Bagi mereka yang mengalami pemerintahan Sabah daripada Tahun 1985-1994, benar-benar merasakan, satu kepiluan, apabila kerajaan yang ada sekarang, kembali fokus kepada kaum bumiputera bukan islam dan kaum cina.
Bumiputera islam, secara umunya pada masa kini merasakan, bahawa perjuangan asal Bn yang bermula sejak Tahun 1991 semasa kemasukan Umno ke Sabah, mulai terlupakan, sebabnya, mereka yang mendapat peluang dan pembelaan adalah mereka-mereka yang sebelumnya ditentang, kerana tindakan mereka yang mengenepikan kaum bumiputera islam.
Lihat sahaja, di jabatan-jabatan kerajaan, atau agensi-agensi kerajaan, majoriti mereka yang berkhidmat pada period yang disebutkan, masih mempunyai kuasa pentadbiran, malah menjadi pencatur kepada pemerintahan negeri. Demikian juga, yang mendapat peluang melaksanakan projek-projek mega, pemain di belakang syariakt-syarikat itu adalah yang mereka mendapat peluang pada pemerintahan lalu.
Kelibat mereka ini, bukan sahaja berani mencabar, akan tetapi berani mempersoalkan kedudukan Umno, walaupun parti tunjang kerajaan itu, melupakan apa yang diperlakukan parti pemerintah sebelum itu.
Para pemimpin seperti Bernard G Dompok, Madius Tangau, Wences Anggang serta para pemimpin PBS merupakan para pemimpin yang bertindak sinis kepada kaum bumiputera bukan islam semasa mereka berkuasa. Demikian juga mereka yang sekaum yang berkhidmat dengan kerajaan, pada masa itu, menganggap kaum yang bukan sekaum mereka merupakan rakyat kelas dua.
Bagi bumiputra islam yang pernah berkhidmat semasa pemerintahan PBS, memang benar-benar mengalami bagaimana tertindasnya mereka, di mana kerap berlaku, kedudukan dalam jawatanpun, tidak diambilkira, melainkan, perlu patuh kepada “government of the day” walaupun tindakan itu, tidak sesuai dengan sistem demokrasi, di mana hak seseorang rakyat perlu dihormati.
Dalam aktiviti politik pula, sejak akhir-akhir ini, nampaknya para pemimpin Umno terperangkap dengan desakan kaum bukan bumiputera islam dan cina dengan berbagai tuntutan, sehingga terpaksa mengenepikan keperluan bumiputera islam. Sebagai contoh, peruntukan memperbaiki jetty untuk laluan pelajar sekolah, di kawasan bumiputera islam, tidak menjadi perhatian, demikian juga sungai yang semakin membesar kerana akisan tidak mendapat perhatian, sebaliknya mengutamakan pembaik pulihan jalan-jalan di kampong bukan bumiputera islam atau kawasan-kawasan bandar yang memang kubu kuat pembangkang, kononnya tindakan itu untuk menggamit sokongan kumpulan itu pada PRU akan datang.
Yakinlah, tiada kumpulan lain yang boleh menempatkan kita pada suatu kedudukan kuasa, melainkan kumpulan yang sealiran dengan kita. Sebagai misalan, di sesuatu kawasan yang majoriti kaum KDMR atau cina, seperti Moyog, luyang atau Likas, apapun bantuan kerajaan di kawasan itu, tidak akan membuatkan penduduknya mengundi Bn. juga dibuktikan melalui Parlimen Sandakan, walaupun permintaan rakyat agar menaikkan taraf lapangan terbang dan membina berbagai jalan lorong konkrit di kawasan majoriti kaum cina, terbukti, pada PRU-13 lalu, mereka menolak calon Bn. Demikian juga di kawasan Kedamaian, Tamparuli atau Kepayan misalnya, bukan sedikit peruntukan kerajaan diluncurkan, pun demikian, menolak calon-calon Bn. Sebagai perbandingan, di Kawasan Kota Belud misalnya DUN Tempasuk atau Dun Usukan, kampong-kampong yang didiami kaum islam misalnya, berapa kah peruntukan yang diluncurkan? atau kemudahan apa yang dibina? sedangkan sekolah agama yang dibina tahun 70-anpun tidak sanggup dibuatkan tandas yang sesuai, pun demikian, para pengundi mememangkan calon-calon Bn dengan majoriti yang sangat besar. Daripada segi padang permainanpun tidak tersedia, cuba lawat sekolah-sekolah di perkampongan itu, apa kah ada padang bola? atau gelangang bola keranjang? atau gelanggan sepak takraw? Seperkara lagi, ada kah kemudahan asas seperti air bersih tersedia? Bayangkan sejak sebelum merdeka, penduduk kampong hanya tergantung kepada air tube, di mana taraf kandungan mineralnya tidak diketahui.
Proses pembelajaran memerlukan makanan dan minuman yang sihat, kerana di peringkat tumbesaran kanak-kanak kandungan mineral sangat diperlukan untuk perkembangan otak. Lihat kepada fakta, setiap peperiksaan UPSR bagi sekolah-sekolah di kampong berkenaan dimana setiap keputusan keluar, kedudukan sekolah-sekolah itu berada dikedudukan tercorot, atas sebab itu jangan termimpi bahawa ada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang. Oleh kerana para pelajar itu menyambung ke sekolah menengah di sekolah menengah berhampiran, maka sudah pasti keputusan PMR atau SPM atau STPM juga tidak memuaskan atau rendah.
Apa yang ditulis ini, merupakan perasaan ramai rakyat yang berada di kawasan-kawasan kubu kuat Umno, mungkin bukan pada kawasan Ketua Menteri, atau kawasan Datuk Tawfiq atau kawasan Datuk Anifah, akan tetapi kawasan-kawasan lain yang tidak diwakili dalam kabinet, merasakan apa yang diluahkan ini.
Dalam segi peluang mendapatkan biasiswa baik daripada Kerajaan Negeri atau Yayasan Sabah, berapa peratatus kah yang mendapat peluang itu, di mana ibu bapa mereka merupakan penyokong tegar Umno atau Bn, atau dalam peluang mendapat jawatan, atau projek-projek kerajaan, berapa peratus kah daripada mereka itu yang merupakan penyokong tegar Bn/Umno asal. Jika dilihat daripada mata kasar, mereka-mereka yang mendapat peluang itu, adalah mereka-mereka yang suatu masa dahulu merupakan penyokong parti yang ditentang Umno dan Bn.
Sudah menjadi lumrah bagi penyokong tegar, mereka ini tidak tahu atau tidak pandai berpura-pura, tidak mahir berlakon atau pendek kata tidak mahir “angkat kaki”. Oleh kerana sifat itu melekat pada jiwa mereka, maka mungkin penyebab mereka tidak mendapat peluang, atas sebab itu mungkin terlupakan atau terlepas pandang, kerana mereka ini tidak suka mendapat perhatian.
Sempena Umno Sabah menyambut hari lahir ke 25 atau jublee Perak, penulis suka mengambil peluang mengingatkan kembali pemimpin awal Umno, agar dapat mengimbas kembali mengapa dan kenapa Umno mengembangkan sayapnya ke Sabah.
No comments:
Post a Comment