15 October 2009

Nizar-Nik Aziz: Dalam Pilihanraya Boleh TIPU sebab: Pilihanraya itu Bukan Agama

Timbalan ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim mahu Nasruddin Hassan disiasat di bawah Akta Hasutan sekiranya ketua Dewan Pemuda PAS pusat itu, didapati telah menimbulkan huru-hara.

Dalam ucapan penggulungan di perhimpunan Pemuda Umno di PWTC hari ini, Razali mendakwa Nasruddin telah bertindak sedemikian dengan menghantar SMS kepada penyokong PAS, yang mendakwa kumpulan itu telah "diserang" oleh kumpulan Pemuda Umno sewaktu pilihan raya DUN Bagan Pinang.

Razali juga berkata PAS telah menerbitkan gambar yang didakwa sebagai seorang anggota PAS yang dikatakan cedera dalam kejadian tersebut.

"Dia keluarkan gambar kononnya muka pecah, baju koyak tapi badan tak luka pun," kata Razali.

"Kita cakap kepada dia, bawa orang ini ke depan. Kita nak minta maaf kalau kita salah. Sampai hari ini tak ada pun orang yang dikatakan dianiaya oleh penyokong BN.

"Penipu besar Nasruddin Hassan," katanya lagi.

Razali turut mendakwa bahawa anggota pergerakan itu juga telah "diserang."

"Satu malam sebelum buang undi, Pemuda kita diserang hanya kerana orang PAS kena tipu," katanya lagi.

"Kalau dia mati masa tu, memang mati katak sebab dia bukan jihad, dia menipu," katanya lagi.

Razali turut mendakwa bahawa terdapat juga anggota Muslimat PAS yang menipu pengundi dengan memberitahu tarikh membuang undi yang salah.

"Muslimat PAS kerana terdesak, dia pergi ke rumah orang tua beritahu tak jadi buang undi pada 11 Oktober, tapi ditunda kepada 13 Oktober," katanya sambil menambah perkara itu tidak seharusnya dilakukan oleh PAS.

"Umno tak akan sekali-kali menggadai agama Islam untuk kepentingan diri kita," tambahnya.

1 comment:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels