24 July 2013

Pemimpin Menurut HAMKA

Telah menjadi peraturan yang tetap di dalam alam ini bahawasanya segala sesuatu berjalan dengan pimpinan.

Walaupun manusia telah dikurniakan oleh Allah SWT akal dan fikiran, kadang-kadang mereka tidak menyedari bahawa hidup mereka perlu kepada pemimpin dan pimpinan.

Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab rakyat memilih pemimpin yang mempunyai sifat kepimpinan sejati.

Seorang pemimpin yang dilantik hendaklah memiliki ciri-ciri yang layak dan sesuai untuk dijadikan pemimpin.

Menurut HAMKA, pemimpin ialah; “memimpin supaya tegak. Membimbing supaya dapat berjalan, memapah supaya jangan jatuh! Atau menarik naik kalau sudah tergelincir jatuh. Tegak ke muka kalau bahaya datang mengancam”.

Hal-hal berkaitan pemimpin adalah merupakan perkara penting, oleh yang demikian, Allah SWT sentiasa memberi peringatan kepada orang yang beriman secara berulang kali tentangnya. 

HAMKA telah membincangkan hal-hal berkaitan pemimpin secara khusus kebanyakkannya berkisar di bawah tajuk memilih pemimpin, sifat-sifat pemimpin, memberi teguran yang membina kepada pemimpin, orang kafir tidak layak untuk dipilih sebagai pemimpin, istiqamah dalam kepimpinan dan bertambah tinggi kedudukan pemimpin semakin jelas kelemahannya.

Menurut HAMKA (Haji Abdul Malik Karim Amirullah), terdapat beberapa faktor yang mendorong seseorang itu untuk menjadi pemimpin, antaranya keturunan, kekuatan, kepandaian serta pemimpin lain mengakuinya sebagai pemimpin.

Beliau (HAMKA) menjelaskan: “Kerana dia diakui lebih kuat, lebih pandai dan lebih dapat dikemukakan, dia bersedia naik yang lain bersedia turun, dia bersedia mengatur dan yang lain bersedia diatur.

Faktor-Faktor yang dilihat menjadikan seseorang itu menjadi pemimpin

"Sebabnya bermacam-macam; ada kerana keturunan, seumpama anak seorang ulama menjadi ulama pula kerana lingkungan dan pergaulan dan kebiasaan di dalam rumah ayahnya yang dilihatnya sejak kecil”.

"Ilmu pengetahuan juga dapat menaikkan seseorang menjadi pemimpin, tetapi pemimpin yang sejati kerapkali tidaklah terdiri daripada orang yang sangat pintar dan mempunyai kelulusan tinggi, malahan kerapkali pemimpin-pemimpin besar dunia mempergunakan orang-orang yang berilmu sebagai pembantu untuk mencapai matlamatnya, pemimpin yang sejati adalah satu jiwa atau satu peribadi yang lain daripada yang lain".

"Oleh yang demikian, keturunan dan keilmuan bukanlah merupakan faktor utama mendorong seseorang untuk menjadi pemimpin dan tidak semua pemimpin yang sejati mempunyai sifat yang sedemikian. Terdapat faktor-faktor lain yang mendorong seseorang untuk menjadi pemimpin, antaranya agama, fahaman yang dipegang, perebutan pengaruh. HAMKA menegaskan: “Ugama yang dipeluk atau kitab-kitab yang dibaca atau suatu fahaman yang dipegang teguh, semuanya pun menentukan corak pemimpin, bahkan perlumbaan perebutan pengaruh dan kuasa dengan pemimpin yang lain yang sama-sama hidup menjadi saringan juga buat menentukan kelemahan dan kekuatan."

"Keghairahan untuk mendapatkan sesuatu pangkat dan kedudukan adalah salah satu faktor mendorong seseorang menjadi munafik, bagi mereka gelaran pemimpin adalah merupakan satu kemegahan peribadi, walaupun tidak ada garis panduan yang nyata tentang apa yang akan dipimpinnya".

" Oleh yang demikian Rasulullah melarang daripada meminta-minta untuk dilantik sebagai pemimpin melalui hadith baginda SAW: Maksudnya: “Diberitakan daripada Abdul Rahman bin Samurah, beliau berkata: bahawa Rasulullah SAW besabda kepadaku: Wahai Abdul Rahman! Jaganlah engkau meminta untuk menjadi pemimpin, kerana sesungguhnya jika engkau diberi kuasa kerana meminta, maka engkau akan dibebaninya. Sebaliknya jika engkau diberi kuasa tanpa meminta, maka engkau akan dibantu (oleh Allah)”.Menurut HAMKA, Allah SWT telah menjelaskan dengan terang dan tanpa berselindung bahawa perkara yang membentuk pimpinan ialah tiga iaitu Allah,rasul dan orang yang beriman, mereka adalah merupakan saluran yang akan menyalurkan kehendak Allah dan rasul dalam mengemudi umat serta mencapai reda Allah".

" Ini telah termaktub dalam firman Allah dalam surah al-Ma‟idah (5):55-56 yang bermaksud: Maksudnya: “Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka ruku„ (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulNya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang”. Ayat 55 Surah al-Ma‟idah merupakan suatu pernyataan yang tegas tentang pimpinan Islam dan tidak ada pimpinan Islam selain daripada tiga faktor membentuk pimpinan iaitu Allah, rasul dan orang-orang yang beriman."

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels