3 September 2015

Datuk Chin Su Phin Buat Hal Lagi

1. LDP sebuah komponen Parti BN Sabah, dengan tiga DUN, semua mereka mempunyai jawatan dalam kerajaan Sabah- seorang mempunyai jawatan Menteri Penuh, seorang lagi Pembantu Menteri dan ketiga Pegerusi GLC Kerajaan Negeri, sementara Chin Su Phin sebagai Senator. 

2. Pada selasa, Timbalan Presiden LDP itu membuat dakwaan, kononnya LDP tidak diberikan jawatan yang cukup bagi mengambarkan perkongsian kuasa dalam BN.

3. Timbalan Presiden LDP itu mempunyai sejarah tidak sehaluan dengan Ketua Menteri Sabah, apabila pada Ogos tahun 2010, dengan JELAS dan NYATA, Chin Su Phin TELAH mengeluarkan KENYATAAN sebaik sahaja beliau dan Datuk Teo Chee Kang keluar daripada Mesyuarat BN yang dipengerusikan oleh Musa; bahawa Parti LDP tidak BOLEH lagi berkerjasama dengan Ketua Menteri Sabah itu dan SETERUSNYA telah HILANG kepercayaan dengan kepimpinan Ketua Perhubungan Umno Sabah itu. Namun pada Tahun 2013, apabila mahu menyingkirkan Datuk VK Liew sebagai Presiden, Chin berpatah balik.

4. Perlu dingat, melalui kenyataan Chin Su Phin pada Ogos 2010 telah menyebabkan Naib Presiden LDP Peter Pang keluar daripada parti itu pada 1 September tahun 2010. Kini Pang menyertai parti Gerakan.

5. Ekoran keluarnya Pang, maka BN kehilangan kerusi Parlimen Sandakan, atas sebab selain Pang tidak dicalonkan, juga ramai penyokong Bn marah kepada kepimpinan LDP.

6. Ekoran tindakan Chin Su Phin selain BN, Parti LDP terpaksa membayar mahal, sehinggakan BN gagal mempertahankan Parlimen Sandakan, kerana penyokong Pang tidak mengundi calon BN yang diwakili LDP.

7. Pada PRU-13 lalu di atas kertas, Calon BN bagi Parlimen Sandakan boleh menang dengan majoriti di atas 1,000, bukan kalah dengan jumlah undi itu; alasannya, dua DUN di bawah kawasan Sandakan, DUN Tanjong Papat dan DUN Elopura, kedua-duanya dimenangi calon BN.

8. Pada PRU-13 itu, undi yang diperolehi calon BN bagi kawasan dua DUN (Tanjong Papat dan Elopura) sebanyak 14,258 berbanding undi DAP 12,485. Berasaskan jumlah undi itu, BN sebenarnya menang dengan majoriti 1,773; akan tetapi ini tidak berlaku, kerana undi yang diperolehi calon BN bagi Parlimen Sandakan berjumlah 13,138, manakala calaon DAP 14,226; atas sebab itu calon BN yang diwakili Presiden LDP- Datuk VKLiew kalah dengan jumlah undi 1.088. Berdasarkan kepada data undi ini, dengan jelas, ada sebahagian penyokong BN tidak mengundi calon BN di peringkat Parlimen.

9. Sebenarnya, keluarnya Pang daripada LDP, hampir membawa padah kepada calon-calon BN daripada LDP di kawasan DUN, kalaulah bukan kerana penyokong UMNO yang kental, kemungkin tiga kawasan DUN yang ditandingi LDP kalah pada PRU-13 lalu.

10. Meskipun Timbalan Presiden LDP itu menyatakan tidak dapat berkerjasama dan hilang keprecayaan terhadap kepimpinan MUSA, yang pada peringkat awalnya, ramai penyokong Umno marah dengan kenyataan itu, namun apabila menyangkut PILIHANRAYA yang menentukan kedudukan BN, penyokong UMNO tetap menyokong calon-calon BN. Akan tetapi, sokongan penyokong UMNO tidak cukup mengatasi undi PROTES di Parlimen Sandakan, atas sebab itu, VKLiew gagal mempertahankan kawasan itu.

11. Pemimpin Bn negeri, kerana melihat kenyataan Chin tersebut secara serius, jika ianya memudaratkan peluang calon-calon Bn pada PRU-14, maka sebaiknya tindakan awal perlu dibuat termasuk memecat Chin sebagai ahli LDP, atau parti itu ditendang keluar daripada Bn Sabah.

12. Kesilapan lalu, khususnya mantan Presiden parti itu VK Liew, kerana tidak mengambil tindakan terhadap Chin Su Phin. Kepada Datuk Teo Chee Kang, jangan sampai Bn terpatuk ular pada lubang yang sama.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels