26 April 2018

PRU-14: DATUK RAMLEE MARAHABAN DICALON BAGI PARLIMEN SEMPORNA

PADA Khamis (26 April) di Bangunan Umno Sabah, Kota Kinabalu, Pengerusi Bn Sabah Tan Sri Musa Aman dalam majlis pengumuman calon bagi 25 kawasan Parlimen dan 60 Dun turut mengumumkan ADUN dua penggal bagi DUN Bogaya yang juga Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah, Datuk Ramlee Marahaban sebagai calon bagi kawasan Parlimen Semporna mewakili Bn.

Pengumuman itu telah menepati ramalan para penganalisis politik selain cerita-cerita politik di negeri di bawah bayu akan menamankan Ramlee selepas mantan MP Kawasan itu bertukar parti kepada parti pembangkang.

Semporna adalah wilayah Bn, kerana setiap pilihanraya, sokongan pengundi kawasan itu kepada calon Bn melepasi 80% daripada jumlah keseluruhan pengundi yang membuang undi.

Di atas kertas, berasaskan rekod lampau, Bn tiada masalah mempertahankan kawasan itu. Namun, pada PRU-14 ini, calon yang mewakili Bn sejak tahun 1995 merupakan lawan utama kepada Bn.

Jika sokongan masa lampau itu, berasaskan kepada parti, maka sokongan akan beterusan pada PRU-14. Akan tetapi, jika sokongan itu berasaskan kepada individu, maka keputusan PRU-14 masih dalam teka teki.

Perlu diambil kira juga, bahawa parti Bn atau Umno, sentiasa menekankan kepada ahli dan penyokong setiap masa, bahawa yang paling utama adalah parti, bukannya individu. Jika tarbiah itu melekat pada setiap ahli dan penyokong, dengan mengambil kira, pemimpin hilang berganti, maka pada PRU-14 ini, Bn tiada masalah mempertahankan kawasan itu, meskipun calon yang berbeza.

Ramlee, hakikatnya, bukan calang-calang, kerana selain pemimpin akar umbi yang bermula daripada bawah, juga seorang pemimpin yang sentiasa mengambil berat berkaitan dengan kemajuan & pembangunan Semporna. Sebagai bukti, kurang daripada dua tahun bermula pada Julai 2016, apabila diberi peranaan untuk memajukan kawasan itu, berbagai projek untuk kebaikan rakyat berjaya di bawa di kawasan itu, antara lain menjadikan Pulau Bum-Bum sebagai Daerah Kecil, pembinaan Pusat Pelancongan Antarabangsa Semporna, pembinaan jalan 4 lorong daripada Persimpangan Kunak ke Pusat Bandar, selain persetujuan Kerajaan Persekutuan membina Jambatan Pulau Bum-Bum.

Sebenarnya, rakyat Semporna sangat beruntung jika Ramlee bakal menjadi MP Semporna, kerana beliau boleh membawa aspirasi rakyat Semporna khasnya dan Sabah amnya ke peringkat Pusat, apa tah lagi beliau, mempunyai merit untuk dilantik sebagai anggota kabinet Persekutuan.

Kepada rakyat Semporna, kemenangan Ramlee akan turut sama dengan kemenangan calon-calon Bn lain di seluruh Negara, kerana Bn akan tetap memerintah kerajaan Malaysia.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels