16 March 2019

PPBM MASUK SABAH-IMPAKNYA TERHADAP UMNO SABAH

Pada 6 April,2019, secara rasmi PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) melebarkan sayapnya ke Sabah.

Pada mulanya, anggapan dengan kemasukkan parti itu ke Sabah maka akan menggugat Parti Warisan Sabah (PWS), namun menerusi kenyataan Tun Dr Mahathir semasa menerima kumpulan pertama ahli PPBM Sabah yang diketuai Datuk Hajiji Noor, PPBM dan Warisan akan bekerjasama. Menerusi kenyataan itu, maka tidak timbul lagi ancaman PPBM kepada PWS.

Menerusi kemasukkan PPBM, parti yang terancam adalah Umno Sabah, kerana parti itu bakal kehilangan ramai. Untuk rekod, pada 12 Disember,2018 seramai 21 Ketua-Ketua Bahagian Umno daripada 25 Bahagian di Sabah telah keluar daripada parti. Memang, selepas mereka keluar, tidak menyebabkan bahagian mereka terbubar, kerana jumlah keahlian di setiap bahagian itu masih mencukupi sesebuah bahagian tidak terbubar.

Umno Sabah menjelang PRU-14 di 25 Bahagian berjumlah lebih 550ribu ahli, ertinya setiap bahagian purata mempunyai keahlian lebih 200ribu.

Sebenarnya keahlian Umno Sabah walaupun direkodkan seramai itu, namun separuh sudah berpaling tadah, kerana parti itu kalah di 15 DUN dan 7 Parlimen pada PRU-14. Adalah dipercayai daripada separuh ahli Umno itu telah memohon keahlian PPBM. Jika demikian, maka Umno Sabah kemungkin hanya berbaki 100ribu keahlian yang masih menyokong parti itu.

Jangan lupa, Sabah mempunyai 1.1juta pengundi berdaftar pada PRU-14 lalu, separuh daripada mereka itu telah mengundi Parti Warisan Sabah, DAP dan PKR.

PPBM telah meletakkan syarat, bahawa parti itu tidak menerima ahli PWS, PKR dan DAP, ertinya mereka yang memohon keahlian itu, sebahagian besar adalah ahli Umno.

Akan diketahui nanti, semasa pelancaran PPBM di Sabah, berapa ramai rakyat Sabah yang telah memohon keahlian.

PELANCARAN PPBM SABAH

JAWATAN KUASA penganjur Pelancaran PPBM Sabah pada 6 April,2019 sedang rancak mengatur, malah mesyuarat Jawatan kuasa telah berlangsung pagi tadi Kota Kinabalu.

Di jangka lebih 30ribu bakal-bakal ahli PPBM akan menghadiri pelacaran itu yang disempurnakan oleh Perdana Menteri.

Pada awalnya, cadangan tempat pelancaran adalah di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, namun pihak penganjur akan menentukan lokasi yang lebih sesuai, memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu, khususnya suhu yang cukup tinggi melanda Sabah pada masa ini.

Pelancaran PPBM Sabah sedang ditunggu-tunggu, bukan sahaja mereka yang memohon sebagai ahli parti itu, akan tetapi rakyat Sabah secara umumnya.

Sebelum ini, telah berlaku sedikit kontraversi kemasukkan parti itu ke Sabah, khususnya daripada para pemimpin Warisan Sabah, termasuk juga ADUN daripada PKR bagi Dun Inanam-Keny Chua yang mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya kepada Perdana Menteri.

Pada Jumaat, semasa Tun Dr Mahathir mengumumkan kemasukan kumpulan pertama ahli PPBM Sabah di Yayasan Perdana, Kuala Lumpur, menekankan kemasukkan PPBM ke Sabah adalah untuk memperkuat Kerajaan Sabah yang diterajui Parti Warisan Sabah.

Apabila PPBM secara rasmi bertapak di Sabah, maka parti itu akan diwakili 8 ADUN di DUN Sabah.

DISEBALIK PENDUDUK SABAH TIDAK BERDOKUMEN

SEPATUTNYA tidak timbul, masalah dokumen bagi anak-anak yang dilahirkan di Sabah daripada pasangan campuran, samada ibu atau ayah rakyat Sabah, kerana kalau kelahiran anak-anak itu didaftarkan akan diberikan surat kelahiran, kecuali lah kelahiran itu tidak didaftar termasuk kelahiran daripada perkahwinan yang tidak sah.

Hakikat di Sabah, anak-anak yang tidak berdokumen itu sebenarnya adalah anak-anak mereka yang terkategori bukan rakyat (Pendatang Tanpa Izin) baik ibu atau ayah.

Oleh kerana anak-anak itu anak kepada PTI, maka mereka ini tidak didaftarkan, bukan kerana tidak mendaftarkan, tetapi mereka takut mendaftarkan, kerana jika berbuat demikian, maka ayah dan ibu bakal ditangkap kerana tiada dokumen. 

Alasan yang diberikan Datuk Shafie, demi kemanusian, maka boleh diterima, kerana kelahiran mereka memangpun di Sabah, tetapi memberi alasan, kononnya memberi dokumen, kerana salah seorang ibubapa anak itu adalah rakyat Sabah sebenarnya alasan yang tidak tepat atau mengelirukan.

Penulis bersetuju diberikan dokumen pengenalan diri, tetapi statusnya adalah bukan rakyat akan tetapi penduduk Sabah. Namun, masalah yang timbul adalah daripada segi pelaksanaan, sejauh mana itegriti atau kebertanggungjawaban mereka yang memproses dokumen itu? apa kah ada ketelusan? atau pelaksanaan itu, bakal menjadi ladang bisnes baharu.

Mereka itu boleh diberi dokumen, tetapi mereka perlu terus dianggap sebagai rakyat asing, supaya mereka itu tidak merebut keistimewaan atau kemudahan rakyat sebenar. Isu ini lah yang dikhuatiri rakyat sebenar Sabah, kerana pengalaman Sabah, akibat kehadiran mereka ini telah mengubah demografi penduduk Sabah.

Hakikat di Sabah, di beberapa kawasan pilihan raya, khususnya di Pantai Timur dan Tawau, rakyat asal sudah dioutnumbers, sehinggakan mempengaruhi keputusan pilihan raya.

Tindakan kerajaan Warisan, akan menimbulkan masalah di kemudian hari, seperti mana berlaku semasa Malaya menerima prinsip JUS SOLI, dan kini, mereka yang diberi kerakyatan itu, bukan sahaja mengancam rakyat asal, malah berani mempersoalkan kedudukan mereka. Sabah perlu belajar daripada keadaan ini, sebelum terlambat.

HAJIJI KETUAI KUMPULAN PERTAMA PPBM SABAH

PUTRAJAYA: Enam wakil rakyat dan 2 senator yang meninggalkan Umno Disember lalu diterima sebagai kumpulan pertama ahli PPBM Sabah, pada Jumaat.

Kumpulan pertama itu diketuai Datuk Hajiji Noor yang juga ADUN Bebas Sulaman.

Pada majlis penyerahan keahlian parti itu oleh Tun Dr Mahathir, selain Hajiji, adalah Datuk Masidi Manjun (ADUN Karanaan), Abdul Rahim Bakri (MP-Kudat), Azizah Mohd Dun (MP-Beaufort), Zakaria Edris (MP-Libaran) dan Ronald Kiandee (MP-Beluran, Abdul Ghani Mohamed Yassin (bekas ketua Umno Bahagian Pensiangan) dan John Ambrose (bekas ketua Umno Bahagian Penampang).

Lapan bekas pemimpin Umno itu antara 6 ahli Parlimen, 9 Adun, 2 senator dan 21 ketua Umno bahagian Sabah yang meninggalkan parti itu pada 12 Disember lalu sehingga menyebabkan parti itu hampir lumpuh di negeri berkenaan. Walau bagi manapun, salah seorang daripada mereka, iaitu ADUN Tempasuk, telah menyertai Parti Warisan Sabah pada 25 Januari lalu.

Dalam pengistiharan penerimaan kumpulan pertama ahli PPBM Sabah, Tun Dr Mahathir turut juga menyatakan akan mempertimbangkan status kemasukan Yamani Hafez Musa yang merupakan ahli Parlimen Sipitang dan anak bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman.

PPBM Sabah akan dilancarkan pada 6 April, 2019 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu oleh Tun Dr Mahathir.

Dalam perkembangan lain, para pemimpin kerajaan Sabah, memilih tutup mulut, dengan perkembangan terbaharu ini, walaupun Perdana Menteri menegaskan, bahawa kemasukan parti itu ke Sabah tidak menggugat Kerajaan yang diterjaui Parti Warisan Sabah, sebaliknya menyokongnya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels