1. Umat islam mempunyai tanggungjawab besar, antaranya menjadikan agama itu sebagai panduan dan tauladan kepada kesejateraan ummah, malah dipanjangkan kepada dunia barat, sebagai wadah penyelesaian berbagai masalah yang menghantui umat manusia.
2. Islam adalah agama yang membawa nilai-nilai kasih sayang, menentang kebathilan apatah lagi pendekatan yang melampau. Islam menunut umatnya bertindak sederhana dan tidak berlebih-lebihan, kerana islam melarang tindakan yang bersifat melampui batas.
3. Penganut agama islam perlu mengamalkan perbuatan yang menuju perdamaian agar supaya manusia sejagat terus hidup dalam rukun dan damai.
4. Dalam kurun ini, umat islam berdepan dengan keadaan yang amat mencabar, khususnya daripada mereka yang bukan islam, sehingga timbulnya islamphobia kerana tindakan segilintir umat islam yang kurang arif dalam agama, dan menterjemahkan agama kepada tindakan melampau, sepertimana dilakukan oleh islamic state (IS) yang beroperasi di Iraq dan Syria.
5.Umat islam perlu secara terus menerus menyamapikan mesej islam, bahawa agama islam sebenar adalah agama yang menyampaikan perdamaian untuk seluruh ummah sejagad.
6. Kenyataan Ketua Menteri Sabah itu disampaikan semasa merasmikan Persidangan Islam Sedunia Tahun 2015 di Kota Kinabalu. Teks ucapan Beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri- Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.
7. Persidangan tersebut dihadiri 700 peserta daripada empat negara, Malaysia, Indonesia, Filipina dan Kambodia.
8. Islam menurut Musa adalah agama yang penuh dengan toleransi, atas sebab itu, penganut agama itu senantiasa menghormati penganut agama-agama lain.
No comments:
Post a Comment