26 January 2011

PRK Tenang: Keadaan bertukar: BN Underdog

Laporan daripada rakan-rakan, setelah masuk lima hari berkempen-ternyata sokongan kepada calon Pas Normala Sudirman terutama dari kaum cina semakin hari semakin meningkat dilihat daripada ramainya pengundi mendengar ceramah Pakatan.

Kempen agresif daripada jentera PAS dan DAP ternyata semakin hari semakin ramai yang berkunjung ke ceramah-ceramah yang diadakan.

Memang dari awal-awal lagi jentera BN tidak menumpukan kepada ceramah-sebaliknya menumpuhkan kepada bersemuka.

Jentera Pemuda sepertimana dikatakan ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin-kempen pemuda menumpuhkan kepada bersemuka.

Datuk Rais Yatim juga berkata bahawa ceramah hanya buang masa, yang penting jentera BN menumpuhkan kepada berapa ramai pengundi Tenang yang mampu dilawati melalui strategi rumah ke rumah.

Pendek kata-jika persepsi pengundi sama sepertimana pengundi Batu Sapi-Sandakan-Sabah, maka tidak mustahil BN menang besar. Sasaran majoriti 5 ribu-bukanlah angka mustahil.

Namun-jika pengundi Tenang termakan isu yang diutarakan oleh Pembangkang-misalnya isu Azhar Ibrahim yang dikatakan-disebabkan kecuaian calon BN itu-maka tanah seorang penduduk dilelong.

Selain itu isu kepimpinan Chua Soi Lek juga menjadi bahan kempen Pakatan. Isu salam yang ddibangkitkan Soi Lek-sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi Melayu, isu ini postif buat Noramala.

Apapun-semoga strategi BN mengena. Masih ada tiga hari lagi masa berkempen. Gerakkan jentera secara ALL Out. Ingat PRK Tenang adalah kayu pengukur bagi BN dan juga Pakatan. Jika BN menang-memang dijangka-jika kalah-maka malapetaka akan melanda BN.

15 comments:

tombolo said...

dalam tempeoh berkempen ni, calon2 perlu bekerja keras untuk mendapatkan sokongan rakyat.

madd said...

kedua-dua parti pun menyatakan keyakinan bahawa mereka mendapat sokongan daripada rakyat di DUN Tenang.

madd said...

calon yang bertanding perlulah menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi. semoga yang terbaik akan menang.

Leo said...

Both candidates must work hard to convince the people on why they should vote for them.

Leo said...

May the best man win!

Leo said...

The people need to vote wisely based on the candidates' capability and competency.

Anak Sabah said...

Akhirnya keputusan adalah di tangan pengundi.

Unknown said...

People know better who will winning the seat. But both candidates should works hard.

Hosie Masie said...

Mungkin itu hanya segelintir saja yang ikut ceramah dan sebagainya. Apa pun, rakyat pasti tahu siapa yang terbaik untuk mereka nanti.

Hamdan Hadillah said...

Jangan berulang seperti di Batu Sapi dan Galas..Pembangkang begitu yakin menang, tapi sebaliknya sungguh mengecewakan pembangkang.

Anonymous said...

semua fitnah yang dilemparkan kepada Azhar telah dijawab oleh Azhar sendiri. tuduhan kononnya calon BN itu cuai adalah tidak tepat kerana lelaki yang tanahnya dilelong itu sebenarnya berhutang dengan bank. Azhar hanya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh kerajaan atas kapasiti sebagai ADO dengan mengikut segala prosedur yang ditetapkan, malah pihak plaintif sendiri yang enggan tampil ke hadapan bagi berbincang dengan bank pada waktu itu.

Anonymous said...

semua tuduhan yang dilemparkan kepada Azhar hanya menjadi senjata makan tuan kepada PAS. walau berapa ramai yang datang ke setiap ceramah2 mereka, itu bukanlah jaminan mereka akan menang. rakyat akan menilai apa sahaja tindakan atau apa yang keluar dari mulut pemimpin2 PAS.

Anonymous said...

kita lihat saja keputusannya nnti.

Paquin said...

Jangan terlebih yakin pula, takut nanti kecewa. huhu

Paquin said...

Mahu komen banyak pun, tak guna juga kerana akhirnya undia rakyat di Tenang adalah penentu segalanya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels