11 January 2011

USBO: NGO pertama memohon ahli terus BN

United Sabah Bajau Organization (USBO) mengistiharkan bahawa pertubuhan itu merupakan NGO ppertama memohon ahli terus BN.

USBO merupakan pertubuhan yang menghimpun suku-suku daripada rumpun BAJAU yang beragama islam seperti Iranun, Sama, Suluk dan lain-lain.

Presiden pertubuhan itu adalah Datuk Salleh Tun Said, Timbalannya Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia dan Ketua Penerangannya saudara Kibin Haji Samad.

Sebenarnya USBO pada awalnya dianggotai oleh berbagai individu yang berlainan pegangan politik- hampir sama dengan Perkasa Pribumi Negara. Namun, apabila Presidennya mengumumkan permohonan pertubuhan tersebut sebagai ahli terus BN, maka ahli-ahli yang tadinya bukan penyokong BN, menjadi serba salah. Mereka ini, tiada pilihan melainkan terpaksa meninggalkan pertubuhan itu dengan berat hati.

Memang diakui pengerak utama pertubuhan tersebut adalah ahli-ahli Umno- dengan menjadi ahli terus BN-maka selain individu-individu mrnjadi ahli komponen BN, diperkuatkan lagi melalui pertubuhan yang disertai.

Pada tahun 2006- USBO pernah digeruni oleh Ketua Menteri Sabah kini-Datuk Musa Aman, sehinggakan persepsi negatif kepada pertubuhan itu terbawa-bawa sehingga diambang PRU-12 (tahun 2008). Ekoran persepsi negatif itu- para pemimpin USBO termasuk Presidennya diketepikan sebagai calon untuk mewakili BN pada PRU tersebut.

Dikeranakan para pemimpin USBO sangat setia kepada partinya yakni UMNO dan BN, walaupun diketepikan, akan tetapi mereka bertungkus lumus memastikan keemenangan semua calon-calon UMNO dan BN menang dalam PRU tersebut. Presiden USBO, Setiausaha Agungnya (ketika itu Tan Sri Pandikar)dan Datuk Amir Kahar (Bendaahari Agung) nertungkus lumus berkempen untuk membantu calon-calon BN- keputusannya BN menang besar-bagi DUN 59-1 dan Parlimen 24-1.

Selepas keputusan PRU tersebut, persepsi negatif oleh Musa Aman terhadap USBO akhirnya sirna. Kini para pemimpin USBO- Musa Aman mempunyai hubungan yang sangat rapat ibarat kuku dan isi.

Banyak yang mahu melihat apa kah hubungan yang rapat antara para pemimpin USBO (juga pemimpin Umno) dengan Musa Aman (Pengerusi perhubungan Umno-Sabah) telah memberi manafaat kepada ahli-ahli USBO? OKB-banyak terbaca melalui komen-komen di surat khabar (komen pembaca) mahupun komen-komen di blog-blog ataupun facebook- ada yang meragui kerjasama itu. Malah ada yang melontarkan komen yang negatif terhadap para pemimpin USBO- kononnya para pemimpin itu begitu lantang terhadap kepimpinan negeri pada awal penubuhannya, namun apabila diberi peranan dalam kerajaan-akhirnya suara-suara keras itu kini telah hilang dan padam?

Namun persoalan selanjutnya-apa kah kemasukkan USBO menjadi ahli terus BN akan memperkuat pertubuhan itu? atau kah akan timbul bibit-bibit ketidak puashatian-sehinggakan simpatisan USBO akan bertukar arah?

Dalam politik biasanya yang banyak bercakap adalah persepsi-OKB berharap persepsi positif lah yang akan bertapak disebalik permohhonan USBO sebagai ahli terus BN.

14 comments:

samm said...

terserah kepada pemimpin dan ahli USBO untuk memohon menjadi ahli terus BN.

samm said...

jika dengan menjadi ahli terus BN, USBO menjadi lebih berperanan dan kukuh, maka tidak salah USBO memohon menjadi ahli terus BN.

ferlo said...

jika dgn menyertai BN USBO dpt mengukuhkan kedudukan mereka tk ada salahnya.

rebirth said...

USBO diterajui oleh Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak yang merupakan Penasihat Sains dan Teknologi Kepada Ketua Menteri Sabah dan juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri. jadi tidak mustahil beliau menyambut baik keputusan Dewan Tertinggi BN untuk membuka pintu kepada keanggotaan secara terus dengan memohon ahli terus BN.

Mohd Ishak said...

Semoga berjaya USBO.

Bhatera said...

USBO membuat pilihan yang tetap bagi membantu dan memperjuangkan hak bangsa Bajau. Semoga USBO bersama dengan BN dapat memberikan yang terbaik kepada semua bangsa bukan saja bajau.

Karin-nah said...

USBO yang diketuai oleh wakil yang berpengaruh dikawasan Bajau. Mungkin penyertaan USBO kepada BN satu petunjuk bahawa BN akan menjadi lebih kuat kawasan Kota Belud.

Jirunk said...

Jika itu keputusan USBO,kia tidak boleh melarang. Fikirkan sesuatu untuk kebaikkan party itu sendiri.

tombolo said...

moga keputusan USBO untuk menjadi ahli BN benar2 tepat dan dpt mengukuhkan USBO dan jg BN.

mike said...

akhirnya USBO menetapkan pendirian mereka..

mike said...

mungkin ada antara ahli USBO yang tidak sehaluan dengan keputusan tersebut..terserah kepada mereka sama ada mahu atau tidak untuk terus berada dalam USBO.

mike said...

sama ada kemasukan USBO sebagai ahli terus BN memperkukuhkan pertubuhan tersebut atau tidak, hanya masa yang menentukannya..

mike said...

keputusan untuk menjadi ahli terus BN tentu sekali berdasarkan kepada alasan yang kukuh..mungkin ianya satu keputusan yang tepat..

mike said...

yang pasti, kemasukkan USBO sebagai ahli terus BN akan menguatkan lagi BN di sabah..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels