PUNCAnya apabila Penduduk Sabah bertambah 285 peratus pada tahun 2000 berbanding jumlah pada tahun 1970.
Pada tahun 1970 jumlah penduduk Sabah adalah 636,437 orang, manakala pada tahun 2000 meningkat kepada 2,449,389. Melalui pertambahan ini mengakibat kadar pertambahan penduduk Sabah menjadi tiga kali ganda berbanding pertambahan penduduk kebangsaan.
Pada tahun 1970, Penduduk Semenanjung adalah 10,439,430 dan pada tahun 2000 menjadi 22,202,614 dengan kadar pertambahan sebanyak 3.8 peratus setahun, sementara Sarawak pada tahun 1970 berpenduduk 976,269 dan pada tahun 2000 berpenduduk 2,012,616 dengan kadar pertambahan 3.5 peratus setahun.
Atas pertambahan penduduk yang mendadak meningkat itu, maka berbagai pihak menuding jari kepada kerajaan Bn terutama Umno, kononnya parti terbesar melayu itu dibelakang program pertambahan penduduk itu untuk mengubah demografi penduduk Sabah.
Pihak-pihak tertentu menuding jari kepada pendatang daripada Filipina mahupun Indonesia, samada pendatang itu datang secara sah mahupun tidak rasmi atau pelarian.
Atas berbagai dakwaan mengenai pertambahan penduduk Sabah, akhirnya kerajaan menubuhkan RCI untuk mencari punca pertambahan penduduk Sabah itu.
Melalui RCI itu, yang kini telah masuk ke tahap ke dua pendengaran yang bermula hari ini; berbagai andaian, keterangan dan macam-macam lagi karenah yang berkaitan dengan pertambahan penduduk.
Ada kesaksian yang memberi tahu RCI, bahawa usaha penambahan penduduk adalah atas inisiatif peribadi, kerana untuk membolehkan setiap rakyat yang berada di Sabah bebas bergerak kerana mempunyai Kad Pengenalan Yang Sah, selain itu, ianya juga bertujuan untuk mengenali pasti setiap penduduk yang berada dalam negeri Sabah untuk tujuan keselamatan. Pengakuan seumpama ini dikatakan sendiri oleh mantan Pengarah Pendaftaran Negeri antara tahun 1990-1992 Abdul Rauf Sani.
Ada juga keterangan yang hanya berbaur pengelaman kerana inividu-individu terbabit terlibat dalam pengeluaran Kad Pengenalan biru kepada penduduk yang tidak mempunyai kad pengenalan, dan kononnya butiran itu diberikan sendiri suruhajaya pilihanraya, agar supaya nama-nama akan sesesuai dengan data yang terdapat pada SPR.
The RCI is confined by eight terms of reference:
1) To determine number of immigrants granted blue identity cards;
2) To determine number of immigrants granted blue identity card due to statelessness;
3) To investigate whether this was done legally;
4) To investigate if immigrants holding blue identity cards were illegally registered in the electoral roll;
5) To investigate the standard operating procedures (SOP) for issuance of blue identity card and recommend improvements;
6) To probe if the authorities had taken action or done improvements to the SOP to prevent infringement of the law;
7) To investigate reason behind the increase in Sabah's population and their impact on the electoral roll; and,
8) To investigate the social implications of granting citizenship to immigrants in the state.
Berikutan keterangan-keterangan saksi yang kebanyaknya bekas tahanan ISA, ada keterangan-keterangan yang bersifat belas dendam, kerana perbuatan mereka itu konon atas arahan pihak-pihak tertentu yang lebih kanan daripada mereka, namun berakibat mereka ditahan melalui ISA yang memakan masa antara 2 bulan hingga 2 tahun.
Berhubungan berbagai keterangan timbul semasa pendengaran pada tahap pertama, Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sendiri berkata, memang ada tindakan pengeluaran kad pengenalan kepada pelarian perang yang berasal daripada Filipina, akan tetapi semuanya berasaskan kepada undang-undang yang dalam negara. Untuk itu, beliau sanggup memberi keterangan di depan panel RCI jika diminta.
Sementara itu, Peguam Negara dipetik sebagai berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang berkaitan keterangan-keterangan yang terdapat pada RCI itu, jika bukti atau fakta membolehkan untuk dirujuk ke mahkamah.
Kalau keterangan yang bersifat hearsay, yang kebanyakan diterangkan melalui RCI ini, agar sukar dikemukakan ke mahkamah, kerana mahkamah akan memberi keputusan berasaskan kepada fakta dan bukti, bukannya anggapan atau handaian.
Masih terlalu awal untuk mengetahui kesimpulan RCI ini, kerana akan banyak lagi pendedahan-pendedahan yang menyusul.
Pendengaran yang bermula hari ini akan berlarutan sehingga jumaat dan akan bersambung untuk sesi pendengaran tahap ke tiga pada 22-27 Februari depan.
20 comments:
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menegaskan kerajaan sentiasa prihatin terhadap kehendak dan keperluan rakyat di samping komited menunaikan janji dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.
"Kita bukanlah kerajaan yang bersikap perkauman, apatah lagi menggunakan isu-isu perkauman untuk kepentingan politik.
"Oleh itu, suka saya mengingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya Sabah supaya tidak terpedaya dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu yang hanya menghancurkan kemajuan, kemakmuran dan keharmonian yang telah kita bina bersama," katanya.
Musa turut mengingatkan wakil-wakil rakyat BN agar sentiasa mendengar denyut nadi rakyat, memenuhi keperluan rakyat dan menyelesaikan masalah mereka dengan cara yang terbaik.
Katanya sebagai keluarga besar dalam BN, seharusnya mengukuhkan kesatuan, muafakat dan kerjasama bagi membentuk sebuah pasukan kukuh dan mantap bagi membela nasib rakyat dan membangunkan negeri ini.
PErcayalah dengan adanya RCI ini akan dapat menyelesaikan dan mencari jawapan untuk semua ini.
Jangan kita asyik cuba untuk memutar belitkan dan mereka cerita sendiri untuk kepentingan politik semata-mata.
Rakyat perlulah terus membantu. Kerajaan meminta sesiapa juga yang mempunyai bukti atau butiran-butiran lengkap yang boleh digunakan membantu siasatan RCI .
Anwar semakin bimbang dengan penubuhan RCI ini. Sehingga Anwar mengarahkan Azmin untuk membuat kenyataan yang tidak sepatutnya.
Ini menampakkan Anwar takut Kerajaan BN mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat Sabah.
Sabah BN secretary Datuk Abdul Rahman Dahlan urged all parties not to “jump the gun” and to wait for the RCI panel’s decision once the hearing concludes and they agree on their recommendations.
“I do not want to sound like I am being prejudiced here, but think about the facts and the circumstances before you judge.
“Someone could come up there and say the fault belongs to another and so on and so forth and then who are we to blame?” he noted, adding that the blame has so far been heaped on Megat Junid, who is no longer alive to defend himself.
Jangan putar belit isu RCI: Musa
Barisan Nasional (BN) Sabah memberi amaran kepada pembangkang supaya tidak memutar belit isu penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, turut meminta pembangkang tidak menuntut faedah politik dengan mendakwa penubuhan suruhanjaya itu sebagai perjuangan mereka kerana usaha berkenaan dilakukan bersama parti komponen BN termasuk UMNO. “Jangan putar belit isu ini dan menuntut faedah politik untuk kepentingan mereka. Permintaan terhadap penubuhan RCI dibuat parti komponen BN termasuk UMNO dan bukannya pembangkang saja,” katanya. Selain itu, Musa berkata, penubuhan RCI membuktikan kesungguhan kerajaan BN dalam menyelesaikan masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah.
RCI: Jangan buat kesimpulan sendiri - Najib
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak mahu semua pihak termasuk media tidak membuat kesimpulan sendiri berhubung perkembangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah.
Sebaliknya beliau berkata tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) itu sepatutnya dipandang dari sudut positif kerana mengambil inisiatif melaksanakan siasatan terbabit.
Katanya, proses perbicaraan baru bermula dan terdapat 167 saksi akan dipanggil untuk perbicaraan.
"Perkara ini sepatutnya diterima sebagai tanggungjawab yang ikhlas daripada kami (BN) sebagai sebuah parti yang prihatin menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat pribumi Sabah.
"Lebih baik jangan terus membuat kesimpulan, terdapat 167 saksi yang akan dibicarakan, biarlah ianya mengikut prosedur," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Tertinggi BN di ibu negara malam tadi.
Malah, Najib menyifatkan pemberian kad pengenalan itu bukan isu besar dan beliau tidak melihat pendedahan dalam RCI akan membawa kesan yang buruk kepada BN dan pentadbirannya.
"Selagi kamu (wartawan) tidak putar belit isu ini, tidak ada apa-apa yang akan berbangkit," ujarnya.
RCI: Jangan buat kesimpulan sendiri - Najib
Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menangani masalah pendatang tanpa izin di Sabah memulakan pendengaran awam di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu bermula 14 Januari lalu.
Bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Ramli Kamarudin yang menjadi saksi RCI baru-baru ini mendakwa kerajaan BN Sabah terlibat memberikan kad pengenalan kepada pendatang asing tanpa izin.
Bagaimanapun, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyandang jawatan Perdana Menteri ketika itu mengaku bertindak demikian.
Katanya lagi, tindakan itu setelah mengambil kira syarat kelayakan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada sebelum kerakyatan diberikan kepada pendatang asing di negeri itu.
RCI: Jangan buat kesimpulan sendiri - Najib
Mengulas lanjut pengakuan Dr Mahathir berhubung pemberian kad pengenalan, Najib berkata selagi ia dibuat mengikut undang-undang, ia tidak menjadi satu kesalahan.
"Selagi hak kerakyatan diberikan berlandaskan undang-undang, tidak ada salahnya.
"Seperti apa yang Tun Mahathir cakap, 1 juta telah diberikan kerakyatan kepada semua rakyat yang yang layak, Melayu, Cina dan India.
"Selagi kerakyatan diberikan mengikut undang-undang, terdapat negara luar selain Malaysia juga berbuat demikian melalui peraturan yang telah ditetapkan, perkara itu tidak salah," jelas beliau.
RCI yang diilhamkan oleh Najib memastikan mana-mana kepincangan yang mencabul pemberian dokumen kewarganegaraan tidak berulang.
Najib lebih mengutamakan Sabah dan rakyatnya daripada pengaruh dan implikasi RCI itu kepada pilihan raya umum tidak lama lagi.
Najib sementara itu turut tidak menyifatkan perkara ini sebagai satu ancaman kepada BN menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Semua pihak perlu meneliti keseluruhan siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap masalah pendatang tanpa izin di Sabah sebelum membuat sebarang kesimpulan,
emua pihak tidak boleh membuat kesimpulan awal dengan hanya mendengar keterangan saksi yang telah memberi kenyataan dalam RCI.
Tindakan mempolitikkan keterangan beberapa saksi pertama prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah tidak akan membantu masyarakat negeri itu.
Jangan ambil peluang ini mempolitikkan isu itu untuk mencetuskan kebencian rakyat terhadap kerajaan kerana ini tidak akan membantu mana-mana pihak pun termasuk rakyat Sabah sendiri
Post a Comment