11 March 2012

Antara kawan dan politik

Perbezaan pegangan politik bukan faktor merenggangkan hubungan persahabatan. Musli Oli adalah seorang penyokong tegar BN sebelum 3 Desimber,2011. Sementara Datuk Musbah adalah pemimpin Usno dan kini Umno.

Suatu ketika, sepertimana dituturkan sendiri oleh ADUN Tempasuk itu, Musli salah satu idolanya, sebelum beliau berkecimpung dalam dunia politik.

Perbezaan antara kedua sahabat ini adalah, Datuk Musbah senantiasa setia kepada perjuangan parti yang dikutinya, samada parti itu dalam kedukaan, apa tah lagi dalam keadaan memerintah.

Tahun 1990, Musbah bertanding atas tikit Usno di DUN Tempasuk, namun tewas kepada calon PBS Robert Ripin Minggir, akibat perpecahan undi bumiputera islam. Pada pilihan raya itu, calon2 di kalangan pembangkang telah menurunkan calon2 terkuat mereka. Akar diwakili oleh Pandikar Amin Haji Mulia (kini Tan Sri), dan Calon lain adalah Datuk Mohd Noor Mansor, mantan ADUN Tempasuk dan Menteri Kewangan negeri-era Berjaya.

Walaupun tewas, Musbah dengan setia bersama Usno sehingga parti itu dibubarkan bagi memberi peluang kepada Umno mengembangkan sayapnya di Sabah. Bagi pengikut setia Usno; Umno adalah Usno.

Musli sebenarnya mempunyai peluang cerah dalam dunia politik pada satu ketika apabila beliau menyertai Umno sekembali daripada luar negeri atas pelawaan Ketua bahagian Umno masa itu, Datuk Salleh Tun Said.

Entah silap di mana, penulis senasi dan blogger tersebut, beralih kepada Pakatan Rakyat, jitunya kepada PKR, dengan perjuangan barunya, mahu menggantikan BN memerintah negara.

Pegangan politik, tidak semestinya memutuskan persahabatan. Masing2 mempunyai tugas untuk meneggakkan prinsip parti masing2.

21 comments:

drako drakonius said...

This is a very positive article!

Political differences should not effect friendship as well as blood relations.

drako drakonius said...

Hopefully the Kitingan Brothers too can emulate what has been demonstrate within this article.

POP said...

They mad good role models.

POP said...

Different parties should not affect a friendship tho.

rebirth said...

tidak ada apa yang perlu diherankan dalam politik.. jangankan kawan, adik beradik sendiri pun boleh bergaduh,, seperti Pairin dan JK dan juga Azmin dan Umi Hafilda..

rebirth said...

yang penting sekali jangan wujudkan konflik dengan rakyat dan setiap ahli2 politik perlu konsisten dalam perjuangannya..

Paquin said...

Mungkin politik itu suatu yang mampu mencabar keutuhan sesuatu persahabatan, namun sebaiknya persahabatan tidak goyah hanya sebab perbezaan pandangan terhadap politik.

Paquin said...

Sememangnya agak sukar, namun kalau setiap ahli politik fokus pada perjuangan mereka dan tak ganggu orang lain rasanya tak mustahil ketegangan disebabkan perbezaan politik tak timbul. hehehe

Paquin said...

Apapun, terpulanglah pada ahli politik itu sendiri utk menentukannya, selebihnya biar rakyat putuskan siapa yang terbaik buat mereka.

Mohd Ishak said...

Masing-masing ada pendapat ataupun tujuan sendiri dalam politik, sama ada mereka kekal setia dalam politik ataupun tidak adalah keputusan mereka.

Mohd Ishak said...

Pegangan politik tidak menjejaskan hubungan persahabatan. Semoga Pairin dan Joseph Kitingan masih boleh mengekalkan hubungan mereka walaupun pegangan politik mereka berbea. Begitu juga dengan Pairin dan Lojinki.

Boss ku said...

Perbezaan fahaman politik namun masih boleh kekalkan persahabatan yang baik menunjukkan kematangan ahli politik dalam membezakan dua perkara ini. Syabas!

ferlo said...

walaupun berlainan politik, namun dia jgnlah dijadikan penghalang untuk teruskan persahabatan. jgn seperti sesetengah pihak yang sanggup putukan persahabatan dan hubungan persaudaraan hnya kerana berlainan fahaman politik.

ferlo said...

semoga semua yang sebelum ini ada masalah dan persahabatan dan persaudaraan kerana kelainan politik dpt berfikir positif dan kembali akrab seperti dahulu.

Hanroizin said...

Setiap orang ada perjuangan dan kepercayaan mereka masing-masing dalam parti mereka. Begitu juga dengan Datuk Musbah.

Hanroizin said...

Seperti Pairin dan juga Jeffery..Kerana perbezaan politik perpecahan berlaku. Alangkah baik kalau mereka dua ini bersama.

Hanroizin said...

Maka kita cuma harap BN di Sabah akan meneruskan usaha mengekalkan keduduk di Sabah. Pasti pelbagai perancangan dirancang bagi memeastikan BN terus dipilih oleh penduduk Sabah.

Batresiah said...

Teruskan mempercayai BN sabah untuk penduduk Sabah. Kerajaan BN telah banyak memberikan wajah baru kepada Sabah dari mundur sehingga sekarang menjadi Negeri maju.

Batresiah said...

Datuk Musbah tidak salah langkah dan itu adalah pilihan yang terbaik untuk beliau sendiri sebenarnya.

Kris Jr said...

Walaupun kawan baik tetap mempunyai pandangan dan pendirian tersendiri mengenai dunia politik yang diceburi.

Kris Jr said...

Kekal setia kepada BN dan perjuang atas tiket BN

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels