Bahang pilihan raya umum yang sudah lama dirasakan dan semakin hangat, kerana dijangkakan PRU-13 sudah hampir, tidak dapat mengelak daripada membicarakan tentang integriti calon yang bakal menjadi pemimpin, mahupun parti politik, dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah kerajaan.
Pelbagai hujah politik sama ada daripada anggota parti Barisan Nasional, pakatan pembangkang DAP-Parti Keadilan Rakyat-PAS bahkan parti kecil seperti Parti Sosialis Malaysia, Parti Cinta Malaysia, Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), SAPP, STAR sudah didengar dan kini rakyat diserahkan untuk membuat keputusan serta bijak membuat penilaian terhadap integriti individu dan parti terbabit.
Berbicara mengenai bidang politik, yang akan dikaitkan dengan urusan pemerintahan khususnya tadbir urus, maka integriti pastinya menjadi nilai yang mesti menjadi amalan untuk membina tamadun bangsa Malaysia yang sempurna dan utuh.
Semua orang tahu, integriti yang intipatinya berkisar mengenai kejujuran dan ketulusan, sangat penting dalam seluruh urusan kehidupan.
Persoalannya, adakah integriti politik ini difahami dan diamalkan dengan begitu penuh kebertanggungjawaban oleh pendukungnya iaitu pemimpin politik dan organisasinya?
Cuma kayu pengukurnya terletak di tangan pengundi untuk memilih calon yang (benar-benar) berintegriti, berwibawa, mempunyai kredibiliti dan mengamalkan nilai-nilai murni.
“Kuasa memilih di tangan pengundi, dan kalau sudah salah pilih, jangan salahkan orang lain pula. Ini mempamerkan sikap yang tiada integriti.
Jelas sekali bahawa rakyat Malaysia, yang menjadi pemilih berdaftar, mestilah menggunakan kuasa membentuk pemerintahan daripada rakyat untuk rakyat dari kalangan mereka yang berintegriti dengan akal fikiran dan bukannya dipengaruhi emosi.
Pemilih berdaftar sendiri mesti ada integriti. Ini kerana integriti adalah satu sifat jati diri yang perlu ada dalam diri setiap individu yang merangkumi aspek keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi dan boleh dipercayai.
50 comments:
Umno buktikan parti itu serius menjaga integritinya dengan menyahut cabaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghantar nama calon bagi tapisan pihak berkenaan.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, apa yang dilakukan oleh Umno adalah tuntutan biasa seperti pilihan raya umum (PRU) yang lalu.
“Soal nama calon itu, kami buat kerja seperti biasa. Soal serah nama pada SPRM, tunggu nanti saya akan beritahu,” katanya
“Ini rasa tanggungjawab kita dalam menunjukkan Umno sememangnya serius dalam integriti. Tidak seperti pembangkang yang hanya menuduh parti lain tetapi mereka tidak melakukan perkara yang sepatutnya.Kebolehan dan kepercayaan itu penting dan Umno berusaha melakukan yang terbaik,” katanya.
Kesungguhan Barisan Nasional (BN) melaksanakan penambahbaikan dan memastikan ketelusan dibuktikan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International sebagai komitmen terhadap agenda negara menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin melihat kelangsungan pentadbiran dan keyakinan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN adalah hasil daripada tekad dan keutamaannya dalam memastikan rakyat mendapat pembelaan dan sentiasa didahulukan.
“Kepimpinan tertinggi BN tidak pernah melatah atau terpengaruh dengan agenda pembangkang biarpun telah pelbagai fitnah, manipulasi dan persepsi negatif ditohmah malah ikrar integriti ini adalah antara tindakan yang benar-benar ikhlas dari beliau dalam melaksanakan amanah,” katanya.
Ujarnya, Perdana Menteri telah melaksanakan transformasi dengan berjaya dan tema ‘Janji Ditepati’ adalah selaras dengan pelbagai bantuan dan keutamaan kepada rakyat.
“Rakyat boleh menilai sendiri bagaimana bersungguh-sungguhnya BN mahu membanteras pelbagai perkara negatif sehinggakan Perdana Menteri sendiri melakukan ikrar janji, bersifat merendah diri malah pernah memohon maaf dengan masyarakat sekiranya benar BN ada mempunyai kesilapan dan ini semua dilakukan atas kepentingan kepada semua sebagaimana Gagasan 1Malaysia, Rayat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.
“Tindakan ini amat berbeza dengan apa yang ada dalam pakatan pembangkang kerana para pemimpinnya seringkali bersifat angkuh, tamak dan saling bertelagah dan andainya diminta melakukan apa yang Datuk Seri Najib laksanakan saya percaya bahawa mereka tidak akan sanggup,” katanya.
Dalam hal ini beliau turut merujuk kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sehingga ke hari ini tidak pernah meminta maaf kepada rakyat atau mengangkat sumpah biarpun terdapat desakan dari pihak yang berkait dengannya dalam isu tuntutan moral.
“Dalam pakatan pembangkang juga sering bertentangan pendapat, mempunyai agenda berlainan, hala tuju berbeza dan matlamat mereka juga bukanlah untuk kepentingan rakyat apatah lagi untuk menunaikan segala janji-janji yang tertulis dalam manifesto pilihan rayanya.
“Mereka menipu rakyat, burukkan kerajaan BN dan tidak lanksanakan tanggungjawab sehinggakan rakyat turut mengheret kerajaan negeri ke mahkamah sebagaimana yang berlaku di Selangor.”
Calon PRU: Umno serius jaga integriti
Umno buktikan parti itu serius menjaga integritinya dengan menyahut cabaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghantar nama calon bagi tapisan pihak berkenaan.
Calon PRU: Umno serius jaga integriti
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, apa yang dilakukan oleh Umno adalah tuntutan biasa seperti pilihan raya umum (PRU) yang lalu.
“Soal nama calon itu, kami buat kerja seperti biasa. Soal serah nama pada SPRM, tunggu nanti saya akan beritahu,” katanya kepada Sinar Harian,
Jelas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kampung Gajah, apa yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri menunjukkan keseriusan beliau terhadap bakal calon BN pada PRU nanti dengan integriti menjadi tonggak utama selain telus, jujur dan ikhlas.
Calon PRU: Umno serius jaga integriti
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Haron pula berkata, apa yang dilakukan oleh partinya itu adalah kaedah yang baik.
“Ini rasa tanggungjawab kita dalam menunjukkan Umno sememangnya serius dalam integriti. Tidak seperti pembangkang yang hanya menuduh parti lain tetapi mereka tidak melakukan perkara yang sepatutnya.
“Kebolehan dan kepercayaan itu penting dan Umno berusaha melakukan yang terbaik,” katanya.
“Ini juga membuktikan bahawa BN bersedia dinilai berbanding pakatan pembangkang yang tidak berani melakukan sedemikian,” katanya lagi.
Ikrar Intergriti Pilihan Raya Transparency International adalah sosial kontrak sukarela kepada calon yang akan bertanding dalam PRU sebagai ikrar untuk mempromosikan integriti, urustadbir kerajaan dengan baik, ketelusan dan akauntabiliti dalam kerajaan di peringkat negeri dan pusat serta mempertahankan keluhuran undang-undang.
• Calon mesti mempertahan dan memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat keseluruhannya.
• Calon mesti mempraktik urustadbir kerajaan yang baik dan ketelusan.
• Calon mesti terikat dengan undang-undang dan peraturan yang terpakai di Malaysia.
SU Agung Umno: 'Anwar lebih gemar minta bantuan luar'
Pendedahan berkaitan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dilaporkan menulis kepada Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr meminta negara terbabit membantu memantau Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Malaysia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu, tindakan mencari pengaruh luar bukan kali pertama dilakukan oleh Ketua Umum PKR itu dalam usaha mendapatkan kuasa politik di negara ini.
SU Agung Umno: 'Anwar lebih gemar minta bantuan luar'
“Ini bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana Anwar telah pun acapkali bertindak sedemikian, malah lebih dari itu apabila sanggup memburuk-burukkan negara sendiri lantaran mahu mengambil hati para pemimpin luar dan bersimpati kepadanya,” katanya dipetik Umno Online, hari ini.
Carr dipetik berkata Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Anwar.
Anwar dilaporkan menulis kepada Carr untuk meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia, yang berkemungkinan diadakan awal tahun depan, bebas daripada penipuan dan rasuah.
Anwar juga dilaporkan memberitahu Carr bahawa beliau menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya itu.
SU Agung Umno: 'Anwar lebih gemar minta bantuan luar'
Beliau turut mempertikai kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya dan mendakwa pembangkang diketepikan oleh media.
Bagaimanapun, Carr berkata, pilihan raya di Malaysia merupakan urusan rakyat Malaysia sendiri.
Dilaporkan Anwar meminta bantuan Australia dalam PRU akan datang atas dakwaan untuk memastikan ia bebas daripada penipuan dan rasuah selain kononnya menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya.
“Apa lagi yang Anwar belum lakukan kerana sebelum ini dia bukan saja merendah-rendahkan kedudukan negara sendiri tetapi turut menganggap sistem demokrasi dan perundangan di Malaysia juga adalah lapuk dan ketinggalan,” kata Tengku Adanan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).
SU Agung Umno: 'Anwar lebih gemar minta bantuan luar'
Awal tahun ini, kata laman itu, media turut melaporkan Anwar telah ke Turki dan menafikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi selain tidak ada satu pun media yang ada di negara ini bebas untuk beroperasi serta mendakwa bahawa dia dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu adalah kerana mengkritik kepimpinan Perdana Menteri ketika itu.
“Anwar lebih gemar meminta bantuan dari negara luar negara kerana rakyat di negara ini sudah tahu siapa dia yang sebenar.
“Tidak ada sesiapa yang mahu mempercayainya lagi sebagaimana pelbagai janji yang ditaburkan bukan saja sebelum dapat bentuk kerajaan bersama pakatan pembangkang di beberapa negeri tetapi dah ada kuasa pun terus menipu,” katanya lagi.
Ujarnya, jika sebelum mendapat kuasa mereka menjadikan manipulasi dan persepsi sebagai satu taktik bagi memperlihatkan kononnya kerajaan sering melakukan kesilapan tetapi malangnya kelakuan tersebut berterusan biarpun menjadi wakil rakyat dan pemimpin.
SU Agung Umno: 'Anwar lebih gemar minta bantuan luar'
“Mereka tidak ada modal untuk tarik perhatian jadi mereka tuduh kerajaan BN khususnya Umno sebagai parti yang selalu salah tanpa mereka sedar bahawa mereka perlu berdepan dengan kenyataan yang dimahukan oleh rakyat," katanya.
Malah tambah beliau, "mereka buat macam-macam tuduhan terhadap kerajaan termasuklah PRU kononnya tidak telus sedangkan jika ia benar-benar berlaku adakah pakatan pembangkang akan mendapat peluang untuk beroleh kemenangan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak pada PRU 2008 lalu."
Tambah beliau, apabila Anwar Ibrahim membuat kenyataan terbuka di luar negara yang kemudiannya disiarkan dalam media bercetak maka tuduhan juga dilemparkan kepada BN-Umno.
“Macam mana BN-Umno mahu memanipulasi media asing yang menyiarkan kenyataan Anwar berkaitan sokongannya terhadap Israel di dalam Wall Street Journal sedangkan mereka bukan dikawal oleh BN sebagaimana tuduhan kepada media arus perdana yang kononnya dikongkong dan tidak ada kebebasan bersuara,” bidasnya.
“Sebelum ini pun Anwar pernah mempropagandakan Malaysia sebagai sebuah negara yang negatif dan tidak selamat, dan kemudian mengeji pakaian batik Malaysia ketika berada di Indonesia sedangkan ia tidak sewajarnya dipolitikkan,” tegasnya.
RAKYAT HARUS FIKIR BAIK-BAIK HAL INI
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu berikrar akan memberikan komitmen terhadap agenda pembangunan nasional terutamanya dalam membanteras gejala rasuah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Menerusi dokumen ikrar yang ditandatangani Najib, beliau menyatakan bahawa hanya pemimpin yang adil boleh mewujudkan sebuah kerajaan yang diterima rakyat.
“Saya percaya sebagai pemimpin BN yang sebenar, saya perlu menjadi contoh yang baik bahawa hanya calon yang bertanding secara adil dan bebas akan mewujudkan sebuah kerajaan yang dipercayai dan dihormati rakyat,” katanya
Ikrar berkenaan merupakan inisiatif pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Integriti Antarabangsa Malaysia (TI).
Ikrar berkenaan merupakan satu kontrak sosial yang dibuat secara sukarela oleh calon-calon PRU-13 bagi menggalakkan integriti, sistem tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti dalam kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan serta demi menegakkan kedaulatan undang-undang.
“Bakal-bakal calon daripada parti komponen BN sudah melalui proses tapisan oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), jadi ia terbukti bahawa mereka juga memikul komitmen untuk memastikan pilihan raya bersih dan adil.
“Ini merupakan satu lagi langkah kehadapan dengan menandatangani ikrar integriti. Marilah kita bekerja bersama-sama ke arah mengukuhkan proses pilihan raya,” katanya
Selain itu menurut Najib, beliau akan memastikan semua calon BN menandatangani ikrar berkenaan selepas senarai calon diumumkan.
Sementara itu Low berkata kandungan ikrar berkenaan turut akan dimuatkan dalam laman web rasmi Integriti Antarabangsa Malaysia (TI).
“Langkah seterusnya ialah menjadi tanggungjawab awam adalah untuk menjadi mata dan telinga bagi memantau sama ada bakal-bakal calon mematuhi ikrar itu atau pun tidak. “Selain itu orang ramai turut berpeluang memberikan maklum balas mengenainya di laman Facebook dan Twitter,” katanya.
pemilihan calon jg aspek penting dalam menentukan kemenangan.
Pemilihan calon yang berjiwa rakyat dapat memastikan kemenangan berterusan kepada BN.
peluang hidup yang cerah hanya mampu direalisasikan menerusi parti komponen Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO.
kegagalan kerajaan negeri diterajui PAS menyedia peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor, termasuk pertanian menyebabkan mereka sukar mencari rezeki.
Sebanyak 18 perkara yang memberi manfaat kebajikan dan kesejahteraan kepada anggota perkhidmatan awam sudah diberi kerajaan sejak lima tahun lalu.
ia menjadikan perkhidmatan awam di negara ini antara paling istimewa di dunia kerana mendapat layanan penuh daripada kerajaan.
1.4 juta penjawat awam dan keluarga mereka serta 500,000 pesara membuat keputusan bijaksana dalam memilih kerajaan, jangan buat keputusan kerana ‘marahkan nyamuk, kelambu dibakar’, itu dikira keputusan tidak matang.
Sebagai anggota perkhidmatan awam, kita tahu mana buruk dan baik, fikirlah apa manfaat yang kita dapat seperti kenaikan pangkat, bonus, semakan gaji, gaji maksimum dan pelbagai lagi, tidak tahulah esok, kalau orang lain, sama ada benda ini kekal atau tidak
Kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berjaya membina sebuah kerajaan yang sentiasa memikirkan kebajikan rakyat melalui Program Transformasi Kerajaan secara menyeluruh.
Bagaimanapun, kerajaan BN sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan yang ada menerusi pelbagai transformasi yang dilaksanakan. Rakyat mesti menolak dakwaan kononnya BN wajar ditukar kerana sudah memerintah lebih 50 tahun.
Kejujuran dan keikhlasan pakatan pembangkang yang sebelum ini mahu memastikan pilihan raya bersih dan bebas rasuah mulai diragui.
Keengganan mereka untuk menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya membuktikan pembangkang tidak serius melaksanakannya dan hanya cakap tidak serupa bikin.
Bukan saja pemimpin-pemimpin Pakatan pembangkang tetapi pemimpin-pemimpin pembangkang tempatan di Sabah perlu menandatangani ikrar tersebut.
Sesiapa saja boleh mendakwa memegang teguh prinsip integriti serta beretika ketika menjalankan tugas tetapi ia perlu diberikan bukti sahih. Sekiranya pembangkang enggan menandatangi ikrar tersebut, ini membuktikan mereka tidak komited.
Post a Comment