1. Koridor Pembangunan Sabah (Sabah Development Corridor) singkatan SDC dilancarkan pada 29 Januari 2008 oleh Perdana Menteri Ke-5 Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun).
2. Dalam perancangan Koridor itu yang memakan masa 18 tahun diperkirakan sebanyak RM105bilion pelaburan bakal dibelanjakan untuk pembangunan dengan anggaran RM5.83bilion setahun bermula tahun 2009. dan dapat mencipta 900,000 peluang pekerjaan.
3. Kini, selepas 7 tahun beroperasi, nilai pelaburan yang telah dipersetujui setakat September 2015 bernilai RM150.7bilion atau purata RM21.5bilion setahun, meningkat 271 peratus daripada jangkaan asal.
4. Berasaskan jumlah pelaburan yang diterima SDC, membuatkan Ketua Menteri Sabah- Datuk Musa Haji Aman sungguh gembira, sehingga menggambarkan bahawa Sabah boleh dianggap sebagai wilayah pemunculan ekonomi baru yang sungguh pantas di rantau ini, kerana lokasinya yang berada di tengah-tengah negara-negara ASEAN. Melihat kejayaan SDC mendapatkan kepercayaan daripada para pelabur, maka diharapkan GLC itu boleh menjadi pemangkin dan enjin pertumbuhan bagi menenuhi pertumbuhan ekonomi negeri.
5. Mengingat kepada kejayaan SDC, maka diharapkan Sabah boleh menjadi pintu masuk atau pusat bagi perkembangan ekonomi di rantau ini, khususnya selepas berkuatkuasanya perjanjian TPPA (Trans-Pacific Partnership Agreement)..
6. Berucap sebagai Pengerusi Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) yang ke-20 pada Khamis, Musa yang juga Menteri Kewangan negeri berharap agar agensi itu terus mendapatkan kepercayaan daripada para pelabur. Pada kesempatan yang sama, beliau juga mengumumkan daripada jumlah pelaburan yang dipersetujui itu, sebanyak RM55.1bilion sudah terealisasi.
No comments:
Post a Comment