MONEY MACHINERY MEDIA @3M merupakan salah satu penentu keberkesanan samada di pihak barisan nasional mahupun pakatan rakyat.
Pihak Bn memang dilihat lebih gagah daripada segi 3M ini, kerana rekodnya yang menjadi kerajaan lebih setengah abad; namun keagrisifan pihak pakatan rakyat mengimbangi 3M Bn itu pada PRU-2008.
Pada PRU-2008, disamping berbalahan dalam Bn sendiri dan ditambah dengan keagrisifan pihak pembangkang, maka penguasa negara sejak meredeka itu kehilangan kuasa 2/3 kerusi dewan rakyat.
Semalam, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa jikapun Bn masih menang dalam PRU-13, namun tanpa kuasa 2/3 disifatkannya sebagai kemenangan kosong kerana kerajaan yang dibentuk adalah kerajaan yang lemah.
Mahathir memberi contoh kerajaan Bn yang sedia ada adalah kerajaan yang lemah, atas sebab itu takut membuat keputusan.
Dalam mengulas kenyataan Mahathir itu, Perdana Menteri- DS Najib berkata bahawa barisan kepimpinannya akan berusaha membentuk kerajaan yang kuat selepas PRU-13 dan yakin Bn akan mampu menang dengan kuasa 2/3.
Namun, ramai penganalisis politik tempatan, termasuk majlis professor negara, beranggapan bahawa walaupun Bn masih boleh menang namun kemenangan itu ditandai dengan jumlah kerusi yang merosot, ertinya Bn hanya akan mampu menang di bawah 140 kerusi parlimen.
Pada PRU-2008, terdapat 17 kerusi parlimen yang dimenangi di bawah 1000 undi majoriti, manakala 63 kawasan campuran masih dalam tandatanya, di mana pemenangnya akan dietentukan oleh pengundi atas pagar.
Dalam PRU-13 ini, perkara mustahak sebelah mana kah yang mempunyai keunggulan dalam soal 3M; pada PRU-12 lalu, nyata penggunaan media alternatif dikuasai oleh pihak pembangkang, namun pada kali ini, nampaknya Bn telah mengimbangi penguasaan pembangkang dalam dunia siber.
Money dan machinery, tiada siapa yang tahu kekuatan pembangkang dalam soal Money, namun daripada segi machinery nampaknya Bn masih punya keunggulan. Faktor penentunya adalah determinasi.. pihak pembangkang mempunyai determinasi yang agresif kerana mereka mahu merampas kerajaan, manakala pihak Bn dalam keadaan bertahan, kerana rasa tanggungjawab yang tinggi sesuai dengan visi Janji Ditepati, manakala pembangkang bebas menabur berbagai janji termasuk bulan dan bintang serta galaxy.
Para pemimpin pembangkang semasa berceramah seperti penjual ubat jalanan yang menjual ubat dengan menyatakan ubat mereka sangat mujarab, walaupun tiada fakta yang menunjukkan bahawa ubat mereka mujarab.
Kekangan kepada pemimpin Kerajaan adalah mereka tidak boleh membuat janji yang sukar dilaksanakan, atas sebab itu, jika rakyat termakan janji-janji retorik, terutama mereka yang berada di atas pagar yang jumlahnya jutaan daripada lebih 12 juta pengundi yang layak mengundi pada PRU kali ini, maka atas sebab itu, adalah sukar meramal keputusan PRU kali ini.
Adalah belum terlambat bagi pihak Bn untuk mempergunakan sedikit masa yang tersisa ini bagi mendapat sokongan daripada pengundi terutama mereka yang di atas pagar. Gunakan kelebihan yang ada, jangan lokek, kerana apabila pengundian telah selesai, penyesalan tidak berguna lagi. ALL OUT BN.
8 comments:
Barisan Nasional (BN) Sabah tidak seharusnya menunggu kemunculan pilihan raya sebagai alasan bekerja untuk rakyat.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang juga Pengerusi BN negeri, sebaliknya berkata jentera BN seharusnya sentiasa mendekati rakyat dan mendengar rintihan mereka.
"Sama ada pilihan raya jadi atau tidak, BN sentiasa bekerja, sentiasa turun padang dan mendekati rakyat.
"Kita perlu terus mengadakan kerjasama dengan pegawai daerah, wakil-wakil rakyat dan pemimpin masyarakat untuk mengetahui masalah rakyat yang memerlukan bantuan dan pembelaan," katanya.
BN sentiasa mengutamakan rakyat, tidak kira PRU ataupun tidak.
Sentiasa turun padang bagi mendengar masalah rakyat, dan berbincang dencang wakil-wakil penduduk agar nasib dan masalah rakyat dapat di bantu.
apapun, hnya yang trbaik akan menjadi pilihan rakyat.
truskan mendapatkan sokongan dari seluruh lapisan rakyat.
Post a Comment