1 April 2012

Semakin ramainya pemimpin turun padang

Seronok juga apabila pilihanraya semakin hampir, sebabnya semakin ramai pemimpin yang turun padang; baik daripada kerajaan mahupun pembangkang.

Di perkampungan, kesibukan bahkan berkali ganda, malah ada yang berkata, kesibukan mereka sungguh luarbiasa. Saban hari ada sahaja acara...berbagai bentuk dan rupa.

Kehadiran para pemimpin tertentu cukup terserah kali ini, terutama di majlis2 kahwin. Di facebook, menggambarkan kehadiran mereka, samada di muat turun sendiri ataupun oleh orang2nya.

Walaupun para pemimpin semakin rancak turun padang, namun ole2 kepada rakyat cukup minima sekali, cuma mereka melakukan "marketing" diri sendiri dan berusaha bahawa mereka masih "releven".

Berlainan dengan acara turun padang oleh Perdana Menteri dan Timbalannya, selama 11 minggu, dua orang pemimpin itu telah memberikan rakyat sebanyak RM609 juta untuk berbagai tujuan, sudah tentunya untuk keperluan rakyat. Dikhabarkan, daripada jumlah wang yang disalurkan itu, negeri Perak mendapat lebih 200 juta ringgit.

Manakala di Sabah seramai 57 wakil rakyatnya masing2 membelanjakan RM500 ribu setiap seorang bagi maksud sentuhan kasih, manakala seramai 22 ahli parlimennya membelanjakan RM1 juta setiap seorang bagi maksud yang sama.

Dalam tiga bulan pada tahun 2012, wang tunai beredar di tangan rakyat sabah adalah sebanyak RM50.5 juta tidak termasuk bantuan BR1M, bantuan kepada Nelayan RM116 juta, bantuan kepada pelajar dan mahasiswa, serta bantuan kepada mantan pekerja KEMAS dan lain2.

Diperkirakan pada awal tahun ini sahaja, wang tunai daripada kerajaan yang beredar ke tangan rakyat Sabah yang layak tidak kurang RM250juta.

Selain itu, pada bulan mei ini, rakyat Sabah yang terlibat dengan rancangan Felda, akan diramalkan mendapat durian runtuh, akibat penyenaraian Felda di Bursa Saham. Dengan pengumuman itu, maka wang tunai yang beredar di tangan rakyat Sabah akan bertambah lagi.

Aspek negatifnya dengan bertambahnya jumlah wang tunai beredar di tangan rakyat adalah akibat inflasi aka kenaikan harga barangan. Biasanya peniaga akan memberi respon yang positif terhadap fenomena ini, dan biasanya harga barangan tersebut tidak akan menurun.

Dalam jangka panjang, rakyat akan merasa miskin lagi, kerana pendapatan yang biasa didapat tidak lagi mampu membeli jumlah barangan yang sama.

Benarlah kata Tun Mahathir, jumlah bantuan tunai kepada rakyat perlu diimbangi dengan tingkat produktiviti dan tingkat pendapatan daripada produtiviti itu, jika tidak, tingkat kehidupan rakyat tidak akan meningkat.

Sayogianya semasa turun padang, pemimpin menekan aspek peningkatan produktiviti, bukan aspek memburuk-burukkan keadaan sepertimana di bawah oleh pembangkang.

Azmin Ali semalam, dengan bohongnya mengatakan bahawa kalau dam Tambatuan di Kota Belud menjadi kenyataan, maka sebanyak 7 kampung akan ditenggalamkan, yang sepatutnya berbunyi ... 7 kampung akan mendapat manafaat bekalan air dengan terbinanya dam tersebut.

14 comments:

nickko said...

bantuan2 itulah yang membuatkan pemimpin2 pembangkang seperti cacing kepanasan.. sebab itu mereka sentiasa mencari jalan samada untuk menggagalkan bantuan itu mahupun memberikan gambaran negatif terhadap bantuan itu..

nickko said...

untuk mengimbangi sokongan rakyat supaya lebih memihak kepada pembangkang, terpaksa la pemimpin2 pembangkang membuat janji2 yang luar biasa sebagai lawan kepada bantuan2 kerajaan.. sehingga Anwar terdesak membuat janji kononnya akan memansuhkan PTPTN, menaikkan royalti minyak, menaikkan subsidi, memansuhkan tol, dan sebagainya..

Anonymous said...

pemimpin mmg perlu sentiasa turun padang dan melihat keadaan rakyat serta membantu rakyat.

Kris Jr said...

Semakin dekat PRU13, semakin rajin pemimpin2 parti politik mendekati rakyat, tapi rakyat harus menilai dengan bijak dan undi dengan bijak.

Kris Jr said...

Undilah parti yang mempunyai rekod mampu memerintah Sabah. Jangan undi parti yang cuma tahu menabur janji2 kosong.

John Winchester said...

multi-racial people of Sabah who belong to different faiths have always enjoyed fair treatment from the BN government

John Winchester said...

Govt understands the needs of the people and is always ready to listen to them. All the promises made by the BN will be honoured in the best interest of the people

Sanih Alias said...

Baguslah kalau ramai sudah mereka ini turun padang dan melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh penduduk.

Sanih Alias said...

berikan bantuan yang terbaik kepada mereka. Jangan turun padang namun tidak melaksanakan tanggungjawab kepada penduduk.

evan medhousky said...

pembangkang la yang sering menggagalkan pembangunan ekonomi di negeri ini.. apa sahaja projek yang dibawa oleh kerajaan pasti akan dibantah.. pembinaan hotel, projek dam, pembinaan UiTM dan sebagainya, semua dibantah oleh pembangkang yang terdesak mahu merampas kerajaan..

Anonymous said...

Rajin2 turun padang tidak kira sebab PRu mahu hampir ataupun tidak.

Anonymous said...

Bukan semua rancangan kerajaan dapat direalisasikan dalam satu masa. Semuanya perlukan masa dan peruntukan. Jangan cepat termakan dengan hasutan pembangkang. Mereka sendiri bukan kerajaan dan tidak tahu keadaan sebenar.

Green Sabah said...

Nearing the election period, most leaders will go down to the ground to meet the people. This is a good chance for the people to get closer to their leaders and tell them their problems.

Green Sabah said...

Its better in Malaysia, at least our leaders occasionally go down to the ground to meet the people, unlike in some countries, their leaders only come during election period while the rest of the time they are no where to be seen. That is what many foreigners said when they come to Sabah and see our leaders dining with the people or visiting their villages.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels