9 February 2014

Musa Hadir Rumah Terbuka VKLiew

Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Haji Aman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Anjuran Datuk VKLiew di rumahnya di Likas, Kota Kinabalu pada Ahad.

Ketibaan Ketua Menteri itu disambut tarian naga, dan kemudian mengetuai acara "Yam Seng".
 
Musa diiringi Mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Tham Yap Shin.

Penyokong VKLiew sangat teruja atas kedatangan Ketua Menteri. Ada yang berkata, bahawa Musa adalah seorang pemimpin yang sangat terbuka, merujuk kepada krisis yang melanda Parti LDP yang berjalan sejak enam bulan lalu.

Seperti yang diketahui bahawa LDP kini terbagi kepada dua kumpulan, yakni kumpulan VKLiew dan Kumpulan Teo. 

Krisis LDP berkemuncak, apabila pada Ogos tahun lalu, berlakunya pemecatan beberapa pemimpin LDP, termasuk Setiausaha Agungnya Datuk Teo Chee Kang dan Penggantungan jawatan Timbalan Presiden Datuk Chin Su Phin, kerana dikatakan melanggarkan disiplin parti.

Namun, pihak ROS telah membuat keputusan pada 2 Januari lalu, bahawa EGM yang dijalankan oleh kumpulan Teo yang diadakan pada 19-20 Oktober 2013 adalah sah, atas sebab itu, kumpulan Teo menterjemahkan keputusan ROS sebagai mengitiraf kumpulan mereka sebagai pemimpin LDP yang sah.Berikutan keputusan ROS itu, pada 28 Januari lalu, kumpulan VKLiew telah memfailkan satu petisyen di Mahkamah Kota Kinabalu untuk membatalkan keputusan ROS itu, atas sebab ROS tidak mempunyai bidang kuasa mengeluarkan surat seperti itu. Mahkamah Kota Kinabalu belum memutuskan bila petisyen itu akan didengar.

Ekoran keputusan ROS itu dan tindakan Datuk VKLiew meminta mahkamah untuk membuat keputusan, Ketua Menteri Sabah selaku Pengerusi BN Sabah, ada memberi kenyataan, bahawa beliau mahu semua yang terlibat dalam krisis Parti LDP, perlu menyelesaikan permasalahan antara mereka, demi kebaikan BN Sabah. Menunggu sehingga semua masalah dalaman parti diselesaikan, ADUN Tanjong Kapor Datuk Teo Chee Kang, dikekalkan untuk sementara sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas pada kabinet negeri Sabah.

Sumber-sumber dalaman daripada parti itu berkata, punca utama perbalahan dan krisis dalaman yang berlaku pada parti itu disebabkan oleh Datuk Chin Su Phin, kerana tindakannya senantiasa berubah-ubah, demi memelihara tujuan politik peribadinya.

Teo dikatakan masuk perangkap Chin, untuk melakukan perubahan dalam kepimpinan parti, kerana menurut sumber dalaman parti LDP, Chin tidak mampu mempengaruhi Liew untuk mempergunakan parti LDP untuk kepentingan peribadi.

Chin dikatakan hanya berminat mencari peluang dalam bentuk projek, atas sebab itu, pada tahun 2010, beliau mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak dapat berkerjasama dan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Musa, atas sebab kemahunannya mendapat projek tidak tertunaikan. 

Adalah satu tanda tanya, sejak akhir tahun lalu, Chin dengan mudah bertukar warna, apa kah kini beliau telah mendapat kehendaknya? tanya penyokong Liew? Atau beliau dengan mudah dapat mempergunakan Teo untuk mendapat projek, kerana Teo berkedudukan sebagai Menteri Penuh?

Timbalan Presiden LDP kumpulan Liew Tiong King Kiong dalam satu kenyataan yang diemilkan kepada OKB berkata, bahawa Chin merupakan seorang ahli politik yang tidak berperinsif, malah sejak menjadi senator 3 tahun lalu, tidakpun berjuang untuk rakyat, melainkan hanya sibuk mengejar projek untuk kepentingan dirinya dan konco-konconya.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels