31 March 2018

KEHADIRAN CERAMAH DAN JUMLAH UNDI

JUMLAH undi seseorang calon ditentukan oleh pengundi yang mendaftar di kawasan itu, sedangkan kehadiran pada sesebuah ceramah politik, analog dengan undi popular, tidak mencerminkan undi pada sesebuah kawasan.

Memang daripada segi propaganda, kehadiran pada sesebuah ceramah politik, boleh membangkitkan emosi pihak lain yang melihat. 

Sehingga kini, relevansi antara kehadiran ceramah politik dengan jumlah undi yang diperolehi seseorang calon belum dibuktikan, kerana kerap kita melihat, pada ceramah-ceramah atau perjumpaan politik sebelum ini, sebagai contoh pada awal era reformasi pada tahun 1998, lautan manusia yang menghadiri perjumpaan Dato Seri Anwar, namun pada PRU 1999, parti yang menyokong beliau, tidak juga mendapat kerusi yang banyak, malah hanya menang di kawasan tradisi beliau Permatang Pauh.

Di Sabah di ambang PRU-13, perjumpaan Anwar di Sepanggar dipenuhi ribuan manusia, namun pada PRU-13, Sepanggar dimenangi calon Bn dengan majoriti yang cukup besar.

Pemimpin Pakatan Harapan, mendakwa, bahawa tsunami melayu akan berlaku, kerana kehadiran begitu ramai pada ceramah politik Tun Dr Mahathir di Guar Cempedak, Kedah. 

Kehadiran pada sesebuah ceramah politik, merupakan peristiwa "homogen" di mana mereka yang sefahaman berkumpul pada suatu masa, namun mereka itu tidak menggambarkan jumlah undi di sesebuah kawasan.

Sistem pengundian negara berasaskan Pusat Daerah Mengundi, berasaskan first the past post, bukan berasaskan undi popular.

Sebab itu, kehadiran ceramah politik, tidak menggambarkan jumlah undi yang diperolehi seseorang calon atau parti.

Banyak contoh di negara ini, di mana ceramah politik yang dibanjiri hadirin, namun selepas pengiraan undi, jumlah kehadiran itu tidak diterjemahkan kepada jumlah undi.

Sebenarnya, kemenangan seseorang calon atau parti pada sesebuah kawasan, sangat bergantung kepada penyokong "homogen" pada sesebuah kawasan. Jika jumlah yang berfahaman sama itu majoriti, maka calon atau parti yang disokong akan menang.

Membuat kesimpulan, bahawa kehadiran menggambarkan sokongan, tidak semestinya betul. Jika andaian dibuat berasaskan kehadiran, maka analog dengan mengira anak ayam sebelum telur menetas.

Kehadiran yang begitu ramai pada ceramah parti lawan, sebenarnya boleh menjadi pembakar semangat kepada jentera Bn untuk berkerja lebih kuat lagi.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels