6 May 2018

PRU-14 SABAH: TIADA LAGI TSUNAMI KDM

TIGA hari lagi penentuan PRU-14. Harapan Parti Warisan Sabah/PH bahawa akan berlaku tsunami KDM, ternyata tidak akan berlaku.

Parti itu menjangkakan bahwa trend PRU-13 akan berterusan, rupanya sangkaan mereka itu seperti disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Di setiap kawasan, khususnya kawasan pada PRU-13 lalu, di mana calon-calon Bn menang walaupun mendapat jumlah undi di bawah 50%, namun pada PRU kali ini, sokongan pengundi di kawasan itu telah meningkat di atas 50%.

Pada PRU kali ini, walaupun berlaku peningkatan sokongan terhadap BN di beberapa kawasan yang dikuasai DAP pada PRU-13 lalu, namun peningkatan itu tidak cukup untuk satu kemenangan. Bagi kawasan yang dimenangi PKR pula, trend sokongan rakyat, akan kita saksikan, bahawa pada PRU kali ini, tiada calon yang berlambangkan mata lebam akan menduduki DUN Sabah.

Walaupun, sokongan kaum bumiputera islam begitu padu terhadap Bn, mungkin atas sentimen, ada satu atau dua kawasan masih dalam kedudukan 50/50 antraa Bn dan PWS.

Apa yang jelas menerusi PRU-14 ini, harapan PWS menakluki kawasan KDM telah sirna.

PENGKHIANAT MELAYU

KUMPULAN ini, adalah golongan pengkhianat melayu. Selain itu, mereka adalah para individu yang kenyang, ibarat habis manis sepah dibuang, kacang lupakan kulit, tamak dan pentingkan diri sendiri.

Dalam usia senja, mereka ini menunjukkan siapa sebenarnya mereka. Termakbullah Doa Mantan Presiden Pas Ustaz Fadil Noor, para pemimpin Umno yang zalim, tamak-haloba, akan memperkenalkan diri sendiri, sebelum meninggalkan dunia yang fana ini.

Tun Dr Mahathir, Tun Daim, Rafidah, adalah mantan-mantan pemimpin Umno selama berdekad mencatur kepimpinan negara, mencatur ekonomi negara, sehinggakan rakyat negara ini terbuai, bahawa mereka lah yang terbaik. Namun, selepas DS Najib Razak mengambil alih pemerintahan negara, rupanya mereka ini, adalah kumpulan pariah, kumpulan tamak, kerana perbezaan ibarat langit dan bumi. Najib mengutamakan rakyat, mereka ini mengutamakan para kontraktor/kroni yang mana jari tangan pun tidak habis dikira, kerana jumlahnya terlalu sedikit.

Mereka ini, cemburu, kerana DS Najib didoakan oleh hampir 7juta penerima BRIM, sementara mereka yang tergolong tamak-haloba ini, didokong oleh beberapa kerat orang-orang kaya, yang kehilangan bisnes semasa era Najib.

Boleh percaya kah, kenyataan pemimpin seumpama ini? Jika kata Daim, orang cina jangan undi MCA, kerana semasa kepimpinan Datuk Chua Choi Lek, parti itu tidak menerima jawatan Kabinet. Sedangkan kenyataan ini, hanya sekali sahaja dibuat. Manakala Tun Mahathir, bukan sahaja menyatakan DAP adalah anti melayu, anti islam, bukan sekali tetapi beribu kali.

Berdekad, kumpulan individu ini, mendodoi kaum melayu/bumiputera bahawa DAP itu adalah parti chauvanis, namun kerana tamak haloba, mahu mendapat semula kedudukan, semua kahak ditelan semula.

5 May 2018

PRU-14 SABAH: TIADA PELUANG BAGI PEMBANGKANG

NAMPAK gayanya, selepas seminggu berkempen, status quo masih dipertahankan, malah kerusi pembangkang akan berkurang.

Pada PRU-13 pembangkang mendapat 12 kerusi Dun daripada 60 yang dipertandingkan, manakala Bn menang 48. 

Jika ramalan penganalis, sebelum pembubaran parlimen untuk membolehkan PRU-14 dijalankan, parti Warisan Sabah (PWS) akan memberi saingan sengit kepada Bn, namun kini, berbaki 4 hari kempen sebelum pembuangan undi sebenar, PWS tidakpun mengancam kedudukan Bn, sebaliknya hanya sebagai peserta dalam pesta demokrasi.

Faktor utama, mengapa parti Bn masih pilihan rakyat Sabah, walaupun berbagai cerita bohong dibuat oleh PWS dan parti pembangkang lain semata-mata untuk mengelirukan rakyat bagi memancing sokongan, nampak gaya, hanya meriah pada awalnya, akan tetapi apabila tiba pada masa penentuan, iaitu pilihanraya, rakyat Sabah memang bijak menilai, mata batu dan permata.

Parti Bn Sabah yang diterajui Tan Sri Musa Aman bagi kali ke-4, akan terus mendapat mandat daripada rakyat Sabah untuk meneruskan pembangunan & kemajuan.

Rakyat Sabah memberi kredit yang tinggi terhadap komitmen Perdana Menteri, dan sebagai balasan, rakyat Sabah terus menyokong parti Bn.

3 May 2018

PRU-14 SABAH: SHAFIE BUKAN JENAMA PILIHAN

APA yang tidak disedari pemimpin parti Warisan Sabah, bahawa jenama Shafie bukan pilihan bagi bumiputera islam mahupun bukan.

Bagi bumiputera islam, jenama Musa dan gandingan beliau Salleh, masih merupakan pilihan golongan itu, manakala pada golongan bukan islam, jenama Shafie di kedudukan tercorot berbanding pemimpin KDM yang ada dalam parti Barisan Nasional.

Berasaskan keadaan itu, parti Warisan Sabah, bukan lah ancaman kepada parti Barisan Nasional, akan tetapi hanya pesaing dalam pesta demokrasi.

Melihat kepada calon-calon PWS, tiada calon yang berwibawa memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat, ini kerana kepimpinan parti itu daripada Presiden, Timbalan dan Naib Presiden mempunyai imej negatif di mata rakyat.

Shafie mempunyai rekod tidak bertanggungjawab semasa menteri KKLW sehinggakan masih dalam jaminan SPRM. Darell pula merupakan pemimpin katak, sementara Peter Anthony dan Junz Wong mempunyai rekod buruk termasuk mahu menembak kapitan cina di Lido (Peter), sementara Junz adalah seorang pembohong sehinggakan digantung selama 6 bulan sebagai ADUN oleh Dewan Undangan Negeri Sabah.

Ada lah satu kelemahan di pihak rakyat, jika ada rakyat mengundi mereka. Di lain pihak pula, daripada senarai calon-calon PWS tiada rekod berkhidmat kepada rakyat, kecuali Datuk Karim Bujang dan Datuk Dr Yusof Yakob semasa bersama parti Barisan Nasional.

Ada lah satu kesilapan bagi pengundi, jika memilih parti dan calon-calon yang tiada rekod pencapaian, malah calon-calon yang tidak amanah semasa diberi tanggungjawab.

Para calon Barisan Nasional, selain mempunyai rekod dan pencapaian, akan tetapi mengotakan janji-janji yang telah dijanjikan.

Rekod parti Barisan Nasional Sabah semua janji-janji pada PRU-13 telah ditunaikan, manakala janji-janji parti-parti yang bertanding pada PRU tersebut, DAP dan PKR serta STAR, sudah hanyut ke laut.

Demikian juga janji-janji parti-parti sedemikian seperti parti PWS, dan parti pembangkang lain, selepas PRU-14, akan juga hanyut ke laut, kerana janji-janji mereka itu hanya janji bulan bintang dan retorik.

2 May 2018

RAMALAN KEPUTUSAN AWAL KAWASAN KOTA BELUD

ADALAH diramalkan, bahawa semua kawasan yang dipertandingkan di kawasan Kota Belud akan dimenangi calon-calon parti Barisan Nasional.

Kota Belud mempunyai 3 DUN, iaitu Tempasuk, Kedamaian dan Usukan. 

Pada PRU kali ini, Tempasuk mempunyai 19,129 pengundi. Diperkirakan seramai 15,686 akan menunaikan tanggungjawab. Daripada yang keluar mengundi calon Bn akan mendapat 8,941 undi, manakala calon terdekat daripada PKR dengan undi 4,549. Dengan demikian, Bn menang dengan majoriti 4,392.

Bagi Dun Kedamaian pula mempunyai 17,982 pengundi. Diperkirakan seramai 14,745 akan menunaikan tanggungjawab. Daripada yang keluar mengundi calon Bn akan mendapat 7,078 undi, manakala calon terdekat daripada PKR dengan undi 4,866. Dengan demikian, Bn menang dengan majoriti 2,212.

Dun Usukan pula, mempunyai 20,808 pengundi. Diperkirakan seramai 17,063kan menunaikan tanggungjawab. Daripada yang keluar mengundi calon Bn akan mendapat 11,773 undi, manakala calon terdekat daripada PWS dengan undi 4,948. Dengan demikian, Bn menang dengan majoriti 6,825.

Untuk Parlimen Kota Belud pula, calon Bn- Datuk Salleh Tun Said akan mendapat undi sebanyak 28,496. Manakala calon terdekat PWS sebanyak 16,623. Dengan demikian, calon Bn menang dengan majoriti 11,873.

30 April 2018

SLOGAN UBAH!!! APA YANG DIUBAH?

SLOGAN parti Warisan Sabah (PWS) UBAH, sebenarnya bukan untuk kemajuan & pembangunan, kerana istilah UBAH itu, hanya mengubah jawatan-jawatan politik, seperti jawatan Ketua Menteri, menteri-menteri, setiausaha-setiausaha politik, pemimpin kemajuan masyarkat (PPM), pengerusi syarikat-syarikat kerajaan.

Mereka mahu mengubah HALATUJU Pembangunan & Kemajuan Sabah. Selain itu, mereka tergiur dengan SIMPANAN kewangan Sabah yang mendekati RM4bilion, mereka teringin sangat menebang 1.87juta hektar kawasan kayu balak Sabah. 

Sebenarnya, tujuan slogan UBAH itu, mereka mahu mendapat peluang hasil pencapaian kerajaan Barisan Nasional.

Cuba bayangkan, kerajaan Pimpinan Tan Sri Musa Aman, bermula pada tahun 2003, bersusah payah mengumpul kewangan negeri, daripada RM184juta kepada RM3.74bilion, berusaha membentangkan bajet negeri daripada di bawah RM2bilion kepada lebih RM4bilion (lebih RM4000juta). 

Kerajaan yang diterjaui Barisan Nasional, bertindak sedemikian rupa, supaya kawasan hutan kekal terus bertambah untuk masa depan generasi penerus. Sebagai rekod, tahun 2002, hutan kekal Sabah hanya 838ribu hektar, kini lebih 1.87juta hektar. 

PWS membawa slogan UBAH, sebenarnya untuk memenuhi kehendakan peribadi, bukan untuk rakyat. Para pemimpin parti itu, mahu menjurumuskan semula Sabah dan rakyatnya ke era kemiskinan, kerana melihat perancangan mereka, hanya menggali atau membelanjakan wang yang berjaya dikumpul oleh kerajaan Barisan Nasional.

Jika rakyat Sabah terpengaruh dengan slogan UBAH, makna kata, mereka tertipu selamanya.

29 April 2018

PRU-14 SABAH: BENAR-BENAR PESTA DEMOKRASI

BETAPA menariknya jawatan Wakil Rakyat. PRU-14 Sabah telah menarik 349 calon yang mewakili berbagai parti termasuk calon bebas, malah pencacai di media sosial pun masuk gelangang merebut jawatan wakil rakyat. PRU Sabah kali ini, benar-benar menggambarkan pesta demokrasi.

PRU-14 Sabah kali ini, bukan sahaja dapat menarik ramai profesional, akan tetapi juga termasuk petani,dan mantan-mantan pesara kerajaan.

Daripada 349 calon tersebut hanya 85 calon sahaja bakal dipilih sebagai wakil rakyat, 25 ahli parlimen dan 60 ahli dewan undangan negeri.

Daripada 25 Parlimen, hanya satu parlimen berlaku satu lawan satu, iaitu parlimen Sandakan antara Bn dan DAP dan daripada 60 Dun hanya dua berlaku satu lawan satu, iaitu di Elopura antara Bn-DAP dan Dun Senallang antara Bn-PWS.

Daripada 25 kawasan Parlimen, walaupun terdapat beberapa kerusi panas, akan tetapi Bn sekurang-kurang unggul di 21 kawasan, manakala DAP satu. 

Apa yang paling menarik untuk diamati pada PRU kali ini, adalah Parlimen Semporna, Dun Senallang, Parlimen Kimanis dan Dun Sindumin. Menariknya kawasan-kawasan ini kerana berlaku pertembungan antara mantan seperjuangan. Apa yang dilihat di kawasan tersebut, apa kah pengundi mengundi calon atau parti yang di wakili. Jika faktor calon, nampaknya kedudukan adalah seimbang, namun jika pengundi berasaskan parti, maka Bn mempunyai kedudukan yang lebih baik. Kerana parti Bn mempunyai kedudukan yang lebih baik, maka, kawasan-kawasan tersebut akan dimenangi Bn, meskipun dengan jumlah majoriti yang agak menurun berbanding PRU-13.

Nampaknya bagi Dun Luyang, Kapayan, Likas, Sri Tanjong, Bn mempunyai peluang tipis, manakala bagi Dun Api-Api dan Moyog, Bn mungkin melakukan kejutan.

Di kawasan pedalaman, meskipun pada PRU-13 telah berlaku sedikit tsunami KDM, namun pada kali ini, kawasan-kawasan itu bakal di sapu bersih oleh calon-calon Bn, termasuk Dun Bingkor. 

Selain itu, walaupun Bn dicabar dengan sengitnya di Dun Matunggong dan Kiulu, kawasan itu bakal dimenangi Bn, demikian juga di Dun Tamparuli dan Inanam.

Meskipun PRU kali ini, cukup mencabar bagi Bn, namun membentuk kerajaan selepas pembuangan undi pada 9 Mei nanti adalah dalam jangkaun.

Tidak dinafikan, bahawa parti pembangkang akan mendapat kerusi, terutama DAP, manakala PKR kemungkinan besar kosong pada kali ini, dan bagi PWS, hanya bergantung di Dun Moyog dan Penampang. Manakala parti-parti lain, tiada peluang mendapat kerusi.

28 April 2018

PRU-14 SABAH: POLA PENCALONAN BERPIHAK KEPADA BN

MELIHAT pola pencalonan bagi seluruh Sabah, KECUALI bagi Parlimen Kota Kinabalu, Dun Luyang, Dun Kapayan dan Dun Likas serta Sri Tanjong kawasan-kawasan lain peluang Bn menang cukup cerah. 

Daripada 60 kawasan DUN, jika sebelum ini penulis membuat perkiraan berasaskan senarai calon-calon antara BN dan PWS/PH, bahawa Bn akan menang mudah di 36 kawasan, namun kini selepas penamaan calon, kawasan clear bagi Bn telah meningkat kepada 48. 8 kawasan Dun dalam kedudukan 50/50. 

Peningkatan kawasan "clear" bagi Bn kerana pertembungan berbagai penjuru, di mana kekuatan antara parti pembangkang agak seimbang. Dengan keadaan demikian, membolehkan Bn menerusi prinsip First Pass The Post menang, walaupun jumlah peratusan daripada seluruh pengundi antara 40-48%.

Kawasan-kawasan sebelum ini penulis kategorikan sebagai kawasan-kawasan 50/50 sudah berpihak kepada Bn berasaskan kekuatan calon-calon pembangkang yang bertanding.

Dalam kawasan yang masih terkategori 50/50 antaranya Dun Senallang, Dun Sulabayan, Dun Api-Api, Dun Kiulu, Moyog, Karamunting dan Elopura.

Manakala bagi kawasan Parlimen, kecuali Kota Kinabalu, manakala Parlimen Penampang & Sandakan dalam kedudukan 50/50, manakala kawasan lain clear bagi Bn, termasuk Parlimen Semporna. Semporna menjadi clear kerana sumbangan kemenangan bagi Dun Bugaya yang sudah masuk kategori clear. 

Bagi Dun Senallang dan Sulabayan,mana-mana calon yang menang, majoriti antara 600-800. Oleh kerana berasaskan First Pass The Post, maka Parlimen Semporna bakal dimenangi calon Bn.

PRU-14 SABAH: PARLIMEN SEMPORNA- PERTEMBUNGAN BN PARTI WARISAN

SEMPORNA sejak dahulu kala adalah Wilayah Usno (kecuali satu penggal di era Parti Berjaya, kawasan itu dimenangi calon parti Berjaya). 

Sejak Umno menggantikan Usno Semporna terus diwakili calon Umno. 

Pada PRU-14 ini, pemimpin yang mewakili Umno sejak tahun 1995 menjadi penentang.

Jika pengundi Semporna masih berpegang kepada perjuangan dan amalan biasa, maka calon-calon parti itu tiada halangan mempertahankan kawasan itu.

Bagi mempertahankan Parlimen Semporna, Bn mempertaruhkan Datuk Haji Ramlee Marahaban, mantan ADUN Bogaya. Beliau ditentang Datuk Shafie Apdal (Warisan), Asmara Asmad (HARAPAN RAKYAT) dan Abdul Nasir Ab Rauf (PAS).

Tiga Dun di kawasan Parlimen itu, menyaksikan satu lawan satu di Dun Senallang, antara penyandang Datuk Nasir Sakaran melawan Datuk Shafie, Dun Sulabayan menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan penyandangnya, Datuk Dr Jaujan Sambakong (WARISAN) yang dicabar calon BN, Datuk Harman Mohamad selain Utung Tanjung Baru (HARAPAN RAKYAT) dan calon PAS, Abdul Nasir Ab Rauf.

DUN Bugaya pula menyaksikan saingan enam penjuru antara calon BN, Datuk Razak Sakaran; calon WARISAN, Manis Muka Mohd Dara, disamping calon Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Kulli Malaram; wakil Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Mohammad Said Tiblan, Mahamod Sarahil (PAS) dan calon Bebas, Abd Muksin Mohamad Hasan.

27 April 2018

PRU-14 SABAH: KEBARANGKALIAN KEPUTUSAN

BERASASKAN kepada senarai calon-calon antara Bn dan parti lawan, ianya akan mampu menarik setidak-tidaknya 862 ribu pengundi keluar mengundi daripada 1.111 juta pengundi Sabah.

Senarai calon-calon Bn boleh menarik sekurang-kurangnya 499,600 pengundi mengundi Bn, manakala calon-calon PWS/DAP/PKR dan menarik 268,000 pengundi.

499,600 pengundi dapat diterjemahkan antara 36-54 kerusi Dun dan 21-23 kerusi Parlimen.

268,000 pengundi yang mengundi parti lawan, dapat diterjemahkan antara 6-14 kerusi Dun dan Parlimen 4-2.

Kalaulah calon-calon dirangkingkan, sebelum penamaan calon di peringkat DUN menempati ranking 1-36 adalah BN, DAP 37-40, manakala ranking 41-60 rebutan antara Bn, PWS, PKR dan DAP. Manakala di peringkat Parlimen ranking 1-19 ditempati BN, ke-20 oleh DAP, manakala 21-25 rebutan antara Bn/PWS/DAP. 

Daripada 60 kawasan Dun yang dipertandingkan 36 kawasan positif kepada Bn, 4 DAP, manakala 20 Dun rebutan antara BN/PWS/PKR/DAP. Daripada 20 kawasan DUN yang menjadi rebutan, 11 cenderung berpihak kepada Bn, 6 kepada PWS, dua DAP dan 1 PKR. Melihat kepada kecenderungan itu, semacam Bn akan kehilangan 1 kerusi Dun berbanding PRU-13. Di peringkat Parlimen pula daripada 25 yang dipertandingkan 19 berpihak kepada Bn, 1 DAP, manakala 5 yang menjadi rebutan, 2 positif kepada Bn, 2 positif kepada PWS dan 1 kepada DAP. Melihat kepada kecendeungan itu, Bn akan kehilangan 1 kerusi Parlimen berbanding PRU-13.

Kebarangkalian keputusan PRU-14 Sabah, adalah bagi Dun- BN:47, DAP:6, PWS: 6 dan PKR:1, manakala Parlimen Bn-21, PWS-2, DAP-2.

Perkiraan di atas semata-mata berasaskan kepada senarai calon dan parti yang bertanding. Keadaan akan berubah semasa tempoh kempen, kerana jentera mana yang lebih agrisif dan ampuh, boleh menyebabkan swing votes antara 5-6%. Melihat kepada jentera, sudah tentu Bn mempunyai jentera yang ampuh dan tersusun. Jika semua berjalan dengan baik, Bn boleh menambah antara 4-7 kerusi diperingkat Dun, manakala di peringkat Parlimen 2. Pada keadaan demikian, Bn boleh menang antara 51-54 Dun dan Parlimen 23, asalkan jentera Bn boleh menarik sekurang-kurangnya 5-6% daripada 268,000 pengundi yang berkenderungan memilih parti lawan.

Walaupun angka-angka yang disebutkan hanya berasaskan perkiraan berpandukan kepada PRU-13 dan senario keadaan semasa, ianya tidak akan jauh berbeza apabila keputusan diumumkan selepas pembuangan undi pada 9 Mei.

PRU-14 SABAH: 7 DUN & 4 PARLIMEN- BN- PARTI WARISAN BERKEDUDUKAN 50:50

MELIHAT kepada calon yang bertanding, antara Bn & Warisan, terdapatnya 7 kawasan DUN dan 4 kawasan Parlimen berkedudukan 50:50.

Bagi kawasan DUN adalah N11-Kiulu- antara penyebab Dun ini berkedudukan 50:50 kerana penyokong Bn dan pembangkang hampir seimbang, meskipun pada PRU-13 lalu dimenangi Bn. Bagi PRU-14, Bn diwakili Datuk Joinston Bangkuai dan PWS- Jo- Anna Rampas.

N-17 Tanjong Aru, meskipun Dun itu dimenangi Bn dengan undi popular 53.4% pada PRU-13, namun kehadiran mantan ADUN Likas Junz Wong (PWS) menjadikan pertembungan antara naib Presiden PWS itu dengan calon Bn- Edward Yong mempunyai peluang yang sama.

N-20 Moyog- Meskipun kawasan itu memangpun wilayah pembangkang berasaskan kepada keputusan PRU-13, yang mana calon Bn yang sama hanya mendapat 38.98% undi popular, namun peluang masih berkeadaan sama, kerana calon PWS, selain pendatang baru, juga kurang dikenali.

N-28 Sindumin- Memanglah Dun ini adalah wilayah Bn, namun pertembungan antara pemimpin veteran antara Datuk Sapawi Ahmad (BN) dan Datuk Dr Yusof Yakob-PWS (mantan pemimpin Umno) menyebabkan antara mereka mempunyai peluang yang sama.

N-38 Nabawan- Pertembungan berulang antara dua calon, walaupun calon Bn pada PRU-13 lalu Datuk Bobby Suan menang dengan undi popular 48.65%, menunjukkan bahawa peluang antara Bn dan PWS dalam keadaan yang sama.

N-52 Sulabayan- kaawasan ini memang dianggap sebagai kawasan 50:50 sejak tertubuhnya PWS, sama kedudukannya dengan N-53 Senallang.

Bagi kawasan Parlimen pula, P-171 Sepanggar berkedudukan sama rata antara Bn dan PWS, demikian juga P-174 Penampang, P-176 Kimanis dan P-186 Semporna.

Nampaknya kawasan-kawasan pertembungan antara Bn dan PWS, kawasan-kawasan yang disenaraikan adalah kawasan-kawasan panas bagi Bn.

Tergambar sungguh, pemimpin utama PWS termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ketua Wira melakukan kamikaze atau do or die.

Parti mana yang bakal menang di kawasan-kawasan yang disenraikan, terlalu sukar untuk ditentukan. Parti yang menang sudah tentunya terletak pada gerak kerja masing-masing selama tempoh kempen sehinggalah ke pembuangan undi.

26 April 2018

PRU-14: DATUK RAMLEE MARAHABAN DICALON BAGI PARLIMEN SEMPORNA

PADA Khamis (26 April) di Bangunan Umno Sabah, Kota Kinabalu, Pengerusi Bn Sabah Tan Sri Musa Aman dalam majlis pengumuman calon bagi 25 kawasan Parlimen dan 60 Dun turut mengumumkan ADUN dua penggal bagi DUN Bogaya yang juga Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah, Datuk Ramlee Marahaban sebagai calon bagi kawasan Parlimen Semporna mewakili Bn.

Pengumuman itu telah menepati ramalan para penganalisis politik selain cerita-cerita politik di negeri di bawah bayu akan menamankan Ramlee selepas mantan MP Kawasan itu bertukar parti kepada parti pembangkang.

Semporna adalah wilayah Bn, kerana setiap pilihanraya, sokongan pengundi kawasan itu kepada calon Bn melepasi 80% daripada jumlah keseluruhan pengundi yang membuang undi.

Di atas kertas, berasaskan rekod lampau, Bn tiada masalah mempertahankan kawasan itu. Namun, pada PRU-14 ini, calon yang mewakili Bn sejak tahun 1995 merupakan lawan utama kepada Bn.

Jika sokongan masa lampau itu, berasaskan kepada parti, maka sokongan akan beterusan pada PRU-14. Akan tetapi, jika sokongan itu berasaskan kepada individu, maka keputusan PRU-14 masih dalam teka teki.

Perlu diambil kira juga, bahawa parti Bn atau Umno, sentiasa menekankan kepada ahli dan penyokong setiap masa, bahawa yang paling utama adalah parti, bukannya individu. Jika tarbiah itu melekat pada setiap ahli dan penyokong, dengan mengambil kira, pemimpin hilang berganti, maka pada PRU-14 ini, Bn tiada masalah mempertahankan kawasan itu, meskipun calon yang berbeza.

Ramlee, hakikatnya, bukan calang-calang, kerana selain pemimpin akar umbi yang bermula daripada bawah, juga seorang pemimpin yang sentiasa mengambil berat berkaitan dengan kemajuan & pembangunan Semporna. Sebagai bukti, kurang daripada dua tahun bermula pada Julai 2016, apabila diberi peranaan untuk memajukan kawasan itu, berbagai projek untuk kebaikan rakyat berjaya di bawa di kawasan itu, antara lain menjadikan Pulau Bum-Bum sebagai Daerah Kecil, pembinaan Pusat Pelancongan Antarabangsa Semporna, pembinaan jalan 4 lorong daripada Persimpangan Kunak ke Pusat Bandar, selain persetujuan Kerajaan Persekutuan membina Jambatan Pulau Bum-Bum.

Sebenarnya, rakyat Semporna sangat beruntung jika Ramlee bakal menjadi MP Semporna, kerana beliau boleh membawa aspirasi rakyat Semporna khasnya dan Sabah amnya ke peringkat Pusat, apa tah lagi beliau, mempunyai merit untuk dilantik sebagai anggota kabinet Persekutuan.

Kepada rakyat Semporna, kemenangan Ramlee akan turut sama dengan kemenangan calon-calon Bn lain di seluruh Negara, kerana Bn akan tetap memerintah kerajaan Malaysia.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels