Pertama adalah PKR hanya berjuang untuk menebus maruah Anwar Ibrahim kononnya difitnah kerana itu hilang jawatan Timbalan Perdana Menteri tahun 1998.
Kedua adalah PKR tidak mempunyai perjuangan yang boleh mencerminkan pembelaan kepada penduduk bumiputera Sabah,
Ketiga adalah PKR lebih cenderung membela rakyat lebih maju seperti kaum cina dan india.
Atas tiga sebab di ataslah apapun sepak terajang PKR di Sabah tidak akan mendapat sambutan rakyat negari ini.
Undi yang diperolehi oleh calon-calon PKR melalui PRU-12 adalah undi protes rakyat sesuatu kawasan terhadap seseorang calon. Gejala ini memang selalu terjadi di Sabah. Melalui Pru-12 yang lalu, ramai calon pilihan akar umbi tidak dicalonkan, melainkan calon-calon bidang terjun yang diketengahkan.
Trend pengundian melalui PRU-12 di Sabah tidak boleh diambil sandaran oleh PKR bahawa mereka ada sokongan. Sokongan pada masa itu adalah sokongan protes.
Setelah PRU-12 dengan isyarat yang diberikan rakyat, kerajaan Pusat telah mengambil berbagai inisiatif untuk pembelaan rakyat negeri Sabah yang telah diabaikan oleh kepimpinan Abdullah Badawi. Najib telah melakukan pendekatan yang holistik dan terpadu. Akan tetapi baruah-baruah dan broker-broker pemimpin negeri menyebabkan kepesatan bantuan tersebut tersendat-sendat.
Projek-projek yang besar bernilai 10 juta ke atas, memang betul dilaksanakan di negeri ini, malangnya pelaksananya bukan anak watan negeri ini. Sebahagian besar pelakasananya adalah rakyat negara ini yang diimport dari Semenanjung. Kalau pun ada pelaksana berupa anak watan negeri ini,mereka adalah yang ada hubungan kekeluargaan dengan ketua menteri Musa Aman atau Anifah Aman.
Gejala ini sahaja yang meruncingkan para kontraktor anak watan negeri ini, namun bagi rakyat biasa; mereka tidak peduli itu semua; yang penting prasarana dan keperluan mereka terpenuhi.
Yang menjadi sangat ketara yang rakyat negeri ini nampak adalah para kakitangan yang berkerja di agensi-agensi persekutuan di negeri, majoriti daripada mereka bukan anak watan negeri, melainkan mereka-mereka yang berasal di semenanjung.
Anak watan negeri ini yang boleh dikatakan layak dan mampu tugas-tugas kalau dikarungkan, jumlahnya berkarung-karung. Namun peluang tidak diberikan. Apakan daya Tangan tak Sampai. Kemuskilan ini lah merupakan faktor UTAMA rakyat negeri melakukan protes terhadap calon-calon kerajaan dalam pilihanraya. Jika gejala dan faktor ini diambilkira, Sabah akan senantiasa menjadi SIMPANAN TETAP Kerajaan persekutuan.. mungkin setelah 2020.
No comments:
Post a Comment