30 January 2013

RCI Sabah: Terbongkar Skim Cepat Kaya Itu

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Pendatang Asing di Sabah semalam diberitahu, pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing di negeri ini tidak mendapat arahan mana-mana pihak. 

Sebaliknya, pengeluaran dokumen pengenalan diri itu didalangi sindiket yang turut membabitkan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengaut keuntungan. 

Perkara itu diberitahu saksi ke-33 dan ke-34 prosiding RCI Pendatang Asing di Sabah iaitu bekas pegawai Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ibrahim Zakaria dan Deputi Superintendan Badaruddin Ismail yang menjalankan soal siasat terhadap beberapa kakitangan JPN pada 1996. 

Dalam prosiding semalam, Ibrahim yang kini Ketua Cawangan Khas Polis Sarawak, berkata beliau ditugaskan mengambil keterangan bekas Pengarah JPN Sabah, Datuk Abd Rauf Sani serta dua lagi individu yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam operasi membanteras pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing di negeri ini. 

“Abd Rauf mengaku mengeluarkan 6,305 kad pengenalan dan mendapat RM167,300. Beliau turut mengaku ia bagi mengaut keuntungan dan tidak beritahu ada mendapat arahan pihak tertentu,” katanya. 

Beliau menjawab soalan pegawai pengendali, Manoj Kurup pada prosiding RCI Pendatang Asing di Sabah di Kompleks Mahkamah di sini. 

Sementara itu, Badaruddin berkata, bekas Pengarah JPN Sabah, Ramli Kamaruddin yang ditemu bualnya pada 1996 mengaku mengeluarkan 16,000 resit 1/9 (resit sementara kad pengenalan) dan resit 1/11 (resit sementara kad pengenalan hilang) kepada warga Indonesia, Filipina, Pakistan dan India. 
“Ramli beritahu resit itu dijual RM250 setiap satu dan mereka mengumpul lebih RM1 juta hasil daripada penjualannya,” katanya yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan . 

Badaruddin juga memberitahu, Ramli menyatakan tidak mendapat arahan sesiapa termasuk pemimpin negara dalam mengeluarkan resit sementara kad pengenalan kepada warga asing sekitar 1993 sehingga 1995. 

“Ramli beritahu 14,000 resit diberi secara berkelompok kepada kakitangan JPN lain, manakala 2,000 lagi diserahkannya sendiri kepada individu yang menemuinya di pejabat. 

“Pertama, ia diagihkan sesama kakitangan dan kedua bagi kegunaan peribadinya (Ramli). Beliau juga pernah menaja kakitangan JPN ke pesta sukan di Pulau Pinang,” katanya.

13 comments:

Teruterubozu said...

Isu Kad Pengenalan dan kebanjiran pendatang asing di Sabah adalah satu bentuk peng"komersial"an Kad pengenalan.

Teruterubozu said...

Kenyataan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah jelas menunjukkan Tidak Wujud apa yang dikatakan Projek IC oleh JPN atau pun Kerajaan Barisan Nasional.

Teruterubozu said...

Apa yang berlaku ialah Sindiket yang dibuat oleh individu-individu tertentu di Sabah. Mereka ini yang kebanyakannya sudah bermastautin lama di Sabah telah “mengkomersialkan” kononnya mereka boleh mendapatkan IC dengan cara mudah.

Teruterubozu said...

Sebuah keluarga, Saudara Alif (nama sebenar), menyatakan kepada dia kerugian RM3,500 kerana mempercayai sindiket ini. Seorang lagi mangsa sindiket ini Puan Berami (bukan nama sebenar) mengatakan beliau sudah mengeluarkan wang hampir RM10,000.00 kepada sindiket-sindiket ini yang dikenali dengan nama “pengurus” kononnya mereka mempunyai kenalan pegawai di JPN. Malah ramai lagi yang kami jumpa menyatakan mereka tertipu dengan sindiket.

Teruterubozu said...

Sebaliknya, Kerajaan Persekutuan sejak dahulu lagi sehingga kini dengan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditransformkan oleh kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional pada zaman Pak Lah, telah menangkap beratus-ratus individu di Sabah sama ada di kalangan kakitangan JPN atau pun individu-individu yang menjadi dalang sindiket IC ini.

Teruterubozu said...

Sangat jelas, Kerajaan Persekutuan tidak pernah berkompromi akan hal ini. Dapat dilihat, Isu IC di Sabah ini lebih kepada Kebodohan, Kerakusan dan Ketamakan sesetengah orang yang bertujuan mendapatkan wang dengan cara mudah.

Paquin said...

Kalau tidak ada arahan, bukankah ini bermakna projek ic diwujudkan oleh individu yang tamak utk kepentingan diri sendiri.

Paquin said...

Namun semua saksi bolhe cakap apa yang mereka nak dan Panel akan buat keputusan setelah prosiding RCI tamat.

Paquin said...

RCI tell-all may finally end Sabah illegals problem, say state BN leaders

“I can say this to you — this is exactly what we have been fighting for, this RCI. There was a chorus of claims from the opposition when the panel was formed... they said that nothing positive would come of this.

“But look here, those subpoenaed as witnesses, they are credible people,” said United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO) secretary-general Datuk Wilfred Madius Tangau when contacted here.

“I think, from what has already been said, we can expect that more will be revealed,” said the politician, who has also been summoned as a witness to the panel.

Paquin said...

RCI tell-all may finally end Sabah illegals problem, say state BN leaders

Parti Bersatu Sabah (PBS) information chief Datuk Johnny Mositun echoed the same, saying that BN was not afraid to unearth every piece of evidence on the unchecked influx of foreigners into Sabah and the state’s unhealthy population boom.

He pointed out that details on the alleged “Projek IC” have in the past been repeatedly revealed, particularly during the Likas election petition case in the High Court, but no action had been taken then.


Wilfred has also been summoned as a witness to the RCI.
“I think since our government is sincere here with this RCI, I appeal, I appeal that investigations are carried out properly... prove this happened so that it can be resolved for good,” he said.

Paquin said...

RCI tell-all may finally end Sabah illegals problem, say state BN leaders

But the leaders were also quick to add that the purpose of the royal panel probe was not to go on a “witch hunt” and punish those deemed responsible for the longstanding dilemma.

They pointed out that despite the damning testimonies, the RCI proceedings are unlike that of a court case where witnesses are later cross-examined to offer the accused party a chance to defend his or herself.

mantera said...

RCI Sabah akan membongkar byk perkara melibatkan projek IC.

mantera said...

moga lebih byk akan didedahkan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels