6 December 2014

Mengapa Laporan RCI Dipersoal Pembangkang?

SEBABNYA, isu yang mereka jajah selama ini ternyata palsu. Mereka mendakwa bahawa wujudnya Projek IC, dan mengaitkan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

Asas kepada dakwaan bahawa Projek IC dijalankan di Sabah, apabila pertambahan penduduk dikatakan diluar kelahiran biasa.

Tahun 1970, penduduk Sabah adalah 636,431 jiwa, sepuluh tahun kemudian, iaitu tahun 1980 menjadi 1,011,040 pertambahan seramai 374,609 jiwa atau 58.86 peratus atau 5.9 peratus setahun. Angka peningkatan penduduk bagi negeri miskin seperti Sabah ini, sebenarnya masih rendah jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan miskin di dunia, seperti Indonesia, China dan Bangladesh.

Kadar kemiskinan Sabah berkisar pada angka 60 peratus di ambang kemerdekaan, dan lima tahun selepas merdeka masih berlegar-legar pada angka itu.

Selepas tahun 1970, angka kemiskinan mula menurun, kepada 40 peratus, tahun 2009 masih 19.8 peratus sebelum turun kepada single digit pada tahun 2012, iaitu 8.1 peratus.

Projek pertambahan penduduk, kalau benar ada pada tahun 1970-1980; hanya menjadi dakwaan, sebabnya- pada tahun itu hanya satu parti yang memerintah- Usno dan kemudian disusuli Berjaya.

Kalaulah ada program pertambahan penduduk oleh kerajaan yang memerintah, mengapa Usno  dan Berjaya kalah dalam pilihanraya?

Mari kita lihat pula perubahan penduduk Sabah antara tahun 1980 ke 1991. Pada tahun 1991 penduduk Sabah adalah 1,734,685, iaitu pertambahan seramai 723,645 jiwa berbanding banci penduduk tahun 1980. Selama 10 tahun penduduk Sabah meningkat 71.57 peratus atau 7.2 peratus setahun. Kadar pertambahan ini menggambarkan bahawa pertambahan penduduk Sabah selari dengan pertambahan penduduk negara-negara miskin.

Data penduduk Sabah bagi tahun 2000 pula adalah 2,488,348 jiwa dengan pertambahan seramai 753,663 jiwa berbanding data tahun 1991. Selama 10 tahun penduduk Sabah bertambah 43.45 peratus atau 4.3 peratus setahun. Penurunan kadar pertambahan penduduk ini sejajar dengan usaha kerajaan menurunkan kadar kemiskinan terutama di luar-luar Bandar. Kadar penurunan kadar kelahiran, selari dengan pembaikan sosio ekonomi.

Pakar sosialogi mengakui, bahawa semakin maju seseuatu masyarakat, maka masalah yang dihadapi adalah kadar kelahiran yang semakin menurun. Ambil contoh negara Singapura. Negara itu berdepan dengan kadar kelahiran yang rendah bermula pada tahun 1990.

Data penduduk Sabah tahun 2010 adalah 3,120,040 jiwa. Pertambahan selama 10 tahun sejak tahun 2000 adalah 631,692 jiwa atau dalam peratusan 25.39 peratus atau 2.5 peratus setahun.

Angka kelahiran penduduk Sabah ini, hampir sama dengan angka kelahiran negara (2.4 peratus); walaupun masih tinggi berbanding Sarawak (1.9 peratus).

Adalah menjadi kebimbangan bagi Sabah dan Sarawak di masa depan, bahawa dua negeri itu berdepan dengan kadar kelahiran yang rendah.

Masalah kelahiran yang rendah, adalah akan berlakunya kekurangan tenaga kerja produktif; atas sebab penduduk yang ada telah berusia lanjut- memasuki usia tidak produktif.

Kadar kelahiran alami sebenarnya telah berlaku di Sabah pada awal kemerdekaan, akibat daripada kemiskinan yang melanda negeri itu. Kemiskinan merupakan pemangkin utama pertambahan penduduk di negara-negara Indonesia, India, Bangladesh dan negara china di awal tahun 80-90-an. Pola itu tercermin pada pertambahan penduduk Sabah di awal tahun 70-an adan 80-an.

Sangat membimbangkan bagi sebuah negeri seperti Sabah yang masih terbelakang daripada segi kemajuan. Kemajuan sebuah negeri, bukan sahajA bergantung kepada sektor perekonomian, juga bergantung kepada sumber tenaga kerja.

Sungguh malang, jika berlaku penurunan kelahiran. Jika ini berlaku, maka Sabah kehilangan tenaga produkatif selain kehilangan kompentitif.

Sebagai contoh, banci penduduk Sabah pada tahun 2010 adalah 3,120,040 jiwa, di mana 867,190 adalah bukan warganegara. Jika dikira betul, maka penduduk Sabah hanya 2,252,850 jiwa pada tahun bancian itu. Jika angka itu dibandingkan dengan bancian penduduk tahun 2000, seramai 2,488,348- ertinya penduduk Sabah sebenar mengalami penurunan seramai 235,498 jiwa. Dengan kata lain, penduduk Sabah pada tahun 2000, sebenarnya bukanlah pada angka 2,488,348 akan tetapi lebih kecil daripada itu.

Berasaskan perkiraan kelahiran alami, penduduk Sabah pada tahun 2000 hanya seramai 2,255,090 jiwa (berasaskan pertumbuhan alami duinia 3 peratus setahun). Jumlah itu mendekati angka bancian tahun 2010, iaitu 2,252,850 jiwa.

Menyalahkan rakyat asing bagi menjawab pertumbuhan penduduk yang warganegara sebenarnya hanya persepsi; atas sebab, sejak tahun 1970, hanya 68,703 warga asing diberikan kewarganegaraan dan sekaligus diberikan Kad Pengenalan diri.(Laporan RCI).

APA YANG PERLU DILAKUKAN TERHADAP WARGA ASING SERAMAI 867,190 ITU?

Semalam, Dato Rahman Dahalan, Wakil Rakyat Parlimen Kota Belud merangkap Menteri Kesahjetaraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan yang juga Setiausaha Bn Sabah, menyarankan; bahawa bukan tugas kerajaan untuk membuat keputusan apa kah menerima atau menolak warga asing tersebut, sebaliknya keputusan terletak di tangan rakyat Sabah.

Apa kah rakyat Sabah sanggup menerima mereka? mengasimilasi mereka? menjadikan mereka warganegara produktif, sehingga turut sama membayar cukai, boleh membuka akaun bank dan akan turut sama membangun negeri.

Sebahagian warga asing tersebut telah tinggal di Sabah melebihi 40 tahun, apa kah dengan menghantar mereka ke negara asal bersama-sama keluarga mereka serta harta mereka sesuatu yang prkatikal?

Rahman berhujah, bahawa transmigrasi berlaku di seluruh dunia, misalnya antara negara Mexico dan Amerika Serikat, rentas sempadan dan transmigrasi bukan sesuatu yang pelik.

Pembangkang menangkapi Laporan RCI yang dikeluarkan pada Rabu lepas (3 December 2014) agar mereka yang diberikan Kad Pengenalan (68,703 orang) ditarik balik dokumen itu dan memberikan mereka dokumen lain, apa kah satu tindakan yang lojik? sedangkan Sabah masih berdepan dengan lebih 800 ribu warga asing di negeri ini?

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels