KERAJAAN Negeri Sabah lebih memilih kursus pentadbiraan perniagaan berbanding kursus kejuruteraan elektrik bagi anugerah Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) sedangkan Sabah sangat memerlukan kejuruteraan elektrik, memandangkan Sabah kerap berhadapan dengan black-out.
Keadaan ini, bukan sahaja disebabkan oleh peralatan, akan tetapi tenaga pakar yang mengurusnya.
Oleh kerana penulis, sudah merasakan keadaan black-out yang memanjang, maka penulis menggalakkan anak penulis mengambil kursus kejuruteraan elektrik (high tension), apabila diberi tauliah nanti, dapat lah membantu Lembaga Letrik Negeri Sabah, mengrektifasi punca-punca black-out.
Malangnya dengan berbekalkan kelayakan yang baik dan cukup layak diberi anugerah biasiswa, akan tetapi jawatan kuasa pemilihan tidak mempertimbangkannya.
Penulis sungguh pelik, lima anak penulis, tidak pernah layak menerima BKNS, tetapi layak menerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam Persekutuan (JPA), Mara, Maybank dan Kementerian Pendidikan serta Petronas.
Malang bagi anak bungsu penulis kerana tidak memohon daripada mana-mana, kecuali BKNS dan Yayasan Sabah, kerana tersangat yakin, kelayakan yang diperlukan memenuhi syarat. Selain itu, penulis berharap sebagai rakyat Sabah, sekurang-kurangnya mendapat peluang itu daripada negeri sendiri.
Penulis telah diminta menulis surat rayuan, dan telahpun dihantar sebaik sahaja mendapat pemakluman PERMOHONAN ANDA DUKACITA, namun sehingga sekarang TIADA tindak balas, sedangkan PENDAFTARAN kemasukan ada lah hari ini 20 September, 2021, dan perlu membayar terlebih dahulu sebelum proses pendaftaran boleh diproses.
Pendaftaran ONLINE, sentiasa minta KOD BAYARAN, untuk PROCEED. Pun demikian, kerana bantuan hamba-hamba Allah, proses pendaftaran berjalan lancar.
No comments:
Post a Comment