalam politik bukanlah tempat untuk mencipta nama melainkan untuk berkhidmat membangun negara dan membela rakyat.
barisan kepimpinan politik di semua peringkat mesti berganding bahu demi memastikan perjuangan politik dalam parti mencapai matlamatnya.
Dalam politik bukan untuk mencipta nama. Yang kita utamakan ialah perjuangan parti untuk membangun negara dan membela rakyat
BN mesti terus bersatu padu untuk mewujudkan kerjasama yang baik.
Sehebat mana pun seorang pemimpin sekiranya tanpa kerjasama dari semua pemimpin dia tidak boleh membangun negara dan tidak akan dapat membantu rakyat.
Hakikat ini perlu kita sedari dan saya juga berharap kepada rakyat di negeri ini agar memberi sokongan kepada pemimpin yang dipilih oleh kerajaan BN dan bukan pemimpin yang berjalan secara sendirian
Rakyat harus sentiasa bersyukur dengan nikmat pembangunan yang telah dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional sejak sekian lama.
Bersykurlah dan ingatlah segala jasa kerajaan BN selama ini dan berilah sokongan berterusan kepada kerajaan bagi memastikan banyak lagi pembangunan yang akan dapat dinikmati.
Kerajaan BN akan pastikan semua janji bditepati agar rakyat terus mendapat perhatian dan pembelaan
Rakyat perlu membuat pilihan tepat dan terus menyokong sesiapa sahaja calon Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.
sokongan rakyat kepada kerajaan BN penting bagi memastikan pembangunan dan kebajikan rakyat khususnya di kawasan ini terus terpelihara.
Kerajaan memastikan janji yang di beri kepada rakyat akan di tunaikan.
Pembangunan dan keamanan yang ada di Negara kita perlu di teruskan untuk menjamin kehidupan yang lebih baik kepada rakyat.
Post a Comment