24 February 2015

Keikhalasan Motto Utama Musa Dalam Memimpin

MUSA dalam perkongsian pengelaman dengan Para Pemuda Umno Malaysia di Kota Kinabalu hujung minggu lalu, menyatakan bahawa melalui keikhlasan dalam memimpin hanya satu-satunya kunci dalam bertahan dalam dunia politik.

Dalam perkongsian kuasa, hanya melalui win-win sahaja boleh mengelak sebarang prasangka. Melalui kejujuran dan transparen sahaja membuatkan semua pihak gembira.

Pengalaman Musa menjadi Ketua Menteri Sabah sejak tahun 2003, dan mengetuai tiga pilihanraya umum dengan kemenangan 2/3 dewan undangan negeri serta hampir menyapu bersih kerusi-kerusi parlimen yang ada di Sabah, membuktikan penerimaan rakyat kepada kepimpinan beliau.

Memang dalam perjalanan politik beliau, ada pihak-pihak tertentu tidak gembira, kerana mereka tidak dapat mengikuti rentak kepimpinan beliau, namun itu semua bukan penghalang kepada beliau untuk mendapat sokongan rakyat.

Pengutamaan kepada penyelesaian kepada masalah rakyat merupakan prioriti beliau, sehingga para pemimpin lain juga turut berkongsi dengan cara beliau.

Kekerapan beliau turun padang di seluruh pelosok negeri, membolehkan beliau melihat sendiri kekurangan sesuatu daerah. Atas sebab itu, wakil-wakil rakyat yang mewakili sesuatu kawasan senantiasa alert berkaitan pembangunan di kawasan masing-masing, kerana Ketua Menteri sendiri, akan memastikan bahawa semua program atau projek di sesebuah kawasan berjalan sesuai dengan perancangan dan jadual yang telah ditetapkan.

Bayangkan sebuah negeri yang luas pada tahun 2003, hanya ada simpanan sedikit di atas RM100 juta, dengan bajet kurang daripada RM2bilion setahun. Berasaskan kepada kelemahan itu, Musa menggariskan HALA TUJU Sabah. Melalui program itu, pada tahun 2011, keadaan kewangan negeri telah mencapai lebih RM3bilion dan bertahan sehingga kini. Malah bajet negeri telah dua tahun berturut-turut di atas RM4bilion, dan merupakan rekod tersendiri.

Sabah dahulunya hanya bergantung kepada kayu balak untuk membangun negeri, namun penebangan hutan tidak membuatkan negeri keluar daripada kadar kemiskinan. Apabila, kayu balak bukan lagi menjadi sumber utama, maka pembangunan berjalan dengan lancar, malah kadar kemiskinan mampu diturunkan daripada dua digit kepada satu digit. 

Pembangunan Sabah berubah arah, daripada penumpuhan di kawasan bandar telah berkembang di luar bandar. Projek mega di luar bandar, bukan sahaja mampu mencipta peluang pekerjaan di kawasan itu, akan tetapi membendung penghijraan ke bandar-bandar. Selain itu, rembesan ekonomi tercipta di kawasan-kawasan baru.

Kini, di merata tempat di kawasan luar bandar, telah menjadi fenomena, bahawa kawasan pekan dahulunya lenggang, kini saban hari sesak dengan kenderaan. Keadaan ini, merupakan satu indikasi, bahawa spill over ekonomi di luar bandar sudah bertapak.

Musa melalui kepimpinannya, sungguh peka, sehingga "no stone left unturn". 

Melihat cara beliau memimpin, kepimpinan beliau masih diperlukan "beyond" 2020.

23 February 2015

Pemimpin Pembangkang Perosak Kerharmonian Sabah

KERHARMONIAN antara rakyat di Sabah sungguh erat, sejak dahulu kala lagi. Atas sebab itu, tiada masalah jika rumah ibadat dibina berdekatan antara satu sama lain. 

Prinsip rakyat Sabah mudah, agama mu agama mu agama ku agama ku, Budaya mu budaya mu budaya ku budaya ku,

Oleh kerana pengertian itu, maka tiada perbalahan antara kaum dan agama. Namun, pihak pembangkang melakukan pendekatan lain, dengan mempergunakan kaum dan agama untuk mendapatkan sokongan politik.

Kepimpinan dinamik yang ada di Sabah rosak pada tahun 1985-1994, apabila ada penonjolan kaum dan agama dalam pentadbiran negari. Disitulah bermulanya persengketaan antara kaum, walaupun belum dizahirkan secara terang, akan tetapi berbuku dalam sanubari. Luahan tidak puas hati, tidak diluahkan, kerana ada sifat toleransi yang tinggi antara rakyat.

Persengkataan berbuku itu, cuba dirungkai melalui pendekatan yang jitu. Kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional memperkenalkan sistem pengiliran Ketua Menteri, Sembilan tahun diperlukan untuk meneturalisasikan tindakan yang berlaku selama sembilan tahun sebelum itu.

Kini, kerharmonian antara kaum bertapak semula, apatah lagi melalui kepimpinan negeri yang dinamik yang diketuai Ketua Menteri Datuk Musa Haji Aman.

Musa dalam pentadbiran beliau, memperkenalkan kerja berpasukan yang merangkupi berbagai kaum, bukan sahaja ditujukkan melalui kabinet negeri juga di peringkat pentadbiran.

Di Sabah, sebenar kerharmonian kaum terjalin, jika tiada pemimpin pembangkang yang membuat kacau, dengan dakwaan-dakwaan yang merapu.

Sebagai contoh, pada PRU-13 lalu, para pemimpin pembangkang mempergunakan kenyataan Ibrahim Ali kononnya kalau Barisan Nasional menang, maka akan dilakukan pembakaran kitab injil, namun sehingga kini, selembarpun tiada yang dibakar.

Kenyataan-kenyataan para pemimpin pembangkang kebanyakkannya membangkitkan perasaan curiga mencurigai antara rakyat, kerana melalui cara ini sahaja mereka mendapat sokongan politik, kerana mereka tiada alternatif berkaitan pembelaan kepada rakyat.

Kerajaan apa kah kerajaan Persekutuan mahupun negeri senantiasa menitik beratkan soal pembelaan kepada rakyat.

Para pemimpin kerajaan tidak mengenal masa, tidak mengenal perayaaan, mereka semua berganding bahu merayakannya bersama, apa kah itu hari raya, apakah itu pesta menuai, apa kah itu natal, dan atau apa kah itu perayaan tahun baru cina.

Setiap perayaan, sukar kita melihat siapa yang merayakan, kerana rakyat saling gaul mengaul antara satu sama lain, bagaikan sebuah keluarga besar.

Di kedai-kedai kopi, adalah pemandangan biasa, dalam satu meja berbagai warna kulit, berbagai bentuk muka saling duduk bersama-sama. Dalam keluarga, juga berlaku campuran berbagai agama.

Kewujudan semua ini, kerana kedinamikan kepimpinan, apa tah lagi diperkuat melalui cara pemerintahan dan pentadbiran.

22 February 2015

Satelit Institut Sukan Negera (ISN) Tawau Dilancar

STAELIT Institut Sukan Negara Tawau yang dilancar hari ini (Ahad) oleh Menteri Belia dan Sukan Persekutuan- YB Encik Khairy Jamaludin Abu Bakar di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Tawau, merupakan ISN ke tiga di Sabah selepas ISN Kota Kinabalu dan ISN Sandakan.

Matalamat utama ISN adalah untuk membantu atlit negara dalam menyediakan perkhidmatan sains, perubatan dan teknologi sukan. Dengan adanya perkhidmatan itu, maka diharapkan boleh meningkatkan lagi prestasi dan pembangunan sukan khasnya ahli-ahli sukan kawasan Tawau, dan amnya negeri Sabah.

ISN Tawau bakal menyediakan perkhidmatan sokongan sains sukan dalam aspek fizikal, psikologi sukan dan fisiologi senam.

Pada pelancaran ini, selain dihadiri ahli-ahli sukan setempat, akan tetapi turut juga dihadiri peminat-peminat sukan kawasan Tawau.

Menteri Belia dan Sukan Negeri Datuk Tawfiq DSP Abu Bakar Titingan turut hadir bersama-sama para peminat sukan Tawau.

20 February 2015

Apakah Isu Semenanjung Dapat Mempengaruhi Bn Sabah?

DIPENJARAKANNYA Anwar, kematian Altantuya, IMDB, merupakan isu-isu yang melanda Semenanjung. Sebabnya perkara itu semuanya berlaku di sana.

Anwar dipenjarakan sudah tentunya membuatkan penyokong pembangkang marah. Namun, sama sekali tidak mempengaruhi penyokong Barisan Nasional. Demikian juga kematian Altantuya, sebenarnya tiada hubungan dengan rakyat, isu itu hanya satu kematian biasa yang dilakukan oleh dua rakyat Malaysia, yang tidak diketahui apa sebab musababnya. Akan tetapi, isu 1MDB akan mempengaruhi rakyat yang bergiat dalam dunia perniagaan, bukannya rakyat yang bukan dalam lingkungan itu.

Bagi rakyat Sabah, isu utama atau faktor yang dapat mempengaruhi arah pilihan mereka, hanya ada dua, iaitu isu agama dan tanah bagi kaum KDM, manakala, bagi bumiputera islam pula, isu mendapatkan peluang dan pembelaan daripada segi pemberian biasiswa untuk melanjutkan pelajaran serta peluang-peluang mendapatkan pekerjaan di sektor kerajaan dan sektor swasta atau syariakat yang berkait dengan kerajaan.

Selain itu, penyediaan kemudahan asas seperti bekalan air bersih luar bandar, litrik serta perumahan kepada yang memerlukan.

Isu-isu besar seperti yang disebutkan pada awal tulisan ini, bukan faktor utama mempengaruhi pilihan pengundi Sabah, melainkan faktor yang disebutkan pada perenggan ketiga tulisan ini.

Di kalangan KDM, kini dipenuhi hasutan berupa pembangkitan asas kemerdekaan negeri, pembangkitan soal agama serta isu-isu tanah.

Namun, pihak-pihak tertentu di kalangan pembangkang, kalau menganalisa atau berfikir sejenak, bagaimana Kerajaan Negeri membela rakyat berkaitan tanah, dapat dilihat, dalam beberapa kes besar yang melibatkan ratusan ekar tanah yang di bawah ke mahkamah, di mana kes-kes itu dimenangi oleh rakyat, sedangkan pihak-pihak yang berlawan dengan rakyat itu, mendapat juga pembelaan daripada Jabatan Peguam negeri.

Tindakan tidak tersirat kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Musa Aman sebagai Ketua Menteri, apabila kes-kes tanah yang dimenangi rakyat, jarang kerajaan negeri melakukan rayuan terhadap keputusan itu, keadaan ini, dengan sendirinya menunjukkan, bahawa Musa memberi pembelaan kepada rakyat walaupun secara tidak langsung.

Sejak Musa mengambil teraju kerajaan negeri, tiada lagi tanah-tanah kerajaan yang dijual, malah beliau berisaha mengambil balik tanah-tanah yang telah diberikan kepada swasta, seperti mana berlaku bagi tanah di kawasan Prince Phillip Park Kota Kinabalu.

Musa juga tidak lagi meluluskan permohonan tanah secara perseorangan, akan tetapi menukarnya kepada bentuk komunal, tujuan beliau, agar tanah-tanah itu sukar dijual kepada pihak ke tiga.

Pemajuan tanah-tanah kerajaan oleh pihak swasta tidak lagi berasaskan kepada pemberian geran, akan tetapi berbentuk TOL untuk tempoh masa tertentu. Tujuan tindakan ini, agar tanah-tanah itu tidak terlepas kepada pihak-pihak tertentu melalui pemilikan kekal.

Menggerakan agensi kerajaan seperti SLDB, Benta Wawasan untuk memajukan tanah kerajaan, adalah satu cara mengekalkan tanah kerajaan terus dimiliki kerajaan. Kaedah ini, sungguh berlawanan dengan tindakan sebelum ini, di mana syarikat-syarikat besar yang tersenarai di bursa saham Kuala Lumpur diberikan tanah untuk tujuan perladangan.

Musa sedar, sangat perlu pengwujudan peluang pekerjaan bagi generasi muda Sabah, kerana jumlah pencari kerja saban tahun meningkat. Tindakan mengwujudkan projek-projek mega yang membuka ribuan peluang pekerjaan sangat-sangat diperlukan, selain merancakkan perekonomian negeri juga mencegah pengaliran tenaga muda keluar daripada negeri ini.

Bagi berdepan dengan PRU-14, pengundi baru akan melihat keupayaan kerajaan membereskan masalah pekerajaan bagi mereka, selain keperluan lifestyle seperti perumahan mampu milik.

Memang tidak mudah bagi kerajaan menyediakan semua itu, kerana ianya terletak kepada kemampuan kewangan negeri, akan tetapi setidak-tidaknya kerajaan dapat memberitahu mereka, bahawa semua itu bakal disediakan. lambat atau cepat. Berkait rapat dengan inilah, kerajaan negeri berkerja rapat dengan kerajaan persekutuan untuk membantu kerajaan negeri. Sebagai contoh kepada kerjasama rapat itu, adalah pembinaan 900 unit perumahan rakyat Kota Belud yang bernilai RM180 juta melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Projek mega separti SAMUR, PIOC, SGOT, ladang udang, ladang lobster dan pusat-pusat pelancongan merupakan tindakan ke arah penyediaan peluang pekerjaan kepada rakyat khususnya generasi muda di kawasan sekitar.

Pembabitan kerajaan dalam operasi minyak dan gas membuka peluang kepada tenaga profesional muda. Pembukaan kompleks beli belah dan perhotelan di kawasan bandar, membuka peluang bagi rakyat di kawasan bandar.

19 February 2015

Kerharmonian Rakyat Sabah

KEHARMONIAN rakyat Sabah tercermin setiap adanya perayaan. Bukan sahaja para pemimpin, akan tetapi rakyat juga tanpa mengira kaum, agama dan bangsa sama-sama menikmati perayaan kebesaran di negara ini.

Di Sandakan, Ketua Menteri Sabah merayakan Tahun baru Cina bersama-sama penduduk Sandakan, sementara di Kota Belud, Speaker Dewan undangan Negeri merayakan perayaan itu bersama-sama penduduk Kota Belud.

Sejak semalam, bunyi gong tarian singa serta bunyi mercun dan bunga api terdengar di mana-mana, namun, tiada seorangpun rakyat negeri ini mengeluarkan protes, kononnya terganggu dengan acara itu.

Berlainan dengan situasi di Semenanjung, bunyi azan atau khutbah jumat itu menjadi persoalan di kalangan rakyat di sana.

Kerjasama dan kerukunan antara kaum, perlu di lihat di Sabah, jika negara ini mahu terus menjadi negara berbilang kaum.

12 February 2015

Pengaruh Dipenjaranya Anwar terhadap Bn Sabah?

SEBENARNYA politik Sabah hanya dipengaruhi oleh sentimen tempatan. Sejak merdeka, perubahan kerajaan berlaku kerana kelibat orang tempatan atau pemimpin tempatan.

Ambil cerita, bagaimana kejatuhan kerjaan Usno tahun 1975. Kejatuhan Usno kerana para pemimpin parti itu, Demikian juga kejatuhan parti berjaya tahun 1985, kerana tindakan para pemimpin parti itu. Kejatuhan PBS tahun 1994, juga kerana perbuatan para pemimpin parti itu.

Sabah kini, diperintah oleh Bn yang ditunjangi Umno. Umno masuk ke Sabah secara rasmi pada 5 September 199, walaupun parti itu dijemput oleh parti Usno pada tahun 1990 sebaik sahaja PBS menikam belakang Bn diambang PRU tahun 1990.

Kini, riak-riak perpecahan dalaman sedang berlaku, terutama dalam Umno. Tahun 2012, seorang pemimpin Umno telah keluar dan menyertai pembangkang. Kini pula dikatakan 8 orang Ketua bahagian Umno tidak sebuluh dengan Pengerusi Umno Sabah Datuk Musa Aman.

Namun tindakan 8 Ketua Bahagian itu, dirasakan tidak berimpak, kerana diketahui lebih awal, bahawa tindakan mereka lebih bersifat peribadi, demi kepentingan peribadi.

Terbukanya informasi maklumat terutama dunia maya mempercepat penyebaran maklumat, mempercepat penjelasan, sebelum sesuatu menjadi kronik.

Tindakan jurucakap kumpulan 8 itu, Ketua Bahagian Sepanggar Datuk Jumat Idris yang juga MP Sepanggar, melalui media sosial, cepat diantipasi dan dijelaskan kepada rakyat.

Kini, Jumat semacam tiada pilihan, beliau sudah bertindak seperti suara pembangkang, di mana sebelum ini, bukanlah perilakunya.

Sebagai contoh mempersoalkan tindakan polis menahan 14 orang aktivis SSKM, adalah satu tindakan melawan arus. Benarlah kata seorang ADUN UBN, Jumat tiada pilihan lagi, maju kena, mundur kena.

Tindakan Jumat dan 7 orang Ketua Bahagian (walaupun dua orang sudah berpaling tadah) tidak berimpak kepada Umno, kerana rakyat tahu, bahawa jawatan yang mereka dapat atau sandang bukan kerana khrisma kepimpinan mereka, akan tetapi atas nama parti.

Umno mendidik penyokongnya setia kepada parti dan bukan atas nama pemimpin yang mahu menjahanamkan parti. Ambil iktibar kepada Anwar Ibrahim, beliau adalah mantan timbalan presiden Umno, akan tetapi akar umbi parti tidak mengikuti beliau, malah yang menyokong beliau adalah mereka yang sediakala membangkang Umno. Demikian juga kedudukan Lajim Ukin, mereka yang menyokong beliau adalah terdiri daripada mereka yang menentang Bn dan Umno.

Penyokong dan ahli Umno akan senantiasa menyokong pemimpin yang mempertahankan parti, bukan sebaliknya.

Penyokong dan ahli Umno yang sebenar-benarnya, tidak akan terpengaruh tindakan pemimpin yang membawa mereka menghancurkan parti. Tindakan Jumat, tidak akan berimpak kepada parti, demikian juga kembalinya Anwar ke penjara sebenarnya tiada pengaruh apa-apa terhadap Bn Sabah.

Bn Sabah hanya akan goyang, kalau para pemimpin utamanya goyang, selagi kerjasama berpasukan masih wujud, UBN Sabah akan tetap mengulangi kejayaan pada sebarang PRU.

7 February 2015

Industri Biomas Akan Wujud Di Sabah-60,000 Peluang Perkerjaan Akan Diwujudkan

TENAGA Boleh Diperbaharui- Biomas, hanya dilancarkan pada Tahun 2011. Tujuannya adalah untuk mendapatkan sumber tenaga alternatif.

Sabah dengan kawasan yang luas, tanaman pertanian yang luas, bekas pembalakan yang luas, lautan yang luas, berpontesi pengembangan industri seperti ini. 

Semalam dilaporkan, bahawa satu mesyuarat kali pertama dilakukan, untuk meneroka industri baru ini di Sabah. Jika terwujudnya industri seumpama, peluang pekerajaan sebanyak 60,000 bakal diwujudkan

Apa itu Tenaga Biomas?

Apa yang anda fahami tentang istilah tenaga biojisim (biomass). Rencana ringkas ini akan membincangkan topik ini.

Secara ringkas, tenaga biojisim merupakan tenaga yang terhasil daripada bahan-bahan yang berasal dari tumbuhan. Istilah biojisim (Biomass) berasal daripada perkataan Inggeris yang digabung iaitu biology dan mass. Makna asalnya memberi maksud jisim sesuatu bahan biologi. Bagaimanapun daripada sudut istilah, biomass sering dirujuk kepada tenaga daripada bahan-bahan tumbuhan itu.

Sebenarnya manusia telah menggunakan biomass sejak dari zaman purba lagi sebagai sumber tenaga untuk memasak, memanaskan badan, melebur logam dan pembuatan senjata. Belakangan ini minat untuk menggunakan tenaga biomass sebagai sumber tenaga semakin mendapat tempat. Ini kerana bahan biomass boleh diperolehi dengan mudah dengan jumlah yang banyak, boleh diperbaharui dan dapat mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil yang semakin berkurangan.

Bumi kita dipenuhi dengan pelbagai tumbuhan samada yang tumbuh meliar atau ditanam. Tumbuhan-tumbuhan ini merupakan rumah simpanan bagi tenaga solar dan bahan kimia. Sumber tumbuh-tumbuhan ini yang datang samada dari darat atau lautan dipanggil biomass. Biomass juga merangkumi segala hasil tumbuh-tumbuhan khusus untuk sumber tenaga atau hasil buangan yang berpunca daripada pelbagai kayu-kayan, tanaman dan juga bahan buangan perbandaran. Biomass boleh mengandungi pelbagai bahan, kandungan utamanya ialah selulosa, lignin, hemiselulosa, sedikit minyak dan pelbagai unsur lain. Unsur kimia utama bagi semua bahan ini ialah karbon dan hidrogen.

Biomass dianggap sebagai sumber yang boleh diperbaharui kerana karbon dioksida dari atmosfera dan air dari bumi bergabung melalui proses fotosintesis menghasilkan karbohidrat yang merupakan asas binaan utama biomass. Melalui proses fotosisintesis, tenaga solar disimpan dalam ikatan kimia antara molekul-molekul tumbuhan. Apabila biomass dibakar secara cekap, oksigen dari atmosfera bertindak dengan karbon dalam biomass menghasilkan karbon dioksida dan air. Ini boleh menghasilkan biomass yang baru. Oleh itu, biomass dikatakan sebagai satu sumber tenaga penting yang boleh diperbaharui dan mempunyai potensi mengurangkan penggunaan sumber tenaga fosil yang semakin berkurangan.

Kaedah menukar Biomass kepada tenaga.

Terdapat beberapa kaedah yang berkesan untuk menukar biomass kepada tenaga. Antara kaedah utama ialah pembakaran, penapaian alkohol dan pencernaan anaerobik.

Pembakaran

Cara yang paling ringkas ialah pembakaran bagi menghasilkan tenaga. Walaupun proses pembakaran ini mudah dan telah digunakan sejak zaman dahulu kala lagi, tetapi hari ini pembakaran mesti dijalankan dengan cara yang moden agar tidak menghasilkan pencemaran udara yang memudaratkan. Tenaga haba yang boleh diperolehi dalam proses pembakaran ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti pemanasan bahan dan ruang dan juga untuk menghasilkn wap panas (stim) bagi penjanaan elektrik.

Penapaian alkohol 

Dalam proses ini karbohidrat daripada bahan organik biomass ditukar kepada gula di dalam satu reaktor biologi dengan kawalan suhu yang rapi. Proses ini sama dengan proses pembuatan arak tetapi produk yang dihasilkan boleh dijadikan bahan api. Oleh itu hasil utamanya ialah etanol atau metanol.

Untuk pembakaran di dalam sebuah enjin, biasanya etanol atau metanol ini dicampur dengan bahan pembakar cecair lain untuk dijadikan bahan pembakar yang lebih sesuai dan campuran ini dikenali sebagai gasohol.

Pirolisis 

Proses pirolisis melibatkan pemanasan bahan biomass pada suhu yang tinggi dalam keadaan tanpa oksigen atau jumlah oksigen terhad. Dalam proses ini bahan organik terurai menjadi pelbagai gas dan karbon. Gas-gas yang terhasil kemudiannya dikondensasikan menjadi cecair untuk digunakan semula sebagai bahan bakar atau sur bahan kimia. 

Pencernaan anaerobik 

Proses ini melibatkan penguraian bahan organik dan tak organik tanpa kewujudan oksigen molekul dengan menggunakan mikroorganisma tertentu. Mikroorganisma yang bertanggungjawab menukar sebatian organik yang kompleks kepada asid organik mudah seperti asid asetik dan asid propinik. Kemudian asid-asid ini ditukarkan kepada gas metana dan karbon dioksida.

Industri Biomas, merupakan salah satu jawapan kepada pengangguran. Percepatlah.

6 February 2015

Musa Capai Lagi

EMPAT BELAS TAHUN berturut-turut, sijil tanpa teguran daripada Ketua Audit Negara diberikan kepada Sabah kerana pengurusan kewangan negeri yang mapan. Satu pencapaian luarbiasa, dan ianya merupakan salah satu terbaik dalam negara.

Laporan Kewangan Negeri bagi tahun 2013 yang dihantar kepada Ketua Audit pada April lalu, mendapat sijil itu, sepertimana kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Akaun Awam(PAC) Datuk Ahmad Bujang pada Khamis.

Ketelusan kepimpinan, dicerminkan melalui pengurusan kewangan. Apabila pengurusan kewangan sesebuah negeri mapan dan tanpa teguran, ertinya apa-apa tindakan kerajaan adalah telus dan penggunaan kewangan negeri sesuai dengan tatacara pengurusan kewangan yang betul.

Sijil tanpa teguran daripada Ketua Audit Negara, dengan sendirinya menafikan dakwaan-dakwaan pihak tertentu terhadap kepiminan negeri di bawah Datuk Musa.

Musa yang berlatar belakang seorang penguasa yang berjaya selain banker, mempergunakan pengealaman itu mengurus tadbir negeri. 

Sejak tahun 2003, pembangunan Sabah dalam semua bidang lepas landas. Untuk menupang pembangunan, bajet meningkat, dan berkali-kali mencatat rekod. Simpanan kewangan negeri merupakan rekod.

Sabah sebelumnya hanya menebang hutan untuk menyokong pembangunan dan perbelajaan, menukar cara, kayu balak bukan sumber utama lagi, malah perolehan negeri melalui pejualan balak dalam jumlah yang sangat minima.

Sudah Gembirakah Pengundi Kota Belud?

DENGAN yakin, Menteri itu kata, semasa tempoh masa berjawatan Menteri, beliau akan gembirakan pengundinya. Bukan gembira kerana banyak duit, tetapi gembira kerana adanya kemudahan awam, yang bakal dinikamti.

Kemudahan awam itu, adalah jalan raya yang tidak sesak, adanya tempat berniaga yang selesa, kawasan yang bersih, taman-taman yang indah, serta kemudahan-mudahan berreadah. Juga, bagi generasi muda yang bakal memilki rumah, akan punya peluang mendapat rumah, kerana bakal dibina ratusan unit rumah.

Pengundi gembira kerana penyebab banjir, akan di atasi, kemudahan asas akan dipenuhi, malah kemudahan internet juga bakal tersedia. Yang jelas semua itu, disediakan untuk menjadikan pengundi gembira.

Telah tujuh tahun, BALB Kota Belud tidak siap-siap, bukan salah wakil rakyat, akan tetapi salah pelaksana, para pegawai yang hanya mempunyai kuasa mengikut peraturan, tidak dapat menyelesaikan tugasan di luar bidang kuasa mereka. Maka, berlakulah tarik tali, saling melepaskan tanggungjawab itu, kerana satu kegagalan yang sepatutnya sudah dijangka.

Dua tahun, memang masa yang singkat, atas sebab itu, belum ada perubahan fizikal yang boleh membuatkan pengundi/rakyat gembira. Pembangunan perlu masa, pembangunan yang sudah dirancang? perlu kewangan, atas sebab itu, lambat muncul, akan tetapi, yang paling cepat berubah adalah keadaan perancang itu bersama kabilanya, macam mereka itu mempunyai lampu alladin untuk mencipta perbezaan, yang menyebab para anggota kabila itu cukup gembira.

Tak apa, biar kabila dulu yang gembira, nanti berikutnya pengundi/rakyat yang gembira. Mengapa kabila didahulukan, sebab menunjang kemenangan sangat menteri, kerana para kabila itu penyebab sang menteri dapat jawatan, kerana menang dalam pilihanraya, dan menjadi wakil rakyat.

Kemenangan sang menteri semata-mata kerana faktor kabila, bukannya atas nama parti, atas sebab itu, kepentingan anggota kabila perlu didahulukan dan diutamakan, walaupun ianya berimpak negatif ke atas parti, itu tidak penting, yang paling penting anggota kabila mesti gembira, perlu gembira, kerana jika tidak, maka tidak akan mampu menjadi penglipurlara.

Janji tidak semestinya ditepati, itu belakang kira, Janji akan diulang nanti dengan tokok tambah yang menyedapkan telinga. Taulah bagaimana memutarnya kerana sang menteri yang petah berhujah, petah bercakap, semuanya akan beres apabila tiba masanya. Kalau ada yang degil juga, tahulah caranya, setiap penyakit ada ubat, yang paling penting, sangat menteri sanggup beri kos untuk beli ubat. 

Dalam politik yang paling penting adalah popular (thinking big numbers), pengundi bagi kawasan (small numbers) mudah dikawtim. Itulah dalam benak sang menteri. Masa Datuk Harris Salleh berdepan dengan PRN Sabah tahun 1985, dibenak mantan Ketua Menteri Sabah itu, sama juga, everything can be bought, malang bukan, pengundi Tenom tidak terkesan dengan power $$, akan tetapi terkesan dengan dendam yang berbuku.

Pengundi Kota Belud, ibarat api dalam sekam, terbukti pada PRU-13 lalu, DUN Kedamaian menjadi mangsa, malah Bn yang super dalam semua bidang, terkial-kial juga berdepan dengan calon-calon pembangkang yang entah daripada mana.

Kalaulah bukan kerana parti, kerana Ketua kerajaan baik negeri/pusat dan ketua parti setempat, tidak dapat dibayangkan jika calon Bn parlimen Kota Belud kecundang. Sebenarnya, Menteri itu tahu betul, penyebab-penyebab itu, akan tetapi kejadian silam tidak jadi panduan, akan tetapi terus berulang. Sesuatu perlu dilakukan, terutama oleh pimpinan Umno Kota Belud. Jangan sampai calon umno kalah di kawasan anak sulung Umno.

5 February 2015

Budaya Politik Kotor DAP Tidak Diperlukan Di Sabah

Teresa Kok (kiri sekali) di Airport Sandakan pada Rabu
BUDAYA politik kotor yang diamalkan pemimpin DAP Semenanjung tidak diperlukan di Sabah. Seharusnya para pemimpin daripada parti itu yang berasal daripada Semenanjung awal-awal lagi dilarang masuk ke Sabah.

Pemimpin parti itu seperti Teresa Kok, adalah pemimpin DAP yang sangat perkauman, dan tindakannya menghalalkan cara. Budaya itu, seharusnya ditengah untuk di bawah ke Sabah.

Semalam, Teresa Kok dilarang masuk ke Sabah, walaupun menggunakan pintu masuk Lapangan Terbang Sandakan.

Seharusnya, para pemimpin lain seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Tony Pua, juga dilarang masuk ke Sabah.

4 February 2015

Kestabilan Politik dan Keamanan Penting Untuk Tarik Pelabur-Musa

HANYA melalui kestabilan politik dan keamanan membuatkan pelabur datang dan melabur. Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman memberitahu rombongan Persatuan Kaum Cina yang diketuai Datuk TC Goh yang membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri itu di Sri Gaya pada Selasa.

Sementara itu, TC Goh memberitahu Ketua Menteri, bahawa persatuan itu yang dianggotai oleh mereka yang berjaya dalam dunia perniagaan akan membantu kerajaan Bn di bawah kepimpinan Musa dan bertindak sebagai penyambung dengan masyarakat cina dengan kerajaan.

Dalam perkembangan yang sama, Musa meberitahu rombongan kaum cina itu, bahawa pembangunan Sabah dalam landasan yang betul, atas sebab itu, Sabah banyak mendapat pelaburan langsung yang cukup signifikan besarnya untuk sebuah negeri. Tahun 2014 sahaja, lebih RM13 bilion FDI telah masuk ke Sabah.

Sabah kini, sudah menjadi destinasi pencari kerja profesional selain tenaga kerja kolar biru.

Sebelum ini kebanyakan rakyat Sabah terutama generasi muda berhijrah ke negeri-negeri lain untuk mendapatkan kerja, namun kerana peluang pekerjaan perlahan-lahan dicipta, maka kecenderungan itu semakin hari menurun.

Hanya melalui kestabilan politik dan keamanan sahaja boleh menjadikan sesebuah negeri seperti Sabah boleh membangun.

3 February 2015

Musa Bagaikan Angsa Bertelur Emas- Kenapa Mahu Dibunuh?

HANYA cemburu dan irihati sahaja yang boleh menjadi faktor mengapa ada pemimpin Umno mahu Musa letak jawatan atau perlu diganti. 

Tindakan mereka itu, hanya membantu pihak pembangkang, yang sememangnya tidak mahu seseorang yang boleh memajukan negeri, kerana mereka ketandusan idea bagaimana mengatasi sesuatu kemajuan dan pembelaan kepada rakyat yang sedang dan akan berjalan.

Pembangkang sebenarnya tiada alternatif untuk dikemukakan kepada rakyat, mereka hanya mampu membuat dakwaan palsu atau dakwaan yang direka-reka. Namun, tindakan mereka itu cepat disadari rakyat, atas sebab itu, walaupun sepanjang masa, pembangkang berpolitik dengan berbagai putar belit dan janji-janji retorik, akan tetapi bila sampai Piliahanraya, calon-calon mereka ditolak oleh rakyat.

Musa sebagai Ketua Menteri, sangat mudah menjadi sasaran para pembangkang, kerana beliau tidak suka melatah, jarang membuka mulut, sebaliknya beliau hanya tertumpu kepada memajukan negeri, agar supaya mampu mengejar ketinggalan yang sebegitu jauh, kerana akibat politiking yang bermula sejak merdeka.

Sebenarnya, pembangunan Sabah hanya bermula tahun 2003, sementara tempoh 40 tahun hilang begitu sahaja, dan apa yang paling malang, tempoh masa 40 tahun menjadikan Sabah termiskin di negara ini.

Sejak Musa menerajui Sabah, kadar kemiskinan daripada double digit, turun kepada single digit, malah pada masa ini berkeadaan sedang menurun.

Bajet Sabah meningkat, malah dua kali berada di atas RM4bilion, angka itupun merupakan rekod, simpanan kewangan negeri meningkat keparas RM3.2 bilion, dimana tidak pernah berlaku sebelum ini, kadar pembangunan di seluruh pelosok negeri rancak, projek-projek yang membuka peluang pekerjaan rancak berjalan, pembangunan bagi keperluan lifestyle seperti komplkes belah belah sedang dan akan dibuka. Terbaharu Kompleks belah Oceanus, kompleks belah bermutu lifstyle.

Pengurusan kewangan negeri, selama sedekad mendapat clean bill daripada Ketua Audit negara. Atas sebab itu FDI terus meningkat. Pada tahun 2014, FDI berjumlah lebih RM13 bilion dicatatkan, satu pencapaian luar biasa.

FDI masuk, kerana pengurusan kewangan negeri yang mendapat rating triple A daripada Agensi penarapan Kewangan antarabangsa.

Meskipun Musa mendapat tomahan dan dakwaan daripada pemimpin Umno terutama daripada Ketua bahagian Umno Sepanggar-Datuk Jumat Idris, beliau tidak pernah bersuara, apakah membidas atau membuat dakwaan kepada MP Sepanggar itu. Musa benar-benar bersifat gentlemen dan bersifat seperti kebapaan, Jarang ada pemimpin yang sedemikian. Tahniah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels