3 April 2012

PRU-13: Don't play-play

PRU-13:IBU KEPADA PILIHANRAYA. Orang pertama yang mengucapkannya adalah Timbalan Perdana Menteri-Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebelum kenyataan ini, TPM juga pernah berkata, bahawa PRU-13 adalah PRU yang sangat kritikal terhadap BN. Kenyataan beliau itu susulan kenyataannya, Hidup mati parti UMNO adalah pada PRU-13.

Pemimpin BN mana yang tidak gusar apabila melihat keputusan PRU-12, apabila berlaku tsunami politik BN di Semenanjung. Semua parti komponen BN di Semenanjung pada PRU 2008 mengalami kejutan.

Pada PRU-12 juga hilang kuasa tradisi 2/3 BN di Dewan Rakyat. Pada PRU-12 itu, BN menang 139 daripada 222 keseluruhan kerusi yang dipertandingkan.

Pada PRU itu, ramainya para pemimpin utama BN berguguran termasuk tiga presiden komponen parti. Selain itu, Ketua Wanita Umno sekarang Datuk Shahrizat Abdul Jalil merupakan mangsa pada PRU itu.

Akibat kejutan keputusan PRU-13, Umno sendiri berbalah sendiri, sehingga terpaksa meminta Perdana Menteri untuk berundur sebagai orang yang bertanggung jawab terhadap tusnami politik itu.

Kejadian buruk yang berlaku itu, kini telah empat tahun berlalu. Perdana Menteri yang mewarisi kejadian itu adalah Najib Razak.

Najib mengulangi peranan ayahandanya Tun Razak, apabila mewarisi kejadian tsunami pertama pada kerajaan pada tahun 1969.

Mampu kah Najib mengulangi kejayaan bapanya? Secara harafiah keadaan tidak boleh dibandingkan, kerana suasana yang belainan.

Mengingat keadaan itu, Najib tidak mampu "main-main". Beliau melihat di semua sudut sebelum berani membuat keputusan untuk membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-13.

11 comments:

skinnerezel said...

The people will decide who will be in or out in the general election.
Hope it is going to be a fair election

thinaj said...

With election said to be coming, its no time for BN/UMNO and the rest of the opposition parties to fool around. Whatever promises that were made must be fulfilled before GE comes.

Anonymous said...

PRU 13 mmg aamt penting, oleh itu Bn harus berusaha dalam mengukuhkan kedudukan mereka.

Unknown said...

Maka buktikan yang mana kerajaan BN masih mampu bertahan dan memberikan sumbangan yang terbaik kepada rakyat.

TuhauBam said...

Umno will be BN’s backbone and to work hard to assure the ruling government stayed in power in Sabah. Umno and the component parties of BN will prove that BN is the best choice for the people through its continuous development programmes.

evan medhousky said...

malang bagi najib kerana terpaksa mengambil alih tampuk pemerintahan negara ketika negara berhadapan dengan pelbagai krisis..

evan medhousky said...

namun bersetuju atau tidak, realitinya pentdbiran Najib lebih baik dari pentadbiran sebelum beliau.. kemenangan berturut2 PRK dan juga PRN Sarawak membuktikan Najib mampu mengawal keadaan dengan baik..

Anonymous said...

Walaupun BN mempunyai kelebihan untuk kekalkan kedudukan, tapi mereka tidak boleh sentiasa berasa berada di zon selesa. tanggungjawab kepada rakyat harus dilaksanakan sebaik mungkin.

Anonymous said...

Najib PM yang cool berbanding PM2 sebelumnya. Tidak boleh salahkan Najib 100% atas kelemahan kerajaan. Dalam parti sendiri pun banyak yang suka tikam belakang. Lebih baik singkirkan mereka yang selama ini menjadi liabiti dan parasit.

Green Sabah said...

This next General Election will be the most critical indeed, all parties are gearing up to make a good performance this round. Hope that the people will give their votes to the best party out there.

Green Sabah said...

Each party must show the people why they deserves the people's votes. May the best man win.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels