5 May 2012

Bersih kecoh kampungku tenang-tenang saja

28 April, Kuala Lumpur kecoh. Kekecohan hanya mahu merebut Dataran Merdeka. Dataran itu sinonim dengan kemerdekaan negara, kerana di situlah, lepas tengah malam 31 ogos, 1957, bendera Union Jack diturunkan dan berganti dengan Jalur Gemilang.

Perdana Menteri pertama negara-YTM Tunku melaungkan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! maka, merdekalah negara hingga kini.

Sebenarnya niat merampas Dataran Merdeka itu oleh kumpulan Pembangkang, melalui Bersih3.0 hanya meniru-niru apa yang dilakukan oleh rakyat Mesir, apabila rakyatnya menakluki Dataran Tahrir, sehinggalah Hosni Mubarak tumbang.

Pembangkang mahu menakluki Dataran Merdeka, dan mereka merancang akan berhimpun di situ sehingga ada pertukaran kerajaan, seperti mana yang berlaku di Mesir.

Apapun kekecohan di Dataran Merdeka itu, tiadapun kesannya di kampungku. Malah, aktiviti harian rakyat berjalan seperti biasa, malah jarang yang bercakap mengenainya.

Para pemimpin kawasan di mana kampungku terletak seperti biasa sibuk turun padang, merancang program apa yang perlu untuk rakyat, meninjau program-program yang sedang berjalan, malah  mereka mengumpul data-data yang diperlukan sebagai input untuk perancangan program akan datang.

Kedatangan TPM pada hari yang sama, menidakkan lagi perhatian penduduk kampungku mengenai kekecohan di Dataran Merdeka. Malah mereka tidak tahupun ramai polis yang tercedera kerana dibelasah perusuh.

Keadaan aman damai di kampungku, adalah hasil usaha para pemimpinnya yang saling bergandingan bahu untuk memajukan rakyat, atas sebab itu, apa yang berlaku di Kuala Lumpur akibat perbuatan rakyat yang tidak tahu bersyukur, penduduk kampungku tidak pedulipun.

Memang diakui ramai yang turun pada hari itu di Kuala Lumpur, ya mungkin dua parlimen yang mewakili Wilayah Persekutuan- katakanlah Parlimen Bukit Bintang dan Batu, mungkin campur PJ utara, tambah lagi Bandar Tun Razak.. hanya 4 kawasan parlimen yang merusuh.. masih ada 218 Kawasan Parlimen lagi.

Atas sebab itu, penduduk kampungku tenang saja, kerana satu Parlimen dan tiga ADUN tetap milik BN pada PRU-13 akan datang.

Ahli Parlimen kawasan kampung berkerja keras, saban hari, demikian ADUN kampungku, di kepalanya hanya rakyat, memikirkan bagaimana rakyatnya mempunyai pendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Demikian juga para pemimpin parti  sudah tentunya parti Umno, saban hari mengerah tenaga agar parti senantiasa releven, semalam, kini dan selamanya.

Sebenarnya Kampungku sungguh bertuah, kerana lengkap-hanya menunggu mengutip hasil program pembangunan yang telahpun digarap.

4 May 2012

Apa yang pegawai kerajaan mahu-kerjaan tunaikan-mengapa jadi pembangkang?

Disebabkan tidak pernah bersyukur, maka walaupun semua tuntutan pegawai kerajaan ditunaikan kerajaan, namun masih ramai juga penyokong pembangkang.

Suara Rakyat membuat kesimpulan itu, melalui komen-komen mereka melalui laman sosial seperti FB mahupun twitter.

Mereka seolah-olah sebagai jurucakap pembangkang dalam banyak hal.

Mengapa ini berlaku? sebabnya mereka mengecilkan minda dan fikiran mereka, sehinggakan dipenuhi rasa tidak bersyukur dengan apa yang mereka nikmati.

Sebaliknya berlaku, mereka-mereka yang bukan kakitangan kerajaan pula ramai yang membela kerajaan, walaupun mereka itu terpaksa mengeluarkan keringat dingin untuk mendapatkan pendapatan demi menyara keluarga, malah terpaksa membayar cukai pendapatan yang tinggi berbanding mereka yang berada di sektor awam.

sesuatu yang tidak kena berlaku... Kerajaan perlu berhati-hati, kerana biasanya bukan musuh yang mengakibatkan kerajaan kecundang, akan tetapi oleh musang2 berbulu ayam dalam kerajaan.

2 May 2012

Calon boleh menang-jangan perasan

Apabila DS Najib menyatakan bahawa hanya calon boleh menang (winnable candidate) yang akan dicalonkan pada PRU-13 akan datang, maka berbagai kaedah digunakan oleh individu-individu yang beraspirasi mahu menjadi Yang Berhormat.

Walaupun Najib tidak membuat perician ciri-ciri calon yang boleh menang, namun rakyat dapat menterjemahkan kenyataan itu.

Ciri-ciri seseorang itu yang boleh dikatakan calon boleh menang, adalah individu yang mempunyai komitmen tinggi terhadap perjuangan, baik terhadap parti mahupun rakyat dan sudah tentunya bukan hanya muncul kerana ada pilihanraya.

Semenjak Najib mengumumkan calon jenis apa yang akan diketengahkan, maka ramailah para aspiran, melakukan tindakan-tindakan politik yang tidak lazim mereka lakukan.

Jika dahulu, jarang sekali membalas jemputan, kini, walaupun tidak dijemput, akan cuba hadir.

Jika dahulu, kurang melayan rakyat, kini secara terbuka melayan rakyat.

Jika dahulu, jarang membalas SMS atau panggilan telepon, kini dengan mudah membalas dan menjawab telepon.

Jika dahulu susah sangat untuk dijumpa, now open door.

Berasaskan kepada perubahan tingkah laku itu, maka mereka memasang "jurujual" bahawa si polan ini patut diketengahkan, kerana merupakan winnabale candidate.

Sebenarnya pucuk pimpinan mempunyai mata-tangan dan telinga di semua kawasan. Di peringkat partipun demikian.

Pucuk pimpinan dan dibantu oleh pemimpin akar umbi, tahu siapa pemimpin tulen, dan siapa pemimpin plastik.

Pemimpin tulen, tidak melakukan tindakan-tindakan yang dibuat-buat, sebaliknya semua tindakannya secara alami dan ditambah dengan keikhlasan.

Pemimpin tulen pasti menunaikan janji, mengotakan kata. Inilah tag line Pemimpin BN JANJI DITEPATI.

Penulis tahu benar, siapa para pemimpin tulen yang ada. Mereka ini lambat diketengahkan, kerana sifat mereka yang merendah diri, tidak suka menonjol, namun yang pasti, mereka adalah pemimpin ikhlas dan sejati.

Mudah-mudahan pucuk pimpinan dapat mengetengahkan individu-individu ini, agar mereka dapat berbakti kepada nusa dan bangsa.

Sebenarnya Puncuk pimpinan telah tahu siapa2 yang winnable candidate. Atas sebab itu, Ketua Menteri Sabah-DSP Musa Aman, beberapa kali menjelaskan, sesiapa sahaja menjadi calon BN, maka sokonglah, kerana individu yang terpilih itu adalah yang terbaik daripada yang baik-baik dan winnable candidate.

Oleh kerana itu, jangan perasan dengan menilai diri sendiri, bahawa diri sendirilah yang winnable candidate itu.

27 April 2012

Betapa pentingnya Sabah pada BN

Minggu lepas PM melawat Sabah, hari ini dan esok TPM pula. Dua pemimpin negara menganggap betapa pentingnya Sabah pada BN, terutama berhadapan dengan PRU-13.

Sabah mempunyai 25 kawasan Parlimen, dan sejak PRU-2004, PRU-2008, hanya satu kawasan Parlimen terlepas kepada Pembangkang.

Pada PRU-13, walaupun DAP yakin akan menawan tiga kawasan Parlimen- Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan, namun, kerana komitmen PM dan TPM kepada negeri, maka berpeluh juga DAP menang di kawasan-kawasan tersebut. Selain itu, komitmen yang tinggi daripada Pengerusi BN negeri-merangkap Ketua Menteri Sabah-DSP Musa Aman, akan menyukarkan pihak DAP untuk menang di kawasan-kawasan yang disebutkan.

Pada PRU-12, Kawasan Sandakan dimenangi oleh Presiden LDP, merampasnya daripada calon bebas, Kawasan Tawau dimenangi BN melalui SAPP, namun SAPP keluar BN pada September,2008. Sementara kawasan Kota Kinabalu, dimenangi DAP.

Daripada Tiga kawasan Parlimen itu, hanya Parlimen Tawau, jumlah pengundi BN melebihi jumlah undi pembangkang, manakala bagi Sandakan dan Kota Kinabalu, jumlah undi Pembangkang melebihi undi BN (kalau satu lawan satu).

Di atas kertas, Sandakan dan Kota Kinabalu adalah kawasan Pembangkang, namun, jika BN dapat meletakkan calon yang sesuai dan diikuti strategi kempen yang cukup, tidak mustahil, kawasan tersebut boleh dimenangi. Sementara itu, Tawau, boleh dikatakan adalah kawasan 50:50 jika BN berdepan satu lawan satu, akan tetapi jika berlaku tiga penjuru atau lebih, pasti kawasan itu milik BN; demikian juga kawasan Sandakan.

Nampaknya, pada PRU-13, akan berlaku berbagai penjuru di beberapa kawasan; jika ini berlaku, maka postif kepada BN.

Pada PRU-13, Sabah akan menyumbang kepada BN pusat, sekurang-kurangnya 22 kerusi Parlimen. Bagi kedudukan DUN pula, BN-Sabah dengan mudah menang di 48 kerusi DUN.

Kawasan-kawasan DUN Sabah yang masih kelabu adalah-Luyang, Inanam, Kapayan, Tanjung Aru, Api-api dan Sri Tanjong, manakala DUN dalam kedudukan 50:50; Karamunting, Elopura, Tanjung Papat, Tanjong Kapor, Moyong,Merotai dan Tamparuli. Namun, jika BN dapat mengemukan calon-calon yang winnable, tidak mustahil lapan dari 12 kerusi tersebut akan dimenangi BN.

Walaupun, Sabah misalnya kehilangan 12 kerusi, namun Kerajaan negeri tetap mempunyai kuasa 2/3, kerana kuasa 2/3 hanya memerluan 40 kerusi.

Semalam Gerak Kerja BN Sabah telah dilancarkan. Melihat kepada semangat para jentera parti, nampaknya mereka telah berada pada gear lima. Dengan semangat yang tinggi, sesuai dengan Tag Line BN- JANJI DITEPATI, TIDAK MUSTAHIL, BN AKAN MENANG DI SEMUA KAWASAN BAIK PARLIMEN MAHUPUN DUN.

21 April 2012

Perdana Menteri Yakin BN Sabah menang PRU-13 dengan Cemerlang di bawah Musa

Ucapan Perdana Menteri, melalui lawatannya ke Sabah yang bermula semalam, dan berakhir hari ini, tercermin keyakinan pemimpin nombor satu negara itu kepada kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

DS Najib yakin, di bawah kepimpinan Pengerusi BN negeri itu, BN akan menang dengan cemerlang pada PRU-13 akan datang.

Datuk Musa telah diuji melalui dua pilihanraya umum, yakni tahun 2004 dan 2008. Di kedua-dua pilihanraya itu, BN Sabah menang dengan cemerlang.

Walaupun berlakunya tsunami politik pada BN tahun 2008, namun ombak tsunami itu belum sampai di negeri di bawah bayu ini.

Sejak PRU-12, parti pembangkang mencuba untuk membawa ombak tsunami ke tanah borneo, namun usaha mereka gagal. Pada PRN-Sarawak pada April, 2011, ternyata ombak tsunami belum menyentuh kawasan bumiputera, walaupun kawasan2 majoriti kaum cina, menyebelahi pembangkang terutama DAP.

Walaupun di atas kertas, kononnya kaum cina akan menyokong DAP pada PRU-13 akan datang, namun di Sabah, sokongan itu tidak akan membawa apa2 kepada kemenangan calon2 BN.

Di Sandakan semalam, terlihat bahawa sambutan kaum cina terhadap kedatangan DS Najib cukup memberangsangkan. Atas sebab apa? kerana kaum cina Sabah masih yakin terhadap kepimpinan Musa.

Suara Rakyat sungguh yakin, pada PRU-13 akan datang, keputusannya akan lebih baik berbanding tahun2 sebelumnya, kalaupun tidak, sekurang2nya, keputusannya adalah sama seperti tahun 2004 dan 2008.

19 April 2012

Sebaik Parlimen, DUN bubar: Diisukan ramai Pemimpin Sabah Keluar BN?

Seorang rakan menabur isu, kononnya, sebaik sahaja parlimen dan DUN bubar, ramai pemimpin keluar BN. Apabila ditanya? siapa2kah mereka, satu persatu disebutkan. Daripada barisan pemimpin yang disebutkan... tiada seorangpun pemimpin yang kompeten. Bagi Suara Rakyat, kehadiran para pemimpin itu dalam BN, lebih membebankan BN, berbanding mereka di luar BN.

Harapan para pemimpin yang kecewa itu, adalah mereka 'sukar" mendapat projek lagi, kerana sekarang melalui PEMANDU, projek bukanlah keutamaan, melainkan PROGRAM untuk memajukan rakyat.

Para pemimpin tertentu itu, selayaknya sudah TERLALU KENYANG dengan Projek, namun kerana nafsu serakah mereka, mereka mahu secara terus menerus meminta PROJEK sepanjang masa, sehingga menutup peluang orang lain.

Mereka kini dikatakan kecewa, kerana sukar menadapat projek untuk tujuan persen. Kerajaan Najib melalui PEMNADU yang diketuai Idris Jala, bukan berasas projek akan tetapi PROGRAM.

Para pemimpin yang diisukan akan keluar itu, adalah wakil2 rakyat yang berpenggal menjadi wakil rakyat, malah pernah memeggang berbagai jawatan dalam kabinet, baik negeri mahupun persekutuan.

Mereka lupa, kalaulah bukan parti yang disokong rakyat, mereka itu tidak akan ke mana-mana.

Rakyat penyokong BN, patut bersyukur, apabila mereka ini, keluar BN, maka BN kekurangan beban, kerana ditinggalkan oleh mereka yang tamak dan serakah.

Tunggu siapa2 mereka itu, yang kebanyakkan daripada bahagian Selatan negeri Sabah dan sebahagian daripada pantai barat.

17 April 2012

Datuk Salleh pasang Gear lima

Sekembali daripada umrah, Ketua Bahagian Umno Kota Belud, DSP Salleh Tun Said, turun padang dengan berbagai akiviti, apa kah itu aktiviti politik mahupun sosial, termasuk acara hiburan.

PRU-13 semakin diambang pintu. Semboyan telah dibunyikan, malah Tun Dr Mahathir memberi kenyataan, bahawa sekarang ini, ya sekarang, adalah masa yang sesuai mengadakan pilihanraya.

Bulan lalu, PM dan TPM habis mengelilingi negara, malah beberpa hari lagi Najib akan melawat Sabah, kemudian disusuli oleh Muhiyiddin.

Dalam perkembangan lain pula, setiausaha agong BN telah mengumumkan bahawa nama2 calon perlu dikemukakan kepada PM dalam masa dua minggu.

Melihat tindakan Ketua Bahagian Umno Kota Belud itu, nampaknya beliau akan menyertai pilihanraya kali ini.

Walaupun dilihat kepada kemampuan beliau, adalah sesuai bertanding di peringkat parlimen, namun tenaga beliau sangat diperlukan di peringkat negeri, bagi membangun negeri ini bergandingan dengan Ketua Menteri sekarang DSP Musa Aman.

Sebenarnya, gandingan Musa-Salleh, adalah harapan rakyat Sabah untuk membawa negeri ini ke puncak kejayaan. Gandingan Musa-Salleh, bukan sahaja menutup pergolakan politik dalaman, malah gandingan mereka mampu meredakan politiking di semua peringkat.

15 April 2012

Angin kencang bertiup: PRU-13 diadakan pada Jun-2012

Tun Mahathir sudah beri green light. Masa ini sesuai untuk Pilihanraya. Nampak telaan bahawa Jun, 2012 merupakan tarikh itu semangkin menguat.

Rasa2nya lepas sahaja bacaan pemansuhan ISA di dewan rakyat, maka Parlimen dibubarkan.

Lagipun, Setiauasaha BN Tengku Adnan Mansor, sudah membuat kenyataan bahawa semua nama bakal2 calon hendaklah dihantar dalam tempoh dua minggu.

Mandat Parlimen yang ada akan berakhir pada April, 2013.. hanya setahun lagi.

Belum berlaku lagi parlimen di Malaysia dibubarkan cukup lima tahun.

Pada PRU-12 lalu, BN mendapat 139 kerusi daripada 222 kerusi yang ditandingi, manakala 82 oleh Pakatan DAP-PAS-PKR dan satu oleh calon Bebas melalui Ibrahim Ali, di Parlimen Pasir Mas Kelantan.

Pada PRU-12 itu, BN terselamat kerana Sabah dan Sarawak menyumbang jumlah kerusi yang diinginkan. Bagi dua negeri itu, yang diperuntukan jumlah kerusi 56 (31 Sarawak dan 25 Sabah)-BN menang 54 kerusi parlimen.

Sementara di Semenanjung, jumlah kerusi antara BN dan PR hanya dibezakan dengan lima kerusi- BN:85, PR:80; walaupun undi popular, PR mengatasi BN 51%: 49%.

Pada PRU kali ini, diperkirakan bahawa kedudukan BN jauh lebih baik berbanding tahun 2008, walaupun berbagai isu dihadapi BN, seperti isu NFC, Lynas dan Felda.

Di pihak pembangkang pula, PKR dan PAS akan menerima pukulan teruk. PKR kerana isu sokongan Anwar terhadap Israel dan masalah moral Anwar. Manakala PAS, akar umbi parti itu marah, kerana terpaksa melepaskan perjuangan negara islam, kepada negara berkebajikan. Pengugguran perjuangan ini, disebabkan oleh desakan DAP. Akar umbi Pas, merasakan bahawa para pemimpin Pas yang bukan ulamak, dipengaruhi oleh DAP dan Anwar sendiri.

Pada PRU akan datang, adalah sukar bagi PKR mempertahankan jumlah kerusi yang dimenangi pada PRU-12, demikian juga Pas. Manakala DAP ada kemungkinan menambah jumlah kerusi, namun secara keseluruhan, PR tidak akan melepasi angka 80 kerusi.

Kuasa 2/3 Parlimen adalah 148 kerusi, jika BN tidak mencapai jumlah itu, namun mungkin kurang 2-3 kerusi.

Walau apapun, semuanya itu hanya perkiraan di atas kertas. Hanya Allah sahaja yang mengetahui apa keputusan PRU-13.

Janji Bulan Bintang Pembangkang menjelang pilihanraya adalah perkara lumrah

Disebabkan mereka tahu tidak perlu menunaikan janji-janji itu, maka pembangkang melontarkan berbagai janji termasuk bulan dan bintang.

Bukti nyata apabila mereka berjanji pada rakyat Selangor pada PRU-12; terbukti hanya satu janji sahaja mereka dapat tunaikan yakni pemberian air 20Meterpadu kepada rakyat Selangor dengan cara memaksa SYABAS melakukannya. Air bolehlah diberi, kerana air adalah pemberian Tuhan secara semulajadi.

Namun janji2 mereka seperti eluan RM1000 sebulan kepada ibu2 tunggal, saguhati RM1000 kepada setiap mahasiswa yang berjaya masuk keperguruan tinggi, bantuan kepada warga-warga emas, semuanya tidak ditunaikan.

Kali ini pula mereka berjanji menghapuskan PTPTN, dengan tujuan tersirat mereka, akan kaum bumiputera dan melayu akan terus menjadi dungu dan bodoh, kerana tidak berpeluang melanjutkan pelajaran.

PTPTN hanya 15 peratus daripadanya digunakan untuk yuran pengajian, selebihnya adalah untuk sara hidup.

Walaupun semua pengajian percuma, nyata mereka yang tidak berkemampuan tidak akan mampu belajar, kerana terbentur sara hidup.

Atas sebab itu, walaupun Tabika, Tadika, Sekolah rendah dan menengah adalah percuma di negara ini, namun ramai juga yang tidak mampu menamatkan proses pembelajaran mereka kerana kekurangan ongkos ke sekolah.

Adalah idea BODOH pembangkang memansuhkan PTPTN. Memang mereka mahu generasi muda terutama daripada kaum bumiputera menjadi bodoh, kerana menutup peluang generasi penerus ini menimba ilmu.

Pembangkang dengan sengeja menjadikan generasi penerus terus bodoh dan diaf, agar supaya mudah dikotak katikan.

Anwar sedar bahawa semakin berilmunya seseorang, maka sukar diperbodohkan. Mahasiswa dropout yang Anwar gunakan sekarang ini untuk menunjuk perasaan, adalah mereka2 yang telah diberi peluang, namun kerana minda dan mental mereka memang tidak mampu, maka mereka menjadi keldai jalanan Pembangkang.

Pembangkang memamng suka membantah apa yang baik kepada rakyat, sebaliknya mereka suka mengapi-apikan apa2 yang tidak baik.

Demonstari sebagai contoh, tiada satupun kebaikan yang boleh didapat daripada demonstrasi. Selain menganggu orang awam, ianya juga membuang masa dan tenaga. Mereka lupa, bahawa Tuhan menzahirkan betapa pentingnya masa itu kepada umat.

Mereka melanggar perintah Tuhan, atas sebab itu mereka tidak menghormati masa yang terbuang begitu sahaja melalui demonstrasi, tanpa faedah langsung.

14 April 2012

Saya tiada kaitan dengan Michael Chia: Musa

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menafikan dakwaan rasuah yang mengaitkan dirinya dengan skandal rasuah pembalakan bernilai RM400 juta seperti mana yang didedahkan dalam Sarawak Report baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan, pemimpin Umno ini juga menafikan mempunyai apa-apa kaitan dengan pengusaha balak Sabah Michael Chia, individu yang telah ditahan dan didakwa mengubah wang haram selepas cuba menyeludup masuk SGD16 juta (RM40 juta) ke Malaysia pada 2008.

Menurut laporan media, Chia dikatakan memberitahu pihak berkuasa Hong Kong bahawa wang itu adalah kepunyaan Musa.

“Saya nafikan semua tuduhan ini. Saya mahu katakan sekali lagi yang saya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan individu bernama Michael Chia,” kata Musa dalam satu kenyataan dua hari lalu.

Musa sebaliknya menuduh Sarawak Report berniat jahat, mendakwa tuduhan rasuah itu adalah sebahagian daripada konspirasi yang mahu menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

“Malangnya terdapat pihak di luar sana yang akan terus mengitar semula tuduhan-tuduhan seperti ini apabila pilihan raya semakin dekat".

“Rakyat Sabah boleh buat keputusan berdasarkan rekod prestasi saya. Bukan mereka yang tidak JELAS SIAPA DAN TANPA NAMA SEPERTI SARAWAK REPORT yang menggunakan blog untuk berkhidmat demi kepentingan politik mereka,” katanya.

Bagaimanapun Musa menambah bersedia memberikan kerjasama penuh dengan pihak berkuasa jika perlu namun menegaskan pada masa sama mahu memberikan fokus kepada negeri pimpinannya.

Sarawak Report minggu lalu mendakwa mempunyai dokumen penglibatan Musa dan adiknya Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam skandal balak bernilai jutaan ringgit.

Berhubung laporan Sarawak report itu, awal minggu ini, pemimpin PKR mendakwa perkara yang sama, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesyorkan pendakwaan ke atas kedua-dua adik-beradik itu namun ia dihalang Jabatan Peguam Negara.

Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli dan Timbalan Setiausaha Agung PKR Darell Leiking turut memberikan tempoh selama seminggu kepada kerajaan BN untuk mengarahkan Musa dan Anifah mengambil cuti sementara daripad tugas mereka dan menggantung Peguam Negara Tan Seri Abdul Gani Patail, yang juga dikatakan turut terlibat dalam skandal itu.

9 April 2012

Musa gesa wakil rakyat:-amalkan JELAJAH JANJI DITEPATI

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, mengesa wakil-wakil rakyat barisan nasional menjelajah di kawasan masing-masing bagi memastikan semua janji-janji telah ditepati sebelum kerajaan meminta mandat semula daripada rakyat.

Selain itu, Pengerusi Perhubungan Umno Sabah merangkap pengerusi BN Sabah itu menggesa agar semua jajaran kepimpinan baik diperingkat negeri mahupun akar umbi mengelak sebarang sengketa, bagi menjamin kemenangan besar dalam pilihanraya yang menjelang tiba.

Menurut Musa, jika semuanya berjalan baik dan hubungan antara komponen BN senantiasa terpelihara, maka tiada sebab, BN Sabah tidak mencapai kemenangan cemerlang pada PRU-13.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Sabah itu juga meminta, agar semua jajaran pemimpin bersatu sebagai satu pasukan yang mantap, demi menjamin kemenangan.

Kerajaan di bawah kerajaan Barisan Nasional menurutnya, senantiasa memenuhi keperluan rakyat sesuai dengan kemampuan kerajaan dari masa ke semasa.

Pembangunan untuk rakyat akan terus berjalan tanpa henti, demikian kata Musa semasa merasmikan kelompok cawangan Umno di Libaran Sandakan, pada Ahad.

7 April 2012

Ayahnya dari dahulu penyokong parti kerajaan-namun anak2nya semuanya pembangkang

Malang sungguh nasib tua orang ini, sejak 40 tahun lalu hidupnya adalah dalam parti kerajaan.

Anak2nya mendapat peluang belajar, pekerjan semuanya berpunca daripada kerajaan yang memerintah. Akan tetapi, mereka semuanya tidak menyokong kerajaan, malah mereka semuanya adalah penyokong tegar parti pembangkang.

Dalam pemikiran mereka, mereka tidak perlu berterima kasih kepada kerajaan yang memberi peluang kepada mereka, kerena menurut mereka itu adalah tanggungjawab kerajaan. Kerajaan tidak perlu menerima terima kasih atau balasan, kerana tugas kerajaan adalah untuk menaikkan martabat rakyat.

Atas pegangan itu, walaupun saban bulan menerima bayaran gaji daripada kerajaan yang memerintah, mereka pergunakan bayaran itu untuk bergerak, agar kerajaan yang menampung penghidupan mereka kecundang pada PRU-13 akan datang.

Pada PRU-12 lalu, mereka2 yang berbulu musang dalam kandang ayam ini, telah membuktikan bahawa calon sokongan mereka mendapat undi yang cukup lumayan, walaupun belum mampu untuk menang.

Pada PRU-13 akan datang, nampaknya mereka akan mencuba lagi, namun cubaan mereka itu kali ini, jauh2 lagi sudah tercium oleh para pengundi.

Para pengundi tahu, mereka adalah musang2 yang sangat bahaya.. orang2 yang sanggup mengigit jari kerajaan yang menampung kehidupan mereka.

Malang sungguh, mereka2 ini nampak warak, berlatar belakang agama, namun keikhlasan di sanubari mereka, bagai jadam dan empedu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels