1. Sejak Sabah Merdeka melalui Persekutuan Malaysia, belum pernah anak watan Sabah dilantik sebagai Ketua Setiausaha sebuah Kementerian Persekutuan.
2. Badi itu tercantas pada 22 Mei 2015, apabila anak watan Sabah asal Semporna- Datuk Mohammad Mentek dilantik sebagai KSU Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, di mana kebetulan menterinya juga seorang anak watan Sabah MP Kota Belud Dato Abdul Rahman Dahalan.
3. Perlantikan Mohammad, telah mengikuti perlantikan Naib Censelor Universiti Malaysia Sabah, Pengarah Imigresen, Pengarah Kastam DiRaja Malaysia, Pengarah Pendaftaran dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah, di mana kesemuanya dijawat oleh anak-anak watan Sabah.
3. Musa dalam perundingan untuk mendapatkan kedudukan bagi anak-anak watan Sabah, jarang menguar-uarkan cara beliau, namun, sebarang tindakan beliau mencipta rekod.
4. Rekod juga dicatat Musa dalam pentadbiran negeri, apabila membentangkan bajet untuk Sabah melepasi angka RM4bilion, untuk dua tahun berturut-turut Tahun 2013 dan 2014. Jika pada Tahun 2015 tidak berlaku penurunan harga minyak, sudah tentu bajet Sabah akan kekal pada angka tersebut.
5. Di bawah pemerintahan Musa juga, untuk julung kalinya Sabah diwakili 6 Menteri Persekutuan, 4 Timbalan Menteri serta jawatan Speaker dan Timbalan Speaker daripada Sabah.
6. Oleh kerana kepimpinan Musa dihargai di peringkat pusat, selain mendapat sokongan daripada Perdana Menteri, maka Sabah menikmati semua itu, yang seharusnya telah dicapai sebelum ini.
7. Melihat kepada keadaan ini, rakyat Sabah sebenarnya sangat beruntung dipimpin seorang Ketua Menteri yang membela rakyatnya, dan juga seorang Perdana Menteri yang mendengar degup jantung rakyat Sabah.
8. Perlantikan Mohammad akan membantu merealisasi program-program Kementerian yang dicetuskan Oleh Rahman, amnya untuk Sabah dan khususnya untuk Kota Belud.
No comments:
Post a Comment