25 January 2011

Salleh masih berpeluang menjadi Ketua Menteri Sabah kali kedua

Kalaulah Datuk Salleh Tun Said bukan pemimpin-kita tidak perlu tahu lah mengenai dirinya. Apapun tindakannya adalah hal pribadinya. Disebabkan Salleh adalah pemimpin-maka kita ada hak juga mengetahui perkembangan pemimpin kita.

Datuk Salleh berkecimpung dalam dunia politik pada tahun 1981 di zaman kerajaan Parti Berjaya pimpinan Datuk Harris Salleh. Walaupun bapanya ketika itu masih merupakan pemimpin USNO-namun Salleh memilih parti Berjaya.

Pada tahun 1982 Salleh bertanding bagi kerusi Usukan atas tikit Berjaya-namun kalah kepada Pandikar Amin Haji Mulia (Kini Tan Sri) calon Usno.

Apabila Parti Berjaya kalah pada parti Bersatu Sabah (PBS) pada tahun 1985-Salleh keluar Parti Berjaya dan menyertai PBS. Salleh bersama-sama PBS-sehinggalahh menyertai UMNO pada tahun 1991- apabila UMNO mengembangkan sayapnya di Sabah. UMNO terpaksa mengembangkan sayapnya ke Sabah atas jemputan Tun Mustapha-kerana Usno didapati tidak mampu lagi bersaing dengan PBS.

Pada pilihanraya 1994-Salleh sebagai Ketua Umno Bahagian Kota Belud telah bertanding bagi kerusi Parlimen Kota Belud dan DUN Usukan-juga di Kota Belud. Pada pilihanraya itu- BN yang dianggotai oleh Umno-Akar-LDP-SAPP belum mampu menubuhkan kerajaan. Namun akhirnya BN menubuhkan kerajaan kerana PBS kehilangan majoriti di DUN Sabah apabila dua wakil rakyatnya keluar parti itu menyertai BN.

Semasa BN membentuk kerajaan Salleh dilantik sebagai Ketua Menteri selepas Tun Sakaran Dandai. Salleh menjawat jawatan Ketua menteri sehingga Mei 1996-kerana terpaksa melepaskan jawatan itu kepada Yong Teck Lee dibawah sistem penngiliran Ketua Menteri Sabah: Bumiputera Islam 2 tahun-Kaum Cina 2 Tahun dan Bukan Bumiputra Islam 2 tahun.

Walaupun Salleh kehilangan jawatan Ketua Menteri Salleh juga dilantik semula sebagai anggota kabinet Negeri sehingga tahun 2004.

Pada pilihanraya tahun 2004-Salleh tidak bertanding diperingkat DUN sebaliknya hanya diperingkat Parlimen. Salleh menjadi ahli Parlimen sehingga tahun 2008.

Pada PRU-2008-Salleh tidak bertanding sebarang kerusi-baik negeri mahupun Parlimen.

Akibat perkembangan dalam parti Umno- Datuk Safie Apdal yang pada mulanya sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, telah dinaikkan pangkat sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri kedah-atas kapasstinya seebagai Naib Persiden Umno.

Kekosongan jawatan Timbalan Perhubungan Umno Negeri telah diisi oleh Salleh. Semasa menerima jawatan tersebut Salleh mengatakan bahawa beliau akan senantiasa mempamerkan dirinya sebagai orang nombor dua kepada Musa Aman di peringkat Negeri. Salleh juga berjanji akan membantu Musa Aman sebagai Pengerusi Perhubungaan Umno dan Pengerusi BN Negeri agar Sabah tetap menjadi Simpanan tetap BN.

Dikerana keperluan kepada pentadbiiran Negeri- Musa Aman melantik Salleh seebagai Penashat Sains dan teknologi Kepada Ketua Menteri dimana jawatan tersebut bertaraf menteri kabinet negeri.

Kejaya politik Datuk Salleh difikirkan sangat diperlukan bukan sahaja diperingkat nasional namun juga diperingkat negeri. Tahun 2011 adalah kecemerlangan politik beliau-apabila dalam masa tempoh seminggu-Salleh mendapat hadiah jawatan-yakni sebagai Pengerusi Finas (berkuatkuasa pasa 1 Januari) dan Speaker Dewan Undangan negeri Sabah berkuatkuasa pada 17 Januari lalu.

Akibat perlantikan Salleh ke berbagai jawatan tersebut- Salleh telah melakar sejarah tersendiri bahawa semua jawatan pernah disandangnya-yang belum hanya jawatan Menteri Pusat dan TYT Sabah.

Datuk Salleh masih realtif muda. Peluang menjadi pimpinan pusat masih terbuka luas. Demikian juga peluang menjadi Ketua Menteri Sabah untuk kali kedua masih terbuka luas. Sejarah membuktikan bahawa Tun Mustapha pernah dilantik dua kali sebagai ketua Menteri, demikian juga Tun Fuad Stephens.

Walaupun Salleh telah dilantik sebagai Speaker DUN Sabah-namun Salleh tetap aktif dalam dunia politik. Pada penamaan calon di PRK Tenang-Johor pada 22 januari-Salleh bersama Datuk Musa Aman berada di Tenang bagi memberi sokongan kepada calon BN Azhar Ibrahim.

25 comments:

mantra said...

karier politik Salleh dilhat begitu cemerlang sekali. tidak mustahil jika beliau akan menjadi ketua Menteri buat kali kedua kerana beliau sememangnya layak.

nickko said...

beliau memang mempunyai potensi dan peluang untuk menduduki kerusi ketua menteri Sabah untuk kali kedua berdasarkan rekod cemerlang beliau. tapi sukar untuk kita pastikan kerana masih ramai pemimpin2 di negeri ini yang berkelayakan dan mungkin perlu diberikan peluang.

Anonymous said...

DSSK masih muda dan berpotensi untuk terus menjadi pemimpin. apa pun ianya terpulang kepada prestasi beliau pada masa depan.

Leo said...

I wouldn't be surprise if he is appointed as the next CM.

Anonymous said...

kualiti kepimpinan Datuk Salleh menyebabkan beliau sentiasa diiktiraf dan peranannya juga masih diperlukan. apa pun, yang penting adalah beliau dapat menjalankan tugas dengan baik selagi diberikan peranan.

Bujang Senang said...

Peluang seseorang itu kita tidak boleh jangkakan. Sama seperti sekarang salleh mendapat 2 jawatan serentak. Rezeki seseorang dan kebolehan beliau itu menyumbang kepada kepercayaan orang dengan beliau.

Leo said...

Can't deny that his past records are impressive but there may be others with much more impressive records.

Leo said...

I think it's better to have someone other than Salleh as the CM. Others should be given the chance to be a CM but that person must be qualified, dedicated to help the people and competent to lead.

Leo said...

Besides, Salleh has already 2 important job position, I don't think it's necessary for him to be a CM or else it would be difficult for him to carry out his job responsibilities effectively.

Unknown said...

Ketua menteri??Tidak mustahil dengan kebolehan dan pengalaman yang ada pada Datuk Salleh. Apa pun, kita mengharapkan Salleh dapat memberikan yang terbaik untuk rakyat Sabah.

Hosie Masie said...

Semoga Datuk Salleh dapat melaksanakan tugas dengan baik. Tidak mustahil beliau boleh menjadi KM Sabah pada masa akan datang. Beliau yang juga antara pemimpin yang disenangi rakyat Sabah pasti akan dapat sokongan.

Hamdan Hadillah said...

Peluang itu menjadi KM itu kita tidak tahu lagi. Tapi mungkin sebagai pemimpin yang baik hati, membantu rakyat, mempertahankan hak rakyat, memajukan negeri, pembanugnan disana sini dan sebagainya tidak mustahil layak menjadi KM..

Anak Sabah said...

Betulkah DSSK akan diberi peluang kedua sebagai KM Sabah?

mandau said...

dengan kebolehan dan karier Salleh yang semakin baik. tidak mustahil beliau akan diberi jawatan lebih baik selepas ini.

mandau said...

semoga karier Salleh akan lebih baik lagi selepas ini.

Paquin said...

Nasib seseorang tu sukar dijangka. Memang takda yang mustahil jika beliau jadi CM sekali lagi.

Paquin said...

Namun bagi saya semuanya terpulang pada rakyat. Saya yakin rakyat tahu memilih yang terbaik utk masa depan Sabah.

Paquin said...

Cuma kata orang sejarah mengajar kita..... (sambunglah ayat yang patut) hehehe

Paquin said...

Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah perkembangan beliau nanti.

Paquin said...

Siapaun yang jadi CM Sabah, saya cuma harap beliau adalah yang terbaik utk Sabah dan mampu memastikan Sabah terus berkembang maju.

Nemia said...

Find another suitable candidate.

onong said...

Masih banyak calon yg berpotensi untuk menjadi KM kelak.

Ezef said...

Be fair, give opportunity to potential candidates.

Velove said...

Adalah baik jika peluang tu diberikan oleh orang lain.

wake said...

The chance is open to everyone.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels