18 February 2018

Semporna Bakal Pusat Produk Pelancong- Ramlee

Semporna adalah satu kawasan pelancongan di Sabah, kerana Pulau Sipadan yang terkenal di dunia terletak di kawasan itu.

Sesuai dengan jenama itu, pada Sabtu diadakan Expo Usahawan Aspirasi Sabah yang diadakan di Padang Pekan Semporna yang dirasmikan pelancarannya oleh Datuk Ramlee Marahaban Pembantu Menteri Kewangan Negeri merangkap ADUN Bugaya.

Dalam ucapan perasmian, Datuk Ramlee berkata program seumpama itu memang tepat pada masanya, bagi memacu ekonomi bumiputera khususnya dalam perniagaan peruncitan dan perkhidmatan.

Sebagai kawasan tumpuan pelancong, sudah tentu kuasa beli pelanggan atau pengguna terhadap produk pelancongan dan perkhidmatan cukup tinggi, dengan demikian maka dapat mempertingkat perekonomian kawasan itu secara umumnya.

Timbalan Ketua Biro Penerangan Umno Sabah itu menekankan, bahawa rezeki ( pendapatan atau kekayaan) 9/10 bersumber daripada perniagaan.

ADUN Bugaya itu mengharapkan penduduk Semporna khususnya dan Sabah amnya dapat memanfaatkan jenama Semporna sebagai kawasan peranginan dalam perniagaan peruncitan dan perkhidmatan, kerana selain menyumbang kepada pendapatan perkapita rakyat kawasan itu, juga Negeri dan Negara.Sudah tiba masanya rakyat Semporna membuka mata berkaitan potensi Semporna sebagai pusat peruncitan dan perkhidmatan yang berkaitan pelancongan.

Pelanongan menurut Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah itu merupakan sektor utama dalam halatuju Sabah menuju Negeri Maju pada tahun 2025 yang diperkenalkan oleh Ketua Menteri Sabah- Tan Sri Musa Aman.
Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels