SAMBUTAN Maulidur Rasul tahun ini yang bertemakan Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah; jika dihayati, maka perpaduan boleh dicapai serta kecemerlangan akan menjadi kenyataan.
Melalui pendekatan ini diharapkan semua rakyat memahami dan menyedari kepentingan perpaduan dalam sesebuah masyarakat dan negara.
Sementara itu titah Yang Dipertuan Agong "Perpaduan, kestabilan dan kesejahteraan adalah amat penting untuk meneruskan agenda pembangunan, membina kekuatan dan mendaulatkan negara," titah baginda pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun 1434H.
Di Sabah Perarakan Maulidur Rasul tahun ini, bermula daripada Padang Merdeka yang diketuai Ketua Menteri Sabah. Turut serta Speaker DUN Sabah, Timbalan Ketua Menteri Sabah-Yahya Hussien, para kabinet negeri yang beragama islam. Kelihatan juga Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Tuan Haji Nizam Abu Bakar Titingan, bersama ribuan peserta yang terdiri daripada kakitangan awam, orang awam dan para pelajar.
Sempenana dengan sambutan Maulidur Rasul tahun ini, dengan tema Wasatiyyah-diharapkan seluruh rakyat agar bersama-sama mengekal dan memperkukuhkan perpaduan untuk membina kekuatan bagi memajukan agama, bangsa dan negara.
Rakyat diseru agar sama-sama menjayakan setiap usaha pembaharuan dan perubahan dengan menggunakan acuan Islam sebagaimana yang diajar Nabi Muhammad S.A.W iaitu dengan penuh kesederhanaan dan berimbang.
Rasulullah menunjukkan bahawa kepelbagaian dalam masyarakat sama ada dari segi keturunan, pegangan agama, budaya dan bahasa, bukanlah satu masalah dan penghalang kepada perpaduan asalkan kesederhanaan atau pun pendekatan wasatiyyah itu dijadikan amalan dalam kehidupan.
8 comments:
Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin mengingatkan orang ramai terutama umat Islam untuk menjadikan sifat wasatiyyah atau bersederhana sebagai amalan hidup seharian.
Beliau berkata, wasatiyyah adalah nilai universal yang relevan bagi semua agama dan kelompok masyarakat kerana ia menitik beratkan soal keseimbangan, keadilan dan kecemerlangan secara menyeluruh.
Katanya, nilai murni tersebut dikongsi bersama oleh semua bangsa tanpa mengira anutan agama kerana hakikat manusia yang siuman atau waras fikirannya amat membenci perbuatan melampau, zalim dan tidak berperikemanusiaan.
"Maka adalah tepat dan kena pada masanya bagi seluruh warga Malaysia menjadikan nilai keserderhanaan sebagai budaya hidup kerana ia adalah ramuan penting dalam melahirkan masyarakat yang aman harmoni, bertolak ansur dan bersatu padu," katanya.
Tun Juhar berkata, wasatiyyah merupakan resipi memulihara semangat menyesuaikan diri dan sikap hormat menghormati yang menjadi asas dan kekuatan kepada perpaduan pelbagai kaum dan etnik di negeri ini sejak sekian lama.
Sehubungan itu katanya, beliau berharap orang ramai dapat meraikan kehadiran tahun baru hari ini dengan tekad dan keazaman untuk mempertahankan kesucian agama Islam kerana berkat konsep kesederhanaan yang dianjurkan membolehkan rakyat terus menikmati keamanan.
"Sekiranya umat Islam mempunyai kesedaran dan iltizam untuk berubah secara positif dari segi sikap dan budaya kerja, saya yakin kita akan berupaya mengekalkan perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.
"Ia sekali gus akan mampu menangani segala cabaran serta hambatan menjayakan wawasan negara menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 nanti," katanya.
Post a Comment