31 January 2013

Pengalaman Datin Rosmah di Gaza

KALAU di negara kita ada rakyat yang hanya memikirkan fitnah, sementara di Palestin, hanya keamanan difikiran mereka.

Kalau di Palestin, apabila anak-anak ke sekolah, akan dicium, dipeluk, ditangisi oleh ibu bapa mereka, kerana mereka tidak pasti anak-anak itu akan selamat pulang semula ke rumah.

Atas sebab itu Rakyat Malaysia perlu bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi kerana di negara tertentu, rakyatnya hanya mampu mengecapi keamanan dan kemakmuran dalam mimpi, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

"Di sana anak-anak membesar dengan makan tak cukup, hospital tidak selesa, jalan raya berlubang, bangunan sekolah tidak selesa. 

"Mereka tidak pernah boleh memilih, tidak boleh memilih apa yang hendak dimakan, tidak boleh memilih sekolah. Di negara kita, anak-anak sampai kena paksa makan," katanya. 

Beliau berkata apa saja kerumitan dan kesulitan yang dihadapi rakyat di negara ini tidaklah seberat yang dihadapi rakyat Palestin. 

"Di sini, kalau bas atau teksi lambat pun kita dah marah, di sana (Palestin), bas dan teksi tak ada pun," katanya. 

Beliau berkata rakyat perlu rasional dan tidak beremosi dalam memilih kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 nanti dan tidak mudah terpedaya dengan agenda pihak tertentu yang tidak pernah bersyukur dengan nikmat hidup di negara Malaysia yang aman ini.

26 comments:

Marimar Pascual said...

Memang sepatutnya apa yang rakyat nikmati sekarang harus disyukuri.

Marimar Pascual said...

Rakyat Malaysia seharusnya menanam semangat cintakan negara dengan menghargai keamanan yang dinikmati kini dan menjadikan keadaan di negara-negara bergolak sebagai iktibar.

Marimar Pascual said...

Dengan menanam semangat cintakan negara, secara tidak langsung dapat menjauhi rakyat Malaysia daripada anasir negatif yang boleh menjadi faktor kehancuran sesebuah negara.

Hidup Di Sabah said...

Memang kita perlu mengekalkan keamanan ini sebaiknya.

Hidup Di Sabah said...

Negara ini adalah antara negara teraman didunia. Jadi kita perlu terus bersama-sama menjaga keamanan di Negara kita ini.

Hidup Di Sabah said...

Ada pihak cuba untuk menghancurkan apa yang ada ini. Itu kita tidak patut ikut. Tidak baik untuk kesihatan negara.

Hidup Di Sabah said...

Jika benar mereka inginkan kebenarna rasanya masih banyak cara lain dibuat dan bukannya dengan perhimpunan haram.

Hidup Di Sabah said...

Malaysia yang terkenal dengan berbilang kaum dan bangsa mendapat perhatian dunia sebagai negara contoh. Tidakkah kita bangga semua itu?

Hidup Di Sabah said...

Rakyat perlu mensyukuri nikmat keamanan yang ada di Malaysia dan ini perlu dipertahan termasuk dengan terus menjaga persefahaman antara kaum.

Hidup Di Sabah said...

Kita rasa bersyukur kerana negara kita dengan penduduk yang pelbagai budaya dapat hidup dalam suasana harmoni dan bebas daripada peperangan serta huru-hara.

Hidup Di Sabah said...

Namun, tidak dapat dinafikan ia tidak datang dengan mudah kerana untuk mencapainya, adalah penting untuk (kita) menjaga persefahaman antara kaum, dialog berterusan dan menghormati satu sama lain.

Hidup Di Sabah said...

Bukan mudah untuk mencapai perpaduan sebegini. bila sudah hancur maka perlu mengambil masa yang lama untuk membinanya semula.

Hidup Di Sabah said...

Nasihat kepada rakyat sekalian supaya memikirkan sesuatu sebelum bertindak.

Irina ShaQ said...

Dalam hal ini, Anwar Ibrahim pernah mengeluarkan kenyataan dalam temuramah dengan The Wall Street Journal (WSJ) awal tahun lalu dengan menyatakan komitmennya untuk melindungi Israel.

Irina ShaQ said...

“Datuk Seri Najib sentiasa menjadi yang pertama dan menjadi perintis dalam agenda nasional dan di persada antarabangsa. Oleh kerana itu, pakatan pembangkang ‘merah mata’ dan sakit hati apatah lagi dalam ramai-ramai pemimpin dunia maka beliau menjadi perintis,” katanya

Irina ShaQ said...

Ujarnya yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu, simboliknya apabila keputusan Datuk Seri Mohd Najib ke Gaza adalah membawa makna yang cukup besar dan menterjemah suara hati dan semangat keseluruhan rakyat Malaysia.

Irina ShaQ said...

“Inilah realiti pemimpin yang sebenar iaitu mengotakan apa yang dikata dengan menyalurkan rasa simpati dan prihatin kepada rakyat Palestin bukan dari jauh tetapi turun sendiri menjejakkan kaki dan melihat mangsa keganasan rejim zionis Israel.”

Irina ShaQ said...

Katanya, pakatan pembangkang telah ketandusan isu sehinggakan mewujudkan dakwaan kononnya Presiden Fatah, Mahmoud Abas tidak senang dengan kehadiran Perdana Menteri Malaysia.

Irina ShaQ said...

“Realitinya kedatangan Datuk Seri Najib adalah membawa mesej untuk kesatuan Palestanian yang mesti bersatu iaitu antara Fatah dan Hamas yang mana ia akan dapat melawan kembali keganasan dan kerakusan daripada Israel.

Irina ShaQ said...

“Pakatan pembangkang mempolemikkan isu terbabit lantaran mereka bankrap idea apatah lagi Datuk Seri Najib telah mendahului kepimpinan tertinggi di peringkat antarabangsa dan negara-negara Islam lain.”

Irina ShaQ said...

Tegasnya lagi, Datuk Seri Najib juga tidak pernah menyatakan sokongan kepada kerajaan Israel yang mana sekaligus memberikan makna jelas bahawa semangat rakyat Malaysia diterjemahkan dengan masyarakat Palestin di Gaza.

Irina ShaQ said...

“Ini amat berbeza dengan apa yang dilaksanakan oleh pakatan pembangkang yang seperti kepompong mengharapkan sokongan antarabangsa dan koncu-koncunya apabila secara jelas menyatakan sokongan kepada keselamatan kerajaan Israel.”

Irina ShaQ said...

Dalam hal ini, Anwar Ibrahim pernah mengeluarkan kenyataan dalam temuramah dengan The Wall Street Journal (WSJ) awal tahun lalu dengan menyatakan komitmennya untuk melindungi Israel.

mantera said...

jadikan apa yang berlaku dinegara lain sebagai iktibar.

kamilla said...

Bersyukur dengan keamanan yang ada di Negara kita.

kamilla said...

Hormat-menghormati antara satu sma lain.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels