KAWASAN landai, tidak boleh dielak berlakunya banjir, apabila hujan turun secara terus menerus. Banjir biasanya disebabkan oleh jumlah hujan yang tinggi, juga kerana pengaruh pemendapan di muara sungai.
Kota Belud pernah dilanda banjir besar pada tahun 1965, namun kejadian banjir sebesar itu tidak pernah berulang lagi.
Banjir sederhana, setiap empat tahun berulang. Kali terahir pada tahun 2006, dan kejadian banjir berlaku lagi sejak semalam.
Kawasan yang sering dilanda banjir adalah kawasan Kg Sembirai, Labuan, Wakaf, Jawi-Jawi dan kawasan Timbang, Song-Song, Pengalan Abai dan Dungoi; namun penduduk yang dipindahkan hanya melibatkan Song-Song, Pengalan Abai dan Dungoi yang melibatkan 15 keluarga seramai 49 orang dan masa kini di tempatkan di Dewan Masyarakat Tun Said Kota Belud.
Dilihat dalam gambar kawasan Kg Sembirai dilanda dengan teruk, terutama di kawasan yang dilalui jalan bypass Kota Belud Kudat.
Dikhabarkan sebelum ini, bahawa satu sistem mengatasi banjir telah dibina di kawasan kampung Pandasan; tujuan pembinaan sistem itu adalah untuk mengatasi gejala banjir. Mungkin akibat jumlah hujan yang tinggi sehingga sistem itu tidak berfungsi dengan baik.
Menurut maklumat daripada wall FB Wakil Rakyat Kota Belud setakat ini sejumlah 27 org (L-7/ P-10/kanak10 (7 keluarga ) dr kpg pangkalan abai dan dungoi KB telah dipindahkan ke dewan tun said. lain2 tmpt pemindahan dewan smk pekan II & Dewan taun gusi - kosong. paras air lebih kurg 5 kaki. lain2 akan dimaklumkan. tq tn>>> sms dari Tn Bashir(SB).
14 comments:
Hujan merupakan rahmat tapi kalau sampai berlaku banjir dan kemusnahan, itu sudah dipanggil malapetaka.
Kawasan2 rendah ni cenderung untuk alami banjir. Jadi, sistem perparitan pun kenalah dikendalikan dengan baik supaya aliran air sewaktu hujan tiada sekatan.
Alternatif supaya kerosakan akibat banjir itu dapat dikurangkan:
1.Elevation atau Peninggian - iaitu meninggikan paras bawah rumah , yang mana lantai rumah berada di atas paras banjir .
2.Laluan Banjir - Membuat laluan banjir yang membolehkan air banjir melalui laluan tersebut supaya mengurang hakisan akibat hentakan air banjir ke rumah sendiri .
3.Dinding Blok - Memblok sekeliling rumah bagi menahan air daripada masuk . Ini adalah cara yang praktikal .
Menglokasikan Semula - Menglokasikan semula rumah , ini senang sikit buat rumah kayu . Menglokasikan ke tempat yang tinggi dan kurang banjir .
Harap pemimpin-pemimpin di daerah Kota Belud ini akan dapat mencari jalan penyelesaian terbaik untuk atasi kejadian seperti ini di masa akan datang.
Masalah-Masalah Yang Berlaku Semasa Banjir
Banjir boleh mendatangkan masalah atau bahaya seperti :
-Lemas
-Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam longkang
-Terkena renjatan elektrik
-Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu
Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Semasa Banjir
-Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir
-Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa
-Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah
-Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir
Dont treat this matter as one of the political matters.
Sesungguh banjir tu satu malapetaka.
Sistem peparitan perlu di perbaiki bagi mengelakkan banjir kilat.
Namun harap tidak ada pihak yang akan mempolitikkan masalah ini.
kena ada usaha dalam mengurangkan masalah banjir.
Post a Comment