22 October 2009

Nizar-Anwar: Sekutu Mu Isreal-US Siap Sedia Serang Iran

Israel dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan latihan pertahanan udara besar-besaran hari ini, yang disifatkan Radio Israel sebagai sebahagian persediaan untuk berhadapan dengan Iran.

Pegawai pertahanan berkata, sepanjang dua minggu latihan ketenteraan yang dinamakan operasi Juniper Cobra itu, kira-kira 1,000 anggota tentera AS akan 'bergabung' dengan kapal pemintas peluru berpandu laut serta daratan seperti Aegis, THAAD dan Patriot bersama-sama perisai balistik Israel, Arrow II.

Jurucakap bagi kedua-dua pihak berkata, latihan ketenteraan setiap dua tahun itu tidak mempunyai kaitan dengan kejadian lain di dunia, namun Radio Israel memetik seorang komander yang enggan didedahkan namanya sebagai berkata, ia dilancarkan 'untuk persediaan nuklear Iran'.

AS dan kuasa dunia lain berusaha berunding dengan Teheran agar republik Islam itu menggugurkan teknologi nuklearnya yang berpotensi menghasilkan bom atom, sementara Israel hanya melihat dengan penuh berhati-hati.

Israel yang dianggap sebagai satu-satunya negara memiliki teknologi atom di Asia Barat sebelum ini membayangkan, ia boleh mengambil jalan keluar dengan memaksa dan menghalang Iran dengan apa cara sekali pun yang mengancam kewujudannya.

Namun sesetengah penganalisis percaya taktik itu terbatas dan rasa ragu-ragu AS tentang serangan terlebih dahulu, boleh membuatkan Israel terpaksa menerima lebih pertahanan dengan bantuan sekutu utamanya. Iran menyangkal dakwaan negaranya menghasilkan bom atom dan mengancam untuk membalas sebarang serangan dengan melancarkan peluru berpandu jarak sederhana ke Israel.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels