21 February 2013

PRU-13: Integriti Calon-Parti Politik Juga Jadi Perhatian

Bahang pilihan raya umum yang sudah lama dirasakan dan semakin hangat, kerana dijangkakan PRU-13 sudah hampir, tidak dapat mengelak daripada membicarakan tentang integriti calon yang bakal menjadi pemimpin, mahupun parti politik, dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah kerajaan.

Pelbagai hujah politik sama ada daripada anggota parti Barisan Nasional, pakatan pembangkang DAP-Parti Keadilan Rakyat-PAS bahkan parti kecil seperti Parti Sosialis Malaysia, Parti Cinta Malaysia, Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), SAPP, STAR sudah didengar dan kini rakyat diserahkan untuk membuat keputusan serta bijak membuat penilaian terhadap integriti individu dan parti terbabit.

Berbicara mengenai bidang politik, yang akan dikaitkan dengan urusan pemerintahan khususnya tadbir urus, maka integriti pastinya menjadi nilai yang mesti menjadi amalan untuk membina tamadun bangsa Malaysia yang sempurna dan utuh.

Semua orang tahu, integriti yang intipatinya berkisar mengenai kejujuran dan ketulusan, sangat penting dalam seluruh urusan kehidupan.

Persoalannya, adakah integriti politik ini difahami dan diamalkan dengan begitu penuh kebertanggungjawaban oleh pendukungnya iaitu pemimpin politik dan organisasinya? 

Cuma kayu pengukurnya terletak di tangan pengundi untuk memilih calon yang (benar-benar) berintegriti, berwibawa, mempunyai kredibiliti dan mengamalkan nilai-nilai murni.

“Kuasa memilih di tangan pengundi, dan kalau sudah salah pilih, jangan salahkan orang lain pula. Ini mempamerkan sikap yang tiada integriti.

Jelas sekali bahawa rakyat Malaysia, yang menjadi pemilih berdaftar, mestilah menggunakan kuasa membentuk pemerintahan daripada rakyat untuk rakyat dari kalangan mereka yang berintegriti dengan akal fikiran dan bukannya dipengaruhi emosi.

Pemilih berdaftar sendiri mesti ada integriti. Ini kerana integriti adalah satu sifat jati diri yang perlu ada dalam diri setiap individu yang merangkumi aspek keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi dan boleh dipercayai.

19 February 2013

PRU-13: Impak Pencerobohan Lahad Datu terhadap persiapan Bn Sabah

PENCEROBOHAN sejumlah 100 orang yang menamakan diri mereka "Tentera Sulu" yang lengkap bersenjata di sebuah kampung terpencil di gugusan Felda Sahabat tepatnya di Kg Tanduo pada malam selasa 12 Februari lalu, serba sedikit mengalih memontum persiapan Bn berhadapan dengan PRU-13.

Pembangkang memanfaatkan pencerobohan itu dengan mempersoalkan tahap keselamatan Sabah di bahawa kerajaan Bn. Selain itu, pembangkang juga mengaitkan kejadian penecerobohan itu dengan RCI pendatang Sabah yang masih berjalan.

Pembangkang memainkan sentimen agama, dan mendakwa pasukan keselamatan tidak bertindak awal, kerana atas alasan penceroboh itu beragama islam.

Dakwaan yang lagi skeptikal, bahawa pada kebiasaannya, jika berlaku kejadian seumpama ini, di negara-negara barat, maka menteri yang bertanggungjawab berkaitan keselamatan akan berundur.

Memang banyak kenyataan daripada menteri yang bertanggungjawab termasuk Perdana Menteri, bahawa tiada kompromi berkaitan dengan keselamatan rakyat Sabah, namun berlaku juga kejadian seumpama ini. Tahun lepas, dua orang rakyat Sabah telah diculik juga di Lahad Datu, di mana hingga kini belum diketahui dengan tepat tahap keselamatan dua rakyat yang diculik itu.

Kejadian di Kg Tanduo Lahad Datu yang memasuki minggu kedua, belum ada tanda-tanda akan berakhir, walaupun pihak polis telah beberapa kali membuat kenyataan, bahawa rundingan sudah berakhir, selanjutnya proses penghantaran balik penceroboh itu sedang diatur.

Hari ini Menteri yang bertanggungjawab mengenai keselamatan negara Datuk Hishammuddin Tun Hussien melawat Lahad Datu, selepas hampir dua minggu kejadian itu.

Menurut Hishammuddin, pasukkan keselamatan mempunyai pilihan terbuka, namun pada peringkat ini, rundingan aman diusahakan, untuk mengelak pertumpahan darah.

Mungkin jika kejadian ini dilakukan oleh rakyat negara ini, seperti kejadian Mamali atau Al Maunah, mungkin pasukan keselamatan sudah lama bertindak, kerana alasan memerangi Yang Di Pertuan Agung. Namun, kejadian di Kg Tanduo bukan dilakukan oleh rakyat negara ini, akan tetapi oleh rakyat negara jiran.

Pasukan keselamatan negara berada dalam persimpangan, jika bertindak melalui kekerasan, maka kemungkinan mendapat kutukan daripada negara luar dan mungkin mengakibatkan hubungan antara Filipina dan negara ini.

Selain itu, kerana tujuan kedatangan "tentara Sulu" itu ada kaitan dengan sejarah tuntutan kesultanan sulu terhadap Sabah, maka jika berlaku penangkapan di tanah Sabah, maka perkara itu mungkin dijadikan bukti di mahkamah antarabangsa sebagai bukti, bahawa mereka menduduki  tanah yang mereka tuntut.

Untuk makluman, walaupun kesultanan sulu sudah tidak diktiraf oleh kerajaan Filipina, akan tetapi Malaysia masih membayar sewa sebenyak RM5,300 setahun kepada waris kesultanan itu.

Apakah kejadian pencerobohan ini mempunyai impak kepada rakyat pada PRU-13? sama-sama kita tunggu penyelesaiannya.

18 February 2013

Najib Letak Jawatan? Perbuatan Siapa?

APA yang berlaku pada pakar-pakar IT Jabatan Penerangan? sehingga dengan mudah sensawang Jabatan itu mudah diceroboh? Sudah lah Lahad Datu diceroboh. 

Mesej yang memalukan yang terpampang pada sensawang itu, yang mengatakan Perdana Menteri letak jawatan. Print yang ada, adalah yang sempat disalin sebelum mesej itu dipadam oleh Jabatan berkenaan.

Ekoran pesenan tersebut Jabatan Penerangan menafikan mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dipetik dan tersebar di beberapa laman media sosial yang disedari pagi Isnin, kata Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Beliau berkata penafian ini dibuat susulan daripada sistem e-Akhbar dan e-Press milik jabatan itu yang disyaki telah digodam dengan penyiaran dua kenyataan - 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan.' "Jabatan Penerangan Malaysia telah mengambil tindakan awal dengan memadamkan kenyataan palsu itu daripada kedua-dua sistem tersebut.

"Tindakan awal ini bagi mengelakkan sebarang penyebaran oleh pihak tidak bertanggungjawab dan seterusnya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Ibrahim berkata satu siasatan dalaman mengenai perkara itu sedang dibuat oleh pihak jabatan disusuli dengan laporan polis.

Bn punya perancangan tersusun untuk Rakyat: Dr Salleh Tun Said

Datuk Dr Salleh bersama Pemimpin Kota Belud
BAIK kerajaan Pusat mahupun negeri, mempunyai perancangan tersusun untuk rakyat. Atas sebab rancangan tersusun itu, maka rakyat menikmatinya. Bahkan bukan sahaja kerajaan, akan tetapi juga badan-badan kerajaan seperti Yayasan Sabah, juga mempunyai perancangan terhadap rakyat.

Di Kampung Melangkap pada Ahad, Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap Timbalan Pengerusi Umno negeri- Datuk Dr Salleh Tun Said sempat merasmikan "Yayasan Sabah bersama rakyat Program 1 Kampung".

Semasa perasmiannya, Ketua bahagian Umno merangkap Pengerusi Bn Kota Belud itu berkata, hanya melalui sokongan rakyat yang berterusan kepada kerajaan Bn amnya dan Kerajaan negeri yang diketuai oleh Ketua Menteri Sabah- Datuk Musa Aman, maka rakyat menikmati berbagai kemudahan, sokongan kewangan dan sokongan pembangunan demi kemudahan semua golongan rakyat.

Sememangnya kata Speaker Dun Sabah itu, kerajaan Bn adalah kerajaan yang senantiasa mengotakan janji, kerajaan yang menepati janji. Kerajaan Bn tidak berjanji berasaskan retorik, berlawanan dengan Pembangkang yang hanya pandai memutar belit fakta, menafikan kejayaan kerajaan disamping menabur janji-janji khyalan.

Atas sebab itu, pada PRU-13 akan datang, rakyat perlu memberikan sokongan kepada calon-calon Bn agar supaya perancangan dan rangka kerja yang telah disusun akan terus berjalan, agar supaya Sabah akan turut maju menjelang tahun 2020.

Menurut Salleh, rakyat perlu menerima hakekat, bahawa keluasan Sabah yang hampir 1/3 daripada Semenanjung, sudah tentu peruntukan yang besar diperlukan untuk menaik taraf pembangunan negeri ini setaraf dengan Semenanjung. Atas sebab itu, walaupun RM23.2 bilion peruntukan daripada kerajaan pusat kepada negeri ini dalam RMK-10, tidak termasuk bajet kerajaan negeri, kelihatan pembangunan tidak ketara, kerana pembangunan tertabur di merata tempat.

Namun, di sekitar bandar, pembangunan begitu ketara sekali, sehingga Kerajaan Negeri telah mewartakan, bahawa Tiada lagi pembangunan di Pesisir Pantai Kota Kinabalu.

Komitmen kerajaan terhadap pembangunan Sabah, tidak pernah berhenti, atas sebab itu, kerajaan persekutuan akan terus memberi peruntukan besar kepada negeri ini secara berperingkat-peringkat.

Kemajuan pendidikan tidak terlepas pandang, sebagai contoh katanya, pembaikan pulihan atau membangun sekolah-sekolah baru di kawasan Kota Belud, sedang giat berjalan. Sebagai misalnya, Pembangunan SMK Taun Gusi II, tidak akan lama akan siap. Penyiapan sekolah ini, sedikit sebanyak memberi keselesaan kepada pelajar, kerana sekolah itu juga disertakan dengan bilik-bilik asrama.

Kerajaan Pesekutuan juga mengambil tahu keperluan asas rakyat, atas sebab itu kerajaan melalui KKLW memperuntukan RM114 juta untuk Projek Bekalan Air Luar Bandar Kota Belud. Apabila Projek tersebut siap sepenuhnya pertengahan tahun ini, maka masalah bekalan air bersih kepada rakyat Kota Belud akan teratasi sehingga tahun 2020.

Kerajaan juga sangat perhatian terhadap pembangunan perekonomian rakyat, atas sebab itu berbagai agensi kerajaan baik daripada persekutuan atau negeri aktif di kawasan Kota Belud, semata-mata untuk mencipta agar pendapatan rakyat terus meningkat, sesuai dengan arah kemajuan negara.

Sebenarnya pembangunan tidak pernah berhenti. Atas sebab itu, pembinaan jalan raya pintas daripada Tuaran ke Kota Belud dibina pada tahun 1996, tujuannya agar kemudahan pengakutan dan mempersingkat masa perjalanan warga Kota belud atau sebaliknya pengujung daerah ini.

Kota Belud menurut Dr Salleh mempunyai banyak kemudahan untuk tujuan pelancongan, umpamanya Tamu Besar Kota Belud, sudah termasuk sebagai kalender pelancongan negara.

Kota Belud menurut Salleh, tidak lama lagi akan memasuki peta negara sebagai Pengeluar beras negara, apabila Projek Jelapang Padi siap sepenuhnya. Melalui projek itu, diharapkan golongan yang bertanah akan mampu meningkatkan pendapatan mereka kepada golongan berpendapatan tinggi.

Selain itu, Kota Belud pada masa akan datang akan menerima tempisan pembangunan, apabila Lebuh raya Kudat Kota Belud siap kelak.

Pembangunan Kota Belud berserta dengan rakyatnya akan terus rancak, jika sekiranya kawasan ini terus dikuasi kerajaan Bn, kerana sememangnya hanya Bn yang mengetahui hala tuju keperluan rakyat, kerana pengalamannya mengurus negara lebih setengah abad yang lalu.

Pembangkang salahkan kerajaan kerana membantu rakyat

PEMBANGKANG mengajar rakyat supaya tidak lagi pandai berterima kasih. Atas sebab itu mereka berpakat memberitahu rakyat, AMBIL SAHAJA APA BANTUAN KERAJAAN tapi jangan berterima kasih, malah digalakan agar mereka MENGUBAH KERAJAAN.

Ajaran Pembangkang itu sama dengan mengajar anak menampar muka ibu bapa sendiri, apabila anak-anak diberikan penghidupan  yang lebih baik dan kemudian telah mampu berdikari, dan seterusnya mengalakkan anak itu membuang ibu bapanya.

Selain itu, pembangkang berbohong, kononnya tidak berguna menyokong  kerajaan, kerana kerajaan tidak membangun negeri dan rakyat.

Kenyataan pembangkang yang bercanggah satu sama lain. Pertama AMBIL SAHAJA SEBARANG BANTUAN KERAJAAN, kedua pula, KERAJAAN TIDAK MEMBANGUN NEGERI DAN MEMBELA RAKYAT.

Kerajaan Bn, membantu rakyat menanggung bebanan dengan pemberian BR1M, membantu rakyat dengan subsidi barangan pokok seperti minyak, tepung, minyak masak, gas masak dan sebagainya yang mencecah RM22 bilion setahun. Malah melalui subsidi minyak, menjadikan negara mempunyai harga minyak ke-5 terrendah di dunia.

Kerajaan meringankan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah dengan bantuan pra persekolahan RM100 setiap murid daripada tahun 1 hingga tingkatan 5.

Kerajaan memberi sara hidup kepada nelayan, kepada warga mas, oku dan miskin tegar. Apa kah semua ini bukan pembelaan kepada rakyat?

Bagi golongan berpendapatan di atas Rm3,000 sebulan DAN SEMUA RAKYAT YANG TERGOLONG BERSAMA-SAMA DENGANYA pula diberi pengurangan cukai pendapatan, selain menikmati semua bentuk subsidi yang diberikan kerajaan.

Rakyat menikmati proses pembelajaran yang percuma daripada Tadika ke Tingkatan 5, malah di peringkat kolej atau universiti, kerajaan menyediakan biasiswa pada pelajar yang layak, dan menyediakan PTPTN kepada segenap pelajar yang layak diterima belajar.

Di Sabah misalnya, Kerajaan Pusat telah menyalurkan RM23.2 bilion dalam RMK-10, termasuk RM7 bilion pada tahun lepas. Di samping itu, kerajaan negeri menyediakan bajet RM4.088 bilion pada tahun 2012 demi pembangunan rakyat dan negeri.

Pembangkang menyorok semua data itu, dan berbohong kepada rakyat kononnya negeri Sabah tidak membangun di bawah kerajaan Bn, sebab itu, kerajaan perlu diubah, agar Sabah boleh membangun.

Sebenarnya, pembangunan semua tertakluk kepada sumber kewangan. Sumber kewangan negara bersumber kepada keadaan perekonomian yang kondusif, kestabilan politik dan keamanan.

Sumber kewangan tidak akan turun daripada langit, tanpa melalui usaha yang terus menerus dari semua pihak.

Kerajaan hanya sebagai fasilitator kepada persekitan ekonomi yang sihat, sebab itu kerajaan Bn melakukan berbagai transformisi, baik dalam kerajaan, sosial, politik dan ekonomi.

Kerajaan Bn mempunyai visi yang jelas, mempunyai landasan yang telah dirangka dan kerangga perancangan itu membolehkan negara maju pada tahun 2018, awal dua tahun daripada target tahun 2020.

Kenapa rakyat perlu MNEGUBAH sesuatu kerangka atau landasan yang betul untuk negara menjadi negara maju? 

Janganlah termakan dan menjadi sebahagian daripada penyokong Anwar Ibrahim yang hanya mahu menjadi Perdana Menteri. Janganlah sejarah diri sendiri ternoda kerana menjadi sebahagian daripada mereka yang menyokong mencapai cita-cita seseorang yang bertujuan peribadi.

Anwar sebenarnya tidak mempunyai isu terhadap kerajaan. Isu yang ada, semuanya berbentuk penafian kepada usaha kerajaan. Isu yang pada Anwar, hanya menghasut rakyat, mengajar rakyat kurang ajar, menghasut rakyat supaya jangan berfikir rasional.

Bagi rakyat Sabah, cuba tanya diri sendiri, apa sumbangan ANWAR pada rakyat negeri ini? sumbangan terbesar Anwar adalah mengwujudkan PERJUDIAN DI NEGERI INI PADA TAHAP GABAN. Melalui perjudian itu, maka wang rakyat Sabah masuk semula kepada tauke judi, mudahlah Anwar mendapat sponsor. 

Cuba tanya diri sendiri, sejak tahun 1998, Anwar tiada jawatan, namun mampu mempertahankan GAYA HIDUP SEERTI JUTAWAN, MALAH SANGGUP TERBANG DENGAN JET MEWAH, DENGAN HELI..PENERBANGAN KELAS PERTAMA.. DARI MANA SUMBER KEWANGAN ITU?

Seperti kata Ketua Menteri Sabah, Anwar datang ke Sabah seolah-olah mengajar itik berenang, mengajar pemimpin Sabah untuk membangun negeri, sedangkan pengurusan kewangan Sabah mendapat pujian daripada Ketua Audit negara lebih 5 tahun berturut-turut.

Bajet Sabah saban tahun terus meningkat, malah mengemukakan bajet negeri yang senantiasa membuat rekod setiap tahun. Di sebabkan tiada isu, maka Anwar menafikan semua data itu, dengan mengangkat isu-isu pengelipur lara, yang punya jangka hayat yang singkat.  

Atas sebab semua isu pembangkang bercorak penglipurlara, maka Perdana Menteri memperlambat PRU-13, agar rakyat benar-benar mengetahui semua tipu muslihat pembangkang.

Kata orang.. Hilang kabut jelas lah gunung. Akhirnya Anwar dan konco-konco akan terduduk semula pada PRU-13 akan datang. Sememangnya SABAH TATAP BN.

16 February 2013

Kekerapan Lawatan Najib ke Sabah-Eratnya hubungan dengan pemimpin Negeri

Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Musa bersama rakyat Tuaran
LAWATAN Najib yang ke sekian kalinya ke Sabah yang berakhir pada petang 14 Februari lalu, menunjukkan bagaimana keakraban pemimpin utama negara itu dengan para pemimpin negeri.

Sabah yang mula diperintah semula oleh kerajaan Bn pada tahun 1994 selepas 5 tahun di bawah kerajaan pembangkang, telah belajar dengan pengalaman lepas, bahawa hanya melalui keakraban dengan pucuk pimpinan pusat sahaja boleh mengerakkan pembangunan negeri dengan pesat dan cepat.

Seperti kata Ketua Menteri Sabah-Datuk Musa Aman, bahawa pada RMK-10 sahaja Sabah mendapat peruntukan sebanyak RM23.2 bilion daripada kerajaan pusat termasuk RM7 bilion pada tahun lepas.

Kalau lah dibanding peruntukan yang diberikan oleh kerajaan pusat ke Sabah berbanding bajet kerajaan negeri tahun lepas sebanyak RM4.088 bilion, maka peruntukan daripada pusat lebih sekali ganda. Peruntukan yang besar ke Sabah ini, menunjukkan komitmen kerajaan pusat terhadap pembangunan Sabah.

Atas kerjasama yang erat itu, maka setiap lawatan Perdana Menteri ke negeri ini terus mendapat sambutan luar biasa, samada di Pantai Timur, Pantai Barat, Pendalaman atau Tawau.

Pada khamis misalnya, Perdana Menteri mempuyai jadual yang sungguh padat dengan memulakan lawatan ke Beaufort, Papar dan kemudian ke Tuaran. Ketiga perjumpaan itu, kalau dijumlahkan seluruh rakyat hadir hampir berjumlah 60 ribu, dan jumlah itu merupakan 70 peratus daripada jumlah pengundi bagi tiga kawasan itu.

Berasaskan kepada sambutan yang diberikan kepada lawatan Perdana Menteri pada hari itu, maka adalah cukup cerah bagi Bn mempertahankan semua kawasan Parlimen termasuk semua DUN, yang kini cuba dirampas oleh pembangkang, melalui mantan pemimpin Bn yang telah berpaling tadah.

Kawasan Beaufort yang kini masih disandang oleh pemimpin PPS Sabah-Datuk Lajim Ukin, manakala Tuaran oleh pemimpin APS- Datuk Welfred Mojilip Bumburing. Sementara Papar, akan cuba dirampas oleh mantan pemimpin veteran Umno- Datuk Yahya Lampong.

Datuk Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Perhubungan Umno negeri juga Pengerusi Bn negeri, nampaknya sungguh lega dengan sokongan rakyat kepada kerajaan Bn, yang rakyat terjemahkan melalui sambutan kepada Perdana Menteri.

Melihat kepada keadaan semasa, nampaknya kejayaan Bn mempertahankan kejayaan PRU-2004 dan PRU-2008 akan berulang. Sememangnya Sabah TATAP BN. 

PRU-13: Ke Arah Pemantapan Bn Kota Belud

Dr Salleh, Rahman, Musbah, Timbon
PENYELARAS BN Kota Belud bermasyuarat hari ini, mungkin masyuarat terakhir sebelum berdepan dengan PRU-13.

Mesyuarat kali ini sepertibiasa dipengerusikan oleh Datuk Dr Salleh Tun Said sebagai Pengerusi Bn kawasan Kota Belud. Mesyuarat itu turut dihadiri oleh MP Kota Belud-Datuk Rahman Dahalan; ADUN Tempasuk-Datuk Musbah Jamli; ADUN Kedamaian-Datuk Herbert Timbon Lagadan. Sementara ADUN Usukan-Datuk Japlin Akim tidak dapat turut serta kerana ada urusan rasmi yang bertembung dengan jadual masyuarat tersebut.

Kawasan Kota belud sememangnya adalah wilayah Bn, kerana di kawasan ini lah lahirnya anak sulung Umno Sabah.

Pada pilihanraya 1994, di mana Bn masih merupakan pembangkang di peringkat negeri, Bn mampu mempertahankan Dun Usukuan dan merampas Dun Tempasuk dan Parlimen Kota Belud daripada PBS, sementara Dun Kedamaian masih dimenangi parti PBS.

Selepas PBS diterima semula ke kubu Bn pada tahun 2002, maka menjadikan Kota Belud sebagai kubu kuat Bn. Keupayaan Bn menjadi kubu kuat Bn telah terbukti pada PRU-2004 dan PRU-2008 apabila semua kawasan termasuk Parlimen dimenangi dengan mudah.

Bagi berdepan dengan PRU-13, nampaknya Bn Kota Belud dijangka akan terus memenangi semua kawasan, kerana adalah dijangka calon-calon Bn tidak akan mengalamai kesukaran mengalahkan calon-calon pembangkang.

Di pihak Bn terdapatnya ramai nama-nama besar dalam politik, namun di pihak pembangkang, tidakpun terdapat calon-calon yang boleh menggugat mereka. Tidak dinafikan, calon-calon pembangkang akan mendapat undi, namun undi itu tidak mencukupi untuk mencapai kemenangan.

Penilaian rakyat Kota belud semasa membuang undi nanti adalah kemajuan yang dikecapi rakyat hasil sumbangan kerajaan Bn. Sumbangan kerajaan itu sudah tentu melalui perjuangan dan perancangan para pemimpin. Tiada akan ada kemajuan, tanpa seseorang yang memperjuang dan merancangnya.

Keistimewaan para pemimpin Bn adalah bergerak bersama secara kolektif, saling melengkapi antara satu sama lain untuk memajukan rakyat.

Pada PRU-13 akan datang, adalah dijangka semua pemimpin peringkat Kota Belud akan berkerja sebagai satu pasukan untuk mememangkan siapa sahaja calon-calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan mewakili Bn; kerana yang penting adalah kemenangan parti.

Agak-agaknya itulah penekanan mesyuarat penyalaras BN yang berlangsung hari ini di Kota Belud.

15 February 2013

PRU-13: Lampu Hijau untuk Bn di Sabah

LAWATAN Perdana Menteri ke Sabah selama dua hari yang berakhir semalam, sungguh mendapat sambutan luarbiasa rakyat daripada   kawasan yang di lawati Beaufort (kehadiran lebih 20 ribu), Papar (lebih 10 ribu) dan Tuaran ( lebih 20 ribu).

Kekuatan Bn Sabah sukar diganggu gugat oleh pembangkang. Pada PRU-13 yang sudah diambang pintu, Bn Sabah akan mengulangi kejayaan tahun 2004 dan tahun 2008.

Yang menguatirkan Bn adalah di Semenanjung, apa kah gabungan 14 parti itu mampu mempertahankan 84 kerusi yang dimenanginya pada PRU-12? atau menambah jumlah kerusi itu?

Pada PRU-12 lalu, Bn terselamat kerana Bn Sarawak mampu menang 30 kerusi parlimen daripada 31, demikian juga Bn Sabah menang 26 daripada 27 kerusi parlimen.

Pada PRU kali ini, Bn Sarawak kemungkinan akan kehilangan antara 4-5 kerusi Parlimen berasaskan kencenderungan pengundian pada PRN Sarawak tahun 2011. 

Jika Bn Semenanjung mampu mempertahankan jumlah kerusi yang dimenangi pada PRU-12, maka secara keseluruhannya, jumlah kerusi Bn berkurangan daripada 140 kepada 136/135.

Namun apabila Bn Semenanjung dapat menambah jumlah kerusi dengan jumlah yang kalah di Sarawak, maka kemungkinan besar Bn mempertahankan status quo tahun 2008, yakni 140 kerusi.

Disebabkan berbagai inisiatif kepada rakyat yang telah dilakukan Najib sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada April 2009, ramai yang menganggap ianya menjadi kelebihan kepada Bn terutama di Semenanjung. 

Bn dikatakan mempunyai harapan menambah antara 3-4 kerusi di Selangor dan Kedah, sementara di Pulau Pinang akan menambah antara 1 atau 2 kerusi Parlimen. Di Kelantan akan memperatahan jumlah kerusi, yang dimenangi pada tahun 2008, walaupun Kawasan Ibrahim Ali akan ditawan oleh pembangkang.

Di Pahang diperkirakan akan dimenangi 100 peratus oleh Bn termasuk Parlimen Kuantan. Sementara di Johor akan menjadi kubu kuat Bn semula, apabila semula kerusi Parlimen akan dimenangi Bn.

Sementara di Perak, keadaan status quo berulang seperti tahun 2008 tetapi kelebihan kepada Bn, namun pada kali ini, Bn mampu menambah 1 atau 2 kerusi parlimen.

Berasaskan perkiraan ini, maka Bn secara keseluruhan akan menang antara 149/153 kerusi parlimen, membolehkannya menubuhkan kerajaan dengan kuasa 2/3, dan sekaligus mempertahankan Najib sebagai Perdana Menteri.

Terkini: Tentara Kesultanan Sulu di Lahad Datu

 Tentera Kesultanan Sulu
PDRM telah selesai berunding dengan ketua kumpulan bersenjata warga Filipina yang telah menceroboh masuk ke kawasan pesisir pantai Lahad Datu Selasa lalu. Sumber polis berkata sekitar jam 5 petang Khamis, satu rundingan telah diadakan diantara Timbalan Ketua Cawangan Khas Sabah, ACP Zulkifli Abd Aziz dengan ketua kumpulan bersenjata itu yang dikenali sebagai Datu Agbimudin Datu Kiram yang didakwa sebagai Raja Muda Sultan Sulu.

Dalam pertemuan itu, Agbimudim bersetuju untuk berundur dari Lahad Datu sekiranya mendapat persetujuan dari Sultan Sulu, Datu Esmail Datu Kiram yang dikhabarkan akan ke Sandakan pada Jumaat (Hari ini). Esmail juga akan dibawa ke Lahad Datu untuk bertemu dengan kumpulan tersebut.

Dianggarkan seramai 200 orang termasuk lima wanita dalam kumpulan penceroboh itu. Anggota kumpulan tersebut dipercayai terdiri dari suku kaum Sibutu, Simunul, Suluk dan Ayakan yang berasal dari Kepulauan Sibutu, Simunul, Pahlawan, Jolo dan Sulu.

Penceroboh-penceroboh itu telah menyusup berlindung di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan kedatangan mereka dikatakan menyebabkan ramai penduduk kampung itu keluar melarikan diri menuju ke Tanjung Labian di Lahad Datu untuk berlindung.

Kesemua penceroboh lengkap berpakaian seragam tentera dan bersenjatakan senjata api seperti M14, M16 dan .45mm dan juga beberapa senjata tajam. 

Mudahnya Pencoroboh masuk ke Sabah

Lebih 100 lelaki warga asing dipercayai dari selatan Filipina yang berpakaian ala tentera dan sebahagiannya dipercayai bersenjata api berjaya dikesan menyeludup masuk dan menceroboh ke Lahad Datu, Sabah pada Selasa lalu.

Bagaimanapun keadaan di sana ketika ini terkawal dan pihak keselamatan negara yang terdiri pasukan tentera dan polis, termasuk dari unit komando sedang memantau situasi tersebut bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam kenyataan tiga perenggannya pada malam Rabu bagaimanapun meminta orang ramai supaya tidak bimbang dengan insiden tersebut.

Menurutnya, insiden yang berlaku disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.

Beliau berkata pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan tersebut dan mengarahkan kumpulan tersebut meletak senjata serta menyerah diri.

“Keadaan ini adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang,” kata Ismail.

Menurut sumber polis, kumpulan ini dikatakan telah mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.

Pada mulanya pihak berkuasa keselamatan tidak dapat mengesahkan tujuan kumpulan itu sama ada merancang untuk melakukan aktiviti keganasan di bandar berkenaan.

Berikut adalah punca sebenar pencerobohan tentera Filipina Di Lahad Datu Sabah. Ada juga yang anggap kumpulan itu adalah Abu Sayyaf. Berdasarkan laporan media rasmi, satu kumpulan ini mendakwa mahu mengembalikan semula tuntutan Filipina ke atas Sabah. Untuk info terkini, kumpulan bersenjata ala tentera itu mendakwa mereka adalah Tentera Diraja Kesultanan Sulu.

Menurut laporan, kumpulan lelaki bersenjata terbabit yang menaiki beberapa bot kecil telah mendarat di Lahad Datu, Selasa lalu dan kini sedang berdepan secara ketenteraan dengan pasukan keselamatan negara.

Laporan mengatakan bahawa kesemua lelaki berkenaan adalah warga Filipina, namun ia belum dapat disahkan secara rasmi. Sumber berkenaan yang ditanya jika beliau pernah mendengar nama pasukan tentera seperti itu sebelum ini sebaliknya berkata, matlamat kumpulan itu adalah untuk menjadikan Sabah sebahagian daripada Kesultanan Sulu.

Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Luar di Manila berkata, mereka masih tidak dapat mengesahkan jika 100 lelaki yang kini di Malaysia memang rakyat Filipina.

Menurut jurucakap hal ehwal luar, Raul Hernandez, Filipina menjalankan siasatan sendiri dalam kejadian itu. Terdahulu, terdapat juga laporan bahawa kumpulan lelaki bersenjata berkenaan adalah ahli kumpulan Abu Sayyaf yang berpusat di Sulu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.

Beliau berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

"Kita telah hantar pasukan untuk berunding dengan mereka dan perbincangan berjalan baik dan kita beritahu mereka bahawa mereka kena tinggal (Sabah) secara baik dan kita tidak mahu apa-apa keadaan yang boleh menggugatkan keselamatan rakyat di negeri ini," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini, Khamis.

Ismail berkata kumpulan itu yang kini berada di Kampung Tandau, Labian di Lahad Datu memberi jaminan akan meninggalkan tempat itu (Sabah) secepat mungkin dengan syarat tuntutan mereka dipenuhi.

Beliau berharap anggota kumpulan berkenaan akan meninggalkan negeri ini secepat mungkin dan menegaskan tuntutan seharusnya dibuat secara diplomatik, bukan secara mengejut seperti yang dilakukan itu.

"Kita lihat perbincangan dalam keadaan terkawal dan pasukan keselamatan telah mengambil tindakan awal dengan mengepung kampung itu sejak semalam dan saya percaya perkara ini dapat diselesaikan secara baik dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata pihaknya mengganggarkan kumpulan itu melebihi 100 orang dan tidak menolak kemungkinan mereka bersenjata, namun demikian polis mengambil pendekatan 'berhati-hati' bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Setakat ini keadaan tidak tegang dan mereka kelihatan berkelakuan baik. Kita percaya kumpulan itu mempunyai sahabat di kampung itu tetapi tidak mempunyai rumah di situ. Mereka pergi duduk di surau dan menumpang rumah-rumah di kampung," katanya sambil menambah kumpulan itu tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana kumpulan militan di Filipina.

Pada peringkat ini, katanya, rundingan sedang berjalan dan beliau menasihati penduduk di sekitar Lahad Datu supaya tidak percaya pada khabar angin.

14 February 2013

Lawatan Najib ke Sabah meniup semangat jentera BN Sabah


PERDANA MENTERI yang tiba semalam untuk lawatan dua hari ke Sabah, selain padat dengan mesyuarat juga hadir bersama rakyat di tiga kawasan Parlimen Beaufort, Parlimen Papar dan Parlimen Tuaran.

Kawasan ini, dikatakan hangat dibicarakan menjelang PRU-13 ini kerana menurut pembangkang akan menjadi wilayah mereka.

Parlimen Beaufort di mana wakil rakyatnya adalah bekas pemimpin Umno Datuk Lajim Ukin, kini bersama PPS mesra pakatan, manakala Parlimen Papar yang akan ditandingi oleh Datuk Yahya Lampong mantan pemimpin vetetran Umno, manakala Parlimen Tuaran di mana wakil rakyatnya mantan Timbalan Presiden Upko parti komponen Bn, kini bersama APS juga mesra pakatan.

Menurut maklum balas daripada hadirian, Najib di sambut kira-kira 20 ribu rakyat  di Beaufort manakala di Papar lebih 20 ribu, di Tuaran pula yang mempunyai pengundi 40 ribu yang berlangsung pentang ini, dijangka lebih 30 ribu rakyat akan menyambut kehadiaran Perdana Menteri.

Berasaskan kehadiran rakyat di kedua kawasan Parlimen itu, nampaknya pembangkang akan berputih mata untuk mempertahankan Parlimen Beaufort dan mencoba merampas Parlimen Papar, kerana kedua-dua kawasan itu masing-masing mempunyai jumlah pengundi hampir 27 ribu dan 33 ribu.

Semalam Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman menzahirkan bahawa Bn Sabah akan dapat mempertahankan tiga kawasan itu pada PRU-13 akan datang memandangkan maklum balas daripada akar umbi.

Lawatan Najib ke Beaufort, sekaligus menutup isu pembangkang, kononnya tidak mampu mengatasi masalah air kawasan itu. Najib mengumumkan peruntukan lebih RM226 juta untuk membina loji air baru bagi Beaufort. Selain itu, Perdana Menteri juga mengumumkan pembinaan Kolej islam bagi kawasan itu.

Jangan Terperdaya Janji Pembangkang: Anifah Aman

Rakyat negara ini amat bernasib baik kerana kestabilan negara yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) membolehkan rakyat dapat menjalani kehidupan dengan selesa dan aman disamping menikmati ekonomi dan pembangunan yang berterusan.

Dalam hubungan iitu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Haji Aman, mengajak rakyat agar tidak terpedaya dengan janji-janji pembangkang kerana apa yang dijanjikan suatu janji yang terlalu samar.

“Apa yang dijanjikan pembangkang hanyalah mengabui mata rakyat dan cuba menghasut pemikiran rakyat dan pada masa yang sama pembangkang juga amat lantang dengan menidakkan apa saja kebaikan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan,” katanya.

Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis berkata mereka akan menjanjikan apa saja yang dekat dihati rakyat sebagai contoh jika pembangkang memerintah akan menurunkan harga petrol, gula, minyak masak dan sebagainya demi meraih keyakinan rakyat terhadap mereka.

“Jangan mudah terpedaya kerana itu hanya merupakan janji yang belum tentu tertunai,” kata Anifah ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Keluarga Datuk Teo Ching Ping sempena Tahun Baru Cina yang diadakan di Membakut pada Isnin.

“Sebagai Menteri Luar, saya telah menyaksikan keadaan hidup di beberapa negara luar sebagai contoh Libya, Iraq dan Mesir yang kini hidup sengsara,” katanya.

Beliau berkata rakyat Mesir contohnya sebelum ini melakukan perubahan untuk menukar kerajaan barunya tetapi sekalipun negara tersebut sudah pun bertukar kerajaan atas kehendak rakyatnya namun malang sekali perubahan pemimpin yang diharapkan bukan menjadi baik tetapi semakin teruk dari sebelumnya.

“Sebelum itu rakyatnya amat berharap kehidupan mereka akan menjadi lebih baik dan mereka mendesak untuk melakukan perubahan itu sehingga melakukan demonstrasi jalanan membuatkan kerajaan dahulu tumbang,” katanya.

“Ini kerana mereka dijanjikan harga barang akan turun, mereka dijanjikan kehidupan yang lebih baik tetapi apabila mereka berjaya menumbangkan kerajaan dan kerajaan sudah bertukar tangan namun kerajaan yang baru dibentuk telah gagal menunaikan apa yang mereka janjikan kepada rakyatnya,” tegasnya.

Anifah yang juga Ketua Umno Bahagian Kimanis berkata, harga barang di negara berkenaan seratus peratus naik manakala masalah rakyat tidak terpeduli malah kemarahan rakyat semakin memuncak sehingga berlaku kembali demonstrasi sana sini menyatakan ketidakpuasan hati mereka.

“Kerajaan yang baru mereka pilih melalui demokrasi itu ternyata gagal menunaikan janji dan akhirnya negara itu menjadi kacau bilau dan huru hara dan rakyatnya kembali bangun menentang kerajaan menyebabkan ramai rakyatnya kini hidup dalam ketakutan,” tegasnya.

Anifah berkata, berbanding dengan keadaan di negara ini, rakyatnya dapat hidup tenteram, melakukan aktiviti kehidupan seperti biasa dari itu tidak ada sebab untuk menukar kerajaan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels