KERANA merasionalkan perjumpaan dengan ICAC Hong Kong bersama tiga orang pemimpin PKR, maka Rafizi melantik dirinya sebagai JURUCAKAP badan pencegah rasuah Hong Kong itu.
Dalam merasionalkan usaha memerangkap ICAC agar membuka semula isu RM40 juta sumbangan kepada Umno Sabah, kononya badan itu mengarahkan agar tiada lagi sebarang kenyataan daripada pihak pembangkang berhubung isu itu agar supaya tidak mengganggu kerja-kerja badan itu.
Rafizi juga menzahirkan bahawa tanda-tanda bahawa ICAC telah membuka isu itu semula, apabila dia dan rakan-rakannya akan kerap melawat Hong Kong.
Selain itu, Rafizi seolah-olah menjadi sebahagian daripada ICAC, menyatakan bahawa badan Hong Kong itu memberi janji akan meneliti semua dokumen yang diserahkan pihak beliau dan kawan-kawanya; kononnya sebagai bukti terbaharu berhubung isu itu, di mana menurut mereka ada keterkaitan antara Datuk Musa Aman dan seorang ahli perniagaan dari Sabah yang bernama Michael Chia.
Dakwaan pautan Musa dengan Chia mula heboh dimedia April lalu oleh Sarawak Report, yang mendakwa Chia meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Chek Lap Kok, Hong Kong dengan wang bernilai RM40 juta dalam matawang Singapura.
Pada ketika itu, Chia didakwa memberitahu pihak berkuasa Hong Kong bahawa wang itu adalah untuk Musa menyebabkan siasatan dimulakan tentang siri pemindahan dana dari Malaysia ke Hong Kong yang kemudiannya dipercayai penggubahan wang haram yang dijana daripada aktiviti pembalakan haram di Sabah.
Isu ini heboh menjadi tajuk utama sekali lagi bulan lepas apabila Nazri memberitahu Parlimen bahawa Musa telah dibersihkan daripada rasuah tentang perkara itu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ICAC mendapati bahawa wang tersebut adalah “derma politik” untuk Umno Sabah dan bukan untuk kegunaan Musa.
Berasaskan kepada kenyataan yang dibuat sendiri oleh Rafizi, nampaknya usaha pembangkang memerangkap ICAC mengikut telunjuk mereka telah gagal.
Tindakan pembangkang untuk memperbesar-besar isu sumbangan kepada Umno Sabah adalah untuk mengwujudkan persepsi negatif terhadap Ketua Menteri Sabah itu, agar supaya rakyat menolak BN pada PRU-13 akan datang.
Yakinlah, usaha mengwujudkan persepsi negatif itu tidak akan berjaya, kerana rakyat Sabah sebenarnya telah maklum bahawa pendapatan daripada balak bukan lagi penyumbang utama kepada pendapatan negeri itu, kerana sumber daripada balak bukan lagi sama seperti pada tahun sebelum 2003. Pendapatan daripada balak tidak sampaipun RM200 juta setahun, kerana kerja-kerja pembalakan untuk tujuan ekport sudah lama dikurangkan.
Bagi menolak dakyah pembangkang kononnya sumbangan itu berasaskan pengubahan wang yang dihasilkan daripada kegiatan pembalakan haram, agak mustahil dilakukan, kerana bukan sahaja banyaknya agensi yang terlibat memantau kegiatan itu jika berlaku, akan tetapi rakyat begitu peka terhadapnya. Jika sekiranya berlaku, kegiatan pembalakan haram, melalui perkembangan ICT yang telah canggih, dengan sekelip mata tersebar dan diketahui di mana-mana.
Namun setakat ini, di berbagai pelosok dan penjuru Sabah, belum ada tanda-tanda berlakunya pembalakan haram, malah pembalak yang berlesenpun menjadi sasaran pemberi maklumat dan dituduh sebagai pembalak haram; sehingga Jabatan hutan Sabah, kerap memberi kenyataan bahawa kegiatan pembalakan itu bukan haram, akan tetapi mempunyai konsensi tertentu pada kawasan-kawasan tertentu.
42 comments:
Kerajaan Sabah mendakwa tuduhan pembalakan haram dalam negeri sebagai “liar dan tidak berasas” selepas pendakwa dari Switzerland memulakan siasatan jenayah pengubahan wang haram ke atas bank UBS
“Kami mempercayai dakwaan tidak berasas tersebut dibuat bermotifkan politik dan tidak didorong oleh cinta keatas alam sekitar,” kata pengarah Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan
Mannan walaubagaimanapun mengakui dia menyedari tentang pembalakan haram yang berlaku dalam negeri tetapi mendakwa isu itu “diperbesarkan” dengan alasan dakwaan AS$90 juta bersamaan dengan 20,000 hektar hutan ditebang.
Dia juga menambah dengan mengatakan pihak negeri mengamalkan amalan pengurusan hutan yang mapan malahan “bertambah baik” sepanjang dibawah kepimpinan Musa.
Lesen jangka pendek yang menyebabkan kerosakan besar kepada alam sekitar kredibiliti pengurusan hutan di Sabah berada diperingkat tertinggi. Dasar terbuka diamalkan oleh kerajaan dan semua bidang pengurusan hutan adalah terbuka kepada pihak ketiga dan juga penelitian pihak NGO.
lesen pembalakan jangka panjang “tertakluk kepada pengauditan pihak ketiga (audit bebas) sejak 2010” dan menegaskan “juruaudit bebas pasti akan dapat mengesan pembalakan haram besar-besaran jika ia berlaku.
Jumlah rizab hutan dibawah kategori Kawasan Keseluruhan Terlindung (TPAS) telah meningkat kini “mencecah 1.3 juta hektar atau kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan tanah di Sabah”, melebihi piawaian antarabangsa sebanyak 10 peratus.
Mannan menambah bahawa kawasan rizab hutan TPAS memiliki peningkatan terbesar di bawah pemerintahan Musa.
Sekurang-kurangnya 800,000 hektar hutan Sabah adalah sebahagian atau sepenuhnya diperakui di bawah pelbagai sistem yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti Forest Stewardship Council (FSC), Skim Pensijilan Balak Malaysia (MTCS) atau Pan European Forest Scheme (PEFC).
Sabah sasar untuk memiliki “perakuan yang penuh di semua kawasan berlesen jangka panjang” menjelang tahun 2014, kata Mannan lagi.
Ketua Jabatan Perhutanan tersebut turut mendakwa tuduhan tersebut bakal akan menyebabkan penurunan dalam jualan balak dan menyebabkan hutan Sabah kehilangan nilai ekonomi.
Beliau berkata akibatnya ia akan “mengganggu” usaha pemuliharaan hutan di Sabah kerana ia mungkin akan “digugurkan” sebagai salah satu polisi negeri.
Keputusan bekas Anggota Majlis Tertinggi Umno Lajim Ukin untuk meletakkan semua jawatan dalam parti didakwa kerana terpengaruh dengan perang psikologi pakatan pembangkang yang kononnya akan membentuk kerajaan akan datang selepas pilihan raya umum akan datang.
keyakinan pakatan pembangkang untuk mencapai cita-cita mereka itu hanya sekadar propaganda politik
apa yang dijanjikan pakatan hanyalah satu harapan atau impian sahaja
apa yang berlaku merupakan isu dalaman yang bersifat peribadi membabitkan Lajim dan orang tertentu dalam kancah politik negeri. Ia tidak sewajarnya dikaitkan dengan parti yang telah banyak berjasa kepada negara dan rakyat keseluruhannya
keputusan Lajim untuk keluar daripada BN lebih kepada masalah peribadi.
pucuk pimpinan negeri sentiasa bersikap terbuka kepada perbincangan mengenai bagaimana untuk memperkukuhkan parti dan setiap orang perlu memainkan peranan.
Perkiraan politik Lajim adalah silap
Semua kajian yang dijalankan profesional menunjukkan populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada di tahap selesa
keputusan Lajim itu tidak akan menjejaskan kekuatan BN di negeri ini.
Umno dan BN sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang yang dijangka diadakan tidak lama lagi.
Sabotaj mengsabotaj dalam parti menjelang pilihanraya bukanlah sesuatu yang asing bagi mana-mana parti politik pun. Selagi namanya politik dan manusia, selagi itulah perkara begini wujud.
Namun, walaupun ianya berlaku dalam hampir semua parti politik di dunia, kita menjangkakan sabotaj paling buruk dalam parti PKR menjelang PRU ini
Parti PKR adalah parti sampah, iaitu parti yang dipenuhi ahli politik yang kotor lagi berkarat dan bergelumang maksiat serta rasuah yang telah dibuang, terbuang atau membuang diri dari UMNO.
Bermula dari kepalanya, iaitu Anwar Ibrahim sehinggalah yang menurutinya dibelakang termasuk yang baru saja menyertainya seperti Kadir Sheikh Fadzir semuanya terkenal dengan ‘bau busuknya’.
Pemilihan parti PKR yang lepas sahaja sudah cukup untuk memperlihatkan kita betapa kotornya parti ini sehinggakan habis berserakan kerusi meja kerana bergaduh dan habis comot lantai dengan peluh malah ada juga yang berdarah.
Semua ini berlaku bukan kerana orang bawahan yang gila kuasa tetapi kepimpinan atasan sendiri, yang sudah berkuasa dan menggunakan kuasa itu untuk memastikan orang-orang pilihan mereka sahaja yang terpilih ke jawatan tertinggi.
Jika yang di bawah yang membuat onar bolehlah diadili oleh jawatankuasa disiplin atau yang sewaktu dengannya tetapi jika yang di atas sendiri yang bersifat korup, siapa pula yang boleh memantau dan mengadili mereka sedangkan mereka sendiri yang melantik jawatankuasa disiplin itu?
Kerana itu, sampah-sampah ini mendapati diri mereka tidak sesuai berada di dalam BN kerana BN sentiasa mencari jalan untuk membersihkan parti dari unsur-unsur ini. Maka, PKRlah tempat mereka bergelumang sesama sendiri.
Justeru, kenyataan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mengenai kemungkinan berlaku sabotaj dalam parti itu menjelang PRU mungkin sebenarnya merujuk kepada dirinya sendiri dan kepimpinan atasan parti itu.
Beliau pastinya lebih mengenali siapa dirinya dan siapa kawan-kawan dan pemimpinnya dan apa yang mereka mampu lakukan untuk berkuasa.
Konon PKR sudah bersedia dengan langkah pro-aktif untuk menghadapi kemungkinan ini adalah satu kenyataan yang kelakar.
Apa yang pasti langkah pro-aktif yang bakal diambil hanyalah untuk memastikan Anwar, keluarga dan inner-circlenya terus menguasai tempat tertinggi parti dengan tiada kompromi.
Rafizi Ramli atau lebih glamor lagi Rafizi Lembu yang kini hanya menunggu hari perbicaraan dan akan di penjarakan berhubung tindakannya melanggar undang-undang di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) cuba untuk mengekploitasikan keadaan semasa.
Rafizi akan disabitkan kesalahan terhadap BAFIA tidak lama lagi dan penjara untuknya sudahpun disediakan.
Walau sebijak mana sekalipun peguam yang mewakilinya untuk kes BAFIA pasti akan kalah memandangkan pihak pendakwa mempunyai bukti kukuh untuk menyumbat Rafizi ke penjara.
Rafizi Ramli yang dikatakan sering mempergunakan kawasan Sidang Media Parlimen yang dikhaskan untuk Ahli Parlimen telah sering dipergunakan sewenang-wenangnya untuk mengadakan sidang media.
Tujuannya hanya satu ialah untuk memburukkan pemimpin BN dengan pelbagai dakwaan dan persepsi.
Jika Rafizi mengatakan bahawa beliau memperjuangkan isu rakyat, itu hanyalah kata-kata yang bertujuan memesongkan rakyat. Hakikatnya, Rafizi hanya mahu mencapai agendanya untuk mempromosikan diri.
Rafizi menjadi boneka Anwar untuk capai impiannya jadi PM. lepas ni Rafizi tidak akan jadi 'apa-apa'.
Nantikan 'hasil usaha' Rafizi lepas ni. sudah dua kali dia ulang alik ke HK untuk mendesak membuka file ICAC.
Post a Comment