4 July 2020

APA HARAPAN RAKYAT PADA PEMIMPIN?

HARAPAN rakyat pada seseorang pemimpin politik hanya dua-perkhidmatan dan pembangunan untuk mereka. 

Dua faktor ini lah yang menjadi pertimbangan rakyat.

Kerana politik itu penuh dengan liku-liku, pelik, serba kemungkinan, dalam pilihanraya, ada rakyat terlupa akan harapan mereka pada pemimpin politik. Rakyat melupakan apa yang telah tertunai, tetapi memilih harapan baru, sehinggakan mereka terperangkap dengan janji-janji bulan bintang.

Ini lah yang berlaku pada PRU-14. Rakyat menolak perkhidmatan & pembangunan yang tertunai, sebaliknya memilih JANJI-JANJI MANIS, kononnya akan memberikan perkhidmatan & pembangunan yang lebih baik.

Selama 22 bulan, rakyat akhirnya sedar. Sebab itu, mereka kembali menghargai perkhidmatan & pembangunan yang tertunai, yang mereka tunjukkan menerusi 5 PRK terakhir, dan kemungkinan yang ke- menerusi PRK Chini, yang melabuhkan tirai hari ini.

Pada PRU-14, di Parlimen Kota Belud, Datuk Salleh bukan sahaja menjadi mangsa daripada JANJI-JANJI manis, khususnya berkaitan mengatasi banjir, akan tetapi janji-janji bulan bintang. Yang memburukkan keadaan, beberapa pemimpin tertentu bertungkus lumus, agak Salleh kalah, supaya untuk meranapkan persiangan di peringkat Persekutuan.

Penulis tahu betul, sejak mantan Menteri Komunikasi dan Mutimedia itu berkecimpung dalam dunia politik, dua faktor harapan rakyat telah mendarah daging dalam perjuangan politik beliau.

Atas sebab perkhidmatan & pembangunan rakyat menjadi keutamaan, maka pemimpin politik lain mempergunakan faktor tersebut, sebagai kelemahan mantan Ketua Bahagian Umno Kota Belud tersebut, untuk "counter attack" melalui janji-janji bulan dan bintang.

Hakikatnya ini yang berlaku pada PRU-14 di seluruh negara.

Kekalahan BN termasuk tokok-tokoh politik, akhirnya membuka mata rakyat khususnya di peringkat akar umbi, bahawa mereka tersalah pilih, yang dipilih adalah kaca, bukannya permata.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels