Akibat kemiskinan, banyak tanah NT telah bertukar tangan. Saudagar-saudagar tanah di Kota Belud telah melantik "runner" mereka di setiap kampung untuk mempengaruhi orang miskin menjual tanah mereka.
Kampung Tamau misalanya adalah salah satu contoh, di mana kebanyakan tanah di kampung itu telah dimiliki oleh bukan penduduk asal kampung itu.
Kampung Rampayan Ulu, kebanyakan tanah di situ telah dimiliki seorang saudagar tanah yang juga seorang pemimpin Umno bahagian.
Nampaknya suatu hari kelak penduduk-penduduk di dua kampung ini akan terpaksa menyewa atau membeli semula tanah, yang sepatutnya dimiliki mereka.
Di perkampungan lain, mislanya Ambong, pengkalan Abai- menurut khabarnya banyak sudah tanah di situ dibeli oleh bukan bumiputera.
Suatu hari Kota Belud akan dihuni oleh bukan keturunan asal, sebaliknya dihuni oleh penduduk luar.
Pejabat tanah Kota Belud, terutama pegawai Daerah yang juga penolong pemungut hasil tanah daerah, perlu berhati-hati semasa memberi tanda tangan pertukaran hak milik tanah.

15 comments:
sebaiknya jika penduduk kampung tidak menjual tanah mereka. adalah lebih baik jika penduduk kampung mengusahakan tanah mereka.
tanah adalah penting, ia harus dijual, sebaiknya diusahakan kerana ia lebih baik dan membawa keuntungan.
Janganlah jual harta yang berharga seperti tanah. Tanah merupakan satu aset tetap yang tidak akan hilang begitu saja. Jika dijual memang rugilah orang tersebut untuk selamanya. Tanah sangat berharga untuk kegunaan masa akan datang. Harap mereka yang mempunyai tanah janganlah terpedaya dengan kata-kata runner untuk menjualnya.
Jagalah tanah kita, dan pada pihak berkuasa seperti jabatan tanah jangan tertipu dengan menandatangani pertukaran tanah mungkin ada unsur penipuan atau sebaliknya.
Janganlah rakyat miskin terpedaya dengan orang yang ingin membeli tanah anda. Sekiranya perkara sedemikian berterusan memang tidak lama lagi Kota Belud akan didiami oleh bukan penduduk asal sendiri malahan penduduk luar. Ini memang strategi mereka untuk memperdayakan orang miskin untuk memjual tanah mereka. Harap penduduk Kota belud perlihara dan jaga harta yang berharga ini.
Penduduk tidak sepatutnya menjual tanah mereka. Tanah itu yang diberikan bertujuan mendorong penduduk ini membangunkan tanah tersebut untuk menyara diri.
tanah lebih baik diusahakan daripada dijual, keuntungan yang diperolehi akan berlipat kali ganda.
"Pejabat tanah Kota Belud, terutama pegawai Daerah yang juga penolong pemungut hasil tanah daerah, perlu berhati-hati semasa memberi tanda tangan pertukaran hak milik tanah."
saya amat setuju, jika mereka berjaya mempengaruhi orang kampung yang miskin, pihak yang disebutkan perlu bertindak untuk menyelamatkan tanah dan hak penduduk berkenaan.
walaupun sering kita dengar kes penjualan tanah atau rampasan tanah oleh orang luar, tidak semestinya itu menjadi kebiasaan yang wajar diamalkan di Sabah. kerajaan perlu mempergiatkan usaha ke kampung2 untuk menanam kesedaran dikalangan penduduk kampung tentang hak dan kesan tindakan mereka.
penduduk kampung perlu mengusahakan tanah mereka dan bukan menjualnya. tanah-tanah yang ada patut diusahakan dengan sebaiknya.
tanah adalah lebih berharga daripada emas..mengapa harus dijual kepada orang lain? kesempitan hidup mungkin antara faktornya..demikian juga ketamakan untuk hidup senang sementara. kemungkinan sikap si tuan tanah itu yang ingin hidup senang maka mengambil langkah singkat dengan menjual tanah mereka kepada orang lain..pembeli tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya, demikian juga si penjual.
namun pertukaran hak milik tanah haruslah mengikut prosedur yang betul..sebelum disahkan, haruslah terlebih dahulu pihak berkenaan melakukan siasatan untuk memastikan sekiranya ada berlaku khianat atau tidak...namun, ianya terpulang kepada si tuan tanah sama ada mahu atau tidak menjual tanah milik mereka..
kita harus berpandangan jauh dan bukannya berfikiran sempit dan singkat. tanah adalah harta untuk diwariskan kepada anak2 kita nanti untuk kebaikan mereka..
keadaan akan bertambah teruk jika tidak ada tempat tinggal.
Kebanyakkan mereka adalah rakyat-rakyat miskin, tersepit dan kurang berpelajaran. Jadi di situ orang2 kaya datang dengan jumlah harga yang tinggi lalu mengaburi mata mereka..
Post a Comment