24 January 2011

Saya Tiada Masalah Pribadi: Azhar Ibrahim

Calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azahar Ibrahim berkata beliau tidak akan terperangkap dengan permainan politik kotor parti pembangkang yang mengancam melakukan serangan peribadinya pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, kerana "saya tiada masalah pribadi" demikian kata calon BN itu.

Mohd Azahar, yang lebih dikenali dengan panggilan "Tok Ai" berkata: "Saya tidak takut (ancaman serangan peribadi). Saya tidak ada perkara yang mahu disembunyikan."

Bercakap kepada pemberita semasa bertemu masyarakat tempatan di Pasar Tani Labis di sini, pada Isnin, Mohd Azahar berkata pembangkang bermain politik kotor dengan menyebarkan maklumat palsu mengenai dirinya.

Calon BN itu berkata beliau akan menjelaskan kepada para pengundi tentang usaha-usaha yang bakal dilaksanakanya untuk membangunkan Tenang.

Pada Ahad, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pada sidang akhbar di bilik gerakan PAS di sini didakwa akan membangkitkan "isu-isu peribadi calon BN" jika MCA, parti komponen BN terus menjadikan pendekatan calon PAS bagi pilihan raya kecil itu, Normala Sudirman, tidak bersalam dengan pengundi lelaki sebagai satu isu.

Pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Jan ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Mohd Azahar, bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat dan calon PAS, seorang bekas guru.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan kelebihan 2,492 undi.

Mengenai sambutan pengundi-pengundi kaum Cina di DUN Tenang terhadap beliau dan kempen BN, Mohd Azahar berkata penerimaan pengundi Cina setakat ini amat baik.

"Saya amat gembira dengan sambutan dan sokongan yang diterima daripada pengundi-pengundi Cina di DUN Tenang setakat ini," kata beliau.

13 comments:

azman said...

tidak kira kepada mana-mana pihak pun, tidak perlulah melakukan serangan peribadi untuk menewaskan lawan. barsainglah secara adil dan bersih.

azman said...

setiap calon perlulah berusaha keras untuk menang. semoga calon yang terbaik akan menang.

Mohd Ishak said...

Baguslah kalau Azahar berkeyakinan. Diharapkan calon yang lain juga boleh mengabaikan serangan peribadi supaya tidak terjejas oleh kata-kata orang lain.

tombolo said...

dalam pilihanraya, isu yang tak sepatutnya tak perlulah ditimbulkan. bersainglah dgn cara baik.

Jason said...

Sebaik-baiknya, semua parti bertanding secara adil dan bersih.

Jason said...

Tidak patut untuk pembangkang menyerang orang secara peribadi. Tidak professional langsung.

amy said...

bersikap professionallah.. masalah peribadi hal masing-masing..

Bhatera said...

Tidak hairanlah jika Pembangkang melakukan demikian. Kerana tidak ada cara lain lagi mereka mahu menang. Selain dengan cara kotor.

Anonymous said...

Azhar tidak perlu rasa terkejut dengan mainan psikologi dan taktik kotor Pas kerana memang itulah cara politik pembangkang setiap kali pilihan raya berlangsung. PAS sebenarnya tertekan dengan populariti calon BN sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan beliau.

Anonymous said...

jika dibandingan kedua2 calon yang bertanding, kelebihan lebih memihak kepada calon BN. sebab itu pembangkang tidak ada cara lain untuk menjatuhkan beliau selain cuba menggunakan pendekatan pembohongan.

Paquin said...

Bersainglah secara adil.. Ketepikan soal permasalahan peribadi kerana yang paling penting ialah kelayakan beliau utk menjadi pemimpin.

Paquin said...

Apapun, semuanya terpulang pada penilaian rakyat.

Anak Sabah said...

Jangan serang peribadi orang lain, maka tiada orang yang akan menyerang anda.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels